UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)

KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN :
NORAZURA BINTI YAHYA NOR HASLINA BINTI ROSLI NOR AMIRA BINTI NOOR ALI ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006102 L20101006101 L20101006107 L20101006103

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR

1

1.0

PENGENALAN
Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa

Inggeris

ke atas

pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah

Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan
2

I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.I sangat rendah. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B. Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar. 3 .I.I. Ini adalah kerana B. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I merupakan mata pelajaran yang paling penting.0 RASIONAL KAJIAN Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B. Kedua.semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. 3.

I. 4 .1 Objektif am Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris.2 i.0 FOKUS KAJIAN Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Objektif Khusus Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris Untuk meningkatkan perbendaharaan kata Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas iv. v. 5.I. ii.0 OBJEKTIF KAJIAN 5. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B. 5. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan B. iii.4.

1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 : pengenalpastian isu dan masalah : Perancangan Tindakan : Pelaksanaan Tindakan : Pemerhatian dan Menganalisis Data : Refleksi dan Penilaian 6.0 METODOLOGI KAJIAN 6.6.3 Instrumen Kajian Tinjauan masalah Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat dalam kelas yang terlibat. rekod markah ujian bulanan. 6. soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris 5 . Selangor. tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris.2 Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu. Dalam pelaksanaan kajian ini. temu bual.

6 . iv.Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar. iaitu Pn. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini. iii. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam Bahasa Inggeris. Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah Pelajar tidak mahir tatabahasa Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris b) Rekod markah ujian bulanan Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. ii. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah :i.

4. 6. 2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris 3. 5.c) Soal selidik Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Bil Pernyataan 1. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris 7 . Berikut adalah borang soal selidik yang diberikan: 1. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris. Setuju Tidak Setuju Setuju Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris. Tidak setuju 2.

pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketiga iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris pula sebanyak 21 orang.Ini juga membuktikan dan mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru Bahasa Inggeris. Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal selidik yang disediakan..6 pula sebanyak 23 orang pelajar telah bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis. 8 . Bagi pernyataan no.Analisis soal selidik 25 20 Jum 15 lah Pelajar 10 5 0 P1 P2 P3 P4 P5 P6 S etuju Tidak S etuju Nom Pernyataan bor Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris.

bil 1. 3.I berlangsung. 9 .d) Pemerhatian Pemerhatian akan dilakuakan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi P&P B. 2. kelakuan Berbual dengan rakan di sebelah Tidur Mengganggu Pelajar baris 1 Pelajar baris 2 Pelajar baris 3 Pelajar baris 4 Pelajar baris 5 rakan disebelah Menjawab soalan yang diajukan oleh guru Bertanyakan soalan luar topik yang diajar di • Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 4 5. Penyelidik menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses P&P berlangsung.

Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.4 Metod Analisis a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah pengajaran guru tersebut. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN 7. simulasi. penyelidik terlebih dahulu akan mengadakan ujian Pra untuk melihat atau mengesahkan pelajar tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujian bahasa Inggeris 6.e) Ujian Pra Sebelum menggunakan kaedah Simulasi Watak (Role Play). Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan. b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris d) Ujian pra: Analisis markah pelajar e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar semasa pengajaran di dalam kelas 7.1 Simulasi Watak (Roleplay) Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik. projek. bercerita. berkesan dan sebagainya. demonstrasi dan sebagainya. 10 .

yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit. dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main peranan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan. ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti1. konsep. jalan raya. di baca. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. sekolah dan sebagainya.masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Jenis-jenis simulasi. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah2. pasar. Sosiodrama. 11 . Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik. kemahiran dan sikap.Kaedah simulasi. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. mempunyai perwatakan yang menentang sosial. kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah. Biasanaya. skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. peneranagan yang ringkas tentnag masalah.Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Prinsip-prinsip menggunakan simulasi. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayangkan tadi dengan secara sepontan. peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. 3.Sebelum menjalankan aktiviti lakonan.Main Peranan. ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu.Bagi sosiodrama. Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. 12 . 2. 4. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru.

. sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon. 8.5.Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan. . murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan. .Jika perlu. pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu 7.Selepas sesi simulasi.Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Tujuan-tujuan simulasi. 6. konflik sosial itu dapat diselesaikan. .Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan. .Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral. guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.Semasa sesi simulasi. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya. murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi- 13 .

bakat lakonan murid dapat diasah. -Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. 14 . -Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. -Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid. -Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. . dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. Perlaksanaan aktiviti simulasi.Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka. seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi. Kelebihan simulasi. -Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok. peringkat perlaksanaan simulasi. banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. -Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. -Secara tidak langsung. dan peringkat selepas simulasi. -Dengan menggunakan teknik simulasi. ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik.

Pengukuhan dan pengayahan.Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan. .Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas. . . .Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi. .Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.Diakhir simulasi penilaian dijalankan 15 .Peringkat sebelum simulasi.Penyerapan nilai. . . .Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.Kemahiran. .Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan Peringkat perlaksanaan simulasi. .Penilaian.Objektif pembelajaran. .Alatan. .Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. .Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.

Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan. .Peringkat selepas simulasi.Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. . .Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan. 16 .Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan. dan peringkat selepas main peranan Peringkat sebelum main peranan.Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas. . . . .Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi. Guru memberitahu aspekaspek yang perlu diberi perhatian. .Menulis laporan tentang masalah itu. Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main peranan. Peringkat semasa sesi main peranan.Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan. . peringkat semasa main peranan.Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu.Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. . Perlaksanaan sesi main peranan.

Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid. -Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran. . . Dia (guru) akan menenyakan kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif.Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.Peringkat selepas sesi main peranan Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: -Menganalisis kesan main peranan. siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif. . . . 17 . -Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan. -Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar. -Membaiki kelemahan jika ada.Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.

peniaian pesrta hendaklah dibuat.Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon. pakaian. Selain daripada itu simulasi watak boleh dilaksanakan dengan cara pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. . . Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi.Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan jika perlu. Sebelum watak tersebut dilakonkan. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. tugas. . Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada.Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.Setelah selesai sesi main peranan.Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan. pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut.. pelajar mendapat kad bergambar doktor. 18 . . . Sebagai contoh. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan.Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada. lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran.

2. 4.8. Menjalankan ujian Pra 30 September 2010 9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 11 Ogos 2010 TARIKH PERLAKSANAAN 26 Julai 2010 31 Julai 2010 5 Ogos 2010 9 Ogos 2010 . JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan Melaksanakan Tindakan 1. 3.0 BIL 1.0 KOS KAJIAN 19 .30 September 2010 9. Mengumpul maklumat • • • • Temu bual Pemerhatian Soal selidik Strategi tindakan yang dicadangkan mula dijalankan 2.

Oleh itu.30 x 25 Set Jumlah kos RM12.I. Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari B. Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Melalui kajian ini.0 PENUTUP Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan B.50 RM50 JUMLAH RM 69. Jenis Bahan Kertas A4 Print Fofostat bahan Kuantiti x harga seunit 1 x RM12.I dengan baik walaupun ada kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Dengan adanya program seperti ini. sekaligus melonjakkan penguasaan B. dan bukan semata-mata lulus dalam peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk mempelajari B.Bil 1.I. 2. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Osman (1994).I mereka. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut.00 RM 7. 20 .I. 3.00 RM0. pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul. pihak guru yang terlibat diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.50 10.

Sikap. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. New York : Tesol Quarterly. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Pendidikan :UKM. Bhd. Ee Ah Meng (1997). K. Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Fathman A. Kamaruddin Hussin (1999). Sabah. Ibrahim Saat (1995). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 11 : 1071 1080. Mendidik Anak Pintar Cerdas. 21 . Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second Language. Language Acquisation And Communicative Choice. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Jumali Ismail (1992). Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah. Psikologi Dalam Bilik Darjah. 17-36. Isu Pendidikan Di Malaysia. Stanford University Press. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Hassan Al. Erwin Tripp (1994). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Bhd. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu.Isu Pendidikan di Malaysia. Jurnal Dewan Bahasa. Bhd. Satu Pengenalan. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu. (1996).. Jumrang Mendeng (2004). Jitra : Pure Honey Enterprise. (1995). .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Psikologi Pendidikan 2.Mok Soon Sang (1994). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Tuckmen dan Blair (1998). Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Modul Kajian tindakan. Bhd. Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran KHB KBSM. Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti Pendidikan. Tarmizi Amran (2003). Othman Lebar (2009). 22 . Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 33 : 247 255. Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In Negerian Primary School. Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Research Technological Mathematics Education. Widad Othman (1998). Suppiah Nachiappan. Tajul Ariffin Ahmad (1998). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.