You are on page 1of 6

Kemahiran Penggunaan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

1.0. OBJEKTF.
Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami :
1.1. Kriteria- kriteria dalam pemilhan sumber Pengajaran & Pembelajaran.
1.2. Cara- cara menggunakan sumber dengan berkesan
1.3. Prinsip-prinsip pengajaran pembelajaran berdasarkan bahan
2.0. KEMAHRAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
2.1. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya
boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti
carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video,
televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh
murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak,
radas, alat- alat ujikaji dan komputer.
2.2. Dibawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan
strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik
serta lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran
dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara
sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
2.3. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan
pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita,
projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti
komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak.
2.4. Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait
rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah
demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu
mengajar seperti transparensi dan projektor.
2.5. Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat
dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri-
penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan
penggunaan radas dan bahan- bahan pembelajaran yang lain.
3.0 KRTERA- KRTERA DALAM PEMLHAN SUMBER PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi
kriteria- kriteria berikut :
3.1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. si kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik
yang hendak diajarkan.
3.2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk
yang asli dan tersendiri.
3.3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran
atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah,
tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar . Murid- murid pula dapat
mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.
3.4. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk
menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan
dengan menggunakan gambar yang berwarna.
3.5. Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa
yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan
yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.
3.6. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai
supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu
berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan
murid.
3.7. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni
yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak
sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan-
bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

4.0. CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN
Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktivitipengajaran dan
pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan
mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah
memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan
cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang
sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa
menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti perkara yang
penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh mencapai hasil
pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian,
guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-
murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh
menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
4.2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk
menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya
aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut
masa yang ditetapkan.
4.3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang
perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan
asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian
kepada aktiviti pengajaran guru.
4.4 Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting
yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti
penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan alat
bantu mengajar itu denagn tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif
pembelajaran.
4.5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan
disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.
4.6 Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan
tempat guru. penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran
yang ditentukan.
Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan
betul dan cekap, supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep
atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan
dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria- kriteria yang telah
dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan.
5.0 PRNSP-PRNSP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN
BAHAN
- Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-
prinsip berikut :
5.1 Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan
terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai
digunakan mengikut kebolehan pelajar.
5.2 Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah
di baca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam
kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan mengikut objektif dan topik
pelajaran yang akan diajarkan.
5.3 Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang
mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. anya termasuk set
induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan
pelajaran hendaklah dirancang.
5.4 Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah
diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. a
bertujuan untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan
guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.

Rajah 5 BORANG BMBNGAN KEMAHRAN PENGGUNAAN SUMBER
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah dan Kemahiran Penggunaan
sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Tandakan \
Ya Tidak
Tidak
Kelihatan
Langkah i : Pemilihan bahan
Sesuai dengan objektif pelajaran
Menarik dan mengekalkan perhatian
pelajar
Bahan jelas, ringkas dan tepat

Sesuai untuk murid-murid
Bahan pembelajaran mencukupi
Langkah ii : Pengurusan bahan
Bahan pelajaran diuruskan secara
sistematik dan mengikut langkah
penyampaian
Bahan pelajaran digunakan dengan cara
berkesan
Bahan pelajaran dikaitkan dengan kaedah
mengajar yang sesuai

Langkah iii : Penilaian dan Pengukuhan
Ada aktiviti penilaian murid yang
menggunakan bahan pelajaran
Ada bahan pelajaran digunakan untuk
aktiviti pengukuhan dengan berkesan.