You are on page 1of 22

BUKU PANDUAN

RANCANGAN ORIENTASI
SEKOLAH (ROS)

1
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH ( ROS )

1. KONSEP

1.1 Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bertujuan memberi peluang


kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan
peranan guru dalam bilik darjah.
1.2 Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) terbentuk berasaskan
pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang.
1.3 Rancangan Orientasi Sekolah merupakan pendedahan awal guru pelatih
tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.
1.4 Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan
sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan
dalam konteks pengajaran pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi
dan refleksi.

2. OBJEKTIF

Program ini memberi peluang supaya guru pelatih dapat :

2.1 Menyesuaikan diri dengan masyarakat dan budaya sekolah.


2.2 Meninjau persekitaran sekolah dan bilik darjah.
2.3 Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum dan prasarana.
2.4 Membuat pemerhatian aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.
2.5 Merekod pengalaman menerusi folio.
2.6 Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia
pendidikan.

3. STRATEGI PERLAKSANAAN

3.1 Tempoh ROS dijalankan selama dua minggu pada cuti semester Mac –
Mei seperti Jadual 1.

Jadual 1: Perlaksanaan ROS

PELAJAR
TEMPOH PENEMPATAN
SEMESTER
3&4 2 Minggu Sekolah Rendah ( ROS 1 )
5&6 2 Minggu Sekolah Menengah ( ROS 2 )*

* Tertakluk kepada keperluan mengikut program

2
3.2 Jarak di antara ROS 1 dan ROS 2 hendaklah sekurang-kurangnya dua
semester

3.3 Guru pelatih ditempatkan di sekolah pilihan sendiri dengan andaian kos
saraan di tahap minimum.

3.4 Prosedur Perlaksanaan

3.4.1 Guru Pelatih perlu mengisi borang cadangan penempatan untuk


dikemukakan menerusi Penyelaras Latihan Mengajar mengikut
program masing-masing.
3.4.2 Penyelaras Latihan Mengajar setiap program mengemukakan
senarai penempatan guru pelatih kepada Unit Latihan Mengajar
untuk tujuan ROS selewat-lewatnya dua bulan sebelum
penempatan.
3.4.2 Unit Latihan Mengajar memaklumkan pihak sekolah tentang
penempatan guru pelatih selewat-lewatnya satu bulan sebelum
tarikh ROS.
3.4.3 Unit Latihan Mengajar menyediakan surat pengenalan diri guru
pelatih untuk diserahkan kepada Pengetua / Guru Besar semasa
melaporkan diri di sekolah.
3.4.4 Unit Latihan Mengajar menyediakan garis panduan pelaksanaan
ROS untuk pensyarah pembimbing dan pihak sekolah.
3.4.5 Unit Latihan Mengajar menyediakan garis panduan ROS untuk
guru pelatih.
3.4.6 Unit Latihan Mengajar menyediakan borang dan dokumen yang
berkaitan untuk tindakan Pengetua / Guru Besar.

3.5 Bidang Tumpuan Tugasan ROS

Guru pelatih dikehendaki membuat tugasan yang memberi tumpuan


kepada komponen berikut :

3.5.1 Pengurusan

3.5.2 Prasarana

3.5.3 Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling

3.5.4 Ko-Kurikulum

3
3.6 Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih

3.6.1 Menghadiri taklimat ROS


3.6.2 Memahami dan menghayati objektif ROS
3.6.3 Menghadiri sesi praROS bersama pensyarah pembimbing
3.6.4 Melapor diri di sekolah dan membina hubungan baik dengan
komuniti sekolah.
3.6.5 Mengamalkan etika profesionalisme perguruan.
3.6.6 Berbincang, memerhati dan membantu guru dalam tugas-tugas di
bilik darjah.
3.6.7 Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum.
3.6.8 Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran
guru sebagai bahan refleksi.
3.6.9 Menyediakan folio ROS untuk digunakan secara berterusan.
3.6.10 Menyerahkan Borang Rumusan dan folio
kepada pensyarah pembimbing.
3.6.11 Menggunakan folio dan pengalaman di sekolah dalam sesi
refleksi di UPSI (mengikut keperluan program).
3.6.12 Segala perbelanjaan berkaitan dengan ROS adalah tanggungan
guru pelatih.
3.6.12 Pada ROS kedua, Guru Pelatih diminta mengajar sekurang-
kurangnya satu waktu kelas guru pendamping. Oleh itu, pelajar
perlu menyediakan rancangan mengajar yang lengkap.

3.7 Garis Panduan, Peranan dan Tanggungjawab Pihak Sekolah

3.7.1 Bekerjasama dengan pihak UPSI dalam menjayakan program


ROS.
3.7.2 Mengenal pasti dan melantik guru yang terlatih dan berpengalaman
sebagai guru pendamping.
3.7.3 Membantu guru pelatih menyesuaikan diri dalam masyarakat
sekolah.
3.7.4 Membantu guru pelatih untuk mengumpul maklumat sekolah yang
diperlukan.
3.7.5 Memberi peluang kepada guru pelatih membuat pemerhatian
tentang pengajaran guru terlatih yang berpengalaman.
3.7.6 Mengawasi disiplin dan kehadiran guru pelatih sepanjang tempoh
ROS dan melengkapkan Borang Rumusan Kehadiran ROS.
3.7.7 Melaporkan secara bertulis sebarang kes disiplin / kesihatan /
kemalangan guru pelatih dari semasa ke semasa ke UPSI.
3.7.8 Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada
guru pelatih.
3.7.9 Menyerahkan Borang Rumusan Kehadiran ROS dan dokumen lain
yang berkenaan kepada pihak UPSI.

4
3.8 Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendamping

3.8.1 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidik


terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan
pemupukan nilai-nilai profesional keguruan

3.8.2 Memaklumkan kepada Pengetua / Guru Besar sekolah mengenai


kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa.

3.8.3 Menjalankan sekurang-kurangnya 1 (SATU) kali perbincangan /


bimbingan pra dan pasca pengajaran yang dibuat oleh guru pelatih
sepanjang tempoh ROS.

3.9 Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing

3.9.1 Menjelaskan kepada guru pelatih tentang konsep, objektif


dan tugasan ROS.
3.9.2 Menyemak folio guru pelatih dan dokumen lain yang berkaitan.
3.9.3 Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih
dalam folio untuk perbincangan di UPSI.
3.9.4 Membuat rumusan mengenai folio guru pelatih dalam Borang
Rumusan ROS berdasarkan kriteria penilaian penyediaan folio
ROS.
3.9.5 Membuat lawatan jika perlu.
3.9.6 Menyimpan rekod penilaian ROS.

4. Kehadiran Dalam ROS

4.1 Kehadiran dalam ROS adalah wajib. Di dalam tempoh ROS guru pelatih
tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak
perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan), atau cuti mengejut kerana
sesuatu hal yang menimpa diri atau keluarga, mestilah diberitahu kepada
pihak sekolah dan universiti.
4.2 Sekiranya guru pelatih tidak dapat memenuhi syarat kehadiran 100%
disebabkan oleh kes-kes tertentu, guru pelatih dikehendaki menghabiskan
tempoh ROS sebelum menjalani Latihan Mengajar.
4.3 Guru pelatih yang mengalami masalah kesihatan seperti kemalangan atau
bersalin, dan tidak dapat menjalani ROS dinasihatkan supaya
menangguhkan ROS. Sekiranya guru pelatih memilih untuk meneruskan
ROS, guru pelatih hendaklah menyatakan secara bertulis kepada pihak
universiti. Sebarang risiko adalah atas tanggungan sendiri.

5
5. ARAHAN UNTUK GURU PELATIH

5.1 Tempoh Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

Rancangan Orientasi Sekolah akan berlangsung selama 2 minggu iaitu


semasa cuti semester UPSI.

5.2 Penempatan

Guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah rendah bagi pelajar


semester 3 dan 4 dan sekolah- sekolah menengah bagi pelajar semester 5
dan 6 yang berdekatan dengan kampung masing-masing. Sebarang
perubahan adalah tidak sah kecuali dengan kebenaran bertulis
Jawatankuasa Program Latihan Mengajar / Praktikum UPSI.

5.3 Status Guru Pelatih

Semasa menjalani ROS, status guru pelatih kekal sebagai "Guru Pelatih".

5.4 Di Bawah Arahan Guru Besar / Pengetua

5.4.1 Dalam tempoh ROS, guru-guru pelatih adalah sepenuhnya di


bawah arahan Guru Besar / Pengetua sekolah berkenaan. Dengan
hal yang demikian, guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah
segala peraturan yang terdapat di sekolah berkenaan.

5.4.2 Guru–guru pelatih mestilah menganggap dirinya sebagai


kakitangan sekolah dan bertanggungjawab atas segala tindakan
yang dilakukan dalam tempoh ROS.

5.5 Tarikh Melapor Diri

Semua guru pelatih hendaklah melaporkan diri kepada Guru Besar /


Pengetua atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditempatkan pada
permulaan ROS.

6
5.6 Aspek-Aspek Yang Difokuskan

Semasa menjalani ROS, guru pelatih adalah berperanan sebagai guru


pembantu yang menekankan aspek-aspek:

1. Interaksi dan komunikasi


2. Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
3. Pengurusan bilik darjah
4. Perancangan dan pengajaran
5. Amalan refleksi
6. Sikap dan sahsiah

5.7 Folio

5.7.1 Semua pelatih dikehendaki menyediakan satu folio yang


mengandungi butiran-butiran seperti kurikulum vitae, penyata
peribadi serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan
latihan mengajar, lihat format folio seperti Lampiran 1.

5.7.2 Folio berkenaan akan digunakan untuk perbincangan dengan


pensyarah penyelia dan guru pembimbing, serta renungan.

5.8 Kehadiran Dan Cuti

5.8.1 Kehadiran dalam ROS mestilah 100%. Dalam tempoh ROS guru-
guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang
disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan)
mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan Universiti.

5.8.2 Guru-guru pelatih yang tidak hadir melebihi 10% tempoh ROS
dikehendaki mengulangi keseluruhan ROS, melainkan kes-kes
yang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Latihan Mengajar /
Praktikum UPSI.

5.8.3 Guru pelatih yang bersalin semasa ROS dikehendaki mengulangi


keseluruhan ROS.

5.8.3 Guru pelatih dikehendaki melengkapkan borang kehadiran dan


disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. Borang kehadiran perlu
disertakan bersama dalam folio.

5.9 Tingkah Laku Guru Pelatih

Guru-guru pelatih harus sedar bahawa mereka sentiasa berada di dalam


pengawasan masyarakat, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah. Adalah
mustahak guru pelatih berhati-hati dan menampakkan sahsiah yang boleh

7
dijadikan teladan. Satu perbuatan yang melanggar tatasusila profesion
perguruan amatlah dipandang berat oleh semua pihak dan boleh
mendatangkan akibat yang buruk dan menjejaskan kejayaan guru pelatih.
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius.

5.9.1 Pakaian dan Tatatertib

Pakaian mestilah bersih dan kemas. Patuhi peraturan-peraturan yang


ditentukan oleh pihak sekolah mengenainya. Rambut harus mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

5.9.2 Tatatertib Ikhtisas

Guru-guru pelatih harus menunjukkan sifat bertanggungjawab, suka


menolong, rajin, bermotivasi dengan tugas yang diberikan. Tatasusila
perguruan hendaklah sentiasa dipatuhi.

5.10 Masalah-Masalah Semasa ROS

Sekiranya guru-guru pelatih menghadapi sebarang masalah semasa ROS


dan tidak dapat mengatasinya sendiri, sila rujuk masalah itu kepada pihak
sekolah atau UPSI.

5.11 Hari Terakhir Menjelang ROS

Menjelang tamatnya ROS, guru-guru pelatih hendaklah mengembalikan


segala buku, alatan bantu mengajar dan barang-barang yang dipinjamkan
dari pihak sekolah.

5.12 Perlaksanaan ROS

Cadangan perlaksanaan ROS mengikut tempoh / masa seperti di Lampiran


2.

8
FORMAT LAPORAN / FOLIO
Guru pelatih akan dinilai berasaskan folio. Folio hendaklah mengandungi maklumat
berikut:

1. MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1.1 Nama dan alamat sekolah


1.2 Lokasi sekolah
1.3 Pelan sekolah
1.4 Gred sekolah
1.5 Jenis sekolah
1.6 Logo, Visi dan Misi
1.7 Bilangan pelajar
1.8 Bilangan guru dan kakitangan sokongan
1.9 Sejarah sekolah
1.10 Takwim sekolah

2. ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH

2.1 Melaporkan maklumat


2.2 Struktur organisasi induk sekolah
2.3 Struktur organisasi mengikut bidang (guru pelatih)
2.4 Peranan, tugas dan tanggungjawab bagi setiap komponen
2.5 Budaya sekolah (amalan murni seperti bacaan doa)
2.6 Hubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak PPD dan JPN

3. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH


Pelajar diminta meninjau kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah dan
merekodkan maklumat tersebut di Lampiran 3.

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Matlamat

4.1.1 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih terhadap suasana


pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang bukan menjadi
pilihan mereka (Pendidikan Sekolah Menengah akan mengetahui
suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan
sebaliknya)
4.1.2 Menghayati suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah oleh guru terlatih
4.1.3 Membina keyakinan diri sebagai seorang bakal guru terlatih

9
4.1.4 Menghubungkan antara amalan sebenar dalam bilik darjah dengan
teori pengajaran dan pembelajaran
4.2 Tugas:

4.2.1 Merekod sekurang-kurangnya satu pemerhatian pengajaran dan


pembelajaran merangkumi elemen berikut:
a. Tajuk
b. Objektif pengajaran
c. Kaedah mengajar
d. Penggunaan alat Bantu
e. Pengurusan kelas
f. Pengurusan masa pengajaran
g. Kaedah Penilaian
h. Penutup

4.2.2 Menyediakan catatan pembelajaran elemen berikut:


a. Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid
b. Teknik pembelajaran
c. Hasilan pembelajaran

4.2.3 Menjalankan sekurang-kurangnya satu waktu pengajaran mata


pelajaran guru pendamping. Pelajar perlu menyediakan rancangan
pengajaran yang lengkap. Perkara 4.2.3 hanya untuk program ROS
2 sahaja.

5. APLIKASI

5.1 Membantu guru pendamping secara kolaboratif dalam pengajaran dan


pembelajaran satu waktu dalam minggu kedua bagi subjek yang berkaitan
dengan mata pelajaran pengkhususan (ROS 1)
5.2 Mengajar satu waktu / sesi pengajaran pada minggu kedua semasa ROS 2
5.3 Perbincangan pos pengajaran dengan guru pendamping

6. AKTIVITI KO-KURIKULUM

6.1 Menyediakan carta organisasi ko-kurikulum sekolah


6.2 Melengkapkan borang aktiviti ko-kurikulum sekolah
6.3 Memerhati dan merekod satu aktiviti ko-kurikulum
6.4 Membuat laporan ringkas ko-kurikulum sekolah sebagaimana Lampiran 5

10
7. REFLEKSI KENDIRI

Membuat refleksi daripada penglibatan dan pengalaman dalam Program ROS


selama dua minggu terhadap aspek berikut :

7.1 Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan


7.2 Aspek-aspek yang boleh diperbaiki
7.3 Aspek-aspek yang menarik perhatian

11
Lampiran 1 A

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,
Tel: 05-4506017/6019 Faks: 05-4583607

RANCANGAN ORENTASI SEKOLAH (ROS)


TUGASAN PEMERHATIAN

Nama Guru Pelatih :………………………………………………………….....................


No. Kad Pengenalan :………………………………………………………….....................
Opsyen Major 1/Pengkhususan :………………………………………………………….....................
Major 2/Minor/Elektif :………………………………………………………….....................
Nama Sekolah :………………………………………………………….....................
Alamat Sekolah :………………………………………………………….....................
Nama Pensyarah Pembimbing :.............................................................................................................

............................................ .......................................................
(Tandatangan Guru Pelatih) (Tandatangan Pengetua/Guru Besar
Dan Cop Rasmi)
Tarikh:..................................

12
Lampiran 1 B

ROS 1

ROS 2

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,
Tel: 05-4506017/6019 Faks: 05-4583607

BORANG RUMUSAN
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH

Nama Guru Pelatih :...........................................................................................................


No Matrik :....................................................Semester: .......................................
Nama Sekolah :.............................................................................................................
............................................................................................................
Tarikh ROS :.............................................................................................................
Pengkhususan/Major 1 :.............................................................................................................
Major 2/Minor/Elektif :.............................................................................................................

*Ulasan :

*Markah :

Nama: ........................................ Fakulti:................................................

................................................... Tarikh : .........................


Tandatangan

Catatan:

13
Lampiran 2
*Diisi oleh pensyarah pembimbing

Minggu 1 Minggu 2
Bil Perkara/Item/Tindakan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 Melapor diri
2 Mendapatkan maklumat asas sekolah
3 Organisasi sekolah
4 Kemudahan dan Prasarana
5 Kurikulum: Pengajaran dan
Pembelajaran
6 Pencerapan/Mengajar satu waktu
7 Kokurikulum
8 Laporan

14
Lampiran 3
KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH

Bil Jenis Kuantiti

a KEMUDAHAN FIZIKAL
Dewan
Kantin
Tandas
Kedai koperasi / buku
Lain-lain (nyatakan)

b KEMUDAHAN HUMANISTIK
Surau
Bilik Rawatan
Bilik Bacaan
Bilik Kaunseling
Pondok Pengawal Keselamatan
Lain-lain (nyatakan)

c KEMUDAHAN P&P
Makmal Sains
Makmal Komputer
Bengkel Kemahiran Hidup
Pusat Sumber Sekolah
Perpustakaan
Bilik Gerakan
Bilik Guru
Bilik Darjah
Sudut bacaan/maklumat
Padang
Gimnasium
Gelanggang Badminton
Gelanggang Bola Tampar
Gelanggang Bola Jaring
Gelanggang Sepak Takraw
Stor Sukan
Lain-lain (nyatakan)

15
d PERALATAN UNTUK P&P
Televisyen
Komputer
LCD
OHP
VCD
Radio-kaset
Mesin Fotostat
Mesin Cetak
Alat Tulis
Lain-lain (nyatakan)

e KEMUDAHAN KOMUNIKASI
Telefon
Faksimili
E-mel
Lain-lain (nyatakan)

16
Lampiran 5
BORANG LAPORAN AKTIVITI / KEGIATAN KO-KURIKULUM

Nama Guru Pelatih Program No. Matrik

Sekolah

Peringkat Pencapaian Catatan


Komponen Utama Jenis Aktiviti KK 1 2 3 4 5
1
2
Sukan 3
dan Permainan 4
5

1
2
Kelab 3
dan Persatuan 4
5

1
2
Unit Beruniform 3

Tandakan X peringkat pencapaian Ko-Kurikulum sekolah


Keterangan
1 Sekolah
2 Daerah / Zon /
Bahagian
3 Negeri
4 Kebangsaan
5 Antarabangsa

Ulasan anda terhadap kegiatan ko kurikulum


sekolah

Tandatangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum

………………………………….……………………
( )

Tarikh
:………………………..

17
UNIT LATIHAN MENGAJAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 1 (ROS 1)

BORANG PEMERHATIAN PENGAJARAN

1. Butiran Pelajaran:

1.1 Mata Pelajaran :

1.2 Tahun/Tingkatan :

1.3 Bilangan Murid :

1.4 Tarikh :

1.5 Masa :

1.6 Tajuk :

1.7 Kemahiran :

1.8 Objektif Pengajaran :

2. Pelaksanaan Pengajaran

2.1 Permulaan :

2.2 Perkembangan :

2.3 Penutup :

3. Refleksi

18
PANDUAN PEMERHATIAN PENGAJARAN
Beberapa Panduan:
Permulaan Pelajaran:
- Adakah pelajaran bermula tepat pada masanya? Jika tidak, mengapa?
- Apakah yang murid-murid buat sementara menunggu pelajaran
bermula jika pelajaran mula lewat?
- Apakah berlaku apabila guru memasuki kelas?
- Bagaimanakah guru memulakan pelajaran?
- Adakah guru memastikan semua murid sudah bersedia sebelum
memulakan pelajaran?
- Adakah guru terus mula mengajar atau menguruskan kerja-kerja
pentadbiran terlebih dahulu (contohnya, menguruskan hal pinjaman
buku teks dll.)?
- Adakah cara guru memulakan pelajaran menarik perhatian semua
murid?
- Adakah guru menggunakan advanced organizer (Ausubel)? Jika ya,
huraikan advanced organizer yang digunakan.

Perkembangan Pelajaran:
- Bagaimanakah guru mengembangkan kemahiran yang diajar?
- Adakah perkembangan tersebut senang difahami murid?
- Adakah guru cuba mengesan sama ada murid memahami apa yang
diajarnya? Jika ya, bagaimanakah beliau melakukannya?
- Adakah guru menggunakan kaedah-kaedah/teori-teori pembelajaran
tertentu dalam mengembangkan kemahiran? (Huraikan cara guru
mengembangkan kemahiran dan kenal pasti kaedah-kaedah/teori-teori
pembelajaran yang terbabit)
- Dalam mengembangkan pelajaran, adakah guru menggunakan alat
bantu
mengajar? Adakah alat bantu mengajar yang diguna memudahkan
murid memahami kandungan yang diajar?
- Apakah contoh-contoh yang digunakan guru dalam mengembangkan
konsep? Adakah contoh-contoh tersebut sesuai dalam konteks
kefahaman
murid? Jika sesuai, mengapa? Jika tidak, mengapa?
- Dalam mengembangkan pelajaran, adakah guru cuba melibatkan
murid?
Jika ya, bagaimanakah guru melibatkan murid?
- Adakah guru cuba mengekalkan perhatian murid kepada pelajaran
yang diajar? Bagaimanakah guru cuba mengekal perhatian murid?
- Adakah guru menggalakkan murid berfikiran kritis? Bagaimanakah
guru
menggalakkan murid berfikiran kritis?
- Bagaimanakah guru mengurus kelas? Adakah guru memberi perhatian
kepada semua murid?

19
Penutup:
- Adakah guru menutup pelajaran?
- Bagaimana guru menutup pelajaran?

Refleksi:
- Apakah yang anda telah pelajari daripada pemerhatian dalam konteks
peranan guru amnya, dan peranan guru matematik khususnya?
- Apakah aspek-aspek positif yang boleh dijadikan teladan daripada
pemerhatian anda?
- Apakah aspek-aspek yang boleh diperbaiki lagi?
- Jika anda dapat mengajar pelajaran yang baru diperhati, bagaimanakah
anda akan mengajarnya? Apakah yang anda akan kekalkan dan apakah
yang akan diubah berbanding dengan cara guru mengajar pelajaran
tersebut? Mengapakah anda membuat pengubahsuaian tersebut?

Lain-Lain
- Adakah hubungan guru-murid kelihatan mesra tetapi saling
menghormati? Adakah guru mengenali murid? Adakah guru senang
didekati murid? Jika ya, bagaimanakah guru menggalakkan murid
mendekatinya?
- Adakah iklim bilik darjah menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran?
- Bagaimanakah tempat duduk murid disusun dalam bilik darjah?
- Adakah murid disusun dalam kumpulan? Jika ya, apakah kriteria
mengumpul murid dalam sesuatu kumpulan?
- Adakah soalan ditanya semasa pelajaran dijalankan? Siapakah yang
bertanya soalan? Apakah jenis soalan yang ditanya? (Lisan atau
bertulis? Tertutup atau terbuka? Divergen atau konvergen?)
- Jika murid bertanya soalan, apakah respons guru kepada soalan murid?
Adakah guru menggalakkan murid bertanya soalan?

20
UNIT LATIHAN MENGAJAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEHADIRAN
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 1 (ROS 1)

Maklumat Pelajar

Nama
Program
No Matrik

Kehadiran

Tarikh Hari Akuan

Untuk ditanda sendiri oleh pelajar (tanda ( / ) jika hadir dan ( X ) jika tidak hadir) dan
ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar di akhir ROS 1

__________________ _____________________________
(Tandatangan Pelajar) (Tandatangan Pengetua/Guru Besar)

Tarikh : __________________ Tarikh : ________________

21

You might also like