TAJUK : PROFIL KEMAHIRAN GENERIK DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.

Pendahuluan

Kemahiran generik atau kemahiran insaniah atau soft skill telah lama menjadi sebutan ramai dan sering menjadi topik perbincangan oleh para ilmuan dan penyelidik di seluruh dunia. Kemahiran generik perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki dan
ia berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat

Aman Zahiri, Baharudin Aris, Jamaluddin Harun & Mohd Zolkifli 2007). Kemahiran generik ini telah turut perbincangkan di berbagai peringkat sama ada di peringkat sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi. Untuk berjaya dalam hidup ketika menghadapi kemajuan yang pesat dan persaingan global yang sengit pada abad ke-21 ini, kemahiran generik perlu dikuasai oleh pelajar Malaysia, selain ilmu dalam bidang akademik. Kehendak masyarakat dan pasaran kerja terhadap kebolehan pelajar bertambah rencam dan ini membawa kepada keperluan menguasai pelbagai kemahiran generik. Penguasaan pelbagai kemahiran generik boleh ditingkatkan di peringkat sekolah lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran generik berasaskan perspektif pelajar pra-universiti. Pelajar pra-universiti yang menjadi fokus kajian ini adalah pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sahaja. Satu penilaian perlu dilakukan bagi menentukan tahap kemahiran generik pelajar matrikulasi kerana kemahiran generik adalah di antara kemahiran yang sangat diperlukan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya di alam pekerjaan. Selain dari menimba ilmu pengetahuan, pelajar juga perlu memiliki kemahiran generik untuk melengkapkan ciri-ciri modal insan yang dikehendaki oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional. Selain daripada penekanan terhadap usaha meningkatkan keupayaan, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan juga memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kreativiti, inovasi, keupayaan bersaing, perpaduan dan pemupukan minda kelas pertama iaitu ciri-ciri kemahiran generik. Oleh itu, adalah perlu
1

1 peratus pada separuh tahun kedua 2006. Kadar pengangguran di Malaysia juga semakin meningkat. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan institusi pendidikan di luar negara. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran generik dalam kalangan pelajar pra-universiti di salah sebuah kolej matrikulasi berdasarkan penilaian pensyarah. Oleh yang demikian. pihak IPT dan untuk pengurusan program matrikulasi. Namun tiada seorang pun yang tahu secara pasti apakah tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar berkenaan. adalah sangat perlu untuk mengukur tahap kemahiran generik pelajar pra-universiti di program matrikulasi KPM. Pernyataan Masalah Setiap tahun. namun belum ada kaedah pengukuran yang formal dan sistematik untuk mengukur tahap kemahiran generik pelajar lepasan program matrikulasi KPM.4 peratus berbanding 3. Walaupun secara dasar dan operasinya banyak ruang dan peluang disediakan di peringkat kolej matrikulasi untuk pelajar memperolehi dan menguasai kemahiran generik. Justeru itu. kadar pengangguran separuh tahun pertama 2007 meningkat kepada 3. 2. pihak swasta dan para ilmuan kerana siswazah yang menganggur merupakan 2 . Menurut laporan penyiasatan tenaga buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008. Kelayakan akademik pelajar keluaran program matrikulasi secara rasmi jelas tercatat dalam slip Peperiksaan Program Matrikulasi Semester II (PPSM II) dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. membuat penilaian untuk mengukur tahap kemahiran generik pelajar sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadi fokus kajian ini.untuk melakukan pengukuran tahap kemahiran generik pelajar sekolah agar kemahiran tersebut dapat dikenalpasti dan ditingkatkan di peringkat sekolah sebelum pelajar melangkah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga alam pekerjaan. Keadaan begini adalah merugikan memandangkan pengetahuan tentang tahap penguasaan kemahiran generik di peringkat pra-universiti seperti di program matrikulasi sangatlah penting untuk pengetahuan pelajar itu sendiri. Gejala ini dipandang serius oleh pihak kerajaan. program matrikulasi KPM mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 ribu orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara.

daya saing dan kemampuan berbincang dan berhujah yang rendah. dapat berfikir secara objektif dan mudah bekerja dalam pasukan. Mengikut kajian berkenaan. keyakinan diri dan kepimpinan (Hasliza 2002 dan Tengku Mahaleel 2002) sedangkan pihak majikan bukan sekadar memerlukan pekerja yang memiliki pengetahuan akademik yang tinggi tetapi juga perlu memiliki kemahiran generik yang mantap untuk diberikan pekerjaan (Sausman & Steel 1997. Andaian ini ada kebenarannya berdasarkan dapatan kajian prestasi akademik pelajar lepasan matrikulasi di institusi pengajian tinggi oleh Institut Penyelidikan Tinggi Negara pada tahun 2004. Adalah menjadi fokus 3 . mampu berkomunikasi dengan baik. Antara sebab utama wujudnya kadar pengangguran yang tinggi dan terus meningkat dalam kalangan lepasan institusi pengajian tinggi di negara ini adalah kurangnya kualiti graduan berkenaan dari segi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi. satu pengukuran kemahiran generik pelajar pra-universiti program matrikulasi KPM sangat diperlukan. Malah Menteri Pendidikan Tinggi dalam Utusan Malaysia pada 9 Disember 2007 mengaku bahawa pengangguran dapat dikurangkan sekiranya graduan yang dilahirkan adalah lebih berketerampilan. Dapatan ini membawa implikasi bahawa ada kekurangan atau kelemahan yang berlaku berkaitan dengan proses pembinaan dan penguasaan kemahiran generik di program matrikulasi KPM. didapati sebahagian besar pelajar lepasan matrikulasi kurang dapat mengikuti pengajian di IPTA akibat kemahiran generik yang terhad. Namun apa yang sebenarnya berlaku. seperti kemahiran komunikasi. berkaitan dengan pemerolehan kemahiran generik di peringkat kolej matrikulasi tidak seorang pun yang pasti kerana belum ada pengukuran yang dibuat di peringkat tersebut. Kekurangan dalam kemahirankemahiran tersebut ini antara penyebab pelajar mempunyai tahap keyakinan. dan kemahiran penyesuaian diri dalam suasana yang mencabar. Coopers & Lybrand 1998 dan AC Nielsen Research Services 2000).satu pembaziran kepada modal insan yang diperlukan oleh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. Mungkin salah satu punca berlakunya kadar pengangguran akibat graduan kurang menguasai kemahiran generik seperti tersebut di atas adalah kurang berkesannya pembinaan dan penguasaan kemahiran generik di peringkat program matrikulasi KPM yang kurang berkesan. kemahiran menyelesaikan masalah. Maka dalam konteks ini. terutamanya kemahiran berbahasa Inggeris. iaitu di kolej-kolej matrikulasi.

Walau bagaimanapun pengkaji sebelum ini menggalakkan kajian lanjutan perlu diteruskan bagi mengenalpasti faktor sebenar yang boleh mempengaruhi kemahiran generik di kalangan pelajar IPT ini. Oleh sebab itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan kemahiran generik ini dengan membandingkan pencapaiannya berdasarkan jantina. bangsa Melayu dan bukan Melayu.bidang pengajian dan CGPA dalam kalangan pelajar IPT yang kebanyakannya mengikut persepsi mereka sendiri dengan cara menjawab soal selidik yang diberikan oleh penyelidik. Walaupun begitu.kajian ini untuk mengukur tahap kemahiran generik dalam kalangan pelajar pra-universiti di kolej matrikulasi berdasarkan penilaian pensyarah. Pengukuran tahap kemahiran generik berdasarkan penilaian pensyarah adalah lebih menepati ciri-ciri pengukuran tersebut. beberapa persoalan timbul tentang kemahiran generik ini. Kajian yang telah dilakukan sebelum ini hanya melibatkan jantina. Bagi pendapat penyelidik kajian ini adalah amat penting dan bermakna dijalankan kerana pelajar inilah yang bakal mengorak langkah ke IPTA kelak. Hasil dari kajian penyelidik belum ada satu pun kajian yang yang dilakukan tentang tahap kemahiran generik ini di kalangan pelajar prauniversiti. pencapaian atau lain-lain faktor? Banyak kajian telah dijalankan berkenaan dengan kemahiran generik ini terutamanya dalam kalangan pelajar IPT. jurusan (Sains dan bukan Sains) dan pencapaian peperiksaan dalam kalangan pelajar pra-universiti di salah sebuah kolej matrikulasi yang akan dinilai sendiri oleh beberapa orang pensyarah ke atas pelajar tersebut. 4 . Adakah kemahiran generik ini berbeza antara jantina. Ini bermakna dapatan yang dihasilkan daripada kajian itu adalah merupakan penilaian yang dibuat ke atas diri pelajar itu sendiri secara langsung.

Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan. 4. 2. Apakah elemen kemahiran generik yang dikenalpasti sebagai paling tinggi diperolehi oleh pelajar pra universiti di kolej matrikulasi? 5 . 5. Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar jurusan Sains dan bukan Sains? 4. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar berbangsa Melayu dan bukan Melayu. Objektif kajian adalah seperti berikut: 1.3. 4. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara kategori pencapaian pelajar. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar di kolej matrikulasi. Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara kategori pencapaian pelajar? 5. Menentukan sama ada terdapatnya perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar jurusan Sains dan bukan Sains. Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar berbangsa Melayu dan bukan Melayu? 3. 1. 3. Menentukan elemen kemahiran generik paling tinggi diperolehi oleh pelajar prauniversiti.. Persoalan Kajian Adakah terdapat perbezaan skor min kemahiran generik yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan? 2.

Pemindahan pembelajaran berlaku apabila pengalaman pembelajaran yang lepas mempunyai kaitan dan pengaruh kepada respons perlakuan pembelajaran baru. Dengan demikian. Model atau konseptual kerangka kemahiran generik adalah mengikut kepada keperluan kepada sesebuah negara. Kemahiran generik dibentuk dalam semua pengajaran dan pembelajaran dengan mengulangi proses ketika pembelajaran di dalam dan di luar kelas akan membolehkan untuk menambah kemahiran generik pelajar dalam pembentukan tingkah laku melalui proses penghafalan pembelajaran. Perubahan kepada tingkahlaku yang diperhatikan adalah dirujuk sebagai penanda aras kepada apa pun yang berada dalam fikiran pelajar. perkara yang dipelajari boleh dipindahkan – kemahiran boleh pindah (Kearns 2001). dan tidak terdapat juga mana-mana model yang sesuai untuk diikuti. Skinner (1971) menegaskan kembali bahawa manusia adalah apa yang dilihat hari ini melalui proses pembelajaran dan interaksi dengan persekitarannya. Tidak terdapat sebarang persetujuan di peringkat antarabangsa untuk menentukan tentang konsep yang penting dan jenis-jenis kemahiran generik. Mengikut NCVER (2003). Teori ini memfokuskan kepada keperluan personal dan tingkahlaku yang bersahaja. Walau bagaimana pun berdasarkan kajian. kajian ini adalah berdasarkan kepada teori kognitif (Ausubel 1978) di mana fokus yang utamanya adalah proses di sebalik tingkahlaku yang dipamerkan.5. Shikin & Noriah 2008b). Kerangka Konseptual Kajian Mengikut konteks. Dengan demikian teori kognitif dan behaviorisme telah digunakan sebagai pendekatan dalam pembinaan tentang Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) yang akan digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap kemahiran generik di kalangan pelajar tersebut (Siti Rahayah. tidak terdapat satu senarai yang khusus tentang kemahiran generik dan penilaian yang standard kerana kemahiran dan penilaian akan selalu dilihat dan ditafsir bersama dengan perubahan persekitaran di sesebuah negara tertentu. Kemahiran-kemahiran ini adalah sangat diperlukan dalam semua sektor-sektor untuk 6 . kemahiran generik ini adalah nyata dan penting yang sepatutnya dibangunkan dan dinilai. Teori Behaviourisme adalah berdasarkan perubahan (pembelajaran membawa kepada perubahan kepada tingkah laku) iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Terdapat banyak kekurangan dalam menentukan bagaimana kemahiran generik patut dipelajari dan dinilai (Porfas 2006) untuk mencapai objektif. Kearns (2001). Rodiah.

Dari analisis data yang dibuat kelak akan dapat menggambarkan ukuran tahap Kemahiran Generik dalam kalangan pelajar pusat matrikulasi. Kearns (2001).Graduate Student Assesesment (2001). diterima pakai dan dinilai dengan berterusan. IKGPP yang dibina ini adalah berdasarkan kepada 9 konstruk yang mengandungi indikator yang dibentuk sebagai item-item atau pemboleh ubah yang akan diperhatikan oleh pensyarah untuk menilai tahap Kemahiran Generik dalam kalangan pelajar matrikulasi. Kemahiran generik ini seharusnya dibangunkan. Rodiah. Skor Kemahiran Generik akan diukur dengan Perisian SPSS Versi 12. Kearns (2001) menekankan keperluan pembinaan set-set kemahiran generik adalah berdasarkan kepada sesebuah universiti dan pengalaman serta pandangan pakar untuk menghasilkan konstruk dan sub-konstruk yang diperlukan untuk diukur. 2008a). Model SCANS dari USA serta Model SQFStandard Qualifacation Framework dari Scotland. Rowe Luc (2002). Model Dunne et.al. dan sosial. Pembangunan Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) adalah dibina berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) atau Malaysia Qualification Framework (MQF) yang berasaskan kepada teori pengetahuan. Faktor-faktor yang akan dikaji adalah untuk melihat perbezaan yang terdapat di antara jantina. Shikin. (ii) kemahiran praktikal atau psikomotor.0 menggunakan kaedah ANOVA Tiga Hala dan Ujian Statistik Deskriptif. bangsa Melayu dan bukan Melayu. MQF menekankan 8 domain yang diperlukan di Malaysia seperti (i) disiplin pengetahuan. (viii) kemahiran pengurusan dan keusahawanan (Sharifah Hapsah. Rowe & Luc (2002). (Siti Rahayah. Hambur. (2000) dan Model VLESC dari United Kingdom. IKGPP telah dibina dalam kajian sebelumnya setelah mengambil kira cadangan yang telah dibuat oleh Hambur. (iii) kemahiran dan tanggungjawab sosial (iv) nilai. Selain dari itu ada berbagai-bagai lagi model Kemahiran Generik yang dihasilkan di luar negara seperti dari Australia iaitu Model GSA. sikap dan keprofesionalisme (v) komunikasi. Pada tahap ini. tingkahlaku. (vii) pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik. Noriah. 7 . 2006). jurusan Sains dan bukan Sains dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.menghasilkan pelajar dan pekerja yang cekap dan berkesan. kepimpinan dan kemahiran kerja berpasukan (vi) pemikiran kritis.

al.1 : Kerangka konseptual kajian Menggambarkan ukuran tahap Kemahiran Generik 8 . Rodiah. Lowe Ruc (2002). SCANS (2001). SQF (2002). Shikin & Noriah 2008b) Faktor Demografi Pensyarah menilai indikator dalam Kemahiran Generik 9 konstruk terhadap pelajar pra-universiti Jantina Bangsa Pencapaian Jurusan Skor Kemahiran Generik Dianalisis dengan Perisian SPSS Versi 12. Hambur.0 • • ANOVA Tiga Hala Ujian Satatistik Deskriptif Rajah 1.Teori Pembelajaran Kognitif (Ausubel 1978) Behaviorisme (Skinner 1971) Model Kemahiran Generik MQF (2006). GSA (2001). (2000). Item Kemahiran Generik yang diukur dalam Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) (Siti Rahayah.Kompetensi Profesional Holistik (1996).Dunne et.NCVER (2003).

pengkaji melihat kepentingan kajian ini. kepentingan dan penerapan kemahiran generik dari persepsi pensyarah di kolej matrikulasi. Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak matrikulasi mempertingkatkan penerapan kemahiran generik dalam kalangan pelajarnya. Fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman.Kajian juga akan meninjau kaedah penerapan yang boleh digunakan bagi membantu menerapkan kemahiran generik dalam diri pelajar serta sejauh mana ketidaksepadanan di antara tahap penerapan kemahiran generik di IPTA berbanding yang diperlukan oleh majikan. institusi pra-universiti dan KPM sebagai input tambahan dalam merancang program dan kurikulum yang berkaitan dengan pembangunan modal insan selaras dengan keperluan yang ditekankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). (c) Sebagai garis panduan kepada pelajar agar dapat mempersiapkan diri dalam memperkembangkan kemahiran generik sebelum melangkah ke alam ke dunia pekerjaaan yang sebenar. Ianya selaras dengan kehendak Pelan Induk Pendidikan dalam memantapkan lagi sistem penilaian dan pentaksiran.6. Berdasarkan premis tersebut. Dapatan kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru. iaitu (a) memperlengkapkan diri sebagai seorang pelajar yang mempunyai ciri-ciri kemahiran generik dalam menjalani kehidupan seharian. 9 . Dapatan daripada kajian ini sudah pasti akan digunakan untuk penambahbaikkan dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta program-program berkaitan dengan kemahiran generik yang akan dijalankan di masa akan datang. (b) Projek ini akan menjadi titik mula pengkaji mendalami kemahiran generik. Instrumen yang dibina adalah instrumen yang berbentuk penilaian prestasi oleh penilai yang bersifat autentik dan merupakan satu alternatif lain bagi bentuk penilaian yang biasa dilakukan. khususnya yang berkaitan dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan dan secara tidak langsung kajian ini menyumbang secara positif kepada perkembangan literatur berkaitan dengan pengukuran kemahiran amnya dan kepada pengukuran kemahiran generik khususnya.

jurusan Sains dan bukan Sains serta pencapaian pelajar. kemahiran kerja berpasukan. bagi kajian ini. kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat. Namun begitu. Batasan ketiga bagi kajian ini hanyalah menilai pelajar dari aspek jantina. bangsa Melayu dan bukan Melayu. kemahiran keusahawanan. iaitu kemahiran komunikasi.7.Memandangkann perbelanjaan yang besar diperlukan untuk penilaian berasaskan prestasi (performance based assessment) ini. Batasan kedua bagi kajian ini adalah dari segi rangkuman konsep kemahiran generik yang dikaji. kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. penyelidik hanya melibatkan sebuah kolej sahaja. Pensyarah penilai yang dipilih hanyalah pensyarah daripada Kolej Matrikulasi KPM dan pelajar yang dipilih untuk dinilai adalah pelajar daripada Kolej Matrikulasi KPM sahaja. kemahiran kepemimpinan. Hasil dari kajian kepustakaan yang dijalankan oleh penyelidik. Batasan pertama dari segi pensyarah penilai dan pelajar yang dinilai. kemahiran generik yang diukur hanyalah sembilan kemahiran utama yang diperhalusi dan dipecahkan daripada enam domain hasil pembelajaran KKM. kemahiran pengurusan dan kemahiran tanggungjawab sosial. kemahiran generik mempunyai berbagai definisi. Batasan Kajian Kajian ini mempunyai 3 batasan. kemahiran etika dan moral profesional. 10 .

kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial. Dengan secara tidak langsung penilai dapat menumpukan pemerhatian untuk mengukur 11 . Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji. METODOLOGI KAJIAN 8. menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias (Kelinger 1964). mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta.1 Pendahuluan Kaedah kajian ini adalah kajian deskriptif. 8. Penilaian ini akan dilakukan secara pemerhatian dengan menggunakan kaedah kajian kes oleh 17 orang pensyarah di sepanjang semester tersebut iaitu lebih kurang 3 bulan. Jenis kajian deskriptif yang digunakan ialah kaedah kajian kes. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar tersebut. Seterusnya kajian ini cuba melihat perhubungan faktor di antara jantina.2 Rekabentuk Kajian Pendekatan kuantitatif adalah dipilih dan digunakan dalam kajian ini. mengecilkan skop soalan. Kajian ini juga akan dapat menunjukkan ciri kemahiran generik yang paling dominan dalam kalangan pelajar tersebut. Menurut Mohd Majid (2000). Matlamat utama kajian ini adalah untuk mendapatkan data tentang keberkesanan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran generik. Prosedur pemerolehan data menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.8. Pendekatan ini dipilih kerana bilangan sampelnya yang ramai untuk dinilai oleh pensyarah. bertanya soalan yang khusus. bangsa Melayu dan bukan Melayu. jurusan sains dan bukan sains dan pencapaian dengan tahap kemahiran generik yang diuji. pendekatan kuantitatif adalah sesuai digunakan apabila seuatu kajian yang dijalankan mempunyai sampel yang ramai. Kajian ini adalah untuk mengukur dan menilai tahap kemahiran generik sekumpulan pelajar pra-universiti yang berjumlah 194 orang. Dalam kajian ini sasaran sampel adalah dihadkan kepada sekumpulan pelajar sebuah kolej matrikulasi sahaja. Menurut Creswell (2008).

Setiap responden hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam segala apa jua aktiviti melalui pengajaran dan pembelajaran seperti kuliah. Kumpulan ini adalah berdasarkan jurusan sains dan bukan sains. bangsa Melayu dan bukan Melayu. Sampel kajian ini adalah dinilai berdasarkan jantina. 8. tutorial dan melalui apa sahaja program-program yang akan dianjurkan oleh kolej matrikulasi. berkualiti dan seterusnya dapat menjawab objektif. Rasional kepada pemilihan keempat-empat pembolehubah tersebut adalah digunakan dalam mengukur tahap kemahiran generik ini adalah kerana untuk melihat sama ada lelaki atau perempuan. Mengikut Gall and Gall (2003) sampel yang minima untuk membuat kajian dalam kumpulan yang besar adalah 100 orang. persoalan dan hipotesis kajian. Pemilihan sampel adalah secara rawak berkelompok di mana 2 kumpulan pelajar pra-universiti di salah sebuah kolej matrikulasi dikenalpasti. Populasi ialah kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama manakala sampel ialah sub-kumpulan kepada populasi yang hendak dikaji untuk tujuan untuk membuat generalisasi (Creswell 2008).tahap kemahiran generik pelajar tersebut dengan lebih effisyen.3 Sampel Kajian Sampel kajian ini melibatkan 194 pelajar dari 582 pelajar sebagai populasinya (n=194. jurusan sains atau bukan sains dan berdasarkan kategori pencapaian yang manakah lebih menonjol dan berketerampilan dalam memperlihatkan ciri-ciri kemahiran generik ini. Mengikut Creswell (2008). 12 . dapatlah dikenalpasti faktor sebenar yang boleh mempengaruhi kemahiran generik di kalangan pelajar pra-universiti ini. bangsa Melayu atau bukan Melayu. pembentangan. jurusan Sains dan bukan Sains dan pencapaian pelajar tersebut. N=582). Rawak Berkelompok adalah memilih sampel dari populasi bagi memberi peluang yang sama untuk semua individu dipilih. Dengan cara itu.

atau mendokumentasikan data kuantitatif. Di peringkat pra-universiti.5 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam mengukur tahap kemahiran generik pelajar yang akan dinilai oleh pensyarah. (ix) Tanggungjawab Sosial (7 13 . (iii) Kerja Berpasukan (7 item). Instrumen ini adalah dari jenis Pengukuran Tingkahlaku (Pemerhatian tingkahlaku). tutorial dan melalui programprogram yang dijalankan. Jelaslah bahawa pra-universiti menawarkan kesinambungan bagi perkembangan penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar. (ii) Kepemimpinan (12 item). Instrumen ialah satu alatukur untuk mengukur. contohnya program matrikulasi di kolej-kolej matrikulasi di bawah KPM. (vii) Keusahawanan (9 item). (viii) Pengurusan (8 item) . Tindakan pihak IPTA memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran generik di peringkat universiti memberi makna bahawa institusi pendidikan yang menawarkan program pra-universiti. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.4 Lokasi Kajian Kajian ini akan dijalankan di sebuah Kolej Matrikulasi KPM.Tempoh masa ini adalah perlu untuk pensyarah mengenali kumpulan pelajar yang dinilai melalui aktiviti kuliah. 8. perlu juga memberi penekanan terhadap pembinaan dan penguasaan kemahiran generik di peringkat tersebut. (iv) Pembelajaran Sepanjang Hayat (9) dan Pengurusan Maklumat (9 item). Instrumen Kemahiran Generik Penilaian Pensyarah (IKGPP) digunakan bagi mengukur 9 konstruk dalam kajian kemahiran generik ini dengan 77 item yang terdiri daripada (i) Komunikasi (9 item). Sewajarnya lokasi ini dipilih untuk menjalankan kajian bagi memenuhi objektif kajian. pihak IPTA telah mula memberi penekanan terhadap kurikulum kursus dan kaedah penyampaian kurikulum yang berorientasikan kemahiran generik. (vi) Etika dan Moral Profesionalisme (8 item).8. pembentangan. Kesemua instrumen telah ditadbir sendiri oleh 17 orang pensyarah secara pemerhatian selama 3 bulan terhadap 194 orang pelajar pra-universiti. (v) Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (8 item). kemahiran generik yang telah dibina dan dikuasai oleh pelajar di peringkat sekolah dapat dipertingkatkan dan kemudian diperkukuhkan di peringkat IPTA. memerhati.

tinggi dan sangat tinggi). rendah.Bagi memastikan para penilai memahami proses penilaian yang perlu dilakukan. IKGPP adalah instrumen skala likert lima mata (sangat rendah.6 Tatacara pemerolehan data Kajian ini adalah untuk mengukur tahap kemahiran generik dengan membuat penilaian terhadap prestasi pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kolej matrikulasi dengan menggunakan pensyarah sebagai penilai dalam jangkamasa yang ditetapkan. 14 . sederhana. Kemudian meminta keizinan dari pihak pentadbir kolej untuk membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada pihak pengurusan kolej dan pensyarah untuk menentukan aktiviti yang boleh dinilai oleh pensyarah terhadap pelajar mereka dalam masa 3 bulan.item). Langkah pertama adalah meminta kebenaran dari pihak Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan kajian. Surat kebenaran dari fakulti akan dibawa ke bahagian matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan keizinan membuat kajian di salah sebuah kolej matrikulasi KPM. pensyarah dan pelajar. 8. contoh-contoh pemerhatian serta panduan yang boleh dilakukan oleh penilai semasa mengukur tahap kemahiran generik pelajar. Penyelidik akan memberi taklimat tentang kefahaman item kepada penilai. Oleh itu penyelidik memerlukan sepenuh kerjasama daripada pihak pentadbiran kolej yang terlibat kerana ianya memerlukan kerjasama secara menyeluruh dari pihak pentadbir. satu taklimat ringkas akan dijalankan. Langkah seterusnya yang dilakukan oleh penyelidik adalah mendapat kebenaran dari pihak pentadbir kolej untuk melakukan kajian bagi mengukur tahap kemahiran generik pelajar di kolej tersebut berdasarkan penilaian pensyarah.

persoalan kajian. Dalam metodologi kajian. tujuan. Disebabkan tahap pengukuran kajian ini berada pada aras nominal. diikuti dengan perbincangan tentang masalah kajian. bangsa Melayu dan bukan Melayu.05 bagi mengkaji hubungan demografi jantina.0. 9 Kesimpulan Secara keseluruhannya. maka dapatan-dapatan kajian akan dianalisis secara deskriptif dan juga inferensi. pengkaji memperihalkan tentang prosedur pelaksanaan kajian untuk memberi untuk memberi gambaran yang jelas tentang proses pengumpulan. 15 .8. pemprosesan dan penganalisisan data. ordinal dan sela.7 Tatacara Penganalisisan data Data yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian The Statiscal Package For Social Sciences (SPSS) Versi 12. Ujian Statistik Deskriptif akan dilakukan juga bagi menentukan elemen kemahiran generik paling tinggi diperolehi oleh pelajar pra-universiti. definisi operasional dan diakhiri dengan metodologi kajian. jurusan sains dan bukan sains dan pencapaian terhadap tahap kemahiran generik pelajar pra-universiti. kerangka konseptual kajian. objektif. kepentingan kajian. Kandungan kajian ini disusun bermula dengan penjelasan ringkas tentang kemahiran generik dan dan kepentingannya. batasan kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah ANOVA Tiga Hala pada alfa bersamaan 0. hipotesis. kajian ini dimulai dengan menghuraikan pengenalan kepada kajian yang akan dilakukan dan perkara-perkara yang menjadi asas kajian.

JD & Hanesian. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mohd Majid.BhdMalaysia. UTM: Bangi Kearns. Journal of research in crime and delinquency. Reimpreso. C. Rinehart & Winston.DP. NCVER. Pengkhususan dan Pencapaian Guru-guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan. Adelaide Kerlinger. Mohd Zolkifli b. Sage Publications Hasliza Hassan (2002). Megat Aman Zahiri Magat Zakaria. New York: Holt. New York: Holt. Abd Hamid. Technical Report 7 of the National Committee of Inquiry into Higher Education. ‘The contribution of graduates to the economy: rates of return’. A social learning theory analysis of computer crime among college student. Kaedah penyelidikan pendidikan. F. Teori-teori Komunikasi. P 2001. and Sausman. Generic Skills For The New Economy – review of research. (2007). NY: Warbel & Peck. K. Hubungan Antara Kemahiran Generik dengan Jantina. William F. 1986.BIBLIOGRAFI Ausubel. Fream(1997). (1964). HMSO. Sage Publication 16 . Kuala Lumpur Saodah Wok. Ciri-ciri Kualiti Pelajar untuk Keperluan Pekerjaan Pada masa Kini. Foundations of behavioural research. Novak. Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain (2003). Educational Psychology: A cognitive view (2ª edicion). Baharudin Aris. Cresswel J. Dewan Bahasa dan Pustaka. Anne M. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.W (2008). Jamaludin Harun. Research Design. H (1978). (1997). (2000). Skinner. Steel. London. J. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution Sdn.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful