You are on page 1of 7

BERSATULAH DEMI ISLAM

“Dalam bercakap soal Islam tiada siapapun dalam parti


saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya,’’
itulah jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kulim
Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zukifli Noordin
kepada penulis apabila ditanya tidakkah beliau
bimbang untuk diwawancara oleh Mingguan Malaysia -
akhbar yang diboikot oleh Pakatan Rakyat. Zukifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Sememangnya dalam mempertahankan Islam, Zulkifli dilihat salah seorang pemimpin yang
paling lantang. Tanpa mempedulikan akibat daripada kelantangannya, Zulkifli pernah dihadap
ke jawatankuasa disiplin PKR kerana membantah majlis forum ‘Memeluk Islam’ anjuran
Majlis Peguam.

Bagi Zulkifli memperjuang dan mempertahankan Islam adalah agenda utama hidupnya, soal
karier politik ‘‘itu saya serah kepada Allah menentukannya.’ Dalam pertemuan dengan
wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR di pejabatnya di Jalan Masjid India, Kuala
Lumpur, Zulkifli secara terbuka bercakap soal betapa pentingnya umat Islam bersatu tanpa
mengira fahaman politik.

Beliau membangkitkan bagaimana kaum-kaum lain boleh bersatu apabila terdapat isu yang
berkaitan dengan kepentingan mereka. Justeru kata beliau adalah sesuatu yang
menghairankan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah yang sama tidak
mampu bersatu.

Malah apa yang mengecewakan beliau kelantangannya menegakkan perjuangan Islam turut
ditegur oleh Ahli Parlimen Pas yang pada pandangan beliau seharusnya memberi sokongan.
Justeru dalam menyatukan umat Islam, Zulkifli berpendapat berikutan sikap taksub kepartian
yang masih lagi melumuri sesetengah pemimpin politik beliau mencadangkan Raja-Raja
Melayu memainkan peranan pro aktif dalam soal itu. ‘‘Sudah tiba masanya kita bersatu demi
Islam,’’ kata beliau.

MINGGUAN: YB telah membangkitkan soal kenyataan khas Raja-Raja Melayu dalam


Parlimen, apa tujuan sebenarnya?

ZULKIFLI: Kenyataan khas Raja-Raja Melayu itu ingin memperingatkan semua pihak
bahawa perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu dipersoal atau
dipertikaikan. Saya kupas dalam konteks bahawa Islam ini bukan sahaja dari segi syarak
dikatakan tinggi tetapi Perlembagaan negara sendiri meletakkan Islam itu tinggi. Pertama, ia

1
berdasarkan kepada beberapa peruntukan contohnya Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
yang tidak ada di mana-mana negara pun. Artikel itu mencatatkan bahawa Islam adalah
agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun
kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam ia tidak boleh diganggu.

Malah negeri-negeri juga dibolehkan menggubal sebarang akta dan undang-undang


menyekat perkembangan agama lain kepada orang Islam. Ketiga, di bawah Artikel 12
kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah membantu institusi-institusi pendidikan
Islam. Lagi satu contoh ialah Perlembagaan menetapkan penubuhan sebuah mahkamah
khusus untuk orang Islam bagi melaksanakan undang-undang Islam.

Ini semua adalah antara peruntukan yang ada dalam Perlembagaan yang memberi
gambaran jelas bahawa Islam diletakkan di tempat yang tinggi. Keistimewaan ini juga boleh
kita lihat apabila di bawah Artikel 150 menegaskan bahawa Yang di-pertuan Agong apabila
mengisytiharkan darurat boleh bersama dengan Parlimen menggantung atau membatalkan
undang-undang atau membuat apa sahaja perkara yang perlu untuk darurat itu tetapi di
bawah Artikel 150 (6A) menyatakan biarpun mempunyai kuasa yang begitu luas satu perkara
tidak boleh disentuh ialah undang-undang Islam. Jadi dalam konteks itu sahaja sudah
nampak bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan Islam di tempat istimewa
yang tidak ada pada agama lain malah dalam Perlembagaan tidak sebut pun agama lain.

Keadaan itu berlaku, pertama kerana ia berdasarkan kepada asal usul sejarah negara ini dan
kedua, Islam itu menjadi tonggak kestabilan politik negara ini. Sebab itu Islam tidak boleh
diganggu-gugat dan sekaligus ia bermakna perkara yang ada kaitan dengan Islam tidak boleh
disentuh contohnya Raja- Raja Melayu. Ini kerana mereka adalah pelindung kepada agama
Islam, kedua takrif orang Melayu dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan selain
berbudaya dan berbahasa Melayu, dia mesti beragama Islam.

Oleh itu kaitan antara Melayu dengan agamanya itu rapat. Sehingga ada kata-kata bahawa
Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Kalau dilihat secara menyeluruh dalam Perlembagaan
keistimewaan dan ketinggian agama Islam itu memang ditetapkan.

Jadi disebabkan itu Islam sebenarnya tonggak kestabilan politik dalam negara dan tonggak
keharmonian rakyat negara ini. Justeru apa juga perkara berkaitan Islam tidak boleh ‘main-
main’.

Tetapi sejak kebelakangan ini soal Islam itu sering diganggu-gugat. apakah ini
mungkin berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu?

ZULKIFLI: Ia terjadi kerana kemungkinan ada pihak sedar bahawa di situ terletaknya tonggak
kekuatan negara. Jadi apabila Islam dilemahkan atau diganggu-gugat akan berlaku
ketidakstabilan politik. Apa yang berlaku sekarang ialah wujud persepsi bahawa orang
Melayu itu tidak bersatu. Sebab itulah Raja- Raja Melayu bertitah dalam konteks ini bahawa
orang Melayu perlu bersatu dari segala segi walaupun berbeza fahaman politik dan lain-lain.

2
Sebab itu kalau kita tengok dalam konteks politik sebenarnya kalau orang Islam bersatu dari
segi mempertahankan Islam bukannya siasah (politik) seperti bergabung dan sebagainya
Islam akan menjadi kuasa politik yang kuat. Contohnya, dalam Parlimen terdapat 132 ahli
Parlimen beragama Islam. Mungkin kita tidak boleh bersatu dari segi kepartian tetapi kenapa
kita tidak boleh bersatu dari segi mempertahankan Islam? Seharusnya walaupun kita berdiri
atas platform parti politik masing-masing kita perlu bersatu apabila timbul isu berkaitan Islam.

Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau semua ahli Parlimen Islam bersatu suara dalam hal
ehwal Islam, sudah pasti ia akan menjadi kuasa yang cukup kuat malah hampir-hampir dua
pertiga.

Lihat kaum lain mereka akan bersatu kalau timbul isu berkaitan dengan kaum mereka.
Contohnya, isu penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mereka bersatu
suara walaupun daripada parti politik yang berbeza. Kenapa dalam Parlimen mereka boleh
bersatu maksud saya dalam memperjuangkan sesuatu isu. Ini yang seharusnya dilakukan
oleh orang Islam. Mereka perlu bersatu dalam isu walaupun tidak boleh bersatu dari segi
politik.

Tidakkah saudara khuatir implikasi perjuangan saudara memartabatkan Islam kelihatan


tidak senada dengan Pakatan Rakyat?

ZULKIFLI: Sebagaimana yang telah saya tekankan banyak kali, saya utamakan Islam dalam
apa juga perjuangan. Saya akui saya bukanlah Muslim yang terbaik, tetapi saya akan berikan
yang terbaik untuk Islam. Bagi saya, Islam mesti didahulukan dalam apa jua perkara. Kalau
ditakdirkan perjuangan memartabatkan Islam ini bercanggah dengan perjuangan Pakatan
Rakyat atau mana-mana parti sekalipun, saya tetap akan utamakan Islam. Seperti yang
pernah saya sebut, I am a Muslim first, party member second; I am a Muslim first, a lawyer
second. I am a Muslim first an MP second. I am a Muslim first, everything else is second.

Walaupun YB bercakap tentang Islam tetapi Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid
Samad menganggap nada YB seperti suara UMNO?

ZULKIFLI: Inilah contoh bagaimana orang Islam tidak boleh bersatu dari segi isu bukannya
politik. Apatah lagi kalau penentangan itu datangnya daripada Ahli Parlimen Pas. Dia
bercakap seolah-olah dia bukan orang Pas. Ini yang menjadi masalahnya. Apa yang saya
bahaskan dalam Parlimen adalah menyentuh soal Islam dan sama sekali tidak berkaitan
dengan politik. Sepatutnya dia menyokong saya tetapi disebabkan tebalnya fahaman
kepartian dia mengambil sikap menolak hanya kerana bunyi ucapan saya boleh menyokong
UMNO sedangkan apa yang saya ucapkan boleh membantu Islam. Saya sempat bertanya
dengan beliau dari segi apakah ucapan saya salah. Dia jawab isu berkaitan Islam dan orang
Melayu itu dimainkan oleh UMNO. Kalau macam itu tidak bolehlah. Dia sepatutnya
menyokong saya. Ertinya, kita ini mengamalkan sikap ikut kepartian bukan isu.

3
Bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini kerana UMNO perlu menjaga hati rakan-
rakan dalam BN manakala PKR dan Pas pula menjaga hati DAP bila hendak bercakap
soal Islam?

ZULKIFLI: Di sini saya rasa perlu ada satu pihak yang memainkan peranan untuk memanggil
kesemua pemimpin politik beragama Islam duduk semeja berbincang. Kita jangan cakap dari
segi Melayu tetapi cakap dari segi Islam. Ini kerana kalau kita bercakap dari segi Melayu pasti
ada yang akan menentang. Saya berpendapat pihak yang paling efektif untuk memainkan
peranan berkenaan ialah Raja- Raja Melayu, mungkin Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Mungkin mula dengan persamaan bahawa kita satu tuhan, satu nabi dan satu kitab. Kalau
UMNO panggil Pas tidak akan pergi begitulah sebaliknya. Tetapi kalau Tuanku panggil
mereka pasti akan menyambutnya.

Bukankah sebelum ini sudah ada pakatan antara UMNO dan Pas dalam soal itu?

ZULKIFLI: Tetapi ia gagal kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan parti. Ia
tidak akan berjaya. Apa yang harus dilakukan ialah menggunakan pendekatan isu seperti
mana dibuat oleh bangsa lain. Mereka menggunakan pendekatan isu. Sebab itulah kalau kita
lihat biarpun MIC dan PKR mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi dalam isu Hindraf
mereka bersatu. Begitu juga dalam isu Teresa Kok kenapa MCA dan DAP boleh satu suara.
Jadi yang hairannya kenapa kita orang Islam tidak boleh berbuat demikian?

Pemimpin-pemimpin politik Islam bukannya tidak memahami bahaya yang menanti,


selain Raja- Raja Melayu tidakkah ada mekanisme lain untuk menyatukan mereka?

ZULKIFLI: Mereka perlu duduk berbincang. Sebab itulah pentingnya ada muzakarah atau
muqabalah. Bagaimanapun saya tidak nampak cara itu akan berkesan. Bagi saya dalam
usaha ini ia harus melibatkan pihak yang neutral. Sebab itu dalam ucapan di Parlimen saya
menegaskan bahawa Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan yang lebih aktif.

Ini kerana saya lihat itu sahaja caranya untuk menyatukan orang Melayu dan Islam. Justeru
Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan kerana pihak-pihak lain sudah dianggap
mempunyai sikap taksub yang tebal terhadap parti.

Tidakkah tekanan demi tekanan yang berlaku ke atas orang sekarang adalah berikutan
keputusan pilihan raya umum, YB bersetuju dengan pandangan ini?

ZULKIFLI: Masalahnya bukan Melayu merasakan mereka yang mencetuskan perubahan


atau tsunami politik pada 8 Mac lalu. Oleh itu orang kata sekarang ini masa untuk mengutip
habuan. Bagi mereka yang duduk dalam Pakatan Rakyat ia adalah masa untuk ‘membayar
balik’. Tetapi hakikat sebenarnya perubahan berkenaan bukan sahaja berlaku disebabkan
oleh orang bukan Melayu tetapi juga orang Melayu. Kita tidak menafikan bahawa ia terjadi
kerana orang Melayu melihat bahawa ‘penyakit’ di dalam UMNO sudah bertambah parah.

4
Bagi bukan Melayu atau bukan Islam sekarang, mereka berasa menjadi pencetus kepada
gelombang perubahan ini, oleh itu mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat harus patuh
dengan tuntutan mereka. Sebab itu berlaku di mana Ahli Parlimen Pas yang seharusnya
menyokong saya bertindak sebaliknya. Ertinya tidak boleh bercakap soal Islam atau negara
Islam. Kita seolah-olah bimbang kalau main banyak sangat isu Islam kita akan kehilangan
sokongan bukan Islam ertinya harus mengikut teori kononnya tsunami itu dicetuskan oleh
bukan Islam.

Dalam soal ini saya menasihatkan pemimpin Islam supaya jangan kita hilang gambaran
besar iaitu Islam. Buat apa hendak kita berkuasa kalau kita kehilangan agama kita.

Dalam menegakkan hak Islam ini kita juga berhadapan dengan orang Melayu yang
tidak menyokong perjuangan seumpama itu?

ZULKIFLI: Apa yang menjadi kerisauan kepada kita ialah muncul kumpulan baru di kalangan
generasi muda orang Melayu yang longgar kepada agama. Mereka ini mempunyai fahaman
Islam liberal. Golongan ini sudah nampak mula melonjak. Satu sebabnya mereka ini terdiri
daripada golongan elit dan terpelajar justeru pendedahan mereka terhadap dunia siber lebih
luas berbanding orang lain. Mereka dilihat sebagai golongan yang mewakili suara Melayu
baru. Ini bermakna berlaku satu lagi pecahan di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara
lagi, fahaman golongan muda berusia 20-an dan 30-an terhadap sejarah agama dan bangsa
terlalu longgar kerana mereka terdedah kepada idea-idea liberal sebab itu mereka mengambil
sikap sedemikian. Mereka ketepikan soal agama sebaliknya mengutamakan soal hak asasi
manusia. Kalau tidak ditangani segera masalah ini khuatir bangsa kita menjadi satu bangsa
berbeza-beza.

Siapa yang hendak menangani masalah ini?

ZULKIFLI: Tanggungjawab ini terletak kepada kepimpinan politik Islam sama ada UMNO
atau Pas termasuklah juga Raja-Raja Melayu. Kita harus bertindak daripada sekarang dan
tidak boleh menunggu lagi. Kalau kita biarkan fenomena berkenaan orang Melayu boleh
terancam. Jadi tanggungjawab besar ini ada kepada kepimpinan politik Melayu-Islam. Mereka
perlu mainkan peranan pro aktif bagi menghalang satu bencana kepada bangsa Melayu
beragama Islam. Kita tidak mahu satu hari nanti Melayu hanya tinggal nama sahaja.
Kekuatan bangsa Melayu adalah kepada agama Islam kalau tidak ada agama Islam
berakhirlah mereka. Mereka akan jadi seperti bangsa-bangsa lain. Justeru bagi saya
pendekatan berdakwah perlu ditingkatkan. Tetapi malangnya badan dakwah dalam kerajaan
terlalu banyak sehingga peranan mereka bertindih akhirnya fungsi mereka tidak berkesan.

Dalam usaha kita untuk mengelak muncul golongan generasi baru Melayu yang longgar
kepada agamanya mahu tidak mahu usaha berdakwah kepada golongan ini perlu
dipertingkatkan. Secara peribadi, saya berpendapat pendekatan yang pernah digunakan oleh
Al-Arqam yang mampu menarik golongan muda menyertai mereka harus dipelajari. Begitu
juga pendekatan yang digunakan oleh kumpulan Tabligh.

5
Sepanjang penglibatan saya dalam perjuangan Islam saya tidak pernah melihat agensi
dakwah kerajaan memanggil kumpulan-kumpulan Islam duduk berbincang bagaimana
hendak mendekati kaum muda. Saya cukup yakin dengan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang saya lihat mempunyai pendekatan cukup berbeza.
Beliau memanggil semua pihak untuk berbincang. Berikutan sikap terbuka beliau saya fikir
inilah peluang terbaik untuk kita memperkembangkan dakwah kepada golongan muda.

Selain itu saya berpendapat sudah tiba masanya badan-badan dakwah kerajaan berdakwah
kepada bukan Islam. Salah satu contoh terbaik ialah pembinaan masjid Cina – masjid yang
pengisiannya melibatkan identiti kaum Cina.

Setakat ini tidak ada masjid yang khutbah, tazkirah atau ceramah dalam bahasa Mandarin
atau al-Qurannya ada terjemahan dalam bahasa itu. Akibat daripada kekurangan tersebut ia
mewujudkan persepsi bahawa kalau memeluk Islam ertinya masuk Melayu. Ini persepsi yang
salah. Cuba bayangkan orang Cina, tiba- tiba dengan khutbah bahasa Mandarin.

Saya mendapat idea ini apabila seorang budak berketurunan India di Jalan Masjid India
memeluk Islam selepas mendengar khutbah dalam bahasa Tamil. Justeru saya cadangkan
oleh kerana kaum Cina selalu dikaitkan dengan perniagaan tapak terbaik untuk membina
masjid berkenaan ialah bekas Penjara Pudu. Kita bina masjid berorientasikan Cina bermakna
masjid itu juga pusat perdagangan seperti mana di Surabaya dan Palembang. Di masjid
berkenaan semuanya menggunakan bahasa Mandarin.

Selain itu kompleks berkenaan mesti mempunyai kaitan dengan sikap kaum Cina yang
dianggap masyarakat perdagangan dengan cara mewujudkan kedai-kedai di sekitarnya.
Melalui cara ini kita akan dapat menghapuskan persepsi bahawa memeluk Islam bererti
masuk Melayu.

Suara orang Islam juga dikatakan tidak begitu terserlah dalam Majlis Peguam, apa
halangan untuk menubuhkan Majlis Peguam Muslim?

ZULKIFLI: Halangan utama ialah legislatif. Sudah ada contoh di United Kingdom dan
Australia bahawa badan peguam seharusnya tidak dimonopoli oleh satu badan sahaja. Di
sesetengah negara mereka mempunyai tujuh badan peguam, oleh itu sepatutnya ada badan
peguam alternatif di Malaysia, kenapa perlu ada Majlis Peguam sahaja? Kenapa tidak
diwujudkan Majlis Peguam Muslim, contohnya.

Ini bagi membolehkan peguam yang beragama Islam memilih sama ada untuk berada di
bawah Majlis Peguam atau Majlis Peguam Muslim. Tetapi malangnya kita berhadapan
dengan masalah kekangan tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan sebuah lagi
badan peguam ditubuhkan sedangkan kita ada Akta Profesion Guaman. Sekarang
kelemahan yang ada kepada Majlis Peguam ialah mereka tidak boleh meliputi peguam lain
contohnya seperti peguam syarie. Justeru apabila timbul masalah di kalangan peguam syarie
apa badan yang akan mengawal mereka? Dari segi salah guna kuasa dan salah laku
guaman ada juga peguam syarie yang melakukannya, itu kita tidak nafikan tetapi siapa yang

6
akan memantau mereka. Ini peluang untuk pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk
menubuhkan sebuah badan baru Majlis Peguam Muslim yang merangkumi peguam sivil dan
syarie. Ini sudah pasti akan memberi peluang kepada peguam Islam untuk duduk di bawah
Majlis Peguam Muslim.

Setakat ini di kalangan peguam Islam mereka hanya menganggotai badan yang bertaraf
pertubuhan seperti Persatuan Peguam Muslim, Persatuan Peguam Syarie dan Persatuan
Peguam Pembela Islam.

Apakah peguam-peguam Islam tidak mampu menguasai pentadbiran Majlis Peguam?

ZULKIFLI: Masalah jumlah peguam Islam tidak cukup. Kita cuma ada sekitar 40 peratus
daripada keseluruhan peguam dan lebih buruk lagi banyak peguam Islam tidak aktif. Macam
pemilihan jawatan dalam Majlis Peguam kalau peguam Islam benar-benar aktif sudah pasti
kita boleh menguasai majlis berkenaan. Ia berlaku kerana daripada 13,000 jumlah peguam
Islam hanya 2,000 hingga 3,000 sahaja yang mengundi. Kalau semua 40 peratus peguam
Islam mengundi, boleh bawa perbezaan.

Ini pun sudah menampakkan bagaimana di kalangan peguam Islam pun tidak bersatu dari
segi isu.

Mingguan Malaysia, Ahad 26 Oktober 2008

You might also like