nota tesis

    sinaran akan terserap mengikut ketebalan specimen dimana semakin tebal dan semakin tumpat sesuatu specimen maka semakin banyaklah sinaran akan terserap. Sinaran akan diserap mengikut ketebalan specimen dimana semakin tebal atau semakin tumpat sesuatu specimen, maka semakin banyaklah sinaran akan terserap. Dengan menggunakan kaedah ujian tanpa musnah ia tidak memusnhakan kegunaan sesuatu produk Darjah kehitaman sesuatu kawasan itu bergantung pada banyaknya foton yang tiba ke filem. Sebagai contoh, jika kecacatan ialah lompang atau retakan, maka imej hitam akan terbentuk pada filem, tetapi jika kecacatan berupa longgokan jirim padat, maka imej terang akan terakam pada filem. Sinar radioaktif dikelas kepada tiga kumpulan, iaitu sinar electromagnet, zarah bercas, dan zarah neutral. Sinar electromagnet seperti sinar gama dan sinar x dan apabila berinteraksi dengan jirim akan mengahasilkan kesan fotoelektrik, kesan Compton, dan pembentukan pasangan. Juga bolhe diistilah sebgai foton dan tidak mempunyai cas.mempunyai kuasa penembusan yang tinggi berbanding zarah bercas. Kesan fotoeletrik penting bagi sinar electromagnet yang berkuasa rendah. Sinar x yang keluar merupakan kesan sekunder kepada kesan fotoelektrik. Apabila elektron bertemu electron berlakulah tindakbalas penolakan. Akibatnya sebahagian besar tenaga akan hilang dan tenaga yang hilang ini dipanggil sinar x. sinar x yang terhasil dipanggil sinar x selanjar atau bremsstrahlung. Manakal, peralihan tenaga dari petala tinggi ke petala rendah menyebabkan sebhagian tenaga akan dibebaskan dam bentuk sinar x dan sinar x ini dinamakan sinar x cirian.

 

  

 

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful