KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

VISI Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik MISI Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama : i. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :  Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan  Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga  Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :  Mengutamakan pelanggan  Saksama  Tidak membebankan  Cekap  Wajar mengikut teknologi  Boleh disesuaikan mengikut persekitaran  Inovatif iii. Dengan menekankan :  Sifat penyayang, prosfesionalisma dan kerja berpasukan  Sifat menghormati maruah insan  Penglibatan masyarakat

KATA-KATA ALUAN YB DATUK SERI PANGLIMA MICHAEL ASANG
Ahli Dewan Undangan Negeri N. 40 Labuk merangkap Pembantu Menteri Pembangunan & Perindustrian Sabah
Marilah kita sama-sama bersyukur kepada Tuhan yang telah mengizinkan kita untuk bersama-sama berhimpun di majlis yang mulia ini. Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah kerana memilih daerah Beluran sebagai tempat pelancaran Hari Diabetes Sedunia 2011 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Klinik Kesihatan Telupid pada hari ini. Di sini, juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur di atas kesudian menjemput saya untuk merasmikan majlis sambutan Hari Diabetes ini. Hari Diabetes Sedunia disambut di seluruh dunia pada 14hb November setiap tahun dengan tema yang berbezabeza. Sambutan diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global yang penting khususnya penyakit Diabetes. Hari ini dari segi penyakit, ancaman kepada kehidupan manusia tidak lagi dating dari penyakit-penyakit berjangkit seperti demam kepialu dan malaria sahaja, tetapi ancaman serius juga datang dari penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti Diabetes (Kencing Manis) dan Hipertensi (Darah Tinggi) yang kesemuanya berpunca dari gaya hidup dan corak pemakanan yang tidak sihat. Kita dituntut untuk memilih cara hidup sihat seperti bersenam dan corak pemakanan yang lebih baik serta terurus. Sayangnya, penduduk Malaysia khususnya lebih suka memilih makanan segara; lebih gemar mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi serta memakan makanan bergoreng dan berminyak. Ditambah pula dengan kurang aktiviti senaman fizikal yang telah menyumbang kepada kegemukan (obesiti). Dengan meningkatkan kes-kes obesiti, penyakit seperti Diabetes dan Hipertensi akan bertambah dalam masyarakat. Ini adalah penyakit abad ke 21, natijah kepada lambakan makanan yang ada di sekeliling kita dan tidak cukup aktiviti senaman fizikal. Justeru itu, tidak hairanlah penyakit Diabetes ini datang. Nagara telah dicemaskan dengan kadar peningkatan penyakit Diabetes yang ketara. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia pada 2006 dan 2009, lebih kurang 1.4 juta individu di Malaysia dikenal pasti sebagai pesakit Diabetes. Kadar ini meningkat satu kali ganda dalam tempoh satu dekad. Sudah tentu Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membendung masalah ini dengan pelbagai kaedah seperti menjalankan promosi dan program-program kesihatan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit-penyakit berjangkit, tidak berjangkit dan gaya hidup yang sihat yang perlu diamalkan bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk. Di klinik Kesihatan Telupid juga tidak kurang masalahnya. Saya telah difahamkan di Telupid sahaja pesakit Diabetes yang berdaftar di Klinik Kesihatan Telupid adalah 180 orang. Oleh yang demikian, di dalam menjaga kesihatan, saya menyeru kepada penduduk-penduduk di daerah Beluran amnya, dan di Telupid khususnya supaya dapat dan sentiasa mematuhi nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkelayakan dari masa ke semasa. Nasihat-nasihat yang diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat hendaklah diberikan perhatian di dalam menjaga tubuh dari ditimpa penyakit ini. Tema tahun ini iaitu “CEGAH DIABETES: BERTINDAKLAH SEKARANG” adalah seruan kepada sesiapa yang masih tidak menyedari kesan penyakit Diabetes. Saya menyarankan kepada semua penduduk yang mempunyai risiko dan berumur 30 tahun ke atas supaya mendapatkan pemeriksaan saringan kesihatan seperti paras kandungan gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah dan nasihat mengenai berat badan yang sesuai. Saya juga merasa bangga dengan pejabat kesihatan Beluran kerana sentiasa menganjurkan pelbagai program kesihatan di seluruh daerah ini seperti kem-kem kesihatan. Mudah-mudahan usaha-usaha seperti ini akan membantu dalam membina sebuah negara yang rakyatnya kuat dan sihat.

Sekian dan terima kasih

YB DATUK SERI PANGLIMA MICHAEL ASANG

KATA-KATA ALUAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah izinnya, dapatlah kita bersama-sama berkumpul di sini dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2011 Peringkat Negeri Sabah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran khususnya Pegawai Kesihatan dan ahli jawatankuasanya kerana berjaya menganjurkan sambutan Hari Diabetes Sedunia 2011 Peringkat Negeri Sabah pada hari ini walaupun menghadapi rintangan keadaan cuaca yang tidak menentu. Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, corak kehidupan masyarakat juga telah berubah. Tekanan hidup dan amalan pemakanan yang tidak sihat telah menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit dan antaranya ialah penyakit Diabetes. Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan Diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey - NHMS) 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 menunjukkan bilangan ini kini telah meningkat kepada lebih 3 juta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Apa yang lebih merisaukan Kementerian Kesihatan adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa, iaitu kira-kira 2 juta individu dewasa. Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala. Diabetes merupakan salah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Namun jika dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, risiko komplikasi seperti sakit jantung, kebutaan dan kegagalan buah pinggang adalah tinggi. Di sini, saya ingin menyarankan kepada semua golongan masyarakat yang berumur 30 tahun dan keatas agar menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (non-communicable disease atau penyakit tidak berjangkit) setiap tahun. Ujian saringan asas ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah dan pemeriksaan BMI (body mass index). Perkhidmatanj ujian saringan faktor risiko NCD ini boleh didapati di semua hospital, klinik-klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Selaras dengan tema Hari Diabetes Sedunia 2011 di peringkat global, “Cegah Diabetes : Bertindaklah Sekarang”, saya ingin menasihati semua rakyat Malaysia yang mempunyai faktor-faktor risiko utama diabetes seperti berikut supaya menjalani pemeriksaan saringan kesihatan :  Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap Diabetes  Berlebihan berat badan atau obes (BMI >23.0 kg/m2)  Menghidap Hipertensi  Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi  Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif  Bagi wanita yang mempunyai sejarah Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes) Saya menyeru agar kita semua segera mengambil inisiatif dan mengorak langkah bagi mencegah Diabetes. Kepada pesakit Diabetes yang dikesan dan mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat Diabetes seperti gangrene dan amputasi, septicaemia and kegagalan buah pinggang. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap Diabetes perlu mempelajari dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Akhir kata marilah kita bersama-sama menjaga dan mengekalkan nikmat kesihatan yang tidak ternilai anugerah Tuhan kepada kita sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih

PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH

UCAPAN PENGERUSI PENGANJUR MAJLIS PERASMIAN HARI DIABETES SEDUNIA 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH

ATURCARA
06.30 pagi 07.30 pagi 9.00 pagi 08.30 pagi 09.00 pagi Ketibaan AJK dan para peserta pesakit Diabetes Acara senamrobik beramai-ramai bersama pesakit Diabetes Minum pagi bersama pesakit Diabetes Ketibaan orang awam Ceramah Tajuk – Obesiti dan Pemakanan Sihat oleh Pn. Mac Donna Matheus, Pegawai Zat Makanan Forum Kesihatan Tajuk : “Diabetes & Kawalan Diabetes” 10.30 pagi 10.40 pagi Ketibaan Tetamu-tetamu Jemputan Ketibaan Yg. Bhg. Dr. Mohd. Yusof bin Haji Ibrahim Pengarah Kesihatan Negeri Sabah 10.45 pagi Ketibaan YB Datuk Seri Panglima Michael Asang Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N. 40 Labuk 10.50 pagi 11.05 pagi 11.10 pagi Nyanyian Lagu NEGARA KU dan SABAH TANAH AIRKU Bacaan Doa (JAIS) Ucapan Alu-aluan oleh : Yg. Bhg. Dr. Mohd. Yusof bin Haji Ibrahim Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Ucapan dan Pelancaran oleh : YB Datuk Seri Panglima Michael Asang Ahli Dewan Undangan Negeri N 40 LabuK Merangkap Pembantu Menteri Pembangunan dan Perindustrian Sabah. 1.30 petang Bersurai Penyampaian Cenderahati kepada Panel Forum Kesihatan Penyampaian Cenderahati kepada YB Datuk Seri Panglima Michael Asang Persembahan Koir oleh staff KK Telupid Lagu: Sihat Sejathera & 1 Malaysia Persembahan kebudayaan oleh: Angkatan Seni Labuk Lawatan ke Tapak Pameran Kesihatan Cabutan Tiket Bertuah Jamuan/Tetamu-tetamu dan Jemputan Khas

JAWATANKUASA INDUK HARI DIABETES SEDUNIA 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH
Penasihat: Yg. Bhg. Dr. Mohd Yusof bin Haji Ibrahim Pengerusi: Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), JKN Sabah Timbalan Pengerusi: Ketua Penolong Pengarah (Unit NCD), JKN Sabah Urusetia: Ketua Penolong Pengarah (Promosi Kesihatan), JKN Sabah Ahli-ahli Jawatankuasa: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Primer) Pegawai Kesihatan Kawasan Beluran JAWATANKUASA PENGANJUR HARI DIABETES SEDUNIA 2011 Pengerusi: Pegawai Kesihatan Kawasan Beluran Timbalan Pengerusi: Pakar Kesihatan Keluarga KK Telupid Urusetia: Pegawai perubatan KK Telupid Ahli-ahli Jawatankuasa: Juruaudio Visual Pegawai Zat Makanan Penolong Pegawai Kesihatan Dan Persekitaran (Kanan) Penyelia Jururawat Kesihatan Semua staf KK Telupid Unit Inspektorat Beluran Unit Kesihatan Keluarga Beluran Unit Kesihatan Primer Beluran Unit Pentadbiran Beluran

SEKALUNG BUDI
Pertama sekali, Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Penganjur ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Michael Asang Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N. 40 Labuk Di atas kesudian beliau untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Diabetes Sedunia 2011 Peringkat Negeri Sabah di daerah Beluran ini. Jawatankuasa juga turut berbesar hati merakamkan penghargaan kepada semua AJK Kecil yang telah sama-sama berusaha untuk menjayakan sambutan ini. Tanpa kerjasama dan dedikasi penuh daripada semua AJK, adalah mustahil Hari Diabetes Sedunia 2011 Peringkat Negeri Sabah ini dapat dilancarkan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada pihak-pihak dari jabatan-jabatan kerajaan dan individu berikut, yang secara langsung dan tidak langsung turut serta dalam menjayakan sambutan ini.

PANTUN
Gempa datang gunung meletus Banyak rumah yang rosak parah Yang dimaksudkan Diabetes Melitus Meningkatnya gula di dalam darah Hendak ku tanam si bunga kaktus Ku letak tanah di dalam pasu Gejala umum Diabetes Melitus Kerap kencing, letih dan lesu Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah Jangan disimpan di dalam hati Kalau ada sumur di ladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi

AKTIVITI KLINIK KESIHATAN

AKTIVITI SEMASA HARI DIABETES SEDUNIA 2011
 DERMA DARAH  PAMERAN KESIHATAN  PRODUK JUALAN KESIHATAN  SARINGAN KESIHATAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful