P. 1
Pengenalan elektrik

Pengenalan elektrik

|Views: 5,092|Likes:

More info:

Published by: Ummi Hayati Mohamaed Sani on Nov 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

Sections

  • Pengenalan
  • Hasil Pembelajaran
  • 1.1 Asas dan Prinsip Elektrik
  • a. Struktur atom pengalir dan penebat
  • Rajah 1.1: Struktur asas atom
  • Jadual 1.1: Taburan elektron atom kuprum
  • Rajah 1.2: Atom
  • Bilangan elektron valensi
  • Ciri elektrik Contoh unsur
  • Jadual 1.2: Kategori bahan berdasarkan bilangan elektron valensi
  • Rajah 1.3: Hukum Cas Elektrik
  • b. Sifat Pengalir dan Penebat
  • Rajah 1.4: Projek Penguji Keterusan Litar
  • Bahan Pengalir Penebat Bahan Pengalir Penebat
  • 1.2 Konsep Asas Elekktrik
  • Cas
  • Arus
  • Voltan
  • Rintangan
  • b. Arus Terus dan Arus Ulang Alik
  • Arus Terus (AT)
  • Arus Ulang Alik (AU)
  • c. Hukum ohm
  • d. Litar Siri dan Selari
  • Litar terbuka
  • Litar pintas
  • Rajah 1.11: Litar Terbuka
  • Litar siri
  • Rintangan dalam litar siri
  • Arus dalam litar siri
  • Voltan dalam litar siri
  • Litar selari
  • Rintangan dalam litar selari
  • Arus dalam litar selari
  • Voltan dalam litar selari
  • Contoh pengiraan kuantiti-kuantiti elektrik dalam litar selari
  • Rajah 1.15 Litar selari
  • Kebaikan litar selari
  • Rajah 1.16 Litar siri selari
  • Perbandingan antara litar siri dan litar selari
  • Litar siri-selari
  • Rajah 1.17 Gabungan tiga perintang dalam litar siri selari
  • 3.4.3 Komponen – komponen Asas Sambungan Litar Elektrik
  • Suis
  • Suis pisau
  • Latihan
  • Rumusan
  • 1.3 Sumber Tenaga Elektrik
  • Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui proses
  • Rajah 1.19 Sel Kering
  • Rajah 20 Sel basah
  • Rajah 21 Dinamo basikal
  • Rajah 21 Sel Solar
  • Rajah 22 Tenaga elektrik daripada tekanan
  • 1.4 Komponen Elektronik
  • 1.4.1 Komponen Pasif
  • b. Pemuat
  • Binaan Pemuat
  • Jenis Pemuat
  • Pemuat tetap
  • Pemuat boleh ubah
  • Kemuatan
  • Penggunaan pemuat :
  • Pearuh / Gelung / Induktor
  • 1.4.2 Komponen Aktif
  • Diod
  • Rajah 1.29: Simbol skematik jenis-jenis pearuh
  • Diod pemancar cahaya (LED)
  • Transistor (Simpang DwikKutub) - BJT
  • Memincang Transistor NPN
  • Memincang Transistor PNP
  • Transistor sebagai suis
  • Transistor sebagai penguat (amplifier)
  • Litar Bersepadu (IC)
  • Bahan
  • Bongkah Penyambung
  • 1.5 Penyambungan, Pemasangan dan Pengujian Projek
  • a. Lukisan Litar
  • Rajah Blok
  • Pengadun audio
  • mikrofon 1
  • Rajah Litar Bergambar
  • Rajah Litar Skematik
  • Rajah Papan Litar Bercetak
  • b. Penyambungan dan pemasangan
  • Susun Atur Komponen
  • Pematerian
  • Pengujian Litar
  • Ujian Keterusan
  • Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:
  • Rumusan:
  • Senarai Komponen:
  • S1
  • SP 1
  • C 1
  • J 1
  • Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris)
  • SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Elektrik Dan Elektronik

Pengenalan Elektrik dan Elektronik akan membantu anda melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dengan lebih berkesan mengikut matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahagian ini merangkumi enam tajuk iaitu Asas dan Prinsip Elektrik, Konsep Asas Elektrik, Sumber Tenaga Elektrik, Komponen Elektronik, Litar Elektronik Asas serta Penyambungan Pemasangan Dan Pengujian Projek.

Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. 2. mengenal pasti jenis, fungsi dan simbol komponen elektronik; mentafsir dan menterjemahkan litar skematik kepada litar bergambar dan sebaliknya; memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah; menghasilkan projek elektronik mudah berpandukan litar skematik; dan lukisan bergambar. mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja penyambungan dan pemasangan projek elektronik. melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakan meter pelbagai

3. 4.

5.

6.

1-1

1.1

Asas dan Prinsip Elektrik a. Struktur atom pengalir dan penebat

Semua jirim terdiri daripada atom. Rajah 1.1 menunjukkan struktur asas suatu atom. Ianya terdiri daripada nukleus di bahagian tengah dan dikelilingi oleh elektron. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Proton bercas positif manakala neutron tidak bercas. Kedua-dua zarah ini sentiasa kekal pada kedudukannya.

elektron proton (+) neutron P N orbit nukleus

Rajah 1.1: Struktur asas atom

Atom mempunyai elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit (juga dikenali sebagai shell). Elektron membawa cas negatif dan beratnya ialah 1/1840 berat proton. Bilangan elektron bergantung kepada jenis atom, misalnya karbon mempunyai 6 elektron, kuprum mengandungi 29 elektron dan sebagainya. Dalam keadaan biasa bilangan elektron sesuatu atom adalah sama dengan bilangan proton. Atom mempunyai orbit berlapis-lapis. Setiap orbit mempunyai bilangan elektron dan paras tenaga yang tertentu. Orbit-orbit ini ditandakan dengan huruf K, L, M, N dan seterusnya. Orbit yang paling hampir dengan nukleus ialah orbit K dan orbit yang paling luar sekali dikenali sebagai orbit valensi. Elektron yang terdapat dalam orbit valensi dikenali sebagai elektron valensi. Bilangan maksimum yang boleh ditampung oleh setiap orbit ditentukan dengan menggunakan formula 2n2, di mana n mewakili nombor orbit mengikut kedudukan dari nukleus. Mari lihat satu contoh untuk memahami struktur suatu atom dengan lebih mendalam. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan elektron bagi setiap orbit bagi atom kuprum yang mempunyai 29 elektron. Rajah 1.2 menunjukkan taburan elektron dalam atom tersebut

Orbit K L M N

Bilangan Elektron Setiap Orbit 2x(lxl)=2 2x(2x2)=8 2x(3x3)=18 1

Jadual 1.1: Taburan elektron atom kuprum Rajah 1.2: Atom

1-2

Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbitnya. Elektron-elektron ini kekal beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proton dengan elektron. Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih kuat terikat. Ianya sukar dikeluarkan dari orbit berbanding dengan elektron yang berada jauh dari nukleus. Jika elektron di orbit valensi dikenakan tenaga luar, ia akan keluar dari orbitnya dan menjadi elektron bebas. Terdapat berbagaibagai cara mengeluarkan elektron dari orbitnya. Antaranya adalah secara aruhan magnet, tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik. Bilangan elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri elektrik atom itu. Pertalian ciri elektrik dengan bilangan elektron valensi ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Bilangan elektron valensi
1, 2 atau 3 4,5 5, 6 atau 7

Ciri elektrik
Pengalir Bahan separuh pengalir (Semikonduktor) Penebat

Contoh unsur
kuprum, emas aluminium karbon, silikon, germanium posforus, sulfur

Jadual 1.2: Kategori bahan berdasarkan bilangan elektron valensi Jika dua objek yang berlainan cas dihampirkan, objek tersebut akan menarik antara satu sama lain. Sebaliknya, jika dua objek mempunyai cas yang sama, ianya akan menolak antara satu sama lain Hukum ini digambarkan dalam Rajah 1.3. Hukum ini dikenali sebagai hukum cas elektrik dan menjadi asas penting untuk memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi.

Rajah 1.3: Hukum Cas Elektrik

1-3

b.

Sifat Pengalir dan Penebat

Pengalir

Ialah bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Aliran arus dalam suatu pengalir tidak dapat bergerak bebas kerana halangan daripada elektron dan atom-atom dalam pengalir ini. Dalam bidang elektrik dan elektronik halangan ini dikenali sebagai rintangan.

Suatu bahan pengalir dengan rintangan yang rendah adalah pengalir yang baik. Kebanyakan logam seperti kuprum, aluminium, emas besi dan plumbum adalah bahan pengalir elektrik yang baik.

Rintangan yang diberikan oleh pengalir bergantung kepada empat faktor penting: (1) (2) (3) (4) Panjang bahan; semakin panjang suatu bahan, semakin tinggi rintangannya, Luas muka keratan bahan; semakin besar luas permukaan suatu bahan, semakin rendah rintangannya Jenis bahan; bahan yang berlainan mempunyai kerintangan yang berbeza Suhu; kebiasaannya semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintangannya

Adalah bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu bahan penebat yang baik mempunyai rintangan yang sangat tinggi. Contoh bahan penebat ialah plastik, kertas, getah, PVC dan kain. Kebanyakan penebat digunakan sebagai bahan untuk menghindarkan kebocoran arus elektrik. Namun begitu, arus masih boleh melalui suatu bahan penebat jika dikenakan voltan yang cukup tinggi.

Penebat

1-4

Terdapat satu lagi kelas bahan yang dinamakan bahan separuh pengalir (semikonduktor). Sifat rintangan bahan ini adalah di antara pengalir dan penebat. Silikon dan Germanium adalah contoh bahan separuh pengalir dan sering digunakan dalam pembuatan komponen seperti diod dan transistor.

Jawab soalan dibawah

Latihan 1.Pernyataan manakah yang benar mengenai atom? (A) Nukleus bergerak mengelilingi atom (B) Proton bergerak mengelilingi nukleus (C) Elektron bergerak mengelilingi nukleus

(D) Elektron dan proton berada dalam nukleus
2. Kumpulkan maklumat berkaitan struktur asas suatu atom. Bina satu alat bantu mengajar struktur atom berdasarkan maklumat yang diperolehi.

3.

Takrifkan istilah: (i) pengalir (ii) penebat

1-5

4: Projek Penguji Keterusan Litar Bahan kaca getah udara emas karbon perak Pengalir Penebat Bahan kuprum tembikar plastik air kertas kain Pengalir Penebat Jadual 1. 1-6 .2 menggunakan hasil projek “Penguji keterusan litar” yang telah anda bina. Tandakan ( √ ) dalam ruangan berkaitan untuk menunjukkan sama ada bahan tersebut pengalir atau penebat bahan ujian prob A prob B 1kΩ Komponen dan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: Bongkah penyambung (5 A) Pemegang bateri 9V Diod pemancar cahaya (LED) Perintang tetap 1kilo ohm Wayar teras tunggal Bateri 9V Pena ujian + LED Rajah 1.Penguji Keterusan Litar .Bina projek “Penguji keterusan litar” berpandukan litar bergambar dalam Rajah 1.2: Kategori bahan pengalir dan penebat .4 Gunakan alatan tangan yang bersesuaian Lakukan ujian keterusan bahan dalam Jadual 1.

Kuantiti cas elektrik yang dibawa oleh satu proton dan satu elektron adalah sama besar. Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unit coulomb (C). Jika 1 coulomb cas mengalir melalui satu titik pada pengalir setiap saat.96 X 1018 elektron Cas (Q) = 6. Contoh: Seutas dawai tembaga mempunyai 24.96 X 1018 elektron bebas.96 x 1018 elektron 1 coulomb ialah 6. Satu coulomb cas ialah jumlah cas yang dipunyai oleh 6. Hubungan tersebut boleh ditulis dalam bentuk persamaan berikut: Cas (Q) Arus = Masa (t) = 4 coulomb I = Q t di mana.1. Kuantiti elektrik Cas Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yang dibawa oleh proton dan negatif oleh elektron. Jika objek itu mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama banyak.24 X 10 18 elektron Oleh itu: 24. Berapakah jumlah cas yang terdapat dalam wayar tersebut? Penyelesaian: Diberi: bilangan elektron ialah 24. ianya dikatakan neutral. pengalir tersebut membawa arus sebanyak 1 ampere. dan bercas negatif jika mempunyai lebih bilangan elektron.24 X 1018 elektron = Arus Arus elektrik (I) disukat dalam unit ampere (A).2 Konsep Asas Elekktrik a. I disukat dalam ampere.24 x 1018 proton (atau elektron). Suatu objek dikatakan bercas positif jika mempunyai lebih bilangan proton. Q dalam coulomb dan t dalam saat .

kuantiti rintangan (R) dalam litar tersebut akan menentukan jumlah arus (I) yang mengalir. Voltan diukur dalam unit volt (V).5. Arus Terus dan Arus Ulang Alik Arus Terus (AT) Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas. Pertalian ketiga-tiga kuantiti ini dinyatakan dalam Hukum Ohm. Kuantiti rintangan (R) disukat dalam unit ohm (Ω).5 Litar asas arus terus . Arus akan mengalir melalui wayar Rajah 1. merentasi kedua-dua terminal bateri itu.5 A = Q t Voltan Apabila dua terminal suatu bateri disambungkan oleh pengalir. arus elektrik akan mengalir. Bagi satu nilai voltan (V) yang dikenakan pada suatu litar elektrik. Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan menyambung satu mentol kepada kutub positif dan negatif satu bateri melalui wayar kuprum seperti di dalam Rajah 1. atau beza upaya. Semakin banyak elektron yang boleh dibekal dan diterima oleh terminal bateri tersebut. Satu bahan dikatakan mempunyai nilai rintangan 1 ohm apabila ianya dapat membenarkan arus 1 ampere mengalir dalam litar apabila voltan 1 volt dikenakan kepadanya. Rintangan Rintangan ialah suatu ciri bahan pengalir yang menghalang pengaliran arus elektrik di dalamnya.5 C/s 2. semakin tinggi voltannya. b.Contoh: Hitung nilai arus yang mengalir dalam satu litar elektrik apabila 75 coulomb cas elektrik melalui titik tertentu selama 30 saat. Pengaliran arus ini disebabkan oleh voltan (V). Satu terminal akan membekalkan elektron melalui pengalir tersebut manakala terminal yang satu lagi menerimanya. Penyelesaian Diberi: Q = 75 C dan t = 30 s Cas (Q) Formula: Arus (I) = Masa (t) 75C Oleh itu: Arus = 30s = = 2.

Arus yang terhasil daripada bateri ini mengalir dalam satu arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT). Aliran arus seperti ini dikenali sebagai arus elektron.4 dan Rajah 1. Aliran elektron ini menghasilkan arus elektrik yang dikenali sebagai arus terus (AT).6: Pergerakan elektron secara rawak arah aliran arus + bateri Rajah 1. Rajah 1.8: Bentuk Gelombang Arus Terus (AT) .6 Dalam kedua-dua rajah ini arus mengalir daripada kutub negatif ke kutub positif bateri. Mengikut satu ketentuan lain. Mari kaji kejadian arus terus dengan lebih mendalam.dan filamen mentol menyebabkan mentol menyala. Rajah 6menunjukkan keadaan pergerakan ini.4 adalah tetap sepanjang masa. Arus (I) 0 Masa (t) Perhatikan arah aliran arus yang digambarkan dalam Rajah 1. arus lazim (arus konvensional) mengalir daripada kuitub ke kutub negative. elektron bebas dalam wayar pengalir (seperti kuprum) bergerak secara rawak. elektron bebas bergerak dari satu atom ke atom lain dalam satu arah seperti yang digambarkan oleh Rajah 1. Dalam keadaan biasa. pergerakan elektron sehala wayar kuprum arah pergerakan elektron Rajah 1. Apabila kutub negatif dan positif suatu bateri disambungkan kepada hujung wayar tersebut. Rajah 1.7. Keadaan ini menghasilkan gelombang arus terus berbentuk garis lurus.8 menunjukkan gelombang arus terus melawan masa.7: Aliran Kuantiti arus dalam litar seperti dalam Rajah 1.

Hukum ohm Hukum ini menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui satu beban dalam tertutup adalah berkadar terus dengan voltan (V) yang merentasi beban dan berkadar songsang dengan rintangan (R) beban tersebut dengan syarat suhunya tetap. Arus seperti ini dinamakan arus ulang alik (AU). Hubungan V. Rajah 1. c.Arus Ulang Alik (AU) Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa ke rumah. Arah aliran arus ini sentiasa bertukar fasa dari positif ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang.10 boleh membantu anda mengingati formula tersebut. Rajah 1. Bentuk gelombang seperti ini dikenali sebagai gelombang sinus.5 menunjukkan gelombang arus ulang alik. I dan R ini dinyatakan oleh formula berikut: V I = R di mana: I dalam ampere. sekolah. V dalam volt dan R dalam ohm.9 Gelombang Arus Ulang Alik Aktiviti: Buat bacaan lanjutan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis-jenis gelombang arus ulang alik selain daripada gelombang sinus.9 menunjukkan bahawa nilai arus meningkat dari sifar ke maksimum pada fasa positif dan kemudian menurun ke sifar. Seterusnya.10: Segi Tiga VIR . Contoh Pengiraan: Rajah 1. Rajah 1. Perubahan arah aliran arus ulang alik disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan secara berselang-seli. nilai arus ini akan menuju tahap maksimum pada fasa negatif dan kemudian kembali ke sifar. Arus (I) maksimum positif 0 Masa (t) maksimum negatif Rajah 1. kilang dan sebagainya mempunyai ciri aliran arus yang berlainan.

Kemudian membuat analisis atau pengiraan kuantiti-kuantiti mengikut jenis litar yang terlibat. Sesetengah pelajar mendapati tajuk ini membingungkan kerana banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan melibatkan kerja-kerja pengiraan. Pada hakikatnya. Sebagai permulaan.4 A d. Sebagai langkah pertama. Berapakah nilai rintangan beban tersebut? Penyelesaian: Diberi: V = 12 V. Litar Siri dan Selari Dalam tajuk ini anda akan pelajari jenis-jenis litar elektrik dan ciri-ciri penting setiap jenis litar. = 30 ohm . Arus (I) = 24 Ω = Contoh 2: 0. Langkah seterusnya ialah memahami cara bagaimana sekumpulan beban dalam suatu litar disambung – adakah ianya disambung secara siri atau selari. tajuk ini tidaklah sukar untuk dipelajari. Penyelesaian: Diberi : V = 12V. I = 0.Contoh 1: Hitung arus yang mengalir melalui beban 24 Ω jika sebuah bateri 12 V disambung merentasinya. anda perlu memahami ciri-ciri litar siri dan selari termasuk yang berkaitan dengan kuantitikuantiti elektrik.4 A V Formula: R = I 12V Oleh itu. R= 24 Ω V Formula: I = R 12V Oleh itu. Anda juga akan mempelajari cara menganalisis suatu litar khususnya yang berkaitan dengan tiga kuantiti elektrik yang telah dipelajari dalam Tajuk 3.4 A.5 A Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0. Rintangan (R) = 0. mari pelajari apakah yang dimaksudkan dengan litar elektrik.1. Formula Hukum Ohm juga akan digunakan dalam tajuk ini.

Arus tidak dapat mengalir melalui litar terbuka. haba.11: Litar Terbuka Litar tertutup suis Litar Rajah 1. Litar terbuka Litar terbuka Rajah 1. elemen pemanas. Tenaga elektrik dapat dimanfaatkan jika ianya ditukar kepada bentuk tenaga lain seperti tenaga cahaya. Contoh beban ialah perintang. Keadaan ini menyebabkan arus pengalir bersentuhan suis sumber elektrik pengalir beban Rajah 1.12: Litar Tertutup Litar pintas Litar pintas berlaku apabila terdapat sentuhan di antara dua wayar terdedah (Rajah 1.13). Setiap beban mempunyai rintangan. suis sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. Penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan harian adalah bergantung kepada litar elektrik. mentol. bunyi dan sebagainya oleh beban dalam suatu litar. Oleh itu. pembesar suara dan sebagainya. dan mentol.12 dikatakan litar tertutup.13: Litar Pintas . Sebab-sebab litar terbuka: (a) suis terbuka (b) wayar terputus (c) beban terbakar (d) sambungan yang longgar Nilai rintangan dalam litar ini adalah infiniti. Sekarang mari pelajari istilah-istilah penting berkaitan dengan litar elektrik asas. wayar. suis. Anda boleh rujuk Rajah 4 . Satu contoh litar yang asas adalah terdiri daripada sel.11 ialah litar yang terputus dan tidak lengkap. Sambungan antara sumber elektrik dengan beban* adalah lengkap. (arus mengalir tanpa melalui beban). beban tidak boleh berfungsi.Litar elektrik ialah laluan untuk arus mengalir daripada sumber elektrik. Sumber elektrik mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan beza upaya merentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis di tutup. Contoh beban ialah: * peintang lampu alatan-alatan elektrik sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. Arus tidak melalui jalan asalnya. kepada satu atau lebih beban dan kembali semula ke sumber bekalan melalui dawai pengalir. Arus dapat mengalir dalam litar dan beban dapat berfungsi.

dan mentol. Arus elektrik tidak dapat mengalir dan litar tidak berfungsi jika mana-mana bahagian pada litar terputus atau terbuka. Litar elektrik yang mudah terdiri daripada sel. Ianya terdiri daripada sumber elektrik. wayar penyambung. Rintangan dalam litar siri Jumlah nilai rintangan bagi perintang yang disambung secara siri dalam satu litar adalah jumlah semua rintangan. wayar. Arus elektrik tidak ada jalan lain kerana semua komponen elektrik disambungkan secara berurutan atau bersiri.yang mengalir menjadi terlalu besar kerana wayar pengalir mempunyai rintangan yang sangat rendah. S1 IR1 Vj Ij IR2 R1 VR1 Vj R2 VR2 Rajah 1. suis.14: Litar selari . formula berikut digunakan: Rj = R1 + R2 + R3 + … + Rn Rj ialah jumlah rintangan R2 ialah perintang 2 R1 ialah perintang 1 R3 ialah perintang 3 Contoh: Suis. Sambungan litar siri membolehkan arus mengalir melalui setiap komponen. Litar elektrik ialah laluan untuk pengaliran arus. Arus yang terlalu besar boleh meningkatkan suhu wayar. dan beban atau perintang. Litar pintas sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan wayar pengalir dan kebakaran. Litar elektrik penting kerana tanpanya tenaga elektrik tidak dapat digunakan dalam kehidupan harian. Litar siri Litar siri adalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus. Bagi mendapatkan jumlah rintangan dalam litar siri.

formula berikut digunakan: IJ = I1 = I2 = I3 …. Arus dalam litar selari Dalam litar selari. Jumlah susutan voltan pada setiap beban itu adalah sama dengan voltan punca bekalan. Bagi mendapatkan jumlah arus melalui perintang dalam litar siri. litar siri-selari digunakan di dalam radio. litar selari digunakan untuk litar elektrik rumah. nilai voltan pada beban adalah sama dengan nilai voltan pada setiap laluan arus. Nilai voltan adalah sama pada setiap laluan arus dalam litar selari. dan dalam perusahaan elektrik dan elektronik Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar selari. Kadar susutan bergantung kepada nilai rintangan dalam beban tersebut. formula berikut digunakan: Vj = V1 + V2 + V3 + … + Vn Rintangan dalam litar selari Apabila perintang disambung secara selari. Oleh itu. arus yang mengalir berkurangan tetapi jika rintangan itu rendah. jumlah rintangan dalam litar itu akan berkurangan kerana tendapat lebih laluan arus. arus yang mengalir meningkat.Arus dalam litar siri Dalam litar siri. Jumlah arus dalam litar selari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:: Ij = IR1 + IR2 + …. In Voltan dalam litar siri Dalam litar siri. Kuantiti arus yang mengalir melalui setiap laluan bergantung kepada nilai rintangan pada laluan yang berkenaan. Semakin banyak laluan arus. Jika rintangan laluan itu tinggi. Litar selari Litar selari adalah sambungan litar elektrik dengan dua atau lebih laluan arus..+ IRn Ij ialah jumlah arus Voltan dalam litar selari Dalam sambungan litar selari. semakin kurang jumlah rintangan. Jika satu laluan terputus. aliran arus masih boleh mengalir melalui laluan yang lain. nilai voltan pada setiap perintang akan susut. arus yang melalui mana-mana bahagian dalam litar adalah sama. formula benikut digunakan: Vj = V1 = V2 = V3 . Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar. televisyen. terdapat beberapa laluan arus.

V1 = V2 = 5V . R2 = 30 Ω dan Vj = 5V.15 Litar selari Penyelesaian: Diberi: (i) R1= 20 Ω. S1 Vj Ij IR1 R1 VR1 IR2 R2 VR2 Vj Rajah 1.Contoh pengiraan kuantiti-kuantiti elektrik dalam litar selari Berpandukan Rajah 1.15. tentukan: (i) jumlah rintangan Rj (ii) beza upaya VR1 dan VR2 (iii) jumlah arus Ij arus IR1. Suis. 1 = Rj = 1 + 20 5 1 = 30 1 = 60 12 3 + 60 2 Rj = 12 Ω (ii) Beza upaya dalam litar selari adalah sama: V1 = V2 = Vj Oleh itu. dan IR2 jika R1 = 20 Ω. R2 = 30 Ω dan Vj = 5 V Jumlah rintangan: Formula: 1 = Rj R1 1 + R2 1 + … + Rn 1 Oleh itu.

Ij = 5 V/12 Ω = 0.25 A Arus I2: Formula: I2 = V2/R2 Oleh itu. Dalam contoh ini. jumlah arus. arus I2 = 5 V/30 Ω = 0. Rajah 1. arus I1 = 5 V/20 Ω = 0. Setiap lampu dan alat elektrik dapat dihidupkan dan dimatikan secara berasingan.(iii) Jumlah arus Ij: Formula: Ij = Vj/Rj Oleh itu. Rintangan dalam litar siri-selari .17 A Kebaikan litar selari (a) (b) (c) (d) Semua lampu menyala dengan kecerahan yang sama terang.16 Litar siri selari Litar siri-selari merupakan gabungan litar siri dengan litar selari dalam satu litar yang sama.42 A Arus I1: Formula: I1 = V1/R1 Oleh itu. Kedua-duanya bersambung secara siri pula dengan perintang R1.16 menunjukkan bentuk asas suatu litar siri-selari. Litar siri-selari R2 R1 R3 Rajah 1. perintang R2 dan R3 bersambung secara selari. Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama. Formula berikut digunakan untuk mendapatkan jumlah rintangan dalam litar selari: i. Kerosakan atau kebakaran sesuatu lampu atau alat elektrik tidak memberi sebarang kesan kepada perkakas yang lain.

3.. 2.. + 1/ Rn Litar siri-selari Litar siri-selari terdiri daripada litar siri dan litar selari yang digabungkan bersama. Beza upaya merentasi setiap perintang 2. iaitu jumlah rintangan R2 dan R3 di atas Gunakan formula: 1 = Rj 1 = Rj 1 = Rj Rj 20 20 2 R2 1 + 20 1 + R3 1 1 = 20 / 2 Rj = 10 ohm (b) Kemudian campurkan 10 ohm itu dengan rintangan R1 = 5 ohm. R ialah I x R. 4.Rintangan dalam litar siri-selari dikira berdasarkan sambungan yang dibuat. Cari rintangan dalam litar selari dahulu. Litar selari Arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah bergantung kepada rintangan masing masing. +In 1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 + …. 1. Beza upaya yang sama merentasi semua cabang. Kira rintangan dalam litar selari dahulu dan kemudian campurkan nilainya dengan rintangan dalam litar siri. Ij = 11 + 12 + 13 + ……………. Untuk pengiraan. oleh itu 10 ohm + 5 ohm = 15 ohm. Perbandingan antara litar siri dan litar selari Litar siri 1. . Arus yang sama mengalir melalui semua perintang. bahagikan litar siri-selari itu kepada litar siri dan litar selari. Rj = R1 + R2 + R3 + ………… + Rn 4.…. Vj = V1 + V2 + V3 + ………… + Vn 3. Rajah 17 menunjukkan contoh cara tiga perintang dapat digabungkan dalam litar siri-selari.

R3 = 4Ω dan R4 = 4Ω Formula: Rj = RjA + RjB 1/RjA = 1/R1 + 1/R2 R1 R2 Rintangan setara: RjA = ----------R1 + R2 2X2 = ----------.17 Gabungan tiga perintang dalam litar siri selari Untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan setara litar siri-selari.(a) (b) Rajah 1. (c) gabungkan RjA dan RjB untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan Rj.18(b) Penyelesaian (a) Diberi: R1 = 2Ω. langkah berikut boleh diikuti: (a) kenal pasti kumpulan perintang yang bersiri dan selari. suis digunakan untuk menyambung atau memutuskan aliran arus elektrik. (b) gunakan formula untuk menentukan nilai setara rintangan siri dan rintangan selari (RjA dan RjB). Rajah 1. R2 = 2Ω.3 Komponen – komponen Asas Sambungan Litar Elektrik Suis 1. Contoh 6: Jika R1= 2Ω. Suis juga digunakan untuk menukar aliran . Dalam penyambungan litar. R3 = 4Ω. R4 = 4Ω dan R5 = 3Ω hitungkan nilai jumlah rintangan bagi litar Rajah 18(a) dan 18(b).4.= 1Ω 2+2 3. R2= 2Ω.18(a) Rajah 1.

Perbezaan Arus terus Arus ulang alik Sumber Pengaliran arus Bentuk Gelombang Kebaikan . Terdapat berbagai-bagai suis. Contoh suis pisau mengikut kegunaan tertentu adalah seperti berikut: Untuk mengawal hanya satu litar sahaja. 2. Suis pisau Suis pisau biasanya digunakan untuk penyambungan litar voltan rendah sahaja seperti membuat eksperimen di makmal. Kuantiti Cas Arus Voltan Rintangan Simbol Unit Aktiviti 2 Senaraikan perbezaan antara arus terus dan arus ulang alik. antaranya ialah suis pisau dan suis togol.arus melalui berbagai-bagai litar. Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada satu punca. Aktiviti 1. Anda dikehendaki memahami konsep aasas elektrik dan menghitung kuantiti arus. Untuk mengawal dua litar berlainan pada masa yang sama. Suis disambung secara bersiri kepada beban dalam litar dan dipasang pada wayar hidup. voltan dan rintangan dalam liatar siri dan selari. Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada dua punca berasingan pada masa yang sama.

Litar siri aadalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus. Perkembangan ini menyebabkan permintaan terhadap tenaga elektrik meningkat dan menjadi semakin penting. (b) Bagaimanakah konsep ini memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran elektrik? Selaku guru KH. 1.Latihan 1. kepada murid. manusia ingin meningkatkan keselesaan hidup. 2. Litar pintas sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen dan menyebabkan kebakaran. (a) Huraikan kosep struktur atom and hubungannya dengan penebat dan pengalir. Suis digunakan dalam litar untuk menyambung atau meutuskan aliran arus elektrik. Litar siri selari adalah gabungan litar siri dan litar selari. terangkan cara penyambungan meter pelbagai di dalam litar untuk mengukur voltan. Voltmeter digunakan untuk mengukur daya gerak elektrik (d. 6. Di samping barangan pengguna.Arus elektrik tidak dapat mengalir melaluinya. Arus yang mengalir dalam litar siri adalah sama pada mana-mana bahagian dalam litar. Rumusan 1. Bagi mencapai keinginan ini. 2. pelbagai barangan termasuk perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik telah direkacipta. Litar tutup ialah litar yang lengkap dan arus elektrik dapat mengaliur melaluinya.e. Voltmeter mesti disambungkan secara selari dengan beban. aliran arus masih boleh mengalir melalui lauan yang lain. 7. 5. Jika satu laluan terputus. 3. Mengikut pengalaman anda.3 Sumber Tenaga Elektrik Selain daripada keperluan asas untuk hidup. 4. Bincangkan. 3.) atau beza upaya di antara dua titik dalam unit volt. beri satu contoh aktiviti di mana anda mengingkatkan kesedaran unsur keselamatan dalam sebuah bengkel. Suis disambung secara bersiri kepaada beban dan dipasang pada wayar hidup. Litar siri selari digunakan dalam kebanyakan perkakas seperti radio dan televisyen.g. Litar selari adalah sambungan litar elektrik yang mempunyai dua atau lebih laluan arus elektrik. 8. Litar pintas berlaku apabila arus mengalir secara terus dalam litar tanpa melaui beban atau jalan asalnya. rintangan dan arus . Litar buka ialah litar yang tidak lengkap dan terputus. tenaga elektrik juga perlu .

Sel kering Rajah 1. d. Apabila sel kering digunakan. haba.dalam bidang industri dan perniagaan. e. Berikut adalah beberapa cara menjana tenaga elektrik Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui proses a. c. b. e. Tindakan kimia Tindakan Kemagnetan Tindakan Cahaya Tindakan Haba Tindakan Tekanan Tindakan Geseran Tenaga elektrik daripada tindakan kimia I.5 volt. Digunakan untuk alat-alat yang tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak . b. Dalam tajuk ini anda akan belajar mengenai pelbagai cara menghasilkan tenaga elektrik. f. dan kimia. d. Tenaga elektrik boleh dihasilkan daripada beberapa sumber tenaga lain seperti cahaya. f. tindakan kimia berlaku di dalam sel. Tenaga elektrik untuk kegunaan harian banyak dihasilkan dengan tindakan kimia dan kemagnetan. c. Terdapat sel kering dan sel basah ii. Voltan sel kering yang biasa ialah 1.19 Sel Kering a. a. Sel basah . Jenis arus elektrik sel kering ialah arus terus. Sel kering boleh didapati dalam berjenis bentuk dan saiz.

Apabila paras elektrolit berkurangan. Plat positif berbilangan ganjil dan plat negatif berbilangan genap. bilangan lilitan pengalir ditambah c. Roda berpusing di dalam dinamo memutarkan magnet b. Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah. medan magnet bergerak memotong pengalir yang tidak bergerak Arus yang dihasilkan boleh ditambahkan sekiranya a. satu pengalir memotong medan magnet yang tidak bergerak b. b. d. Tenaga elektrik daripada kemagnetan: i. Sel basah dapat menghasilkan tenaga elektrik yang banyak. g. boleh dipenuhkan dengan air suling. Sel asid plumbum ialah sejenis sel basah. iii. h. Sel basah boleh dicas apabila tenaga elektrik menjadi lemah.Rajah 20 Sel basah a. Arus elektrik boleh dijanakan apabila a. Penghasilan arus melalui aruhan ialah prinsip yang digunakan di Dalam sebuah dinamo: Rajah 21 Dinamo basikal a. Voltan sel asid plumbum biasa ialah 2 volt. Bacaan meter tumpat kurang daripada 1. e. b. magnet yang lebih kuat digunakan b. f. Putaran ini mengaruhkan tenaga elektrik di dalam gelung dawai yang .2 menunjukkan sel itu perlu dicas semula. c. kelajuan pemotongan di antara pengalir dengan medan magnet ditambah ii.

Arus yang dijanakan oleh dinamo adalah arus ulang alik c. Prinsip ini digunakan dalam alat penyala gas. iii. Sedikit arus elektrik terhasil apabila cahaya memancar ke atas permukaan bahan tertentu seperti kalium. selenium dan kalsium. ii. b. Alat ini disebut termokupel dan digunakan sebagai termometer untuk menyukat suhu haba dalam relau gas automatik dan oven. Sel solar digunakan untuk menukar cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik daripada cahaya i. Sel-sel solar digunakan dalam kalkulator dan kamera. natrium. ii. Tenaga elektrik yang dihasilkan seperti ini digunakan di dalam satelit.dililit di sekeliling teras besi c. Teras besi meningkatkan lagi arus yang dijanakan d. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas hablur yang terkapit di antara dua plat logam. Tenaga elektrik daripada haba: i. . iii. alat pemain piring hitam dan mikrofon. iv. Arus elektrik boleh dihasilkan oleh dua logam berlainan yang dibelit dan dipanaskan. Sedikit arus elektrik boleh dihasilkan apabila tekanan dikenakan pada sejenis hablur seperti kuartz dan garam Rochelle . Rajah 21 Sel Solar a. ii. Tenaga elektrik daripada tekanan i.

kaca. Bahan yang menerima elektron itu menjadi cas negatif dan yang menghilangkan elektron menjadi cas positif. Apabila dua bahan yang berlainan cas disambungkan. Nyatakan perbezaan antara sel primer dan sel sekunder Sel Primer Sel Sekunder . elektron berpindah dari satu bahan ke bahan yang lain. lilin. Pergerakan cas elektrik ini dipanggil elektrik statik. cas elektrik bergerak. iii. Rajah 22 Tenaga elektrik daripada tekanan Tenaga elektrik daripada geseran: i. Rajah1. iv. Apabila benda-benda tertentu seperti getah keras.23Tenaga elektrik daripada geseran Latihan 1.Jangka galvani c. bulu binatang dan nilon digeserkan. ii.

Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama. dan arus. kegunaan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. 4. Terdapat dua jenis perintang: Perintang tetap – perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap Perintang boleh ubah – perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah Rajah 24: Contoh-contoh Perintang . Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω). 1. anda mungkin kebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papan litar. Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan an gandaan voltan.4. Apakah tenaga yang terhasil apabila arus mengalir melalui elemen pemanas? Apakah sebuah motor elektrik berputar. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. binaannya dan pelbagai soalan lain mengenai komponenkomponen berbagai-bagai itu. Contoh komponen aktif ialah transistor. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Komponen Pasif Perintang Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. 1. Contoh komponen pasif ialah perintang. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi.1 a. apakah tenaga yang dihasilkannya? Apakah tenaga yang terhasil daripada diod pemancar cahaya? . diod dan litar bersepadu. dan arus kepada suatu litar.2. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. pemuat dan pearuh. Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif.4 Komponen Elektronik Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepada gandaan voltan. 3. Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkan dengan jenis. simbol dan fungsi beberapa komponen elektronik.

Suatu perintang tetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna pada badannya. Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk kod warna.mewakili nilai pendarab Jalur 4 .mewakili had terima Warna Hitam Perang Merah Oren Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih Emas Perak Tiada warna Jalur 1 Digit Pertama 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jalur 2 Digit Kedua 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 10 2 10 3 10 4 10 5 10 6 10 7 10 8 10 9 10 -1 10 -2 10 0 Jalur 3 Pendarab 1 10 100 1000 10000 100000 1000000 10000000 100000000 1000000000 0. Rajah 1.25 menerangkan maksud jalur-jalur warna dan nombor yang diwakili oleh setiap warna.01 Jalur 4 Had Terima ± 1% ± 2% ±5 ± 10 ± 20 Rajah 1.mewakili digit pertama Jalur 2 .25: Kod Warna Perintang Contoh: Terjemahkan kod warna perintang berikut: hijau 5 hitam kuning 0 104 emas ± 5% .mewakili digit kedua Jalur 3 . Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yang terdiri daripada 4 jalur warna.Contoh perintang tetap dan boleh ubah serta simbol skematiknya ditunjukkan dalam Rajah 1. 25. Jalur 1 .1 0.

Had terima maksimum Had terima minimum = = 500000 + 25000 = = 500000 – 25000 = = 525000 Ω 525 kΩ Ω 475000 Ω 475 kΩ Ω = = (50 X 10000) Ω ± 5% = 500000 ± 5% 500000 X 5% = ± 25000 Ω b. dan seramik. Pemuat mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya. Pemuat Jenis pemuat Simbol Pemuat merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. mika. Binaan Pemuat Rajah 1. kertas.27: Binaan Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti . Sebaliknya pemuat membenarkan arus ulang–alik mengalir dalam litar. Jenis dan simbol pemuat ditunjukkan dalam rajah 1. Jenis Pemuat Rajah 1.26: Jenis dan simbol pemuat Pemuat dibina daripada dua plat pengalir yang dipisahkan oleh bahan dielektrik seperti ditunjukkan dalam rajah 1. Bahan dielektrik adalah jenis penebat elektrik seperti udara.25: Warna hijau mewakili nombor 5 Warna hitam mewakili nombor 0 Warna kuning mewakili pendarab 104 atau 10000 Warna emas mewakili had terima ± 5% Oleh itu.Penyelesaian: Berdasarkan Rajah 1.27. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. Ia boleh dicas dan dinyahcas. nilai rintangan nilai had terima Maka. Pemuat tetap Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap.26. Anda perlu pastikan pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul.

Unit bagi kemuatan ialah farad.001 mikro Farad. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.pemuat seramik. Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut: • • • Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan dengan kod nombor ditunjukkan dalam contoh berikut: Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 28 ialah 102. nilai yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah 28 ialah: Rajah 1.28: Kod nombor 10 X 102 = 1000 piko Farad = 10 nano Farad = 0. Jadi. F. nilai kemuatan akan berkurangan. Pemuat boleh ubah Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. C. Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah: • • • luas permukaan plat – jika luas permukaan plat bertambah. mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya. jarak di antara dua plat – jika jarak di antara plat bertambah. Kemuatan Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan. Dua digit pertama kod ini adalah nombor asas dan digit ketiga ialah pendarab. nilai kemuatan juga bertambah. jenis bahan dielektrik – bahan dielektrik yang berbeza mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat Penggunaan pemuat : Jenis Litar Litar Penapis Litar motor Litar penalaan Penggunaan pemuat Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk mendapatkan voltan malar Pembaik faktor kuasa litar Mengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lain Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio Spesifikasi pemilihan pemuat .

XL.30: Diod simpang dan simbol skematik • dengannya.29: Simbol skematik jenis-jenis pearuh 1. Rajah 1. spesifikasi berikut perlu diberi perhatian: Spesifikasi Nilai kemuatan Had terima pemuat Voltan kerja Keterangan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan kod tercetak atau kod warna pada badan pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenar pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui. Penentangan ini dinamakan regangan induktif. . Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Nilai kearuhan sesuatu pearuh disukat dalam unit Henry. Pearuh menentang arus ulang-alik. Kebanyakan pearuh mempunyai rintangan yang rendah.4. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan. Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N.2 Komponen Aktif Diod • • • • Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah. Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran Rajah 1. Teras udara Teras ferit Teras besi Pearuh boleh ubah Pearuh praset Rajah 1. Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus terus.29 menunjukkan simbol skematik pelbagai jenis pearuh.Semasa memilih sesuatu pemuat untuk menyediakan sesuatu projek elektronik. H. Pearuh / Gelung / Induktor Pearuh dibina daripada dawai pengalir yang dililit dalam bentuk gegelung.

• Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.32 menunjukkan bentuk fizikal dan simbol skematik LED. b. dan yang jauh adalah anod. Bagi LED yang baru. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.BJT • • • dicipta pada 1948 membuka era baru dalam bidang elektronik sumbangan transistor kepada bidang elektronik: litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak Binaan dan Simbol transistor BJT Terdapat dua jenis transistor BJT • . Rajah 32: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED • Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED: a. kaki anod lebih panjang dari kaki katod Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah katod Transistor (Simpang DwikKutub) . Lihat rajah 31 pincang hadapan pincang balikan Rajah 31 Cara memincang diod Diod pemancar cahaya (LED) • • • • • • Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. c. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod. Rajah 1.5V).

PNP --.satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P NPN --. Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada setiap kaki transistor.33.pincang balikan Memincang Transistor NPN • Cara memincang transistor NPN dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1.33: Struktur asas dan simbol skematik transistor • • setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin) nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1: Nama Kaki tapak (base – B) pengeluar (emitter – E) pemungut (collector – C) Fungsi mengawal arus pemungut membekalkan cas-cas kepada pemungut mengumpulkan cas daripada pengeluar Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT • Memincang Transistor ► pengeluar dan dasar --. .satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 33 dasar dasar pengeluar pengeluar Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN Rajah 1. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi).pincang hadapan ► pemungut dan pengeluar --.

IB dan IC ialah IE = IB + IC . Sebahagian kecil daripada elektron ini diresap oleh lohong di dalam tapak manakala majoriti elektron di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikan cas positif punca bekalan VCE. arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE). proses berikut akan berlaku: Elektron dari sumber bekalan VBE akan menolak elektron pada pengeluar ke arah simpang. Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam rajah 34).5% arus IE mengalir ke tapak menjadi arus tapak. IC. IB dan 95 .E C B VCE pincang hadapan pincang balikan Rajah 1.34: Cara memincang transistor NPN Kendalian transistor NPN apabila dipincang dengan betul dapat diterangkan seperti berikut: Lapisan tapak sangat nipis (0. Pertalian matematik bagi IE.0025 cm) dan mempunyai sedikit sahaja lohong Lapisan pengeluar dan pemungut lebih tebal dan mempunyai lebih banyak elektron.99% arus IE mengalir ke pemungut menjadi arus pemungut. Sejumlah 1 . Pergerakan elektron ini menghasilkan aliran arus tapak (IB).

Kaki pengeluar (E) disambung kepada punca bekalan positif VBE. Pergerakan lohong ini menghasilkan aliran arus tapak (IB). proses berikut akan berlaku: Lohong pada pengeluar ditolak ke arah simpang oleh sumber bekalan VBE. voltan atau kuasa . Manakala majoriti lohong di simpang di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikan cas negatif punca bekalan VCE. pemungut (C) disambung kepada punca bekalan negatif VCE. E C arus lohong B pincang hadapan pincang balikan Rajah1. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi).35: Cara memincang transistor PNP Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam rajah 1. Sebahagian kecil daripada lohong bergerak ke punca bateri VBE melalui tapak. • Merujuk kepada rajah 35.Memincang Transistor PNP cara memincang transistor PNP dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1.35 Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada setiap kaki transistor. arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE).35). perhatikan bahawa: arus dalaman transistor melibatkan pengaliran lohong arus luaran transistor melibatkan pengaliran elektron Fungsi Transistor Transistor berfungsi sebagai suis elektronik Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus.

Rajah 1. simpang pengeluar-pemungut mempunyai rintangan yang sangat tinggi dan menyebabkan transistor berada dalam keadaan tidak beroperasi.36: Transistor sebagai suis Apabila suis S1 terbuka.Transistor sebagai suis • Rajah 1.36 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai suis. Apabila suis S1 ditutup. Kesannya.37: Taransistor sebagai penguat . Ketika ini transistor beroperasi dan menyebabkan arus besar mengalir dalam litar output. Keadaan ini menyebabkan arus yang mengalir dari pengeluar ke pemungut menjadi terlalu kecil. Aliran arus output menyebabkan lampu menyala dan transistor bertindak sebagai suis tutup.37 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai penguat. Kesimpulannya: Transistor akan off jika tapak-pengeluar tidak dipincang hadapan Voltan yang mengawal arus tapak menentukan nilai arus output Transistor sebagai penguat (amplifier) Rajah 1. arus dapat mengalir dalam litar input dan menyebabkan rintangan simpang pengeluar-pemungut berkurangan. tiada output dari transistor dihasilkan dan lampu dalam litar output tidak menyala. Rajah 1.

AV a.seperti amplifier radio IC digital .). Rajah 39 pula menunjukkan fungsi pin IC 555 dan simbol skematiknya. Pemproses mikro adalah satu jenis IC yang sangat besar dari segi bilangan komponen yand ada di dalamnya. dsb.38: Contoh pakej IC Rajah 1.u. IC boleh dikelaskan dengan berbagai cara (seperti bentuk pakej. VLSI. Litar Bersepadu (IC) • • • • Litar bersepadu ialah komponen yang mengandungi transistor perintang.LSI.Isyarat input a.39 Fungsi pin dan simbol skematik IC 555 .38. diod yang disepadukan menjadi sekeping cip. (Contoh: IC Pentium III mengandungi 6 juta transistor di dalamnya). sebesar 0. kapasitor.02V p-p 150 Ini bermakna transistor Q1 mempunyai faktor penguatan sebanyak 150 kali ganda. Isyarat output yang dihasilkan adalah sebanyak 3V p-p (disukat menggunakan osiloskop). Gandaan voltan. bilangan komponen . IC juga boleh dikategorikan sebagai: ▪ ▪ • • IC analog . Rajah 1. yang diperolehi dari litar tersebut ialah : AV = = = (V keluar) /(V masuk) 3V p-p/0.u.litar pensuisan 'on' atau 'off' Contoh pakej IC ditunjukkan dalam rajah 1.02V p-p dikenakan kepada tapak transistor Q1.

40) digunakan untuk menyambung dawai dan komponen elektronik dalam pemasangan projek.40: Bongkah penyambung. Alat tangan yang diperlukan untuk memasang komponen kepada bongkah penyambung ialah pemutar skru mata rata bersaiz kecil atau pena ujian sahaja. . Rajah 1. Kelebihan menggunakan bongkah penyambung dalam pemasangan projek ialah pemasangan komponen boleh diubah-ubah dengan mudah.Bahan Bongkah Penyambung • • • Bongkah penyambung (rajah 1.

. 3. Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang. Saiz perintang menunjukkan kadar kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang. 2. 6. Perintang yan mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat. 5. Jumlah rintangan dalam litar siri adalah hasil tambah setiap rintangan dalam litar tersebut. Jumlah rintangan dalam litar selari adalah lebih kecil daripada nilai rintangan yang terkecil dalam litar tersebut. 4.Rumusan 1. Nilai rintangan bagi sesuatu perintang bergantung kepada kod warna perintang dan juga kod tercetak.

Dengan demikian. UNIT BEKALAN KUASA menukarkan bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus yang diperlukan oleh sistem tersebut. Contonya.5 Penyambungan.41: Rajah Blok Sistem Penguat Kuasa Audio Penguat kuasa audio pembesar suara Dalam rajah 1.1. jika tiada isyarat keluaran daripada pembesar suara sedangkan isyarat keluaran daripada pengadun dapat dikesan.41. Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisangarisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian di antara blok-blok. isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon diadun oleh PENGADUN AUDIO. rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak (PCB). sumber bekalan AU Unit bekalan kuasa mikrofon 1 Pengadun audio mikrofon 2 Rajah 1. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun (masih beraras rendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT KUASA AUDIO. Penguat ini mengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat membunyikan pembesar suara. Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks dengan mudah. Rajah 41 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkat-peringkat dalam suatu sistem elektronik. . Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok. a.4 anda telah mempelajari jenis. hanya bahagian penguat kuasa atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki. Pemasangan dan Pengujian Projek Dalam Tajuk 1. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari caracara bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan lukisan litar. maka bahagian yang mungkin rosak ialah sama ada penguat kuasa atau pembesar suara. Lukisan Litar Rajah Blok Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atau peringkat. Rajah blok juga memudahkan kerja-kerja mengesan kerosakan. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya. simbol skematik dan kegunaan komponen-komponen elektronik. rajah litar bergambar.

Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Dalam rajah ini komponen-komponen dilukiskan menyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu. Jika litar kompleks dilukis menggunakan rajah litar bergambar. Bilangan dan jenis komponen yang terlibat juga bertambah banyak dan berbagai-bagai. ruang yang diperlukan untuk melukisnya lebih besar. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Tambahan pula.42 Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik. Selain daripada simbol.42 Rajah Litar Bergambar susun atur fizikal sebenar sesuatu litar. . litarnya akan menjadi semakin kompleks. rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk Rajah 1. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil. Oleh itu. Rajah Litar Skematik Apabila sesuatu projek menjadi semakin besar. pertalian di antara komponen-komponen semakin sukar dilihat. rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya dilukis menggunakan simbol-simbol. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan Rajah 1. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah.Rajah Litar Bergambar Binaan sesuatu sistem elektronik boleh dipersembahkan dengan menggunakan rajah litar bergambar. Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen. komponenkomponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta nombor) tertentu. Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang elektronik. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan. rajah litar skematik kelihatan membingungkan.42 menunjukkan rajah litar bergambar suatu projek yang di pasang menggunakan bongkah penyambung. Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakili sesuatu komponen tertentu. Sebenarnya.43: Rajah Litar Skematik mempersembahkannya. Rajah 1.43 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam rajah 1. Rajah 1. kesabaran dan ketelitian.

Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yang menyambungkannya. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang. kefahaman anda terhadap sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak. . Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar penyambung. 4.Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut: 1. Rajah Papan Litar Bercetak Peralatan elektronik komersial biasanya dipasang menggunakan papan litar bercetak. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang 2.44: Papan Litar Bercetak 1. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi 3. (Papan litar bercetak seringkali dipanggil PCB singkatan bagi Printed Circuit Board). saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz. Rajah 1. 5. Dengan cara ini.44menunjukkan satu contoh projek elektronik yang dipasang menggunakan papan litar bercetak.45 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik. Ciri utama PCB ialah penggunaan balapan kuprum ‘tercetak’ menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung komponen-komponen. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat – cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan pateri. bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza walaupun saiz simbolnya sama Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal. Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan banyak. anda perlu menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar dan sebaliknya. Beberapa kebaikan PCB: Rajah 1. 2. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. Rajah 1. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal. Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbol skematiknya.

Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner) 9. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm.45 Rajah Papan Litar Bercetak Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod. Langkah selanjutnya selepas rajah litar berkaitan disediakan ialah pemasangan dan penyambungan. 6. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus. Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. 7. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan litar bercetak yang akan dihasilkan. 5. Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut: 1. . Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen. 4.Rajah 1. Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis. 3. 2. 8.

46 .47: Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Penyambung Rajah 1.48. Dalam tajuk ini anda akan pelajari cara pemasangan projek elektronik. Komponen-komponen boleh digunakan berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta pengujian dan pembaikan yang kerap. Sesetengah cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi.46 dan Rajah 1. latihan. ujian dan kajian makmal.b.47 hingga Rajah 1. Rajah 1. Ada pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus. Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal. Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Kayu Berskru Atau Paku Rajah 1. Penyambungan dan pemasangan Menghasilkan Projek Elektronik Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara menyambung dan memasang komponen-komponen elektronik.48: Pemasangan Projek Menggunakan Verobod . Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalam penghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Pemasangan ini selalunya digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian.

Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier – SCR dan litar bersepadu . Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor. Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan. Anda perlu melakukan kerja pengujian litar. Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit.IC) hendaklah disusun terlebih dahulu.Susun Atur Komponen Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut: 1. Sambungan yang longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi. 5. Setelah semua komponen dipasang. semak semula susun atur komponen berdasarkan rajah litar. . Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum di pasang. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. 4. Jika perlu. Jika perlu. diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. goyangkan badan komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. Setiap kali suatu komponen dipasang. Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. 3. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen tersebut. Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesa untuk mengenakan sumber voltan. 6. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponenkomponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. 2. pastikan kaki komponen itu disambung dengan mantap. b. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen. Perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar): a. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek. ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar.

Rajah 1. Alat pemateri digunakan untuk meleburkan timah pateri. Hujung bit pemanas – bermuncung tajam atau rencung di satu sisi 3. Timah pateri boleh didapati dalam beberapa saiz mengikut diameter. Timah pateri yang baik mengandungi bahan lakur atau fluks di bahagian tengahnya. berusahalah untuk menguasai kemahiran memateri dengan baik. Timah pateri ialah satu aloi yang terdiri daripada campuran timah dan plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40% plumbum).49 Timah Pateri Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC). Tetapi jika pematerian tidak dilakukan dengan sempurna. Oleh itu. Fungsi bahan ini ialah: membantu mengalirkan timah pateri lebur mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika kerja memateri mengasingkan lapisan oksida pada tempat yang dipateri Rajah 1. Alat ini diletakkan pada pemegang khas yang disertakan dengan sejenis span apabila digunakan.50 menunjukkan satu contoh alat pemateri elektrik yang sering digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik.Pematerian Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. kegagalan untuk sesuatu projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Elakkan timah pateri lebur daripada terkena sambungan lain kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas.50 Alat Pemateri dan Pemegang . Kebolehan untuk menukar ganti bit apabila perlu Rajah 1. Rajah 49 menunjukkan contoh timah pateri berserta bahan lakur. timah pateri bertukar menjadi cecair yang kemudiannya melekatkan bahagian-bahagian logam yang hendak dicantum. Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara berikut semasa memilih alat pateri: 1. Kadar kuasa – 20 hingga 40 watt 2.

52 untuk mendapat sambungan yang baik. 5.timah pateri disediakan secukupnya .53 : Alat Tangan Pemotong sisi memotong dawai elektrik dan kaki komponen . Alihkan timah pateri dan kemudian alat pemateri. Beberapa alat tangan yang sering digunakan adalah seperti dalam Rajah 1. Amalan tabiat kerja yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapat memastikan alatan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik untuk satu tempoh yang lama.alat pemateri dipanaskan secukupnya .kaki komponen yang hendak dipateri digosok sedikit dengan kertas las 2. Panaskan kaki komponen dan balapan kuprum dengan hujung bit secara serentak kira-kira 2 hingga 3 saat. 3.51: Teknik Memateri Rajah 1.52 Hasil Pematerian Langkah-langkah memateri: 1.Rajah 1. Buat persediaan berikut: .span telah lembabkan dengan air . Kenakan timah pateri pada kaki komponen yang telah dipanaskan dan biarkan timah melebur (Lihat Rajah 51) 4.53 dan kegunaannya adalah seperti berikut: Playar Muncung Tirus memegang benda kerja kecil. Dapatkan hasil pematerian yang baik seperti dalam Rajah 1. anda juga perlu mengenali dan menggunakan beberapa alat tangan lain dengan cara yang selamat dan betul. Di samping alat kelengkapan pematerian. membentuk dan menyerap haba semasa memateri memotong dawai elektrik Rajah 1.

ujian ini juga dilakukan untuk mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas. tanda-tanda tertentu yang mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan mata kasar. Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut: . Pemeriksaan Visual Semasa membuat pemeriksaan visual. Langkah ini perlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap dipasang. Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara: a. Pengujian Litar Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Ujian Keterusan Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat mempunyai keterusan. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian kefungsian.Penjalur Wayar Spring menanggalkan penebat dawai elektrik Pemutar Skru melonggar dan mengetatkan skru dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata rata dan pemutar skru philip Penyedut Timah Pateri menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litar setelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri) Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik dan elektronik. Pada masa yang sama. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahan rujukan lain.

Tanda-tanda visual Sambungan kaki komponen longgar Kesan Kerosakan fizikal pada komponen yang dipasang Litar terbuka (seperti tanda hangus pada perintang tetap) Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu sama lain Timah pateri yang melimpah melepasi balapan lain Timah pateri menyambungkan dua komponen yang tidak sepatutnya bersambung Litar terbuka atau Komponen berkutub disambung dengan kekutuban litar pintas atau yang salah kerosakan komponen Apabila litar terbuka. Jika bacaannya sifar. ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). Oleh yang demikian. 2. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. Meter pelbagai adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti. Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih. Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini: 1. Jika projek dipasang dengan suis. arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagianbahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. Keadaan ini menyebabkan projek gagal berfungsi. Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada sesuatu litar. Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm. projek mempunyai litar terbuka. Litar pintas . Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga b.

8. 6.3. . Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar negatif (-). Jika projek dipasang menggunakan verobod. barulah projek tersebut boleh dikenakan punca voltan. ada kalanya pemeriksaan secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). 7. pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). Keadaan ini boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut: Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik. anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek: 4. Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar pintas. 5. Jika bacaan sifar ohm diperolehi. . Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung menggunakan wayar pelompat). lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri. Walau bagaimanapun. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul. litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada balapan bersebelahan. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.

Komponen yang mempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan kedudukan yang betul dalam litar. rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak. Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak. Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang dengan melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetak berdasarkan rajah litar skematik. Pemasangan kekal dibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak. • • • • • .Rumusan: Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan isi-isi pelajaran yang berikut: • Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok kayu berskru/paku dan bongkah penyambung digunakan. Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat. rajah litar bergambar. Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul supaya projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak. Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah blok. bahan dan teknik yang betul supaya sambungan komponen mempunyai keterusan yang dikehendaki dan tidak pintas.

Rajah ini mudah difahami dan digunakan dalam kerja memasang litar mudah.• Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan. Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk mencetak bod litar PCB. Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi menggunakan simbol-simbol skematik.01 µF Transistor CS 9013 (NPN) Litar bersepadu 555 Diod pemancar cahaya (sebarang warna) Suis SPST Pembesar suara (8Ω ½ W) Penyambung Bateri 9V Bateri 9V Plat sentuh Verobod Soket IC 8 pin . • • • • Litar Skematik Pengesan Lembapan Senarai Komponen: R1 & R2 R3 R4 R5 C1 TR1 IC1 LED1 S1 SP1 Perintang tetap 1 kΩ ½ W Perintang tetap 100 kΩ ½ W Perintang tetap 10 Ω ½ W Perintang tetap 220 Ω ½ W Pemuat seramik 0. Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik menggunakan bentuk fizikal komponen. PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah dilukis dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida. Rajah ini sesuatu untuk melukis litar yang besar dan lebih bersifat teknikal.

.

Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris) S1 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X + J2 LED 1 a − k J1 1 TR e J3 b c 1 8 IC 1 5 J5 R1 C1 R2 J4 R3 4 R5 R4 SP 1 Plat Sentuh 1 5 10 15 Arah balapan kuprum Nota: Bahagian bertanta ‘x‘ menunjukkan balapan kuprum perlu dipotong .

5 cm) 1 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X .5 cm X 6.NAMA: ________________________________________________ PROGRAM: _____________________________________________ NAMA PROJEK: _________________________________________ TARIKH: _________________________________________ Rajah Litar Bergambar (menggunakan verobod 14.

.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran). .SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN Gunakan pita rakaman audio atau radio. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’. Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. Gunakan bahan-bahan multimedia. Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Senarai semak. Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah. Buatkan catatan atau nota-nota penting. . Rujukan surat khabar. Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.Buatkan ujikaji. isu-isu penting dengan membuat ulasan. Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep.. Aktiviti Tutorial Itu saja yang perlu anda lakukan. lukisan). jadual. .. Fikir mengenai soalan yang diberikan. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. rajah..Panduan kepada pengguna..SELAMAT BERJAYA.. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->