You are on page 1of 22

NAMA PENSYARAH : ENCIK HASSANNUSI BIN AHMAD ZABIDI NAMA PELAJAR : NOR SUHAIDA BINTI SAYUTI D20101037057 NOR

JALILAH BINTI SULAIMAN D20101037055 TENGKU NURUL AIN BINTI TENGKU ANUAR D20101037044 ZAINI BINTI ABDUL HALIM D20101037049

DEFINISI

AKTIVITI

GAYA KEPIMPINAN GURU

JENIS DAN KESAN GAYA KEPIMPINAN GURU

KESIMPULAN

DEFINISI

TUJUAN

CARA

Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan perkembangn pelajar. De Bevoise pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid.

Tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Segala kegiatan terarah yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan pengajaran yang berkesan.

Menarik minat pelajar untuk belajar. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan efektif. Mengawal disiplin pelajar dalam bilik darjah.

Memenuhi beberapa ciri seperti adil, amanah, berdedikasi, bertanggungjawab, berdaya usaha dan berperibadi mulia. Mengenalpasti suasana bilik darjah dan disiplin murid-murid. Amalkan sikap kepimpinan demokrasi. Mengelola banyak aktiviti kumpulan. Menggunakan kaedah menyoal. Menggunakan percakapan atau bahasa yang sesuai. Perhubungan antara guru dan murid berdasarkan sense of belonging.

DEMOKRATIK

AUTOKRATIK

LAISSEZFAIRE

JENIS KEPIMPINAN GURU

PENGENALAN
AUTOKRATIK KESAN AUTOKRATIK

Hubungan sehala Pemimpin (Guru) Dipimpin (Murid) Bermaksud guru mempunyai kuasa sendiri bertindak sewenang-wenangnya mengikut keinginannya dalam mengawal aktiviti pelajar di dalam kelas. Guru hanya memberi arahan dan murid hanya mendengar dan mengikut sahaja. Guru bertindak tegas dan memaksa pelajar untuk patuh kepada arahanya dan tiada peluang untuk membantah.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, murid sangat bergantung kepada guru dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru. Murid tidak akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan. Guru juga menjalankan kawalan yang ketat di dalam kelas dan kurang mempercayai murid-muridnya.

a)

a) b)

c) d)

e)

Guru : mempunyai prestasi dalam menjalankan serta menyelesaikan tugasnya dengan lancar dan berpadanan dengan rancangan pembelajaran dan pengajaran. Murid : Murid menjadi pasif. Murid berasa tegang, bimbang, cemas, takut, tidak berani bertanya, duduk diam, hanya mendengar dan menerima apa saja dari guru. Murid tidak akan menggunakan daya fikiran mereka untuk memikirkan apa yang sedang dipelajari. Interaksi antara murid dengan murid terbantut dan tidak digalakkan kerana peluang untuk berhubung antara mereka tidak ada. Semangat kerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dipupuk dan disemai.

DEMOKRATIK

PENGENALAN

KESAN

Lebih liberal. Interaksi dua hala dan pelbagai hala. Interaksi antara guru dan murid adalah berbentuk dua hala. Guru akan berbincang, menerima dan memberi cadangan. Keputusan berdasarkan persetujuan majoriti. Pandangan murid diambil perhatian oleh guru.

Murid dengan cergas boleh bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru. Murid merasa dirinya dihargai, senang memberi pendapat, boleh bersoal jawab kerana guru bersedia melayan dan menerima pendapat mereka. Murid mengambil perhatian terhadap pendangan guru. Percambahan minda

Proses P&P menjadi lebih aktif (pelajar sering bertindakbalas dengan idea-idea guru dan murid lain). Sikap kerjasama, sikap toleransi dalam menerima dan memberi cadangan atau pendapat sering di tekankan. Kemahiran bersosial murid juga dapat ditingkatkan. Mengajar murid untuk lebih memahami pandangan dan perasaan murid lain serta guru. Murid lebih berminat untuk belajar

Bertentangan dengan autokratik Memberi kebebasan kepada pelajar, kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberi pandangan. Guru kurang mengambil bahagian dalam aktiviti. Guru berperanan sebagai pemerhati senyap. Pandangan murid diterima.

Interaksi guru dengan murid adalah kurang kerana guru kurang melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi antara murid dengan murid meningkat kerana diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran. Hubungan murid dengan murid lebih erat dan mesra. Semangat kerjasama dan sifat berdikari dapat dipupuk dengan baik

Melahirkan pelajar yang matang dan berdikari Memaksimumkan komunikasi antara pelajar di dalam bilik darjah. Menimbulkan masalah displin yang menganggu pembelajaran dan pengajaran.

Dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif, pendekatanpendekatan dalam gaya kepimpinan perlu dititikberatkan. Pelaksanaan tiga pendekatan iaitu autokratik, demokratik dan laissez-faire perlu lah sesuai dengan tingkahlaku dan trait pelajar dalam bilik darjah.

You might also like