Soalan 2-Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan .

Berikan pendapat anda untuk mengurangkan kemalangan jalan raya .
Menjelang musim perayaan , jalan raya di negara kita turut menyaksikan angka korban yang semakin meningkat dari setahun ke setahun . Peningkatan angka korban di jalan raya ada kaitannya dengan peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki lebuh raya dan jalan-jalan utama untuk pulang ke kampung halaman . Justeru , suatu langkah bersepadu perlu digerakkan oleh semua pihak . Antara langkah yang perlu diambil ialah melalui pendidikan . Dalam hal ini , para pengguna jalan raya perlu dididik tentang langkah-langkah keselamatan seperti pemakaian topi keledar yang betul , disiplin di jalan raya dan memupuk sikap prihatin terhadap orang lain . Selain itu , pengambilan lesen memandu perlu lebih ketat . Tempoh belajar memandu perlu melepasi tahap yang lebih lama di samping pemantauan berterusan daripada tenaga pengajar yang bertauliah . Dalam soal ini , sekolah-sekolah memandu perlu lebih bertanggungjawab dan tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata . Seterusnya penguatkuasaan perlu lebih tegas . Pihak penguatkuasaan tidak seharusnya mengambil enteng terhadap kesalahan yang dilakukan oleh penggunapengguna jalan raya . Kesalahan-kesalahan berat seperti memotong di garisan berkembar serta tidak mematuhi lampu isyarat perlu dikenakan hukuman yang berat tanpa tolak ansur . Namun yang lebih penting , pengguna jalan raya perlu lebih bertanggungjawab dan sayang akan diri sendiri . Sikap mementingkan diri sendiri , tidak sabar dan menggunakan kemudahan jalan raya dengan cara yang salah amat tidak wajar .

Kesimpulannya , kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan melalui kerjasama semua pihak . Sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis agar jalan raya kita menjadi medan yang selamat kepada semua pengguna . 1.tahap – had masa ; tempoh 2.bertauliah – orang yang diberi kuasa oleh pemerintah 3.enteng – mudah 4.tidak wajar – tidak sesuai 5.dikikis - dibuang

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful