P. 1
PM INTEGRASI NASIONAL

PM INTEGRASI NASIONAL

|Views: 20|Likes:
Published by Kyleruwlz Fizrd

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Kyleruwlz Fizrd on Nov 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2014

pdf

text

original

SOALAN TUGASAN INDIVIDU

INTEGRASI NASIONAL
MPW 2143 PENGAJIAN MALAYSIA
10/15/2011 KELAS : A1(WILLIAM WORDSWORT) NAMA : KHAIRUL HAFIZD BIN MOHD ASRI
NO. MATRIK : 930902-02-5209 NO. I/C : PLPPIP2011/023/KIC

INTEGRASI NASIONAL Pada era langit terbuka ini, Negara kita Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain. Hal ini disebabkan satu demi satu kejayaan yang diukir oleh Malaysia . Dalam keghairahan kita memandang ke hadapan, jangan lupa untuk menoleh ke belakang. Kita tidak akan berjaya seperti hari ini jika masyarakat Malaysia hidup berpecah belah. Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri social yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkanintegrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Hasil perpaduan dan integrasi nasional yang telah wujud sejak sekian lama telah berjaya membawa perubahan kepada Malaysia. Integrasi nasional dapat ditafsirkan sebagai suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan jurang perbezaan dan identiti masingmasing. Integrasi nasional memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan Negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan Negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses integrasi nasional ini. Tanpa integrasi nasional, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 1

Integrasi nasional dapat dibentuk menerusi perlembagaan dan perundagan Negara. Hal ini kerana setelah Malaysia merdeka pada tahun 1957, pelbagai peruntukan perundagan perlembagaan telah diwujudkan untuk memupuk integrasi nasional. Melalui kaedah ini, seluruh masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar tertakluk dan terikat dengan satu perlembagaan. Seluruh rakyat Malaysia juga terikat Rukun Negara. Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ideologi Negara yang bertujuan untuk memupuk semangat jati diri kebangsaan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. Menurusi konsep ini, adalah diharap proses integrasi nasional dapat dicapai dengan mengeratkan hubungan antara kaum. Pada dasarnya semua kaum dapat mengidentifikasikan diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang berjati diri kebangsaan yang sama, mempunyai perasaan taat setia dan cinta yang sama serta mempunyai nilai-nilai sosiobudaya yang sama. Selain itu itegrasi nasional dapat diwujudkan menerusi pembangunan ekonomi. Ekonomi dapat merapatkan jurang perbezaan etnik kerana mereka saling bergantungan antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan hidup. Hujah saya disokong oleh plan integrasi nasional kerajaan yang telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan Negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupik perpaduannegara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan. Sepanjang masa perlaksanaan DEB

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 2

kerajaan telah mengunakan proses campur tangan yang positif kerajaan dalam bidang sosioekonomi untuk menolong masyarakat bumiputera membangunkan pengetahuan,pengalaman dalam bidang perniagaan, kewangan mahupun teknologi pertaniaan dan perindustrian supaya dapat meningkatkan daya ekonomi mereka secepat mungkin. Sistem pendidikan yang ada di sesebuah Negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang mana kebanyakannya semua kaum dan etnik berada dibawah satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum dan etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan negara.Selain itu kerajaan juga berhasrat untuk mewujudkan Integrasi Nasional menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Antara matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Selain itu kerajaan juga menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia. Kegiatan kokurikulum di sekolah juga dapat mewujudkan perpaduan dikalangan pelajar. Selain itu untuk mewujudkan Integrasi Nasional kita perlulah meletakkan satu garis panduan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 3

memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identity Negara yang dapat dikenali oleh Negara-negar luar. Oleh itu, kerajaan haruslah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di Negara kita, Malaysia dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Asas-asas saya disokong oleh langkah-langkah yang telah diambil kerajaan sejak sekian lama iaitu Kebudayaan Kebangsaan berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Selain itu, Islam telah menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Bahasa kebangsaan memainkan peranan penting dalam proses mewujudkan integrasi nasional anatara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara kita. Akta Bahasa Kebagsaan 1967 telah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Akhir sekali, Integrasi nasional juga dapat diwujudkan melalui proses politik. Hal ini kerana parti-parti politik di Negara ini mengetengahkan konsep perpaduan bagi mendapat sokongan masyarakat. Melaui perjungan oleh parti-parti politik rakyat telah bersatu dibawah satu bumbung yang sama. Perkara ini jelas ditunjukkan oleh penggabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional selaku kerajaan yang memerintah Negara kita, Malaysia. Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, Parti Perikatan telah ditubuhkan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui maufakat dalam Parti Perikatan diperluaskan

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 4

lagi degan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, maka lengkaplah perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti permerinatah. Sebagai warganegara Malaysia, kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap negara ini. Kepentingan melaksanakan dan mematuhi tangggungjawab adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara kita. Kewarganegaraan bermaksud keahlian kepada sesebuah komuniti politik yang membawa kepada hak-hak penyertaaan politik. Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya, sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya. Antara tanggungjawab kita sebagai warganegara ialah mempertahankan negara. Kita wajib mempertahankan negara dari segala sudut ancaman serta serangan musuh negara. Setiap warganegara perlu mempunyai kesedaran ini. Mempertahankan negara dari segala ancaman musuh adalah perlu demi menjaga keamanan negara kita. Andaikan negara kita berperang, kita haruslah bangun bersama mengangkat senjata berperang demi mempertahankan negara .Kita tidak patut membiarkan negara kita di jajah lagi. Selain mempertahankan negara, sebagai warganegara, kita wajib membayar cukai kepada kerajaan. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab menjelaskan segala cukai pada setiap tahun. Antara cukai yang kita perlu bayar ialah cukai pintu. Setiap tahun kerajaan akan mengeluarkan notis agar kita menjelaskan cukai kita. Menjelaskan cukai ini penting demi pembangunan ekonomi negara agar negara kita terus maju.

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 5

Selain itu, setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab yang wajib apabila telah cukup umur, iaitu tanggungjawab mengundi. Warganegara yang telah cukup wajib untuk keluar mengundi. Apabila seseorang warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun, maka dia wajib keluar untuk mengundi apabila pilihanraya dijalankan. Tanggungjawab ini perlu bagi memilih pemimpin yang berkualiti untuk memimpin Negara agar terus aman dan sejahtera. Sebagai warganegara Malaysia, kita wajib mengetahui rukun-rukun Negara.Prinsipprinsip rukun Negara adalah kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang- undang dan kesopanan dan kesusilaan. Sebagai warganegara, kita juga perlu menjaga kehormatan dan kedaulatan negara kita.Kedaulatan sesebuah negara amatlah penting kerana ianya melambangkan kekuatan serta kesucian negara tersebut.Selain itu, warganegara juga perlu menjaga keamanan negara. Keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama. Keamanan negara menjamin kesejahteraan rakyat sesebuah negara. Selain itu, warganegara haruslah mengikut serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Mematuhi undang-undang boleh menjamin keamanan negara. Justeru itu, tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama, budaya, rukunegara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini juga hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 6

RUJUKAN

ABANG ART: LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI . http://azahargazali.blogspot.com/2010/06/langkah-l.

      

Perpaduan Teras Kejayaan : Kemerdekaan M'sia: Pengenalan http://perpaduan.blogspot.com/2008/08/pengenalan.html Koleksi Esei-Esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Sempena.pdf http://www.pdfio.com/k-194987.html Dasar Ekonomi Baru - Scribd http://www.scribd.com/doc/27754184/Dasar-Ekonomi-Baru Kerja Kursus Hubungan Etnik - Scribd http://www.scribd.com/doc/56383435/Kerja-Kursus-Hubungan-Etnik Portal Pendidikan Utusan - TUTOR | Kami Ada Cara http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=MAC&m=1&r=m&i=NOTA Penulisan bebas oleh pena DUT: tanggungjawab warganegara http://pena-dut.blogspot.com/2009/04/tanggungjawab-warganegara.html Kerakyatan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas http://www.scribd.com/doc/56383435/Kerja-Kursus-Hubungan-Etnik

CABARAN WAWASAN 2020 | Facebook
http://ms-my.facebook.com/note.php?note_id=2871776

Khairul/A1 wordsworth/PM:MPW 2143/

Page 7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->