You are on page 1of 11
Binaan Ayat AYAT ialah unit pengucapan yang mengandungi makna lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Dalam tulisan, ayat didahului oleh huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah. Contoh: 1. Ibu Mazlina guru. 2. Sulaiman sedang membaca akhbar. 3. Adik bongsu kami cerdik amat. 4. Semua murid dari dalam dewan sekolah. Ayat-ayat contoh (1) – (4) dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda titik atau noktah (.). Keempat-empat ayat di atas merupakan ayat yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada deretan perkataan. Dalam ayat (1) di atas, misalnya, terdapat tiga perkataan, iaitu ibu, Mazlina dan guru. Ayat (2) pula terdiri daripada empat perkataan, iaitu Sulaiman, sedang, membaca dan akhbar. Ayat (3) dan (4) pula, masing-masing terbina daripada lima dan enam perkataan, yakni adik, bongsu, kami, cerdik, amat (ayat 3), dan semua, murid, dari, dalam, dewan, sekolah (ayat 4). Deretan perkataan dalam sesuatu ayat menurut susunan tertentu. Ayat bahasa Melayu terdiri daripada dua bahagian. Dua bahagian itu ialah bahagian subjek dan predikat. Dalam tatabahasa tradisional, subjek dinamai benda manakala predikat pula disebut cerita. Bahagian subjek, lazimnya, hadir di hadapan ayat. Bahagian predikat pula hadir selepas subjek. Bahagian subjek dan predikat terdiri daripada perkataan yang disusun menurut aturan yang tertentu. Binaan ini disebut frasa. Frasa ialah bentuk binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang dapat berkembang menjadi unit yang lebih besar. Sebagai penjelasan lanjut, telitilah ayat-ayat contoh berikut ini: 1. Cikgu mengajarkan Matematik. 2. Cikgu Maisara mengajarkan mata pelajaran Matematik. 3. Cikgu Puan Maisara mengajarkan mata pelajaran Matematik Tambahan. 4. Cikgu Puan Maisara Musa mengajarkan mata pelajaran Matematik Tambahan kepada murid Tingkatan Lima. Dalam ayat (5), subjek terdiri daripada satu patah perkataan, iaitu cikgu. Subjek ayat (5) ini dikembangkan dengan menambah unsur/beberapa unsur menjadi dua (ayat 6), tiga unsur (ayat 7), dan empat unsur (ayat 8). Unsur (perkataan) dalam predikat juga ditambah daripada dua perkataan (ayat 5) menjadi empat (ayat 6), lima (ayat 7), dan sembilan unsur (ayat 8). Jelaslah, jumlah perkataan dalam subjek dan predikat sesuatu ayat tidak sama. Selain frasa, klausa juga menjadi unsur dalam ayat. Apakah klausa? Klausa ialah satu unit rangkaian perkatan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa bebas disebut klausa utama, atau klausa induk. Klausa tak bebas pula ialah klausa yang tidak dapat mandiri (berdiri sendiri). Klausa tak bebas disebut klausa kecil. Untuk kita memahami klausa bebas dan klausa tak bebas ini, telitilah ayat contoh berikut: 1. Datuk tidak pergi ke ladang kerana beliau uzur. Dalam ayat (9), Datuk tidak pergi ke ladang ialah klausa bebas, manakala kerana beliau uzur ialah klausa tak bebas. Kita mengatakan klausa tak bebas oleh sebab klausa beliau uzur didahului oleh kata hubung kerana, menjadikan maknanya tidak lengkap, atau seolah-olah maknanya tergantung sahaja. Perhatikan bahawa kedua-dua klausa Datuk tidak pergi ke ladang dan kerana beliau uzur, masing-masing mempunyai subjek dan predikat sendiri. Datuk ialah subjek dan tidak pergi ke ladang ialah predikat klausa bebas Datuk tidak pergi ke ladang. Dalam klausa tak bebas kerana beliau uzur, beliau ialah subjek dan uzur predikatnya. Telitilah beberapa ayat contoh lain dengan klausa bebas dan klausa tak bebas. Untuk membezakan bahagian klausa bebas dengan klausa tak bebas, klausa tak bebas dicetak condong. 10. Seluruh kampung gelap kerana bekalan elektrik terputus. 11. Sementara menunggu padi masak, mereka menanam jagung. 12. Pengetua memberitahu murid bahawa esok cuti umum. Demikian huraian ringkas berhubung dengan binaan ayat bahasa Melayu. Sintaksis  Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.  Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat  Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.   Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.  Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur- unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).  Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat. Subjek Ayat Predikat Ayat mengulangkaji tatabahasa ke sekolah amat rajin seorang usahawan Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat FN + FN Ahmad Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif Frasa Nama Cikgu Fatimah Ah Chong Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama FN + FS FN + FA FN + FN Frasa  Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.    Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Binaan Ayat  Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.  Perhatikan contoh di bawah: Subjek Bah. Ayat Ah Tian Tipah Suara ketua pengawas itu Munainady Unsur Bah. Ayat guru senaman membeli gula Subjek Unsur serak-serak basah menoreh getah  Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat Dasar dan Ayat Terbitan  Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku.  Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).  Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.  Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat) Pola Ayat Dasar   Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)  Lihat contoh berikut: Rumus Pola Ayat Subjek Ayat Predikat Ayat pengurus Frasa Subjek Frasa Predikat Jamilah sumber manusia Frasa Nama Frasa Nama FN+FN Atan budak pandai Frasa Nama Frasa Adjektif FN+FA Morfologi Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana keduadua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. [sunting] Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem Bebas Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat. Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber Morfem terikat/imbuhan Mempunyai maksud sendiri. [sunting] Morfem terikat/imbuhan Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:    Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal. Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan "undian, minuman" Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)  Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan. Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT [sunting] Proses pembentukan kata Maklumat selanjutnya: Pembentukan kata [sunting] Golongan kata Maklumat selanjutnya: Golongan kata (bahasa Melayu) Dalam bahasa Melayu, terdapat dua kata kumpulan, iaitu kata isian dan kata tugas. Kata isian ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata tugas pula ialah kumpulan kata tertutup contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. [sunting] Sintaksis Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. [sunting] Ayat Untuk rencana lanjutan, lihat Jenis Jenis Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). [sunting] Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran. [sunting] Lihat juga    Bahasa Melayu Singkatan Kata Frasa Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tatabahasa_bahasa_Melayu&oldid=1540349" Kategori:   Bahasa Tatabahasa bahasa Melayu Alatan peribadi  Log masuk / buka akaun Ruang nama   Rencana Perbincangan Kelainan Rupa   Baca Sunting  Lihat sejarah Tindakan  Cari Khas:Gelintar Cari Sunting puncak Pandu arah     Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan        Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi Cetak/eksport    Alatan      Cipta buku Muat turun sebagai PDF Versi boleh cetak Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Pautan kekal Petik laman ini Bahasa lain   Bahasa Indonesia Laman ini diubah buat kali terakhir pada 06:15, 15 Mac 2011.  Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan