PERATURAN·PERATURAN NAKNAL SA!

NS
1. Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains.
2. Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.
3. Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
4. Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang
diarahkan oleh guru.
S. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6. Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru berkenaan.
7. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
8. Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.
3. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api.
10. Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
11. Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang
ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
12. Hanya buku dan peralatan belajar sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa pengajaran
dan pembelajaran sains.
13. Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.
14. Murid dilarang bermain-main dan berlari-lari di dalam makmal sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
1. Baca label pads botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah
betul.
2. Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
3. Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
S. Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI
1. Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.
2. Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
3. Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
4. Jika piring petri yang mengandungi mikroorganism retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan
segera.
PER!NCATAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya seseorang murid itu
tidak mematuhi peraturan yang tersebut di atas


.........................
Tandatangan Ketua Panitia Sains

.........................
Tandatangan Curu Besar
PENCAKUAN
" Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi segala
peraturan di dalamnya."

Tandatangan murid :................... Tarikh : ................
Nama :...........................