NUR FARIKHA BT ABD RAOP

D20081032344
Apakah kebimbangan matematik?
Didalam Marzita Puteh(2002) kebimbangan Matematik boleh ditakriIkan sebagai
perasaan tertekan dan kerisauan yang mengganggu disebabkan oleh manipulasi nombor dan
masalah yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian dan
akademik. Kebimbangan Matematik boleh menyebabkan seseorang individu lupa dan kehilangan
keyakinan diri (Tobias, 1978). Hal ini disokong oleh Lindquist (1981) yang menyiIatkan
kebimbangan matematik melibatkan perasaan ketegangan dan kebimbangan yang mengganggu
manipulasi nombor dalam menyelesaikan masalah matematik dalam pelbagai kehidupan atau
situasi pembelajaran. Orang yang mengalami kebimbangan matematik merasakan bahawa
mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan menghadiri kelas yang melibatkan matematik.
Sigmund Freud (1936) adalah orang yang pertama yang cuba untuk menjelaskan takriIan
kebimbangan sebagai sesuatu emosi yang tidak menyenangkan dan sesuatu yang universal yang
dialami oleh individu. Freud juga menyatakan kebimbangan mempunyai tiga kriteria. Kriteria
pertama ialah sesuatu yang tidak menyenangkan. Sebagai contoh, individu akan mempunyai
perasaan yang tidak menyenangkan apabila mendengar perkataan matematik dan tidak
menyenangi untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Kriteria kedua,
mempunyai tindakbalas Iisiologi seperti ketegangan otot, menggeletar, berpeluh, denyutan
jantung menjadi kencang dan kesukaran untuk bernaIas. Kriteria ketiga ialah individu berada
dalam keadaan sedar.
Menurut model Gangguan yang dikemukakan oleh Liebert dan Morris(1967) dan
Wine(1971) telah menerangkan kebimbangan matematik sebagai gangguan mengingat kembali
pengetahuan dan pengalaman matematik terdahulu. Akibatnya, berlaku peningkatan terhadap
tahap kebimbangan menyebabkan tahap pencapaian matematik yang rendah. Dalam Model
deIisit, Tobias(1985) mengaitkan kebimbangan matematik sebagai ingatan lalu tentang prestasi
matematik yang rendah dan dipercayai prestasi ini disebabkan oleh kebimbangan yang tinggi.





engapa fenomena ini berlaku?

Antara Iaktor yang menyebabkan Ienomena ini berlaku ialah pencapaian yang rendah
dalam matematik dan mempunyai sejarah yang buruk dalam matematik seperti kegagalan
didalam peperiksaan walaupun telah banyak berusaha untuk mempelajari matematik. Hal ini
disebabkan oleh kekurangan pemahaman terhadap matematik justeru mengheret pelajar menjadi
Iobia terhadap matematik.
Antara sebab lain yang dikenalpasti menyebabkan pelajar Iobia dalam matematik ialah
ketakutan pelajar terhadap angka dan manipulasinya yang dikatakan berlaku dalam kalangan
pelajar. Fenomena ini juga berlaku apabila pelajar atau seseorang individu tidak dapat menguasai
kemahiran asas matematik. Ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk mempelajari
matematik dengan lebih lanjut seterusnya menyebabkan individu takut untuk mempelajari
matematik. Hujah ini disokong oleh Tobias(1985) dalam Model DeIisit, pelajar yang
berpencapaian rendah disebabkan oleh tabiat belajar yang lemah dan kurang kemahiran dalam
ujian. Kebimbangan matematik juga wujud disebabkan oleh kurang persediaan dalam matematik.
Kebanyakkan pelajar dan individu yang menganggap matematik sukar dan menyelesaikan
masalah matematik merupakan perkara yang mustahil juga boleh menyebabkan pelajar Iobia
matematik.
Menurut Ernes dalam Marzita Puteh(2002) sikap guru adalah satu kuasa di dalam kelas,
sikap mereka dan semangat mereka terhadap subjek yang diajar mempunyai kesan yang besar
terhadap sikap pelajar. Oleh itu, guru yang mencintai dan menyukai subjek matematik akan
menyebabkan para pelajarnya juga menyukai matematik, manakala guru yang membenci dan
tidak menyukai matematik akan mempengaruhi pelajarnya untuk membenci dan tidak menyukai
matematik. Di sini kita mendapati bahawa guru dapat memindahkan sikapnya dan tanggapannya
terhadap matematik kepada pelajar. Oleh itu, jika seseorang guru memiliki Iobia dalam
matematik, maka pelajarnya juga akan cenderung untuk memiliki Iobia dalam matematik.
Faktor kendiri pelajar atau guru pelatih juga boleh menyumbang kepada kebimbangan
matematik. Pelajar yang tidak menyukai cabaran tidak akan menyukai matematik. Ini kerana
soalan matematik mempunyai pelbagai cabaran yang berlainan. Kebimbangan matematik juga
boleh berlaku tidak kira sama ada pada kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Namun begitu
terdapat stereotaip bahawa wanita kurang berkebolehan dalam matematik berbanding lelaki.
Menurut Puteh(1998), terdapat lima aspek imej kendiri pelajar(guru pelatih) dengan
mengambil kira sikap terhadap matematik. Antaranya ialah tidak suka pada cabaran, keyakinan
diri rendah, pelajar yang perlahan proses pembelajarannya , pelajar yang mudah putus asa dan
pelajar yang sentiasa menyalahkan diri sendiri. Kelima-lima Iaktor ini boleh menyebabkan
pelajar(guru pelatih) cenderung untuk mengalami Iobia matematik. Kebanyakkan guru pelatih
tidak sukakan cabaran. Hal ini boleh menyebabkan mereka tidak suka akan matematik kerana
latihan matematik mempunyai cabaran dalam menyelesaikannya. Selain itu, mereka mempunyai
keyakinan diri yang rendah akan cenderung untuk mudah berputus asa tanpa berusaha. Mereka
yang mempunyai sejarah matematik yang lemah akan sentiasa tidak bersemangat dan mengalami
Iobia matematik. Disebalik imej kendiri tersebut pelajar juga berasa kurang mampu dalam
mempelajari matematik kerana dianggap rumit, menakutkan mereka bahkan sebahagian
daripadanya mungkin akan membenci matematik sehingga matematik mungkin akan menghantui
mereka. Hal ini menyebabkan pelajar Iobia terhadap matematik.
Siapakah yang mempunyai kebimbangan matematik?
Kebimbangan matematik boleh dimiliki oleh setiap individu tidak kira sama ada kanak-
kanak, pelajar, guru, ahli akademik dan sebagainya Satu kajian yang telah dijalankan oleh Betz
(1998), diperoleh dalam Marzita Puteh(2002), kebimbangan dalam matematik banyak dimiliki
oleh pelajar-pelajar kolej termasuk mereka yang mempelajari matematik aras tinggi yang
memerlukan latar belakang yang luas dalam matematik. Selain itu, kajian lain yang dilakukan
oleh English(1989) mengenai guru-guru yang dalam perkhidmatan menunjukkan guru-guru
mempunyai tahap kebimbangan matematik yang lebih tinggi. Hal ini lebih cenderung kepada
guru perempuan, guru yang mempunyai sikap yang negatiI terhadap matematik, guru yang tidak
mempunyai prestasi yang baik dalam kursus matematik, guru yang lebih meminati untuk
mengajar gred yang rendah dan kurang meempunyai rasa berwibawa dalam pengajaran
matematik.
Menurut Briggs dan Crook, guru-guru sekolah rendah sering didapati mengalami masalah
kebimbangan matematik. Ini mungkin kerana mereka mempunyai asas yang kurang kukuh dalam
matematik, ditambah pula dengan siIat subjek itu sendiri. Corak pembelajaran pelajar sekolah
rendah juga berbeza jika dibandingkan dengan pelajar sekolah menengah yang lebih berdikari
dalam pelajaran. Guru yang kurang menguasai kandungan pengetahuan pedagogi dalam
mengajar pelajar ini boleh menyebabkan mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru dan
seterusnya boleh menyebabkan guru menjadi bimbang dan seterusnya mengheret pelajar juga
terjebak dalam kebimbangan dalam matematik.
Antara ciri-ciri pelajar yang mempunyai kebimbangan dalam matematik ialah pelajar
yang terus bimbang setiap kali bercakap atau berIikir tentang matematik ataupun apabila
menghadiri kelas matematik. Pelajar ini juga tidak dapat menguasai matematik walaupun telah
tekun mempelajarinya dan sentiasa gemuruh setiap kali menjawab soalan berkaitan dengan
matematik. Antara ciri lain(Burton, 1979) ialah berpeluh tapak tangan, perut mual, panik, takut,
tergenggam tangan , peluh sejuk, tidak berdaya, stress, mulut kering, rasa malu dan
ketidakupayaan untuk menangani ciri-ciri tersebut dan sebagainya

ilakah kebimbangan dalam matematik berlaku?
Kebimbangan matematik berlaku apabila minda pelajar menjadi kosong seketika semasa
menjawab soalan matematik, walaupun sebelum ini beliau telah mempelajari tajuk matematik
tersebut. Pada masa yang sama pelajar juga mempunyai ciri-ciri seperti rasa mual, takut,
bimbang, ketidakupayaan untuk menjawab soalan berkaitan dengan matematik dan sebagainya.
Kebimbangan matematik juga akan berlaku apabila individu mengalami kurang selesa apabila
diminta melakukan sesuatu aktiviti yang berkait dengan matematik. Hal ini disokong oleh
Richardson&Suinn (1972) kebimbangan matematik berlaku apabila individu berasa tertekan,
rasa kurang upaya dan minda tidak terancang untuk memanipulasikan nombor dan bentuk. Ia
juga boleh dikenalpasti dan diukur dalam pelbagai bentuk elemen sikap, kognitiI dan emosi
seperti tidak suka, bimbang dan takut.
Seseorang pelajar atau individu akan mengalami kebimbangan matematik yang tinggi
apabila dia tidak benar-benar memahami beberapa bahagian dalam matematik padahal beliau
ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam matematik. Hal ini mendorong mereka
untuk belajar dan cuba memahami topik tersebut, namun disebabkan kebimbangan mereka
terhadap metematik menyebabkan mereka sukar untuk memahami topik tersebut. Kebimbangan
ini boleh mengalahkan diri sendiri kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan usaha pelajar
belajar. Semakin bimbang pelajar terhadap matematik, semakin kuat mereka belajar dan
mencuba tetapi semakin kurang mereka memahami, justeru menyebabkan mereka menjadi lebih
bimbang.
Kebimbangan matematik juga akan berlaku apabila wujud perasaan umum atau mitos
dalam kalangan pelajar bahawa hanya pelajar yang dianugerahkan kepintaran dan kepandaian
dalam matematik sahaja yang akan bijak dalam matematik, manakala pelajar tidak
dianugerahkan kepintaran dalam matematik akan terus gagal dalam matematik. Ini menyebabkan
pelajar yang mempunyai latar belakang matematik yang lemah akan berputus asa dan tidak akan
berusaha untuk mempelajari matematik dan meyebabkan mereka mengalami kebimbangan
matematik.
Seperti yang kita tahu keluarga juga mempengaruhi pelajar terhadap kebimbangan dalam
matematik. Bagi Iaktor ini pelajar akan mengalami kebimbangan matematik apabila ahli
keluarga atau rakan memberitahu bahawa matematik adalah subjek yang susah dan sukar untuk
dikuasai. Latar belakang seperti, tiada seorang ahli keluarga yang berjaya dalam subjek
matematik juga boleh menyebabkan pelajar menjadi bimbang terhadap matematik. Hal ini boleh
menyebabkan masalah ini berjangkit hingga ke generasi akan datang terutamanya bagi keluarga
yang mempunyai salasilah masalah Iobia terhadap matematik. Hal ini juga boleh berlaku apabila
ibubapa atau keluarga sudah menetapkan target untuk anak mereka supaya anak mereka mesti
mendapat gred yang terbaik dalam matematik. Hal ini menyebabkan pelajar berasa tertekan dan
seterusnya takut akan matematik.
Apabila pelajar bersaing untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam matematik ia
kadang kala boleh menyebabkan pelajar bimbang akan matematik. Lebih malang jika rakan-
rakannya memperoleh keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran matematik berbanding
beliau. Namun, jika pelajar menganggap itu merupakan satu saingan yang harus dimenangi maka
pelajar akan cuba sedaya upaya untuk mempelajarinya supaya memperoleh keputusan yang lebih
baik pada masa akan datang sehingga kadangkala menyebabkan mereka berasa tertekan dan
seterusnya mengakibatkan kebimbangan dalam matematik.


Siapa dan apakah yang mewujudkan kebimbangan matematik?
Puteh (1998) mendapati Iaktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik ialah
disebabkan oleh personaliti guru dan gaya pembelajaran mereka, peperiksaan awam dan
kesannya, domain aIektiI seperti Iaktor diri sendiri, seperti personaliti, persepsi perasaan,
kebimbangan, kesukaran seperti memori ataupun kecacatan semula jadi, aspirasi ibu bapa
terhadap jangkaan kepada mereka dan piawaian kumpulan sebaya dan kaitan penggunaan
matematik dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya Iaktor utama yang mewujudkan kebimbangan terhadap matematik ialah
individu itu sendiri. Seseorang individu yang tidak boleh mengawal emosi dan selalu berIikiran
negatiI secara tidak langsung menyebabkan diri beliau terjebak dalam kebimbangan matematik.
Kegagalan mengawal emosi diri sendiri juga menyumbang kepada kebimbangan matematik.
Jika seseorang individu dapat mengawal emosi dan setiasa berIikiran positiI mereka tidak akan
terjebak dalam kebimbangan matematik.
Menurut Marzita Puteh (2002), gred yang baik dalam matematik adalah tiket bagi mana-
mana pelajar untuk membolehkan mereka diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian
tinggi dan pada masa yang sama ia juga mempengaruhi skop pemilihan kursus-kursus yang
boleh mereka ambil. Oleh itu, peperiksaan merupakan penentu masa depan pelajar dan pelajar
harus mendapatkan keputusan yang baik jika ingin mencapai cita-cita yang dihajati. Oleh itu,
pelajar akan berusaha-bersungguh untuk mendapatkan yang terbaik dalam peperiksaan.
Seringkali kita dengar pelajar tidak dapat memasuki cabang pendidikan yang diminati
disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan keputusan matematik yang terbaik dalam
peperiksaan. Ini kerana jika hanya sekadar lulus dalam subjek matematik belum tentu pelajar
layak untuk memasuki institusi pengajian yang lebih tinggi terutamanya semasa Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Oleh itu, pelajar tidak dapat menguasai sepenuhnya subjek matematik akan
mengalami Iobia matematik.
Kaedah pengajaran guru yang menampakkan kesukaran dalam mempelajari matematik
juga boleh menyebabkan pelajar takut untuk mempelajari matematik. Guru yang tidak
mempunyai strategi yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
menampakkan kesukaran dalam mempelajari matematik. Lebih malang jika guru itu sendiri
mempunyai Iobia terhadap matematik kerana masalah tersebut dikhuatiri akan mempengaruhi
para pelajarnya juga. Antara amalan guru yang menyumbang kepada kebimbangan dalam
matematik iaitu penegasan penghaIalan, kaedah pengajaran authoritarian dan tidak
mempelbagaian proses pengajaran dan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar.
agaimanakah cara untuk mengurangkan kebimbangan matematik?
Ibu bapa juga berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha megurangkan
kebimbangan anak mereka terhadap mata pelajaran matematik. Sememangnya galakan dan
keperihatinan ibu bapa akan menambahkan minat anak mereka terhadap matapelajaran
matematik yang mencabar ini. Ibu bapa juga harus menanam sikap pelajar yang positiI iaitu
rajin, tekun dan bermotivasi. Ibu bapa tidak seharusnya terlalu menekan anak mereka untuk
mencapai keputusan yang cemerlang tanpa memikirkan hak anak mereka untuk belajar dengan
tenang tanpa diasak oleh pihak lain.
Selain itu, pihak kementerian juga seharusnya tidak terlalu Iokus kepada peperiksaan
sahaja dalam usaha untuk menilai pelajar dalam subjek matematik. Pembelajaran matematik
dalam kalangan pelajar tidak seharusnya dilihat dari aspek kognitiI sahaja seperti keputusan
peperiksaan malah Iaktor-Iaktor bukan kognitiI juga boleh digunakan untuk mengukur
pencapaian kejayaan pelajar. Jika penekanan hanya diberikan terhadap peperiksaan semata-mata
ini akan menyebabkan pelajar menjadi runsing dan takut terhadap matematik kerana hanya
peperiksaan yang dapat menentukan kecemerlangan mereka dalam subjek tersebut.
Seharusnya, kanak-kanak perlu diberi pendedahan dari kecil lagi tentang ilmu matematik
dan diberi penekanan terhadap kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak seharusnya
diwajibkan mengikuti mana-mana pra-sekolah kerajaan atau pra-sekolah berdaItar supaya
mereka mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai nombor. Apabila mereka memasuki darjah
satu, mereka menjadi tidak kekok kerana memiliki pengetahuan sedia ada tentang nombor. Oleh
itu, ia akan memudahkan mereka mempelajari matematik dengan lebih lanjut. Justeru ia dapat
mengurangkan ketakutan mereka terhadap matematik disebabkan mereka sudah mempunyai
kemahiran asas matematik.

agaimana untuk menghapuskan kebimbangan matematik?
Piaget (1951) dalam Marzita Puteh(2002) menekankan kepentingan motivasi sebagai satu
komponen penting dalam pembelajaran. Menurut beliau, pelajar yang dibenarkan untuk
meneruskan pembinaan mereka sendiri didorong oleh perbuatan pembinaan itu sendiri, yang
merupakan sebahagian daripada daya maju dan pertumbuhan.Untuk menghapuskan Iobia
matematik haruslah bermula daripada kemahuan individu itu sendiri. Individu seharusnya
meyakinkan dirinya sendiri bahawa subjek matematik bukanlah umpama sesuatu yang
mengerikan ataupun merupakan satu kebolehan atau kepandaian semulajadi setiap insan sejak
lahir. Pelajar juga tidak seharusnya memaksa diri untuk belajar dengan terlalu kuat, namun
strategi pelajar belajar supaya lebih eIektiI harus dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Contohnya
semasa ingin menjawab soalan matematik elakkan menjawab soalan yang sukar dahulu.
Sebaliknya, mulakan dengan soalan asas matematik sehingga ke tahap seterusnya. Setiap
individu yang mempunyai Iobia matematik harus kuatkan semangat dan sokonglah diri sendiri
apabila berjaya mendapat jawapan yang betul. Janganlah berputus asa jika gagal
menyelesaikannya. Jika tidak memahami apa yang diajar oleh guru janganlah berasa tertekan dan
individu boleh mengambil langkah lain seperti mengambil kursus ulangkaji matematik di kelas-
kelas tuisyen atau dapatkan bantuan daripada keluarga terdekat dan kawan-kawan yang mahir
dalam matematik. Mereka boleh mengajar individu secara persendirian dan ianya lebih baik
kerana individu akan lebih Iokus dalam mempelajari matematik. Bagi mengatasi perasaan takut
matematik ini, individu harus memberi persoalan terhadap diri sendiri dari mana perasaan takut
ini berakar umbi dan pastikan dari mana datangnya "ketakutan" itu dan cuba untuk hapuskannya.
Selain itu, kebimbangan dalam matematik dapat dihapuskan jika guru mempunyai sikap
yang lebih proaktiI seperti guru mempelbagaikan kaedah mengajar bagi membantu murid
meningkatkan keIahaman terhadap matematik. Ini kerana punca utama kebimbangan dalam
matematik adalah disebabkan oleh ketidakupayaan individu untuk memahami ilmu matematik.
Guru juga harus menitik beratkan pemahaman pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Harus diingat dalam usaha meningkatkan pemahaman dalam pengajaran guru
harus menjaga sikap seperti tidak memarahi pelajar jika tidak memahami matematik terutamanya
pelajar yang mempunyai tahap IQ yang rendah. Guru juga harus menanggani Iobia terhadap
matematik dalam diri mereka terlebih dahulu sebelum mereka cuba membantu pelajar
menghilangkan Iobia matematik.
Kesimpulannya, bagi menghapuskan kebimbangan matematik kesemua langkah untuk
mengurangkan dan menghapuskan kebimbangan matematik haruslah dilakukan.