You are on page 1of 4

Pengertian Kaunseling

PENGERTAN KAUNSELNG
Mitos khidmat kaunseIing
Kaunseling adalah nasihat.
Hubungan kaunseling hanya sehala.
Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien).
Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.
APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi
segala persoalan tentang:
Peribadi dan emosi anda
Perkembangan pelajaran
Belajar dengan lebih berkesan
Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan
negatif
Keluarga
BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
KAUNSELNG NDVDU
(pertemuan ANDA dengan kaunselor)
KAUNSELNG KELOMPOK
(pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunaselor)
DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan
& Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya
ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang
dibincangkan.
SEGALA PERBNCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERKAN
ADALAH DRAHSAKAN.
BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor, atau
Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling.
SAPA KAUNSELOR ANDA? MD.DAM BN SANUDN
- Sedia mendengar semua persoaIan ANDA
- Menerima ANDA tanpa syarat
- Merahsiakan apa yang ANDA katakan
- Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu
- Sedia berjumpa dengan ANDA pada biIa-biIa masa.
SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA.
MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

PERHUBUNGAN KAUNSELNG DAN PERSONALT KAUNSELOR

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti
kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Perbincangan
adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan
masalahnya.

kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula
berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat
pengetahuan atau maklumat batu hasil daripada interaksi bersama kaunselor,
mendapat kemahiran batu melalui contoh atau model daripada kaunselor dan
melalui main peranan.

RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu
mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di
peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke
sekolah menengah.
2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan
murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani.
3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid
untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.
4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
berkualiti, sistematik dan berkesan.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti
bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek
perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan
pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam
perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti
sosial yang lain.
4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula
murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi
masalah sendiri.
5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
6. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi
akademik, sahsiah dan kokurikulum.
7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan
mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.
VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MEWUJUDKAN KLM PENDDKAN YANG KONDUSF, TERAPUTK DAN
EFEKTF DAR ASPEK FZKAL PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN
BERTERASKAN KONSEP PERKHDMATAN BMBNGAN DAN KAUNSELNG
BERKUALT SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEM
KECEMERLANGAN MURD DAN SEKOLAH.


MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
O Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan
berkesan.
O Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
tinggi dan berakhlak mulia.
O Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.
O Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.
O Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
O Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
murid.
MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Supaya ANDA memahami tentang diri anda
Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang
objektif dan realistik
Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA
Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan
ANDA pada masa sekarang dan akan datang
PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2. Menerima semua klien tanpa syarat.
3. Memenuhitemujanji klien.
4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari
sebelum tarikh dan masa yang lain.
5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap
sesi individu atau kelompok.
7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.