You are on page 1of 18

Topik

Insan Bermoral

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti dimensi kendiri moral penaakulan, emosi dan tingkah laku moral; 2. Mengenal pasti ciri-ciri insan bermoral; 3. Menghubungkaitkan konsep insan bermoral dengan kehidupan seharian; 4. Mengenal pasti peranan guru dalam pembentukan insan bermoral; dan 5. Mengamalkan cara hidup yang berteraskan prinsip-prinsip asas moral. individu dari aspek

PENGENALAN
Topik pertama dalam modul ini akan membincangkan tentang pentingnya moral dalam kehidupan seharian. Seseorang individu akan mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai moral sekiranya mempunyai asas pengetahuan tentang nilai-nilai yang baik dan buruk. Nilai-nilai moral ini akan diamalkan dengan baik sekiranya diikuti dengan perasaan dan tingkah laku yang sempurna. Topik ini akan membincangkan tentang aspek penaakulan moral, emosi moral, dan tingkah laku moral yang perlu bagi seseorang individu khasnya di peringkat kanak-kanak sekolah. Seterusnya penekanan juga diberi kepada peranan guru dalam membentuk insan bermoral melalui prinsipprinsip altruisme, keadilan dan autonomi. Diharapkan agar anda dapat menghayati dan menggunakan pengetahuan dalam perbincangan ini untuk tugas seharian kita bersama.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

1.1

DIMENSI KENDIRI MORAL INDIVIDU

Dimensi moral dirujuk kepada penaakulan, perlakuan dan emosi seseorang individu. Ia akan membenarkan individu sentiasa berada dalam keadaan berjagajaga supaya setiap yang dilakukannya adalah mengikut kehendak normatif di mana individu itu berada. Sistem pendidikan dalam negara kita lebih menekankan kepada aspek intelek iaitu ilmu pengetahuan. Dalam membentuk insan yang bermoral iaitu yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan sehariannya, pendidikan akhlak dan moral diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan akhlak juga diberi penekanan dalam Pendidikan Agama Islam, manakala pendidikan nilai-nilai murni diberi penekanan dalam Pendidikan Moral (Rajah 1.1). Kedua-dua disiplin ilmu tadi adalah di antara usaha kita untuk membentuk dan melahirkan insan yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia. Kalau anda perhatikan sendiri, pembangunan negara ini selari dengan pembangunan insan dalam masyarakatnya yang majmuk. Masyarakat Malaysia mahu maju secara fizikal, mental dan rohaninya dengan mengekalkan peradaban ketimuran tetapi tidak mahu ketinggalan dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini.

Rajah 1.1 : Dimensi moral dan pendidikan negara

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

1.1.1

Penaakulan Moral

Penaakulan moral boleh diertikan sebagai kemahiran berfikir logikal yang melibatkan proses induksi dan deduksi. Kemahiran berfikir bagi induksi merupakan penggunaan perkara lebih khusus kepada yang lebih umum. Manakala kemahiran berfikir deduksi merupakan pengunaan perkara yang lebih umum kepada yang lebih khusus. Oleh yang demikian dalam membicarakan penaakulan nilai moral adalah keupayaan seseorang itu membuat kesimpulan atau keputusan berdasarkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan sesuatu tindakan atau tingkah laku. Seseorang individu dapat menggunakan kemahiran berfikir tentang nilai-nilai murni yang khusus untuk bertindak terhadap sesuatu perkara atau isu moral. Di samping itu, seseorang individu itu juga dapat menentukan nilai-nilai yang baik atau buruk dari sesuatu isu moral untuk dijadikan panduan dan teladan dalam melakukan sesuatu. Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dengan memahami nilai rajin, bantu-membantu, baik hati dan semangat bermasyarakat, maka individu itu menyertai aktiviti gotong-royong (ini adalah penakulan moral induksi). Aktiviti seperti gotong-royong dapat memperlihatkan nilai yang diamalkan individu yang menyertainya iaitu nilai rajin, bantu-membantu, baik hati dan semangat bermasyarakat (ini adalah penaakulan moral deduksi). Penaakulan moral ini menjadikan diri individu tahu akan dirinya, iaitu tahu dan sedar tentang buruk dan baik akan dirinya. Selain itu, dia tahu dan sedar apaapa juga keputusan yang dibuat olehnya. Itulah sebabnya ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni harus ditanamkan dalam diri individu terlebih dahulu. Nilai murni individu wujud melalui ilmu pengetahuan dan kepercayaan agama. Sebagai rakyat Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan adalah rukun yang perlu diamalkan dan dihayati seperti yang termaktub dalam prinsip Rukun Negara yang pertama; Kepercayaan kepada Tuhan. Sebagai contoh, seseorang individu itu, menjaga kebersihan dirinya kerana sedar akan kepentingan kebersihan untuk dirinya dan juga orang di sekitarnya. Kebersihan merupakan nilai murni yang difahaminya dan menjadi suruhan agamanya. Kebersihan diri ini juga bukan sahaja soal lahiriyah tetapi menyeluruh sehingga

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

ke batiniyah. Dalam amalan nilai kehidupan seharian ianya merujuk kepada kebersihan fizikal dan mental. Tegasnya dimensi penaakulan moral melibatkan soal keupayaan kognitif atau pemikiran tentang nilai murni seseorang individu dan dijelmakan melalui tingkah laku dan cara membuat keputusan, pertimbangan yang bebas, rasional, betul dan berkesan.

1.1.2

Emosi Moral

Kita teruskan topik ini dengan membincangkan tentang emosi moral. Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati, empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani. Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan. Sebagai contoh, seorang individu membantu seorang pengemis yang compangcamping kerana rasa belas kasihan. Namun demikian, apabila dia mengetahui sebenarnya pengemis itu kaya-raya dengan hasil mengemisnya maka, dia akan berasa menyesal atau rasa bersalah. Ini adalah disebabkan emosinya mendahului penaakulan moralnya.

1.1.3

Tingkah Laku Moral

Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya. Tingkah laku ini berkait rapat dengan ketekalan diri, kekuatan jati diri, dan kecekapan membuat keputusan dengan mengamalkan keadilan dan rasional. Anda perlu tahu bahawa sebenarnya emosi dan penaakulan moral adalah sama penting dari segi perlakuan moral. Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu kita mesti membantu orang dalam kesusahan. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral. Kupperman (1983) melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral, tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Bagaimanapun, individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana kesukaran untuknya memperoleh perasaan moral. Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk tingkah laku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu tersebut. Pada masa yang sama, perlakuan ini adalah bersifat moral, bukan hanya mengikut perintah atau arahan daripada penaakulannya serta yakin penaakulan ini mudah dikawal oleh autoriti luaran. Sebaliknya penaakulan tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak disertai oleh emosi atau perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak bermoral. Ini menyebabkan tindakan atau tingkah lakunya telah bertentangan dengan keluhuran hatinya. Rumusannya, insan yang bermoral mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketigatiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya.

AKTIVITI 1.1
Benarkah seseorang yang berpegang kepada emosi moral sahaja merupakan insan yang bermoral? Bincangkan.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

1.2

PROFIL INSAN BERMORAL

Rajah 1.2: Model profil insan bermoral

Siapakah insan bermoral? Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan ada perlakuan individu yang dilakukan secara terpaksa. Ini adalah kerana kemoralan itu, melibatkan aspekaspek kerohanian, pemikiran dan dijelmakan dalam bentuk perlakuan. Sebagai contoh, seseorang itu tidak dianggap bermoral sekiranya membantu seseorang yang dalam kesempitan mencuri untuk mendapatkan wang. Walaupun membantu seseorang yang dalam kesempitan (kesusahan) merupakan amalan yang baik, akan tetapi mencuri adalah tingkah laku yang tidak bermoral. Walaupun niat individu yang ingin menolong orang dalam kesusahan itu merupakan sesuatu nilai yang baik, tetapi dari aspek perlakuan, mencuri itu merupakan perlakuan yang tidak bermoral. Maka individu seperti ini bukanlah insan yang bermoral. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Rajah 1.2 menjelaskan secara ringkas model profil insan bermoral. Oleh itu apa yang dapat kita fahami tentang insan bermoral? Insan bermoral lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral atau

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

dengan bahasa mudahnya ketekalan moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menjadikan seseorang individu kenal akan dirinya dan sentiasa istiqomah dalam amalannya. Ketekalan moral menguatkan pegangan aku tetap aku walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Sebelum kita membincangkan tentang pegangan atau prinsip moral, elok sekiranya kita meneliti sepintas lalu tentang amalan rakyat melalui Rukun Negara. Rukun hidup rakyat negara kita adalah termaktub dalam Rukun Negara. Kita memang patut mengamalkan Rukun Negara agar dapat hidup aman bahagia dan harmoni dalam negara yang berbilang kaum. Apakah ciri-ciri insan moral yang kita mahu lahirkan dalam negara kita? Semuanya terkandung dalam lima prinsip Rukun Negara. Mari kita bincangkan kaitan lima prinsip Rukun Negara tersebut dalam melahirkan insan bermoral. Rukun Negara umpama peraturan masyarakat untuk insan bermoral menggambarkan perlakuan moralnya yang sejati.

1.2.1

Ciri-ciri Insan Bermoral

Prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan kepada Tuhan. Insan yang percaya kepada Tuhan tidak semestinya bermoral tetapi insan yang mengamalkan ajaran agama itulah insan yang bermoral. Tiada satu agama dalam dunia ini yang mengajar umatnya untuk tidak bermoral atau tidak mengamalkan nilai murni. Amalan nilai murni penting dalam kehidupan. Justeru itu, bidang pertama yang dikemukakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 ini adalah nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri. Dalam bidang ini nilai yang diterapkan antara lain ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Kepercayaan kepada Tuhan; Kebersihan Fizikal dan Mental; Harga Diri; Kerajinan; Hemah Tinggi; Kasih Sayang; Kesederhanaan; Kejujuran; Baik Hati; dan Berterima Kasih.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

Perlembagaan Negara digubal berasaskan kesepakatan di antara kaum dan semua pihak di negara ini. Melalui pendidikan moral, setiap individu dididik untuk menjadi rakyat yang tahu menghormati, menghargai serta memahami Perlembagaan Negara sebagai satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau pihak. Setiap individu di negara ini dilindungi oleh undang-undang. Undang-undang digubal bagi menjamin keadilan dan kebebasan individu dan masyarakat. Hak dan kebebasan semua rakyat dijamin dan boleh diamalkan dengan bebas, asalkan tidak melanggar undang-undang. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 ini akan mengemukakan nilai berkaitan dengan diri dan negara. Dalam bidang ini, nilai-nilai murni yang diterapkan ialah: (i) (ii) Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara; Patuh kepada Peraturan dan Undang-undang;

(iii) Cinta akan Negara; dan (iv) Keamanan dan Keharmonian. Rakyat Malaysia terkenal dengan budaya ketimuran yang bersopan santun. Melalui pendidikan moral. nilai-nilai ketimuran ditekankan. Hasrat kerajaan untuk menjadikan budi bahasa amalan kita dapat direalisasikan melalui amalan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pendidikan moral. Rakyat negara kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan seharusnya hidup hormatmenghormati di antara satu dengan lain. Kita harus menghormati budaya seperti pakaian dan perayaan mereka. Begitu juga halnya dari segi agama dan kepercayaan, pendidikan moral menekankan semua rakyat negara kita untuk menghormati kepercayaan dan agama kaum lain. Kesopanan dan kesusilaan dikembangkan melalui nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat dan nilai berkaitan dengan diri dan keluarga. Nilai-nilai yang berkaitan dengan kekeluargaan dan kemasyarakatan dikemukakan dalam bidang-bidang ini. Nilainilai tersebut ialah: Tanggungjawab terhadap Masyarakat; Toleransi dalam Masyarakat; Semangat Bermasyarakat; Peka terhadap Isu-isu Sosial; Kasih Sayang terhadap Keluarga; Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga; dan Tanggungjawab terhadap Keluarga.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

Hubungan seseorang individu tidak terhad terhadap manusia sahaja, seseorang individu akan merasai kehidupan yang selesa, aman dan harmoni sekiranya ada perhubungan yang harmoni di antara manusia dengan manusia dan perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Bagi tujuan ini, nilai-nilai yang berkaitan dengan alam sekitar akan diterapkan dalam bidang nilai berkaitan dengan diri dan alam sekitar dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 ini. Nilai-nilai yang dikemukakan dalam bidang ini ialah: Kebersihan dan Keindahan Persekitaran; Menyayangi Alam Sekitar; dan Peka terhadap Isu Alam Sekitar.

Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang dinyatakan sebelum ini adalah sesuatu yang diharapkan dapat dilaksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Citacita ini dapat dicapai apabila kita mulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Ilmu yang mereka peroleh sejak kanak-kanak ini akan dibawa sehingga dewasa. Amalan nilai-nilai yang tersebut itu merupakan ciri-ciri insan bermoral yang menjadi identiti rakyat negara kita Malaysia.

1.2.2

Peranan Guru dalam Pembentukan Insan Bermoral

Guru merupakan agen utama dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia. Insan yang bermoral seperti yang dibincangkan di atas meliputi tiga dimensi (Rajah 1.3): (a) (b) (c) Penaakulan; Emosi; dan Tingkah laku moral.

Perubahan tingkah laku seseorang individu boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Perubahan tingkah laku individu secara formal dapat dilihat melalui sistem pendidikan yang digubal selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan kita untuk menjadi negara maju. Kita mahukan kehidupan rakyat yang maju, yang berketrampilan, seimbang, bertunjangkan ilmu pengetahuan dan bermoral tinggi. Seperti yang telah dipaparkan di awal topik ini tadi, sistem pendidikan kita mengandungi kedua-dua aspek pendidikan iaitu agama dan moral.

10

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

Rajah 1.3: Tiga dimensi insan bermoral

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral sudah digubal begitu indah dan anda perlu memainkan peranan sebagai pelaksana yang utama dalam pembentukan insan bermoral. Salah satu matlamat pendidikan di negara kita adalah berkaitan dengan perkembangan nilai murni manusia secara keseluruhannya. Ia meliputi nilai-nilai keadilan, kebenaran, kesederhanaan, kebersihan, kerajinan, kejujuran, hormat-menghormati, semangat bermasyarakat dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan awal tadi, tugas melahirkan insan bermoral bukanlah sesuatu yang mudah. Guru tidak hanya menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi membentuk insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pullias dan James (1989) menyatakan bahawa guru memainkan banyak peranan (Teacher is many things). Guru yang melahirkan insan bermoral seharusnya menjadi contoh ikutan yang baik. Dalam hal ini, guru perlu memperlihatkan segala perlakuan, penampilan imej kendiri dan sifat peribadi yang mulia agar menjadi contoh kepada murid-muridnya. Dilihat dari sudut pendidikan secara umumnya guru mempunyai peranan yang penting untuk membentuk generasi yang beriman dan beramal dengan nilainilai yang diterima masyarakat. Seperti mana yang dinyatakan oleh Pullias dan James, guru mengikut pandangan beliau merupakan insan yang terpilih untuk membentuk manusia menjadi makhluk yang sayang pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Guru adalah kerjaya yang suci bersih dan mensucikan bersihkan insan lain. Guru adalah penjana insan mulia generasi akan datang. Oleh itu, peranan guru dapat digambarkan seperti dalam Rajah 1.4.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

11

Rajah 1.4: Guru berperanan untuk melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia

Antara peranan guru dalam melahirkan insan bermoral adalah: (i) Menyampaikan Ilmu (Muallim) Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dalam amalannya. Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Ini bersesuaian dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Menjayakan Proses Pendidikan/Tarbiah (Murabbi) Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah. Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh membaca sehingalah menjadi pemimpin negara. Guru Murabbi pula adalah guru segala-galanya. Oleh yang demikian, guru seharusnya sentiasa peka kepada perubahan. Perubahan

(ii)

12

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

yang berkaitan dengan profesionnya dan juga perubahan lain yang berlaku di sekelilingnya. Guru murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya. Guru murabbi juga sentiasa faham dengan tugas guru yang mulia. Beliau menjadikan tempat kerja (sekolah) sebagai rumah dan syurganya, yang sentiasa memerangi kejahilan, kebodohan, kelemahan dan kelalaian diri dan murid-muridnya. (iii) Memperkembangkan Kemahiran (Mudarris) Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya. Kemahiran dalaman guru menurut Ranjit Singh Malhi dalam tulisannya Success depends on Teachers memberi ulasan terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang merangkumi empat aspek utama iaitu: Kemahiran sikap peribadi (personal attributes); Kemahiran penampilan diri (interpersonal); Kemahiran menyelesaikan masalah; dan Kemahiran membuat keputusan.

Bagi tujuan kursus ini, kita hanya akan sentuh dua aspek pertama. Kemahiran sikap peribadi melibatkan kemahiran berpegang teguh kepada etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang lain serta persekitarannya. Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid sebagai pelanggan operasi, seperti tidak mengaitkan apa-apa yang boleh menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka. Kemahiran penampilan diri (Interpersonal) pula berkaitan kemahiran seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kemahiran luaran melibatkan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan lain perkataan kemahiran menggunakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi pengajaran. Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya guru menggunakan peralatan bantu mengajar terkini seperti komputer, alat tayang digital (LCD) dan mahir melayari Internet untuk mendapatkan sumber maklumat dan ilmu terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

13

(iv) Mendidik Adab dan Budi Pekerti (Mu'addib) Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru muaddib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh Allah (Tuhan Sekian Alam) seperti firmannya Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan (surah Ash-Shaff ayat 3). Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seorang guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang muaddib akan memandang ke hadapan dan tidak menyerah kalah. Guru seperti ini sentiasa berfikiran Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan jadi sama ada dalam gelap atau dalam terang. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang. (v) Melahirkan Pemimpin Generasi Akan Datang (Mursyid) Guru adalah pemimpin, bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di dalam sajak Usman Awang, beliau ada menyatakan, jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seorang presiden sebuah negara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah negara kita, ramai pemimpin negara ini asalnya seorang guru dan para pemimpin mendapat didikan daripada guru. Oleh yang demikian, sejarah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah pemimpin dan pembentuk kepimpinan insaniah. Kesimpulannya, guru di dalam masyarakat dan negara adalah penyampai ilmu yang benar, pengamal sifat yang luhur, pengembang kemahiran individu, pelaksana proses tarbiah, pemimpin dan pengikut yang setia. Ini bersesuaian dengan slogan pemimpin yang baik adalah pengikut yang baik. Dengan lain perkataan, guru adalah perubah zaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya guru membentuk muridnya sejak di peringkat kanak-kanak lagi hingga dewasa; dan setelah dewasa, kanak-kanak ini dapat mengenal erti kehidupan yang sempurna.

14

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

AKTIVITI 1.2
Guru adalah contoh teladan kepada murid. Bagaimanapun ada beberapa aspek yang sering berlaku di sekolah di mana guru tidak memberi teladan yang baik tetapi mengharapkan murid-murid membuat sesuatu yang baik. Umpamanya buat apa yang cikgu suruh jangan buat apa yang cikgu buat. Bersama-sama rakan dan tutor cuba anda kupas isu ini dengan memberi contoh seperti guru menghisap rokok tetapi

menghukum murid yang menghisap rokok.

1.3

PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BERMORAL

Terdapat pelbagai pandangan mengenai sifat-sifat insan bermoral. Walau bagaimanapun, dalam hal ini adalah lebih baik kita melihat sifat-sifat insan bermoral ini dalam konteks masyarakat negara kita yang berbilang kaum. Dalam masyarakat berbilang kaum ini sudah pasti terdapat perbezaan dan percanggahan dalam cara hidup dan budaya antara kaum. Hakikatnya agak sukar untuk mencari titik penentuan nilai-nilai moral antara kaum-kaum dalam negara ini. Namun begitu, dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Negara serta Matlamat Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan aspek perpaduan dan amalan hidup harmoni, maka insan bermoral boleh dilahirkan dengan tiga prinsip asas moral. Prinsip-prinsip tersebut adalah: (a) (b) (c) Prinsip keadilan; Prinsip altruisme; dan Prinsip autonomi.

1.3.1

Prinsip Keadilan

Ahli pendidik seperti Aristotle banyak menulis tentang konsep keadilan. Beliau mempunyai pegangan bahawa keadilan adalah pemikiran adil (fair-minded) iaitu satu pemikiran yang yang tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan iaitu prinsip keadilan umum. Keadilan sosial dalam masyarakat mesti dipraktikkan supaya semua ahli masyarakat tersebut memberi sumbangan kepada kebajikan umum, di dalam agihan kebaikan, kesukaran, bebanan dan menunaikan persetujuan antara manusia. Contohnya masyarakat secara umumnya bersetuju bahawa seorang guru mendapat bayaran gaji lebih tinggi berbanding dengan seorang pembantu am rendah kerana guru memerlukan kelulusan dan latihan yang lebih tinggi berbanding pembantu am rendah.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

15

Prinsip keadilan menurut agama Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya kedudukan imam (ketua solat) sewaktu melakukan solat adalah di hadapan dan makmum (pengikut dalam solat) di belakang imam. Sekiranya prinsip keadilan diamalkan oleh seseorang individu, maka individu tersebut mempunyai ciri-ciri insan bermoral. Mereka yang berpegang teguh dan beristiqomah kepada prinsip keadilan moral merupakan insan yang tidak pilih kasih, tidak tamak, jujur, berkemahuan untuk taat kepada peraturan dan bukan individu yang mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak selalunya beranggapan bahawa keadilan sentiasa wujud di dunia, di mana jika seseorang itu melakukan kesalahan pasti akan dihukum atas kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak disaksikan oleh sesiapa. Kepercayaan seperti ini adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah: (a) Kepercayaan dalam urutan semula jadi mengenai tindakan, fikiran dan kesan yang saling berkaitan. Contohnya, bila kanak-kanak melakukan kesalahan membuat bising di dalam bilik darjah, mereka akan dihukum. Jadi dalam fikirannya, setiap kali mereka berbuat bising, mereka akan dihukum. Kepercayaan bahawa kesalahan pasti diikuti dengan hukuman. Contohnya, guru-guru berpesan jika mereka membuat kesalahan mereka akan dihukum. Jadi bila mereka membuang sampah di merata tempat, mereka percaya yang mereka akan dihukum. Begitu juga, jika mereka membuat kesalahan yang lain seperti bermain di dalam kelas dan sebagainya, maka mereka akan dihukum. Maklumat daripada ibu bapa yang selalu uar-uarkan kepada anak-anak tentang hukuman bila melakukan kesalahan atau perkara yang kurang disenanginya. Contohnya, jangan selalu bercakap bohong nanti tuhan marah. Jangan nakal, nanti cikgu marah dan berbagai pesanan atau kenyataan daripada ibu bapa yang menyakinkan anak-anak tentang hukuman jika melakukan kesalahan.

(b)

(c)

Pandangan mengenai keadilan ini berubah apabila kanak-kanak meningkat usia, di mana mereka mulai menghargai unsur kerjasama. Tekanan kepada hukuman dan tebusan dosa mulai berkurang. Kemoralan kanak-kanak di peringkat ini mulai memasuki kemoralan subjektif. Mereka mula memahami bahawa hukuman terhadap kesalahan adalah mengikut kategori. Jika berat kesalahan, maka beratlah hukumannya. Kanak-kanak pada peringkat ini menjadikan ibu bapa dan orang yang berpengaruh kepadanya sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam menentukan keadilan. Ringkasnya, kanak-kanak di Tahun Empat ini mentafsirkan adil sebagai apa yang diarah atau diperintah oleh orang yang lebih dewasa.

16

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

1.3.2

Prinsip Altruisme

Altruisme merupakan sikap atau prinsip suka mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri. Konsep moral altruisme adalah mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Banyak perkara yang dilakukan oleh seseorang individu dalam kehidupan seharian akan melibatkan orang lain. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu membuat pertimbangan yang lebih berperikemanusiaan. Prinsip ini amat menekankan nilai-nilai semangat bermasyarakat, hemah tinggi, hormat-menghormati, belas kasihan, bertimbang rasa, ikhlas, saling faham-memahami dan sedia memberi kemaafan. Individu yang berpegang kepada prinsip ini menunjukkan perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. Bila memberi bantuan, mereka ikhlas tidak mengharapkan balasan. Jika berlaku perselisihan faham, mereka menyelesaikan dengan rasa tanggungjawab dan saling faham-memahami tentang perasaan dan pendapat orang lain. Jika berlaku pertelingkahan, masingmasing sedia memaafkan individu dan insaf terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Kesimpulannya, prinsip ini dapat menjauhkan seseorang individu daripada kejahatan dan sikap mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak pada peringkat lingkungan 10 tahun akan mementingkan orang yang disayangi atau yang dijadikan idola dalam hidupnya. Keadaan ini menjadikan mereka mengambil berat tentang orang yang disayangi lebih daripada dirinya sendiri. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat ini sanggup membelanjakan wang sakunya untuk membeli sesuatu kepada adiknya di rumah. Mereka juga boleh menangis jika melihat rakan karibnya dihukum oleh gurunya kerana melakukan kesalahan. Dalam hal ini, tidak hairanlah jika terdapat sekolah rendah yang dapat mengumpulkan banyak wang derma untuk membantu mangsa Tsunami tidak lama dulu. Ringkasnya, perasaan mengambil berat terhadap orang lain dapat disemai kepada kanak-kanak seperti pelajar Tahun 4 ini, jika mereka mendapat didikan yang berkesan daripada guru-guru di sekolah mereka.

1.3.3

Prinsip Autonomi

Autonomi berasal daripada perkataan autos bermakna diri sendiri dan nomos bermakna undang-undang. Maka autonomi, bermakna penentuan tentang peraturan berdasarkan pengetahuan, alasan dan pengalaman diri sendiri. Prinsip autonomi secara umumnya menerangkan konsep pertimbangan kebebasan tanpa penguasaan atau pengendalian pihak lain. Dari segi moral, prinsip autonomi moral menerangkan konsep pertimbangan bebas dan bebas memilih sesuatu, agar individu itu tidak melakukan sesuatu atas paksaan daripada pihak luar.

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

17

Oleh itu, perlakuan dan individu insan yang bermoral harus dihormati kerana mereka adalah agen moral. Kita harus hormati prinsip autonomi yang universal dan boleh dijadikan undang-undang yang rasional di mana-mana tempat dan masa sama ada di peringkat keluarga, institusi, komuniti, masyarakat mahupun negara. Kanak-kanak pada peringkat lingkungan umur 10 tahun masih tidak begitu jelas tentang prinsip autonomi, kebebasan kognitif dan emosi moralnya. Pada peringkat ini, mereka masih tidak dapat menggunakan prinsip autonomi dengan sepenuhnya kerana kecerdasan pemikiran yang tidak begitu matang lagi. Di samping itu, faktor luaran masih banyak mempengaruhi mereka dalam membuat tindakan dan keputusan. Contohnya, mereka tidak bebas memilih fesyen atau jenama pakaian ke sekolah kerana tertakluk dengan kemampuan ibu bapa.

AKTIVITI 1.3
Bagaimanakah kanak-kanak Tahun 4 dapat memperkembangkan nilai moralnya melalui sesi permainan dalam kehidupan sehariannya? Bincangkan.

Aspek dimensi moral melibatkan pemikiran dan penaakulan, perasaan dan motivasi, serta tindakan dan perlakuan moral. Ketiga-tiga dimensi tersebut boleh dirumuskan seperti berikut: Perkembangan pemikiran dan penaakulan moral yang meliputi pelbagai perkara; Perkembangan perasaan dan motivasi moral yang melibatkan pelbagai perkara; dan Perkembangan tindakan dan perlakuan moral yang meliputi pelbagai perkara.

Insan bermoral adalah insan yang mengamalkan nilai-nilai murni yang diterima dalam masyarakat. Ciri-ciri insan bermoral dapat dilihat apabila seseorang menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru memainkan peranan penting dalam aspek pengembangan ilmu dan perubahan tingkah laku murid-muridnya. Guru juga memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang bermoral dan berakhlak mulia.

18

TOPIK 1 INSAN BERMORAL

Insan yang berakhlak mulia bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi menggunakan ketinggian ilmu itu untuk kesejahteraan seluruh masyarakat. Insan bermoral seharusnya mengamal dan berpegang teguh kepada prinsip asas moral, seperti prinsip keadilan, prinsip altruisme dan autonomi.

Akhlak Altruisme Autonomi Emosi Muallim Mu'addib

Mudarris Murabbi Mursyid Penaakulan Perlakuan

Berk, E. L. (1989). Child development. Boston: Allyn & Bacon. Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row Publisher. Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd. Muhammad Hamidullah. (1981). Introduction to Islam. Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Prinsip & Konsep prinsip/index.php Islam Hadhari: http://www.islamhadhari.net/v4/

Seminar dan Kertas Kerja: http://www.islamhadhari.net/ v4/ prinsip. Seminar.