You are on page 1of 7

18

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

REPRODUKTIF HAZAD DI TEMPAT KERJA


Noraziah, A.B.* KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA Tempat kerja didefinisikan sebagai sebarang premis (kecuali premis domestik) yang tersedia kepada semua orang sebagai tempat untuk bekerja. Ini termasuk sebarang tempat di dalam kawasan premis dimana mereka mempunyai laluan semasa bekerja dan tempat-tempat penyimpanan bahan-bahan, koridor dan tangga yang digunakan untuk laluan dan memberi kemudahan dalam kaitan dengan tempat kerja, tetapi tidak termasuk jalan awam. Tempat kerja juga termasuk bahagian utama bangunan yang dikongsi dan jalan-jalan persendirian dan lorong-lorong di kawasan perindustrian dan di tapak-tapak perniagaan. Di dalam Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-peraturan (Malaysia), Akta 514, Seksyen IV, Seksyen 15, majikan adalah bertanggung-jawab untuk keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja di tempat kerja. Pekerja-pekerja mesti diberitahu tentang hazad-hazad yang diketahui dan disyaki. Sesiapa yang mempunyai maklumat adalah diwajibkan untuk memberitahu kepada pekerja-pekerja yang berkenaan. Ini termasuklah pembuatan perkiraan bagi menjamin setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan-bahan. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) adalah antara agensi yang terlibat dalam kajian dan penyiasatan bagi perlaksanaan Akta Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan. Sebarang syarikat, kesatuan atau jawatankuasa pekerjapekerja perlu menghantar permohonan formal ke Program Evaluasi Hazad Kesihatan NIOSHs. Walau bagaimanapun, semakan oleh Bahagian Perubatan dan Epidemiologi Pekerjaan/Persekitaran oleh Saiki, C.L et al, mendapati polisi berkaitan hazad reproduktif di tempat kerja tidak diselaraskan dan polisi-polisi tidak diikuti oleh pihak majikan. Tambahan lagi, maklumat berkaitan hazad reproduktif tidak lengkap. Untuk tujuan ini, penulis mendapati Personel Kesihatan Pekerjaan perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat tentang hazad reproduktif di tempat kerja dan memastikan tempat kerja yang terlibat dapat mengimplementasikan polisi dan mematuhi peraturan-peraturan . Semakan ini juga mendapati peraturan dan kes yang dibawa kemahkamah akan terus berlaku kerana isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan daripada hazad reproduktif di tempat kerja masih tidak selesai. Di Britain, Peraturan Pengawalan ke atas Bahan-bahan Berbahaya kepada Kesihatan 1994 (COSHH), diperkenalkan pada tahun 1988 dan telah dibuat pindaan beberapa kali. Bahan-bahan seperti plumbum dan asbestos adalah di bawah peraturan lain yang spesifik. Keperluan di bawah peraturan ini termasuk penilaian risiko terhadap kesihatan yang disebabkan oleh bahan-bahan bahaya,
* Sarjana Kesihatan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Masyarakat, F. Perubatan, UKM

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

19

berdasarkan kepada potensi hazad dan tahap pendedahan risiko serta mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko tersebut. Pencegahan pendedahan (samada penghapusan atau penggantian) atau penyeliaan kawalan yang mencukupi juga diambilkira dengan penggunaan langkah-langkah kawalan yang betul, dimana pekerja-pekerja mesti mengambil penggunaan yang betul dan sepenuhnya dan majikan pula perlu mengambil langkah dalam memastikan yang langkah-langkah kawalan ini diikuti. Pemeriksaan dan ujian langkah-langkah kawalan mesti dikekalkan dan ujian-ujian perlu dijalankan mengikut tempoh masa yang tertentu. Pemantauan dan surveilan kesihatan adalah perlu dalam keadaan tertentu. Surveilan kesihatan dijalankan ke atas tahap pendedahan kepada bahanbahan berbahaya di tempat kerja. Maklumat, arahan dan latihan perlu diketahui oleh pekerja-pekerja tentang risiko yang berkaitan bahan-bahan tersebut dan langkahlangkah berjaga-jaga yang perlu mereka ambil. Keputusan pemantauan dan survei kesihatan perlu diketahui oleh pekerja-pekerja. GANGGUAN REPRODUKTIF DAN PEMBENTUKAN KESIHATAN Kesedaran kesihatan telah meningkat berkaitan kesan-kesan aktiviti fizikal dan pendedahan persekitaran dan pekerjaan terhadap reproduktif manusia dan pembentukan kesihatan. Perkembangan perindustrian diseluruh dunia telah menyebabkan peningkatan di dalam bilangan agen bahan kimia, fizikal dan biologikal yang boleh memberi kesan kepada manusia. Kesan hazad agen-agen tersebut termasuklah pendedahan kepada bahan-bahan toksik yang akan membahayakan generasi sekarang atau yang akan datang terutama lagi jika bahan-bahan ini digunakan dengan kurangnya pengetahuan tentang kesan-kesannya terhadap sistem reproduktif. Dengan meningkatnya bilangan wanita di tempat kerja, perhatian tertumpu terutamanya ke atas risiko wanita mengandung, termasuklah faktor-faktor yang mempengaruhi fertiliti. Kesan hazad agen-agen ini boleh melibatkan mutagenesis di mana bahan genetik sel-sel yang hidup, gen atau kromosom boleh berubah. Perubahan atau mutasi boleh berlaku di dalam sperma atau ovum. Mutasi ini boleh mengakibatkan kegagalan dalam proses persenyawaan atau kematian janin di dalam utero. Kecacatan kongenital atau terancat akal juga boleh berlaku. Teratogenesis merujuk kepada proses semasa pembentukan embrio janin atau bayi yang baru lahir yang terdedah kepada keadaan persekitaran yang boleh memberi kesan terhadap perkembangan janin. Hazad ini dianggap teratogen iaitu agen-agen kimia, fizikal atau biologi yang menyebabkan kelainan kromosom, kecacatan atau kekurangan fungsi. Bagi wanita, pendedahan kepada hazad di tempat kerja boleh memberikan kesan ke atas proses reproduktif pada peringkat yang berbeza samada sebelum konsepsi, semasa konsepsi, semasa mengandung dan selepas memgandung. Kesan semasa konsepsi boleh membawa kepada perubahan hormon, gangguan terhadap fungsi seks, kanser organ reproduktif, pengurangan fertiliti dan mutasi. Kesan semasa konsepsi termasuk kepincangan tahap keseimbangan hormon serta gangguan proses persenyawaan. Semasa mengandung, hazad toksik dan radiasi ionising

20

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

boleh melalui plasenta dan memberi kesan kepada fetus sementara jangkitan oleh virus rubella semasa tiga bulan pertama mengandung boleh mengakibatkan malformasi kongenital. Selepas mengandung, bahan kimia boleh dipindahkan kepada anak melalui pakaian yang di pakai oleh ibu bapa semasa di tempat kerja ataupun jika ada pencemaran persekitaran. Kesuburan lelaki melibatkan tiga sistem iaitu axis hipotalamik-pituitarigonadal endokrin, spermatogenesis testikular dan kelenjar tambahan. Setiap sistem ini boleh dipengaruhi oleh hazad persekitaran. Risiko kepada hazad bahan-bahan terhadap kesihatan bergantung kepada ciriciri toksik agen tersebut, masa/tempoh pendedahan, tahap (konsentrasi) agen atau keadaan sekeliling. Individu-individu berbeza dari segi keupayaan biologikal, yang menentukan tahap kerentanan mereka kepada kesan toksik biologikal. Nilai terpiawai yang diperolehi daripada data mengenai kaitan dos-respon di dalam manusia atau haiwan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan kesihatan yang berlaku apabila tahap toksik melampaui tahap yang diterima untuk populasi yang terdedah. Agen kimia dan fizikal perlu mencapai sasaran biologikal yang sesuai untuk menyebabkan kerosakan atau ketidakseimbangan. Secara amnya, sasaran adalah komponen intraselular badan seperti enzim, DNA atau reseptor. Terdapat tiga jalan utama penyerapan bahan toksik di tempat kerja; pertama melalui udara yang disedut, kedua melalui kulit dan ketiga melalui penyerapan oral akibat dari kontaminasi makanan, rokok atau permukaan mulut dan bibir. HAZAD AGEN-AGEN KEPADA REPRODUKTIF LELAKI DAN WANITA Plumbum berupaya mempengaruhi fungsi pituitari dan testis menyebabkan pengurangan hormon-hormon dalam kes-kes yang teruk terdedah dengan bahanbahan ini, seterusnya mengurangkan fertiliti. Semakan yang dijalankan ke atas kajian-kajian (dari tahun 1973-1996) oleh Pierto et al. mendapati 32 kajian ke atas binatang, 22 kajian epidemiologi, satu laporan kes ke atas manusia dan semakan artikel terhadap toksisiti plumbum ke atas reproduktif lelaki, mendapati kajian-kajian ke atas manusia menunjukkan pendedahan kepada plumbum inorganik melebihi 40 g/dl di dalam darah merosakkan fungsi reproduktif lelaki dengan cara mengurangkan bilangan sperma, isipadu dan kepekatan serta perubahan motiliti sperma dan morfologi. Tiada kesan-kesan relevan dikesan ke atas profil endokrin. Plumbum organik boleh diserap melalui kulit. Fungsi seksual yang tidak normal seperti libido, fungsi erektil yang abnormal dan ejakulasi pra matang boleh didapati selepas seseorang itu mengambil bahan yang ada mengandungi plumbum organik. Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pekerja-pekerja dengan tahap plumbum di dalam darah melebihi 50 g/dl perlu dikeluarkan serta merta dari persekitaran pendedahan plumbum dan mereka tidak boleh bekerja di tempat tersebut sehingga tahap plumbum dalam darah di bawah 40 g/dl. Keguguran spontan boleh berlaku, bukan sahaja bagi pekerja-pekerja wanita bahkan juga di kalangan isteri-isteri kepada pekerja-pekerja lelaki di sektor yang berkaitan dengan plumbum. Toksisiti reproduktif juga boleh menyebabkan kerosakan

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

21

neurologikal kepada janin. Plumbum boleh melalui plasenta dan kerosakan neurologikal biasanya adalah kekal. Keadaan ini akan bertambah buruk lagi apabila berlaku keadaan metabolik stress semasa mengandung kerana plumbum akan dikeluarkan dari simpanan di tulang ibu untuk masuk ke dalam edaran darah dan ke janin. Oleh itu, bagi wanita yang sebelum ini terdedah kepada plumbum secara kronik atau telah mengalami keracunan plumbum dan kemudiannya mengandung, ini akan menyebabkan janin terdedah kepada plumbum semasa dalam utero. Untuk mengelakkan enkefalopati janin akibat plumbum, tahap plumbum dalam darah mestilah di bawah 10 ke 20 g/dl, semasa mengandung dan beberapa tahun sebelum konsepsi. DBCP(1,2-Dibromo-3 Chloroporpane) telah dikenalpasti sebagai bahan yang boleh menyebabkan hazad reproduktif bagi lelaki. Ia menyebabkan toksisiti testikular, termasuk azoospermia, oligospermia, peningkatan tahap plasma FSH dan abnormaliti histologi tisu testis. Pengurangan fertiliti juga boleh berlaku. Semakan yang dilakukan oleh Gold E.B et al terhadap kajian-kajian tentang hazad pekerjaan terhadap kesuburan dan akibat dari mengandung (pregnancy outcome) menunjukkan hazad reproduktif tidak banyak direkodkan dalam rekod perubatan pekerjaan. Namun dalam rekod perubatan, berat lahir yang rendah, keguguran spontan dan kelahiran pra matang ada direkodkan walaupun tidak dicatit dalam kontek pekerjaan. Kajian-kajian yang telah dibuat ke atas tahap pendedahan dan akibat dari pendedahan tersebut, menunjukkan keputusan yang tidak konsisten. Bagaimanapun, terdapat beberapa keputusan yang menunjukkan kaitan sebab akibat contohnya risiko keguguran spontan, berat lahir rendah, atau kelahiran pra matang dengan pendedahan kepada tempat-tempat video display terminal atau elektromagnetik fields dan pendedahan kepada logam-logam mengakibatkan fungsi menstrual yang tidak normal, ketidaksuburan atau keguguran spontan. Semakan ini juga mendapati pendedahan pekerjaan di tempat kerja kepada bahan pelarut menunjukkan peningkatan risiko dismenorrhea dan keguguran spontan, terutama bahan pelarut organik. Stressor-stressor fizikal seperti kerja shif, berdiri untuk masa yang lama dan mengangkat barang menunjukkan peningkatan risiko keguguran spontan atau kelahiran pra matang. Peningkatan risiko subfertiliti atau keguguran spontan juga didapati berkait dengan pekerjaan di bidang perubatan seperti pembedahan yang spesifik yang menggunakan nitrous oksid, gas anestetik dan dari ubat neoplastik. Beberapa langkah perlu diambil bagi menghuraikan dengan lebih jelas hubungan sebab-akibat. Ini termasuk menyiasat dan mengawal variabel-variabel pembaur, membuat perbandingan pelbagai kesan, mengkaji saiz populasi yang mencukupi untuk memberikan analisis statistik yang bermakna dan membuat penilaian dos-tindakbalas serta tempoh masa untuk kesan-kesan pendedahan.

22

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

PENGAWASAN (SURVEILAN) HAZAD PEKERJAAN DAN PENYAKIT Pengawasan adalah sistem berterusan yang berfungsi bagi pengumpulan analisis sistematik serta tafsiran kesihatan bertujuan untuk merancang, implementasi dan menilai praktis-praktis kesihatan. Untuk menjadikan pengawasan ini lebih efektif, ianya mestilah berkait terus kepada langkah pencegahan.. Program-program pengawasan sebagai pencegahan sekunder perlu dibentuk untuk menyokong program-program yang mengawal hazad-hazad di tempat kerja (pencegahan primer). Di dalam bidang Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, program pengawasan perlu mengenalpasti dan memantau kes-kes penyakit atau kecederaan pekerjaan. Dengan cara ini, pengawasan corak pendedahan dapat digunakan untuk menilai keberkesanan program-program yang dibentuk bagi mengawal hazad-jazad pekerjaan. Pengawasan ke atas penyakit pekerjaan ini boleh melibatkan pemantauan samada kesan-kesan kesihatan di kalangan tenaga kerja atau hazad-hazad yang ada di tempat kerja. Pengawasan kesan-kesan kesihatan Bagi tujuan pengawasan, penyakit-penyakit pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu gangguan disebabkan oleh sesuatu pendedahan dan gangguan oleh pelbagai faktor penyebab di mana faktor pekerjaan mungkin salah satu dari faktor penyebab dan hazad pekerjaan boleh menerukkan lagi keadaan kesihatan yang sedia ada. Pengawasan sesuatu pendedahan di tempat kerja boleh dibuat dengan menilai status kesihatan pekerja tersebut dan sejarah pendedahan terhadap bahan-bahan spesifik di tempat kerja. Bagi faktor yang pelbagai, pengawasan mungkin sukar dalam mendiagnosa keadaan atau untuk menentukan faktor bukan pekerjaan sebagai penyebab penyakit. Pengawalan dalam keadaan ini boleh dicapai melalui pengawalan primer terhadap persekitaran dan pengawasan hazad untuk mengawal keberkesanan pengawalan tersebut. Pengawasan hazad Pengawasan hazad ini termasuklah pengukuran secara berkala hazad-hazad fizikal atau kimia di tempat kerja. Agen-agen fizikal, kimia atau biologikal boleh memberi hazad yang signifikan kepada kesihatan di kalangan pekerja dan pengawasan ini boleh memberikan maklumat, walaupun dalam ketiadaan masalah kesihatan pada ketika itu dan ini boleh digunakan sebagai strategi atau langkah dalam pencegahan primer. Dalam menjalankan pengawasan, ujian perubatan terletak bidang di bawah penyaringan perubatan yang perlu dijalankan untuk menentukan ada tiadanya penyakit berkaitan pekerjaan dan ujian pengesahan mungkin perlu dijalankan untuk tujuan ini. Dalam program saringan kesihatan pekerjaan, pengamal perubatan perlu tahu tentang beberapa bidang termasuk perubatan klinikal dan toksikologi dalam merancang program, bidang epidemiologi dan pemilihan kaedah klinikal dalam

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

23

analisis serta mentafsir data dan faham akan kesesuaian pengukuran-pengukuran pendedahan di tempat kerja. Undang-undang dan peraturan yang sedia ada perlu diketahui dan tindakan sewajarnya perlu diambil jika didapati pelanggaran pertaturan atau masalah yang timbul. KESIMPULAN Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang hazad agen-agen ke atas kesihatan, maklumat tentang kesan agen-agen tersebut dan kaitan dengan pekerjaan kesihatan dan produktiviti masih lagi terhad. Apa yang pasti pendedahan di tempat kerja oleh bahan-bahan berbahaya perlu dikawal. Sebahagian dari agen-agen fizikal dan kimia ini menyebabkan penyakit-penyakit pekerjaan yang dikenalpasti secara klasik seperti toksisiti plumbum atau raksa. Oleh itu, kategori penyakit yang lebih spesifik terhadap kesan-kesan pendedahan ini perlu diadakan seperti penyakit-penyakit berkait kepada pendedahan fizikal dan kimia di tempat kerja, hazad-hazad lain di tempat kerja atau faktor-faktor hazad di luar tempat kerja. Satu kajian telah dijalankan oleh Ritchie K.A. et al tentang persepsi pekerjapekerja terhadap kesihatan dan isu-isu keselamatan di tempat kerja dengan mengemukakan soalan-soalan berkenaan pengaruh-pengaruh pekerjaan dan tempat kerja terhadap kesihatan, kepuasan terhadap pekerjaan dan keadaan di tempat kerja serta peranan perkhidmatan kesihatan pekerjaan. Pekerja-pekerja berpendapat fungsi utama Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk memastikan persekitaran pekerjaan yang selamat. Mereka juga merasakan bahawa pihak pengurusan adalah bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja di tempat kerja. Mereka juga mengesyorkan bahawa struktur pengurusan berkaitan isu-isu keselamatan perlu mudah untuk dihubungi apabila ada perkara tidak diingini berlaku di tempat kerja atau berkaitan dengan pekerjaan tersebut. RUJUKAN Gareth, M.g. & Frank, B. 1991. Work, health and productivity. New York Oxford University Press. Gold, E.B. & Tomich, E. 1994. Occupational hazards to fertility and pregnancy outcome. Occupational Medicine Journal. 9(3):435-69 Law of Malaysia, Occupational Safety and Health Act and Regulations (all amendments up to June, 1998) 1998. 7th edition. Kuala Lumpur: MDC Publishers Printers Sdn. Bhd. Linda, R. & Mark, R.C. 1994. Textbook of Clinical Occupational and Environmental Medicine. USA: N.B Saunders Commpuny. Mike, B., Brian, K. & paul, L. 1996. The Handbook of Health and Safety at Work. London: Kogen Page Limited. Pietro, A., Philippe, K., Stefano, P., Jens, P.B., Michel V. & ASCEPIOS study group. 1998. Male Reproduktive toxicity of lead in animals and humans. Occupational Environmental Medicine Journal. 55:364-374

24

Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 6, 2000

Ritchie, K.A. & Mc Ewen, J. 1994. Employee preceptions of workp[lace health and safety issues. Can a questionnaire contribute to health needs assessment? Occupational Medicine Journal. 44(2):77-82 Saiki, C.L., Gold, E.B. & Schenker, M.B. 1994. Workplace policy on hazards to reproductive health. Occupational Medicine Journal. 9(3):541-9 Tho,pson, D.S. 1993. Every Womens Health the Complete Guide to Body and Mind by Top Women Doctors. 5th Edition. New York: Simon and Schuster Inc.