Judul buku: Menyusun Semula Kualiti di Sekolah Penulis: Brent Davies, John West-Burnham Penterjemah: Zol Azlan

Hamidin

Buku ini disusun dalam tujuh bahagian utama. Bahagian pertama membincangkan beberapa prinsip dasar penyusunan semula dan kualiti menyeluruh untuk membantu pemimpin dan pengurus di sekolah beroperasi dengan berkesan. Bahagian kedua membincangkan pengaruh dan pendekatan yang membolehkan pemimpin menggunakan semua pengalaman bagi merumuskan peta mereka sendiri tentang dunia. Bahagian ketiga membincangkan cara teknologi mengubah persekitaran pembelajaran di sekolah menerusi penggunaan komputer riba untuk semua murid supaya komputer disepadu sepenuhnya dalam proses belajar, bukannya menjadi alat sampingan. Bahagian keempat membincangkan kepemimpinan dan pengurusan sekolah ditentukan oleh model berevolusi yang berdasarkan pandangan tentang pembelajaran pelajar, bukannya tanggapan yang dibuat-buat mengenai kecekapan ataupun menginstitusikan pragmatisme dan daya reaktif. Bahagian kelima membincangkan kewujudan ahli profesional terkemuka di sekolah yang bersedia untuk melakukan inovasi, mengambil risiko yang terhitung dengan berhati-hati dan melaksanakan strategi sehingga mencapai kesimpulan logik. Bahagian keenam membincangkan perubahan pendidikan yang diperlukan pada tahap kebangsaan, tempat, institusi dan individu. Bahagian ketujuh membincangkan implikasi umum tentang perubahan dalam kepemimpinan dan pengurusan sekolah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful