P. 1
Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak

Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak

4.83

|Views: 35,151|Likes:
Published by Afi Le Feu

More info:

Published by: Afi Le Feu on Oct 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK PRASEKOLAH Oleh BAYREI BIN ASRIN NORHASLIZAWATI ABDULLAH NURUSHIDA AZWIN BT SHAHARUDDIN

ROHAYA BTE KAMIS ROSEIDAYU BTE ELIAS FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 6 OKTOBER 2008

1.0

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat membantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kanakkanak prasekolah mempunyai pelbagai latar belakang, karenah serta tabiat yang telah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru harulah pandai dan kreatif dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada dalam bilik darjah.

1.1

Definisi Pengurusan

Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud 1

perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’. James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumbersumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’ Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-

peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu (Mohammad Fauzi, 2008).

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

1.2

Definisi Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya terbahagi kepada tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

2

2.0

TINGKAH LAKU

Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dab sikap bergantung.

2.1

Tingkah Laku Positif

Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dlam meransang pemikiran kanakkanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

3

2.2

Tingkah Laku Negatif

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

4

3.0

MODIFIKASI TINGLAH LAKU

Langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang tndakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai tingkah laku yang dikehendaki.

Peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

5

3.1

Faktor Persekitaran Yang Menyebabkan Salah Laku

Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).

3.2

Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.

6

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera.

3.3

Persamaan Emosi Yang Diluahkan Dengan Penderaan

Menurut Leff et al., 1985 dalam Saayah Abu (2008), terdapat tiga kategori tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosi kanak-kanak, penolakan, pengasiangan dan sikap tidak peduli didapati mempunyai persamaan dengan tingkah laku penjaga ataupun ahli keluarga pesakit skizofrenia. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat

menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.

7

4.0

MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Ada banyak model pengurusan tingkah laku. Antaranya adalah model disiplin tegas (assertive discipline model). Model ini diperkenalkan oleh Lee Canter (1976), dimana perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah dinyatakan, peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan di dalam bilik darjah. Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Apabila murid melanggar peraturan, namanya akan dicatat sama ada pada papan hijau, papan klip ataupun buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan dihantar berjumpa guru besar ataupun ibu bapanya dipanggil berjumpa guru.

Canter juga menegaskan, sistem disiplin bercirikan tanggapan murid adalah bertujuan mengganggu guru dan mengelak daripada belajar ataupun supaya guru tidak mengajar. Satu lagi masalah dengan disiplin tegas adalah guru menganggap murid dapat melakukan sesuatu mengikut disiplin. Guru yang berpengalaman menganggap murid dapat mengetahui yang sesetengah tingkah laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiaannya tidak. Guru yang percaya murid mempunyai keinginan kuat hendak belajar menganggap tanggapan ini tidak wajar. Mereka tahu belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan dan ulangan pengalaman. Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid diberitahu peraturan dan manghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan perlakuan yang tidak diingini.

Pendekatan ini mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima atau pun adakah mereka belajar menyesuaikan diri pada situasi yang lain. Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak membantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sistem ini mengajar murid mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas.

8

Ada masanya ornag dewasa perlu tegas dan menuntut serta-merta contohnya mengelakkan kecederaan ataupun kecemasan seperti kebakaran.

Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami kenapa mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian. Walau bagaimanapun, mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut kepatuhan serta merta tidak semestinya sebagai cara mengurus tingkah laku. Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Bukan setakat itu sahaja, malah ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambil kira kurikulum, susun atur bilik darjah ataupun jadual waktu sedangkan semua sistem disiplin perlu mengambil kira semua sedangkan semua sistem disiplin perlu mengambi kira semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran. Jones & Jones (1990) melaporkan, sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin tegas tidak lagi mengamalkannya kerana: ● ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurnag berkait dengan prosedur itu ● murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib ataupun bimbang ● guru yang sering melaungkan, ‘Duduk!”, ‘Diam!”, “Keluar!” semasa di bilik darjah gagal memenuhi keperluan asas akademik murid. ● Guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas bagi mengelakkan tingkah laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya.

9

4.1

Model Glasser

Model ini menyediakan banyak pilihan yang baik bagi murid dan menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik. Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku sebaliknya. Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya. Sekiranya sekolah mempunyai disiplin yang baik, ia menjadi tempat dimana murid ataupun guru yang kecewa dalam memenuhi keperluan masing-masing adalah kurang.

Antara keperluan yang dikenalpasti adalah keperluan dimiliki, kebebasan dan keperluan berjenaka ataupun bergembira. Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging) ataupun tiada peluang membuat pilihan adalah sekolah yang sering mengalami masalah disiplin. Glasser juga mencadangkan guru

menstruktur pengalaman pembelajaran murid supaya mereka memunyai motivasi yang tinggi bagi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yang pandai memenuhi keperluan memimpin dan yang lemah menyumbang kepada kumpulannya.

Dalam model Glasser, mesyuarat kelas antara murid akan membincangkan peraturan dan tingkah laku di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, model ini sering digunakan bagi murid menengah dan berfokus pada menyelesaikan maslaah, pilihan yang disediakan gruu dan cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang sesuai.

10

4.2

Model Ginott

Hasil kajian beliau adalah disiplin tingkah laku adalah berdasarkan pengelolaan iklim. Ini bermaksud, bilik darjah yang kondusif pelru diwujudkan bagi membina suasana disiplin yang baik. Interaksi melalui komunikasi berkesan antara guru dengan murid juga penyumbang dalam perkara ini. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa. Prinsip model ini adalah sebagai mesej membaiki kepada murid dalam menangani maslaah. Ginott menggunaakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) bagi menerangkan tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid berkenaan sesuatu situasi atau pun diri mereka. Beliau juga menggalakkan kerjasama dan bukan memaksa. Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka bagi membantu murid menyelesaikan masalah.

11

5.0

CARA MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.

5.1

Konsep Menghukum

Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan tingkah laku positif yang membina. Menghukum berkaitan denda yang di lakukan bagi mencegah tingkah laku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Contoh-contoh hukuman yang biasa dijalankan adalah menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu bapa,kawalan yang mudah, teguran, pembetulan, penggantian, pemencilan murid dan boleh juga dirujuk kepada guru besar.

5.2

Tingkah Laku Merosakan

Kerap berlaku kepada pelajar berumur 10 hingga 14 tahun. Jenis tingkah laku merosakkan adalah seperti permusuhan yang nyata, vendalisme, mengugut guru, meyertai kumpulan liar serta mencalarkan kereta dan motor guru. 12

5.3

Permusuhan Yang Nyata

Keadaan yang terdapat pada tingkah laku fizikal ataupun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya anda sedang beratur hendak membeli makanan, tiba-tiba barisan anda di potong oleh pelajar lain. Mengikut ahli psikologi, tiga pandangan utama berkenaan permusuhan nyata adalah setiap individu mempunyai desakan agresif bagi

menimbulkan permusuhan yang nyata. Permusuhan ini wujud daripada pengalaman lampau yang mengecewakan.

Tingkah laku agresif ataupun permusuhan yang nyata adalah tingkah laku yang dipelajari. Cara membantu mengurangkan permusuhan yang nyata adalah :• • • • • • • 5.4 Menerapkan nilai-nilai murni Kenal pasti pelajar yang agresif Mengadakan program pendidikan moral Menubuhkan bimbingan rakan sebaya Merujuk pelajar bermasalah kepada guru kaunseling Menggalakkan perbincangan sihat antara pelajar Mengadakan pembentangan teknik menyelesaikan masalah

Tingkah Laku Bergantung

Ia adalah tingkah laku seseorang yang bergantung pada orang lain sama ada guru atau rakan bagi melakukan sesuatu. Individu seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri. Pendirianya kurang tegas dan tiada tujuan. Faktor-faktor yang menimbulkan keadaan kurang bergantung berlebihan adalah ibu bapa yang mengamalkan perlindungan yang melampau seperti terlalu manjakan anak dan kurang yakin kebolehan mereka mendidik anak-anak. Selain itu faktor lain adalah konsep kendiri pelajar yang lemah. Kesannya menjadikan kanak-kanak kurang yakin. 13

Selain itu, pelbagai masalah akan timbul di sebakan mereka sukar membuat keputusan sendiri dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah. Ada juga yang terlalu peka pada orang lain seperti pokok semalu. Akhirnya kehidupan yang dilalui tidak ceria, tertekan dan jiwa tidak tenteram.

Seterusnya pendekatan pengejaran yang lebih berpusat kepada guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sukar dijalani oleh para pelajar dan kurang sesuai menyebabkan murid banyak bergantung kepada guru. Situasi ini menyebabkan tekanan kepada murid. Sebaik-baiknya guru mengadakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar memberi pandangan atau berhujah. Aktiviti yang dijalankan perlu sejajar dengan kebolehan pelajar. Beri layanan yang sepatutnya kepada murid-murid yang lemah seperti mengadakan klinik peningkatan kendiri. Dedahkan teknik membuat keputusan yang bijak. Wujudkan suasana pembelajaran mesra dan aman yang dapat mententeramkan kanak-kanak yang aktif. Secara tidak langsung ia akan menjernihkan suasana tegang dan dapat memperbaiki banyak perkara.

5.5

Pengunduran Diri

Pengunduran diri da pelbagai situasi dan ada di antaranya adalah helah bela diri. Ia bermaksud penarikan diri daripada situasi yang kurang selamat. Contohnya Jazimin merupakan murid yang pemalu, dia dikatakan mengamalkan pengunduran diri apabila diminta bercerita di hadapan kelas kerana bimbang dia tidak pandai berinteraksi di khalayak ramai. Kesan buruk akibat pengunduran diri adalah pembentukan konsep diri yang rendah. Pelajar sukar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan tidak yakin berinteraksi dengan murid yang lain. Ini mengakibatkan perkembangan sosial, emosi dan intelek terjejas. Apabila dewasa, pelajar kurang berkeupaya menghadapi cabaran-cabaran baru. Penguduran diri 14

menjadikan seseorang kurang popular. Lama-kelamaan dia akan merasa terancam dan kurang selamat di dalam kelas. Individu yang mengamalkan pengunduran diri kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akhirnya dia sentiasa mengalami kebimbangan dan ketakutan.

Peranan guru dalam mengurangkan masalah pengunduran diri adalah guru perlu memberi tumpuan dan dengar cadangan –cadangan murid. Perlu bersikap tegas dan adil dalam menjalankan peraturan dan konsisten. Kenal pasti pelajar yang malu dan menarik diri. Usah kedekut memberi pujian kepada pelajar yang melakukan kebaikan. Jangan menengking dan berleter sehingga mewujudkan ketegangan. Sediakan aktiviti-aktiviti yang menarik serta digemari oleh pelajar. Pastikan aras pencapaian yang ditetapkan tidak terlalu tinggi. Galakkan penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi ganjaran dan pujian bagi mendorong penyertaan pelajar. Beri peluang kepada mereka meluahkan kehendak ataupun masalah.

Selain itu, guru perlu membantu pelajar yang mengalami kesulitan semasa menguruskan tugasan (mentoring). Perbanyakkan jenis aktiviti supaya pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dapat menikmati kejayaan . Elakkan menghukum pelajar sekiranya beliau kurang berjaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya perlu, adakan perancangan dengan ibu bapa yang sentiasa mendenda, mendera, memukul dan keterlaluan dalam memarahi anaknya.

15

6.0

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi aspek fizikal, mental, bahasa, sosial, moral, pekerti, emosi dan agama walaupun kepentingan ini sukar ditentukan secara objektif. Implikasi yang besar akan berlaku sekiranya pendidikan awal kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa. Keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pesakit skizofrenia dan tidak kurang bezanya dengan pendera emosi pada kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan layanan pada mereka yang sakit dan lemah supaya mereka cepat sembuh.

Jika kanak-kanak hidup dengan galakan Mereka belajar menjadi lebih berkeyakinan

Jika kanak-kanak hidup dengan pujian Mereka belajar menghargai kehidupan

Jika kanak-kanak hidup dengan keadilan Mereka belajar dalam suasana keharmonian

Jika kanak-kanak hidup dengan jaminan Mereka belajar menaruh kepercayaan

Jika kanak-kanak hidup dengan kerestuan Mereka belajar menyayangi diri dan penyayang

Jika kanak-kanak hidup dalam persaudaraan Mereka belajar menemui kasih sayang sesama insan Tuhan akan mengabulkan permintaan doa daripada hambanya.

16

BIBLIOGRAFI

Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Batu Caves,Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Diperolehi pada September 26, 2008 daripada http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07 /pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/ Nordin Mamat.(2005).Asas Sosial Kanak-kanak.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd. Prof Madya Dr.Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.(2004). Panduan Kurikulum Pra Sekolah.Universiti Putra Malaysia : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Rohani Abdullah.(2001).Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Universiti Putra Malaysia : Penerbit UPM. Saayah Ramli.(2008).Menjadi Guru Tadika.Batu Caves,Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->