You are on page 1of 5

NO KOD KERTAS : PN4241P

ANGKA GILIRAN : 2008242240059


__________________________________________________________________
Soalan 3 ( a )
Sebagai seorang guru bimbingan , huraikan tahap-tahap yang perlu diberi
perhatian pada peringkat membina hubungan semasa mengadakan sesi
kaunseling individu bersama-sama Daud .

1awapan :

Sebagai seorang guru bimbingan , tahap-tahap yang hendak diberikan tumpuan ialah berhubung
dengan tahap pertama, iaitu hendak mengetahui tentang Daud . Masa yang harus diambil bagi
melaksanakan setiap tahap bergantung kepada sejauh mana saya memikirkan sama ada Daud
patut berubah ke tahap seterusnya.
Oleh kerana tahap-tahap ini perlu berkembang dari awal hingga akhir, maka tema
perbincangan pada setiap tahap mesti disempurnakan dengan memuaskan sebelum kaunseling
bergerak ke tahap yang berikutnya.Sekiranya perbincangan tema pada tahap-tahap awal tidak
dibuat dengan memuaskan atau tidak sempurna , ia akan menyulitkan proses kaunseling berlaku.
Ertinya, lebih kemas dan sempurna perbincangan berdasarkan tema bagi tiap-tiap kaunseling itu,
maka lebih berhasil kesudahan kaunseling dengan Daud .

Semasa dalam tahap membina hubungan dengan Daud , saya akan memberi perhatian
pada beberapa tugas iaitu :

O Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi
O Menentukan matlamat awal kaunseling
O Menstruktur hubungan
O Membina kepercayaan





NO KOD KERTAS : PN4241P
ANGKA GILIRAN : 2008242240059
_____________________________________________________________

1. Mewujudkan Suasana Yang Menggalakkan Interaksi
Pada permulaan proses kaunseling , biasanya Daud tidak begitu yakin dengan dirinya
sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Tambahan pula mungkin Daud tidak begitu
pasti akan masalahnya. Keadaan berhati-hati ini bermakna Daud tidak akan memberi respon
kepada saya dengan terbuka. Daud memerlukan rasa selamat, atau rasa boleh percaya kepada
saya . Kejujuran dan rasa dihormati. Sebagai kaunselor , saya brertanggungjawab mewujudkan
suasana atau keadaan yang akan memudahkan rasa kerterbukaan, keikhlasan dan rasa mahu
berkomunikasi.
Saya berasa Daud selalunya memerlukan rasa senang berkomunikasi dengan saya,
merasakan dirinya diterima dan diIahami dengan cara yang betul. Saya perlu berkomunikasi
dengan rasa minat terhadap Daud , memahami dan menghormati perasaan, sikap dan
masalahnya. Ini boleh dilakukan dengan cara:

O Menunjukkan saya sentiasa hadir dan memberi sepenuh perhatian kepada Daud
dan menganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan dihargai .
O Mendengar secara intensiI dan cuba merasakan bagaimana Daud merasa dan
memikirkan masalahnya
O Memberi respon kepada Daud dengan sepenuhnya.

Contohnya sebagai permulaan saya akan menunjukkan raut wajah yang menunjukkan rasa ingin
berkongsi masalah dengan Daud dan memahami perasaan Daud serta menjiwai masalah Daud .
Saya juga perlu memulakan soalan yang boleh membantu Daud ke arah keadaan rasa selamat ,
kejujuran dan rasa boleh percaya seperti: Apakah yang boleh saya bantu saudara (seeloknya
nama diketahui). Saya juga perlu menunjukkan air muka yang tenang posture` atau cara duduk
semasa melayan Daud , kesungguhan ketika menjawab dan intonasi suara yang tidak
mengancam.




NO KOD KERTAS : PN4241P
ANGKA GILIRAN : 2008242240059
_____________________________________________________________
2. Menentukan Matlamat Awal Kaunseling.
Klien datang berjumpa kaunselor atas beberapa sebab. Antaranya ialah untuk
menyelesaikan konIlik, menyelesaikan masalah , atau meminta pertolongan untuk mendapatkan
cara-cara menjadi seorang yang lebih berIungsi dengan lebih eIektiI. Terdapat klien yang
menyedari dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur akan masalahnya, tentang
mengapa dia berperasaan demikian, malah tentang kenapa dia datang berjumpa dengan
kaunselor.
Klien akan mengemukakan satu masalah awal pada kaunselor, tetapi bukan masalah
besar yang sebenarnya dihadapi . Kecenderungan untuk menyelesaikan masalahnya mungkin
lemah, pertengahan atau tinggi. Apapun, kaunselor mesti memastikan bersama klien apakah
matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling.
Jadi , sebagai seorang guru pembimbing , saya harus menentukan matlamat awal dan
juga masalah Daud . Saya harus memahami bahawa Daud berasa rendah diri dan menyebabkan
pencapaian akedemiknya merosot .Di samping itu , saya juga harus mendengar masalah Daud ,
membantu dia melihit dirinya sendiri, supaya dia lebih memahami tentang dirinya, dan dengan
itu diharap Daud dapat mengenal pasti matlamat kaunseling yang lebih tepat.













NO KOD KERTAS : PN4241P
ANGKA GILIRAN : 2008242240059
__________________________________________________________________
3. Menstruktur Hubungan
Semua hubungan saya dengan Daud mesti mempunyai struktur supaya Daud akan
nampak dengan lebih jelas ke arah mana hendak dituju dan memahami proses kaunseling. Pada
mulanya, Daud agak sukar untuk mengambarkan apa yang akan terjadi, bagaimana perubahan
boleh berlaku dan meragui apakah semua itu akan dapat membantunya.Sebagai kaunselor , saya
dan Daud mesti saling bersetuju tentang beberapa perkera sebelum memulakan proses
kaunseling.

O Kefahaman tentang proses kaunseling
Saya harus memberitahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan
menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. Saya juga perlu
memberitahu tentang peranan masing-masing sebagai kaunselor dan kaunseling.
Misalnya, saya boleh berkata, ' Tugas saya sebagai kaunselor adalah membantu
anda memikirkan isu-isu yang terlibat dalam apa yang telah berlaku . Saya
hendaklah mendapat seberapa banyak maklumat yang diperlukan, meneliti dan
menimbangnya .
O Penjelasan tentang perkara yang terlibat
Saya perlu memberi penjelasan supaya Daud bersetuju tentang beberapa perkara
yang tidak perlu diulang, seperti masa bertemu, berapa lama, jarak kekerapan
bertemu, dan berapa lama proses kaunseling keseluruhannya akan mengambil
masa. Perkara lain yang perlu diperjelaskan pada awal pertemuan ialah tempat
bertemu, perseIahaman apabila berlaku pembatalan pertemuan, kecemasan dan
hal-hal lain. Contohnya, 'Saudara Daud, kita akan berjumpa pada setiap hari
Khamis, pada pukul tiga hingga tiga empat puluh lima petang, di bilik dua, Bilik
Kaunseling Sekolah. Kalau ada apa-apa hal berlaku, sila hibungi pejabat dan
minta sampaikan pesanan kepada saya. Kita boleh ubah masa kepada yang sesuai
untuk minggu itu.
O Aspek kerahsian klien
Aspek kerahsian klien mesti diterangkan kepadanya. Contohnya, ' Perbualan kita
dalam sesi ini akan dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan supaya dapat
dibincangkan kes anda dengan guru besar saya.
NO KOD KERTAS : PN4241P
ANGKA GILIRAN : 2008242240059
______________________________________________________________________________
4. Memberi Kepercayaan
Seorang kaunselor mesti menunjukkan siIat dan tingkah laku yang beretika tinggi
sepanjang menjalankan proses kaunseling. Pada peringkat permulaan kaunseling, saya
seharusnya sudah menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraI kemahiran yang dipunyai
oleh kaunselor. Semua isu ini boleh diperjelaskan pada masa pengstrukturan yang telah
dibincangkan. Pada hakikatnya, saya mesti memikirkan soal tingkah laku yang beretika di
sepanjang proses menjalinkan hubungan dengan klien dan disepanjang perjumpaan dengan klien
dalam sesi-sesi yang lain. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan Daud .