You are on page 1of 27

Panduan Hidup: Berhati-hati Dalam Berkata-Kata & Cara Menerima Kritikan Mutiara Kata: Kata-kata yang di ucapkan sembarangan,

dapat mewujudkan perselisihan, Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan, Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan, Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati Assalamualaikum.w.b.t Waspada Dalam Berkata-kata Dalam menjalani kehidupan seharihari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita? Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkatakata. Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Maka itu, Nabi Muhammad SAW berpesan pilihlah kata-kata yang baik. Dalam hal ini, baginda merupakan teladan terbaik. Setiap saat, Rasulullah senantiasa menggunakan kata yang baik dan lembut untuk umatnya.Baginda menjauhkan kata-kata yang buruk, kasar, dan keji. Pertuturan dan kata-kata kita hendaklah dijaga. Jangan bercakap sesuka hati tanpa menggunakan akal fikiran, kadang2 boleh menyakiti dan mengecilkan hati orang lain sengaja atau tidak sengaja.

Kata-katamu

Perasaan sakit hati kadang2 membolehkan kita melawan balik dengan katakata yang menyakitkan hati atau terlalu memendam dalam hati sehingga meletop. Ke ba boom

Kata-kata sengaja: Pengutuk: Muka da la x lawa banyak jerawat pulak 2. Mangsa kutuk: (diam ja.. malas nak layan)- jenis 'makan dalam' Kata-kata tidak sengaja ( ramai org lakukan): Dlm keadaan marah/ kesesakan lalu lintas/ kecelakaan: Ko Diam La ! Mangsa: (diam, sedih berbaur marah dalam hati). Kalu tiap-tiap hari mangsa pendam dalam hati, silap2 meletop. Instead of kata macam tu, kita cube tenangkan fikiran dan bercakap secara rasional : Kejap je, abang fikir. / Boleh tolong senyap x sekejap Itukan lagi baik ^_^ . Pertuturan harmoni mendatangkan suasana harmoni Sikap dan cara seseorang itu berbeza. Kita tidak tahu. Ada yang sensitif dan ada yang jenis tak kisah. Walaubagaimana sekalipun mereka kita kena hormati. Kadang-kadang manusia itu tahu sikap seseorang itu yang jenis sensitif tetapi disengajakan jugak melemparkan ucapan buruk kepada mereka. Seolah-olah sehari tidak menyakitkan hati orang tak lena nak tido gamaknya. Mungkin kata-kata yang menyakitkan hati itu diucapkan sekali atau dua tidak berbekas di hati. Namun bila terlalu acap kali kata-kata itu terngiang-ngiang di gegendang telinga. Tidak mustahil, terdetik di hati perasaan benci dan mungkin memendam rasa yang disimpan lama. Di dalam Al-quran itu sendiri ada mengatakan larangan melontarkan ucapanucapan buruk kepada seseorang:
"Allah tidak menyukai ucapan buruk(mencela, memaki, menerangkan keburukkan2 orang lain, menyinggung perasaan seseorang dan sebagainya) yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" an nisaa' ayat 148

Kita tidak tahu apa isi hati orang yang dikutuk merasa. Kadang2 mulut lancang berkata-kata tanpa mengambil kisah hati perasaan orang. Mungkin jauh di sudut hati sudah tersimpan satu perasaan negatif yang sudah lama berbekas.

Berhati-hati bila berkata-kata. Hari ini kita menyakiti hati seseorang, esok lusa beribu orang lagi menanti untuk menyakiti hati kita. Bercakap banyak pon x guna kalau hanya menambah luka di hati. Orang cakap terkadang musuh itu lebih jujur daripada seorang sahabat sejati. Ada benarnya. Katakata jujur dari seorang musuh memberi seribu pengertian yang mana mungkin membawa kita berfikir dengan lebih rasional. Alasan sahabat sejati pula kadang-kadang tidak jujur kerana ingin menjaga hati dan itu lebih baik seboleh-bolehnya. Pepatah berkata, buang yang keruh ambil yang jernih. Seumpama membuang keruh di dalam air yang jernih. Susah bukan? Begitu lah dengan hati yang telah disakiti untuk menyembuhkannya mengambil masa dan mungkin akan meninggalkan parut. Ambil beberapa minit, muhasabahkan diri kita. Tanya diri kita. "Ada orang tersinggung ke dengan kata-kata aku hari ni?" "Aku terlepas cakap ke tadi" Muhasabah kan diri kita kalu kita ade menyakitkan hati keluarga, kawan atau sesiapa sahaja tanpa kita sedari. Amalkanlah setiap kali sebelum tido, ringankan mulut mengucap maaf kepada sesiapa sahaja. Dengan ikhlas bukan terpaksa. Dan maafkan lah kata-kata yang telah menyakiti hati kita. Walaupun esoknya ia akan mengulangi menyakiti hati kita lagi, maafkanlah kesilapan orang itu. "Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyebunyikan atau
memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain) sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" an nisaa' ayat 149

p/s: Kepada semua , Maafkan saya dan saya juga insyallah maafkan awak. http://tungkaranhati.blogspot.com/2011/03/waspada-dalam-berkatakata.html

Langkah Mengatasi Kelemahan Diri Dan Menerima Kritikan Nobodys Perfect.. Semua orang punya kelebihan dan kelemahan masing-masing . Biasanya Kelebihan atau kekuatan boleh mendatangkan Kejayaan dan Peluang. Kekurangan atau kelemahan juga walaupun kadang-kala masalah atau kegagalan, ianya juga dapat dijadikan peluang. Karena itu, penting untuk memperbaiki kelemahan semampu. Macam mana nak tahu kelemahan kita? Selalunya bila org kritik dengan kritikan yang membina kepada kita. Nah, berikut ini beberapa cara jika menerima sebuah kritikan yang dialamatkan kepada kita: 1. Tidak Bersikap Defense. Semakin kita bersikap defense, semakin sakit yang kita rasakan. Cobalah untuk menerima kritikan tersebut. Jangan cepat merasa tersinggung dan cepat jugde. Fikir secara terbuka dari setiap sudut pandangan. Anda boleh juga mengunjungi balik pemberi kritikan dan mengungkapkan kekesalan anda daripada memberikan kritikan yang lebih pedas. Advise: Tenangkan diri, fikir baik-baik point yang dikritik. Hadapilah kritik sebagai suatu cara untuk memperbaiki diri. 2. Jangan Reaktif. Menyerang kembali pengkritik bukanlah salah satu jalan yang terbaik. Pikirkan terlebih dahulu apa yang harus kita buat selanjutnya. Jika kritikan yang diungkapkan itu adalah kebenaran: Akuilah dan Perbaiki sedaya yang boleh. Jika kritikan yang membawa keburukan/ kesan negative, maka abaikanlah. 3. Tunjukkan Kematangan Anda. Setelah mempertimbangkan apa perlu lakukan, hadapilah kritik dengan kedewasaan (matured). Jawab kritikan dengan tindakan nyata: perbaikan terhadap masukan yang diberikan. 4. Segera Memperbaiki.

Lakukan segera proses pembaiki diri jika tahu caranya. Carilah informasi atau panduan yang sebaiknya daripada menanggapi kritikan dengan cara emosional. 5. Lakukan Komunikasi Berkesan Ucapkan terima kasih kerana mengingatkan kita. Jika memang masih ada kemusyiklan, sampaikan dengan cara komunikasi berkesan. Jangan menyimpan dendam atau di dalam hati. Kritikan memang tidak mudah menyenangkan bagi yang menerima, tetapi selesaikan sampai clear seluruhnya. 6. Sembuhkan Diri Anda. Setiap orang biasa melakukan kesalahan. Jangan merasa bahawa kita satusatunya orang yang pernah melakukan kesalahan. Yang pentingnya kita telah perbaiki bukan? Buat catatan harian Terbuka terhadap kritikan Motivasilah diri Anda Dengan Fikiran Positif Sedari kelebihan dan tingkatkan ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------DEFINISI PENGHARGAAN KENDIRI

The degree of regard a person holds for himself or herself. Adler R.B.(1975) The desire to believe that we are worthwhile, valuable people. Maslow,A.

High self - esteem is not a noisy concept. It is a quiet sense of self-respect, a feeling of self worth. When you have it deep inside, youre glad youre you. Brigg(1977)

Self concept is the total picture you have of your self and how you evaluate your self concept which you often do in terms of some ideal stand about the way you think you should be. Bernard(1990)

Kepercayaan kepada diri dan nilai diri sendiri. Melihat kedudukan diri secara optimistik dan realistik. Keyakinan terhadap kemampuan diri untuk membuat perubahan dan menghadapi cabaran hidup. Kemampuan untuk menghadapi watak yang lemah dan bertindak ke arah memperbaikinya. Berpengetahuan tentang diri dan menenrimanya. Keupayaan untuk mengikhtiraf keunikan diri dan berbangga dengan perkara yang menyebabkan keunikan saya. Kepercayaan terhadap nilai diri saya. Menyukai dan menghargai secara sihat kemampuan diri saya. Percaya apa yang saya boleh buat. Menunjukkan reaksi positif dan berkeyakinan untuk mencuba sesuatu yang baru. Kemampuan untuk menilai dan menggunakan kemahiran dengan cara positif dan optimis. Mengetahui siapa saya, apa yang saya boleh buat dan bagaimana mempergunakan pengetahuan ini. Menyayangi diri secara sihat tanpa mempedulikan pencapaian yang spesifik. Sukakan diri, menghormati diri dan sanggup menerima risiko dan kegagalan. Menerima siapa saya dan mempunyai galakan dan kekuatan untuk mencorakkan hidup saya ke arah yang saya mahu. Memahami bahawa diri saya bernilaia kepada saya dan orang lain tidak kira dalam apa jua situasi. Peringkat pemikiran. Cara berfikir dan merasa tentang diri sendiri dan orang lain.

Dikenali dengan gaya anda bertindak. Satu sistem kepercayaan dalaman dan bagaimana anda mengalami kehidupan secara luaran. Tinggi harga diri adalah sesuatu yang positif dan mempengaruhi rasa positif terhadap diri sendiri dan orang lain. Terbina melalui pembelajaran perasaan dan pemikiran yang. membawa kepada pembentukan sikap. Keyakinan diri, nilai diri dan penghormatan kendiri. Melibatkan penghormatan kepada orang lain, merasai harmoni dan ketenteraman dalam diri sendiri. Dinilai dengan cara kesanggupan untuk bertanggungjawab terhadap perasaan anda, pemikiran, kemampuan, minat dan penerimaan semua kekuatan dan tindakan sendiri. Mempengaruhi apa yang dilakukan. Dilahirkan dengan kapasiti perasaan yang positif tetapi belajar untuk tidak suka pada diri melalui pengalaman dan latihan. Merasa baik pada diri bukanlah satu kemewahan tetapi adalah satu kemestian. Tidak rigid dan tetap tetapi berubah mengikut apa yang dialami dan bagaimana anda merasainya. Kebanyakan harga diri yang rendah disebabkan oleh reaksi emosi yang negatif. Bukan mudah untuk menjadi orang dewasa yang tinggi harga diri dalam dunia yang komplek ini kerana banyak faktor yang mempengaruhinya: Antaranya ialah pengalaman waktu kanak-kanak, kritikan ibu bapa, kritikan guru, rakan, persekitaran, media, latar belakang budaya dan masyarakat. Dikukuhkan oleh kepercayaan yang negatif yang akan menjadi tabiat dan menjadikan rendah harga diri sebagai norma. Apabila dewasa akan bergantung kepada orang lain untuk merasa penting, perasaan dan pemikiran yang negatif boleh menjadi ilusi terhadap kebenaran.Kesan fizikal, emosi dan psikologi akan mempengaruhi pemikiran untuk membentuk nilai. Sedar dan bawah sedar. Proses penilaian diri yang berterusan.

Kepercayaan terhadap apa yang anda boleh dan apa yang tidak boleh. Boleh dipelajari tetapi tidak berlaku semalaman atau melalui peluang dan nasib. Randah harga diri akan memusnahkan kemampuan berfikir, merasai atau bertindak secara positif. HARGA DIRI adalah perasaan anda terhadap konsep kendiri anda. Apabila apa yang dikehendaki selaras dengan apa yang diri kita ada bermakna anda mempunyai konsep kendiri yang positif.Ini membuatkan anda berasa hidup, yakin,rasa penting, kesedaran suadiri, berkemahiran dan menyamai apa yang dikehendaki, HARGA DIRI lahir daripada ciri-ciri yang telah saya pilih. HARGA DIRI wujud di peringkat pemikiran sedar dan bawah sedar. Mula daripada. alam kanak-kanak dan berkembang ketika membina konsep kendiri melalui hubungan idea yang diterima daripada ibu bapa atau orang lain ataupun pengalaman sendiri tentang apa yang boleh dibuat dan tidak. Saya bandingkan diri dengan orang lain ataupun dengan ciri-ciri yang saya impikan ataupun penilaian tentang ciri-ciri ideal. Pengalaman diri menjadi ideal dan bukan seperti yang saya tidak suka menjadikan HARGA DIRI saya tinggi. Semakin jarak "ideal self" dengan "real self'" maka semakin rendah HARGA DIRI. Kecewa dan marah terhadap diri menyebabkan rendah HARGA DIRI. Saya ingin jadi lucu tapi saya takut tersilap lucu. Perasaan takut ini menyebabkan HARGA DIRI jatuh. Mesra, sayang dan menyanjungi diri sendiri.

"Jika saya beri ikan kepada orang yg lapar, dia akan kenyang, jika saya mengajar dia cara menangkap ikan, sampai bila-bila dia tak akan lapar. Tetapi jika saya mewujudkan keadaan di mana dia mengajar dirinya untuk menangkap ikan dia tidak akan lapar dan meningkatkan harga dirinya. "

2. HARGA DIRI ADALAH NADI KEPADA HUBUNGAN MANUSIA DAN PRODUKTIVITI DALAM ORGANISASI:

Rendah HARGA DIRI menyebabkan tiada kerja berpasukan. (Tiada kejujuran, telus dan takut pendedahan kendiri). Rendah HARGA DIRI tidak dapat menerima dan bertolak ansur dalam menyelesaikan konflik. Rendah HARGA DIRI menyebabkan tidak mahu mengaku kesilapan dan akan menyukarkan proses penyelesaian masalah. Untuk menjadi pemimpin mesti tinggi HARGA DIRI jika tidak dia tidak dapat melihat kesilapan dirinya. HARGA DIRI yang tinggi tidak akan menyalahkan orang lain jika sesuatu masalah wujud. Tempat kerja yang selamat membantu kita mendapat kesedaran kendiri. Orang yang rendah HARGA DIRI perlu ditangani dengan baik. Manusia berbeza, jadi untuk meningkatkan HARGA DIRI perlu juga teknikteknik yang berbeza mengikut perbezaan manusia. Memberi pertolongan kepada orang lain bukan untuk dilihat sebagai suka menolong tetapi jujur sebagai suka menolong orang lain. Membantu adalah satu seni yang halus.

Organisasi tak boleh memberi HARGA DIRI tetapi boleh menyediakan persekitaran di mana individu sendiri dapat menghadapi dan mengurangkan perasaan takut terhadap rasa diri tidak mencukupi dan seterusnya meningkatkan HARGA DIRInya .

3. FAKToR YANG MEMPENGARUHI HARGA DIRI STAF

3.1 RASA SELAMAT

Petunjuk Rasa Selamat Yang Rendah

Cuba mengelak pihak pengurusan. Tidak percaya orang lain dan mengelak hubungan yang rapat. Menunjukkan keresahan dan tingkahlaku mempertahankan diri. Tidak selesa dengan program yang baru atau perubahan. Tidak selesa dengan pemerhatian atau pencerapan personal.

Petunjuk Rasa Selamat Yang Tinggi

Suka melibatkan diri dalam aktiviti rakan sekerja. Rasa selesa apabila dicerap. Merasa diri diterima dan dipercayai. Bersemangat untuk menghadapi perubahan. Rasa terbuka untuk membincangkan isu-isu. Gembira bekerja dalam pasukan.

Fungsi Pentadbir

Wujudkan persekitaan yang menimbulkan kepercayaan. Wujudkan persekitaran yang teratur dan selamat. Wujudkan polisi komunikasi terbuka.

Pelaksanaan polisi disiplin dipersetujui staf. Polisi komunikasi terbuka antara staf dengan pentadbir dipraktikkan. Wujud perasaan percaya antara staf dengan pentadbir. Staf beranggapan kata-kata pentadbir adalah benar. Polisi dan prosedur jelas dan diparktikkan. Pentadbir menepati janji. Mendengar pandangan staf. Menerang dengan jelas peranan pengurus.

Memberi bimbingan dan sokongan apabila saya berkonflik. Menolong saya memahami tugas harian. Menolong saya memahami peraturan. Menolong saya menyedarai pengharapan terhadap saya Persekitaran yang menimbulkan kepercayaan. Persekitaran yang teratur dan selamat.

3.2 IDENTITI DIRI

Petunjuk Identiti Diri Yang Rendah

Selalu menggunakan kenyataan diri yang negatif tentang diri dan orang lain. Pemalu dan sensitif berlebihan. Keterlaluan untuk menjaga hati orang dan melakukan sesuatu dengan baik. Sentiasa mengadu. Tidak selesa untuk meminta pertolongan. Lebih banyak menekankan kelemahan diri.

Petunjuk Identiti Diri Yang Kukuh

Berterima kasih. Memberi tahniah kepada diri apabila melakukan kerja dengan baik. Menerima kritikan untuk membaiki diri apabila perlu. Mengenali diri sendiri. Mengaku kelemahan diri dan kekuatan diri. Lebih menekankan kekuatan diri.

Fungsi Pentadbiran

Tunjukkan tingkahlaku menerima dan menyayang. Akui keunikan dan beri peluang individu menunjukkan identiti diri. Iktiraf individu dan buatkan dirinya dihargai.

Menyediakan peluang untuk dihargai dan diikhtiraf. Perbezaan dan keunikan individu dinilai dan diikhtiraf. Hal peribadi staf diingati. Staf merasa dihargai sebagai individu bukan sebagai ahli. Staf merasa di sayangi dan diambil berat. Memberi masa mengenali kehidupan personal dan minat staf. Menghantar nota peribadi untuk ucapan tahniah dan takziah. Selalu memahami kaunikan staf. Memberi masa mengenali sifat positif staf. Menyediakan peluang untuk staf mengenali minat dan kualiti istimewa sesama staf. Tunjukkan tingkahlaku menerima dan menyayangi. Akui keunikan dan beri peluang individu menonjolkan keunikannya. Ikhtiraf individu dan buatkan dirinya rasa dihargai.

3.3 RASA DITERIMA

Petunjuk Penerimaan Yang Rendah

Menarik diri / memencilkan diri dan menunjukkan rasa kesunyian. Jarang membantu orang atau berkongsi barang. Tidak selesa bekerja dalam pasukan. Meniru, menguasai dan menindas orang lain. Merasa orang lain tidak menghargainya. Mengenepikan orang lain.

Kurang rasa bangga dan kejelekitan.

Petunjuk Penerimaan Yang Kuat

Perhubungan yang baik dengan rakan sekerja. Memperuntukkan masa bersama orang lain. Mempunyai keluarga dan rakan yang mengambil berat tentang individu. Diterima oleh orang lain. Gembira bekerja dalam pasukan. Suka bersama orang lain. Sensitif terhadap orang lain.

Fungsi Pentadbir

Bina kejelekitan dan saling terima staf. Wujudkan perasaan bangga terhadap sekolah dan pekerjaan. Tingkatkan semangat berpasukan dan kerjasama rakan sekerja.

Buatkan staf merasa banggga terhadap institusi Aktiviti pembinaan pasukan digalakkan. Persekitaran yang positif dimana staf sanggup berkongsi pendapat. Buatkan staf bekerja dengan sukarela. Staf berasa selamat dan gembira apabila bersama. Menggalakkan peluan untuk mengadakan aktiviti luar. Merancang peluang untuk staf berkongsi pengalaman peribadi, kejayaan dan kekecewaan. Mengukuhkan kerjasama staf daripada perasaingan. Menyediakan peluang untuk staf berkongsi ide. Memberi masa untuk pasukan bekerjasama dan menyokong.

Bina kejelekitan dan saling terima staf. Tingkatkan semangat berpasukan dan kerjasama.

3.4 RASA BERKEMAHIRAN

Petunjuk Rasa Berkemahiran Yang Rendah

Tidak mahu menyumbang idea dan pendapat. Bergantung kepada orang lain. Susah menerima kelemahan dan tidak mengenali kekuatan. Menerima kekalahan. Tidak menghargai pencapaian. Mudah patah semangat.

Petunjuk Kemahiran Yang Tinggi

Sanggup menerima risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Menerima kelemahan dan mengenalpasti kekuatan. Menjadikan kesilapan sebagai peluang untuk belajar dan mencuba lagi. Berasa bangga dengan pencapaian. Meningkatkan mutu kerja. Menerima maklum balas dan meningkatkan kecekapan.

Fungsi Pentadbiran

Sediakan peluang bagi individu menonjolkan kebolehannya dan ikhtiraf. Tetapkan tahap pencapaian yang tinggi dan boleh dicapai. Memantau kemajuan dan beri maklum balas yang spesifik.

Bantu individu menyedari bahawa dia mampu menyumbang kepada perubahan. Memberi maklumbalas dalam tanggungjawab agar dapat meningkatkan kemahiran. Staf merasa ada pencapaian dalam tugas mereka. Semua kejayaan staf diumum dan diraikan. Staf diberi peluang untuk menggunakan semua kebolehan dan bakat dalam tugasnya. Pentadbir menaruh harapan yang tinggi dan boleh dicapai. Memberi bimbingan emosi dan galakan untuk staf mencapai apa yang diharapkan. Pentadbir menyedari bakat staf dan memberi peluang staf mempertunjukkan kekuatannya Menyelia dan memberi maklumbalas kejayaan tugas staf. Menyatakan secara tepat apa yang disukai dan tidak disukai mengenai pekerjaan staf. Membantu staf mengenalpasti sumbangannya terhadap institusi.

3.5 MEMAHAMI MISI

Petunjuk Memahami Misi Yang Rendah

Kurang motivasi dan inisiatif. Terasa tidak berkuasa. Menunjukkan tiada tujuan dan hala tuju dan menetapkan matlamat yang tidak munasabah. Terlalu bergantung kepada pihak berkuasa mengarah dan memberi galakkan. Mengelakkan diri dari bertanggungjawab dan menyalahkan orang lain.

Petunjuk Misi Yang Tinggi

Tetapkan matlamat dan tekankan pencapaian. Sanggup mencuba sesuatu yang baru. Menerima akibat dari tindakan. Boleh membuat keputusan. Merasa yakin dan berkemampuan bekerja dalam suasana tertekan.

Fungsi Pentadbir

Membentuk fokus utama atau misi sekolah. Mengadakan peluang untuk membuat keputusan bersama dan berkongsi tanggungjawab. Menggalakkan pembinaan matlamat peribadi dan profesional. Ada uasaha untuk bekerjasama, dan berkongsi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah. Staf digalakkan untuk membuat keputusan bersama. Staf bekerja mengikut panduan yang ditetapkan oleh pentadbir. Memberi masa untuk mengenali sistem kepercayaan staf. Memberi masa untuk membantu staf meneroka dan membina visi bersama. Membimbing staf membina misi dan arah tuju institusi dan membantu semua sedar mengenai misi tersebut. Menyediakan peluang untuk membuat keputusan bersama dan berkongsi tanggungjawab. Membimbing staf menulis matlamat peribadi dan profesional dan memberi maklum balas pencapaian matlamat staf. Membentuk fokus utama dan misi sekolah.

3.6 MERASA AKTIF DAN HIDUP

Merasa hidup sepenuhnya, bertenaga, menggunakan diri dengan baik, tidak jemu, kreatif dan segar. Menjemput penglibatan staf.

3.7 MERASA BERTANGGUNGJAWAB

Wujudkan rasa kebebasan dan dipercayai dan tidak rasa terbeban dalam melaksanakan tanggungjawab.

3.8 MERASA PENTING

Merasa diri penting, mustahak dan boleh serta mampu menyumbang.

3.9 RASA DISUKAI

Saya suka organisasi, saya suka diri saya, saya dihargai, ada kontek sosial.

3.10 KESEDARAN KENDIRI

Saya menyatakan apa yang benar kepada diri saya dan orang lain. Saya sedar tentang diri saya. Saya tidak menipu diri saya. Saya sedar saya mempunyai pemikiran bawah sedar.

Mengamalkan sikap terbuka antara saya dengan institusi. Antara saya dengan institusi tidak ada kerahsiaan kecaulai rahsia peribadi, keselamatan diri dan organisasi. Semua soalan dijawab dengan jujur dan lengkap.

4. CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MEMPUNYAI HARGA DIRI YANG TINGGI

1 . Mereka memainkan peranan yang lebih berkesan.

2 . Mereka adalah aktif dan bersikap asertif.

3 . Mereka menghormati diri , sikap superior , bangga , menerima dan menyayangi diri sendiri .

4 . Mereka lebih bersikap terbuka dan berkeyakinan untuk berjaya .

5 . Mereka lebih popular di kalangan rakan rakan sebaya .

6 . Mereka bercenderung melayan orang-orang yang mereka hargai.

7 . Mereka lebih berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.

8. Mereka lebih yakin, kurang tekanan, serta dapat mengatasi segala

perkara negatif yang dilemparkan oleh masyarakat.

9. Mereka berkebolehan untuk pertahankan diri akibat kekurangan mereka.

5. SEBAB RENDAH HARGA DIRI

Konsep kendiri yang negatif.

Pengharapan diri yang tidak munasabah.

Keperluan pengikhtirafan yang tinggi.

Rendah diri.

Rendah keupayaan menerima kekecewaan.

Rendah rasa tanggung jawab diri.

Rendah penghargaan kendiri.

Rendah pencapaian.

Rendah pengikhtirafan daripada orang lain.

Kurang berkuasa mempengaruhi orang lain.

Tingkahlaku yang tidak selari dengan nilai kendiri.

6. AKTIVITI PEMBINAAN HARGA DIRI CUBA PRAKTIKKAN ! MODALNYA SEDIKIT, HASILNYA DI LUAR JANGKAAN .!

Penangguhan panggilan Jamuan kembali bersekolah Model positif Ingat nama Pendedahan kendiri Periksa kemahiran komunikasi anda Maklumkan masa untuk berjumpa Susun pejabat agar selesa Sudut menjemput penghargaan Tekankan yang positif Janji dikota Mendengar Nota penghargaan Jawatan kuasa penghargaan dan perjumpaan Jawatan kuasa selamat datang Jawatan kuasa sukan Pasangan rahsia Poket penghargaan Papan kenyataan idea

Kumpulan makan tengah hari Lawatan ke bilik darjah Identiti sekolah - warna, baju, lambang dll. Sumbang saran- apa yang anda perlu untuk meningkatkan harga diri anda? Mesyuarat dalam bilik darjah staf Bilik abm Papan gambar staf Pengikhtirafan terasing Perasa Adik angkat Kad penghargaan Semangat berpasukan Bilik rehat bersama Tinjauan aktiviti yang disukai Minuman waktu mesyuarat Dialog terbuka Ikhtiraf individu pembina pasukan Senarai kecemerlangan bulanan Publisiti aktiviti sekolah Interaksi sesama tahap dan tahap berbeza

7. KESAN PENGHARGAAN

1. Rasa gembira

2. Rasa dihargai

3. Rasa selamat

4. Rasa diterima

5. Meningkatkan harga diri.

6. Membina sikap positif terhadap

- Kerja - Diri sendiri - Orang lain - Kehidupan - Dunia

PENILAIAN HARGA DIRI

) pada skala yang sesuai dengan diri anda4Tandakan ( secara ikhlas.

1. Sangat rendah. 2. Sederhana rendah. 3. Sederhana. 4. Sederhana tinggi. 5. Sangat tinggi.

Bil Pernyataan 1 2 3 4 5 1 Saya merasa berjaya dlm.pekerjaan. 2 Saya merasa puas dalam pekerjaan. 3 Saya merasa melanjutkan pelajaran adalah penting. 4 Secara sedar saya melihat kebaikan orang lain.

5 Saya boleh buat hampir semua yang saya fikirkan. 6 Saya selesa dengan keadaan sosial yang baru. 7 Saya menghargai penghargaan orang lain. 8 Saya berasa selesa bercakap di hadapan orang. 9 Saya selesa menyatakan kejayaan saya kepada rakan saya. 10 Saya adalah seorang yang optimis. 11 Saya berorientasikan matlamat. 12 Saya selesa membuat keputusan. 13 Keadaan fizikal saya adalah baik. 14 Saya dihormati oleh orang lain. 15 Saya adalah pendengar yang aktif. 16 Saya selesa dengan perbincangan yang kontraversi. 17 Saya menganggap diri saya sanggup menanggung risiko. 18 Saya menunjukkan imej kendiri yang positif. 19 Saya bertanggungjawab di atas apa yang saya lakukan. 20 Saya dapati halangan itu adalah satu yang mencabar. 21 Saya mampu meminta bantuan orang lain tanpa merasa bersalah. 22 Saya boleh ketawa tentang kesilapan yang telah saya lakukan. 23 Saya bertanggungjawab tentang fikiran dan tindakan saya. 24 Saya berterus terang apa yang saya fikirkan. 25 Saya menerajui kehidupan yang seimbang. 26 Saya adalah manusia yang suka kepada cabaran. 27 Bila saya bercakap dengan orang lain saya akan bertentangan mata. 28 Dengan ikhlasnya saya sayang apa yang ada pada diri saya. 29 Setiap hari saya bersenam. 30 Saya fikir adalah penting untuk bersiap sedia menghadapi kejayaan. JUMLAH Jumlah Besar 120- 150 - Sangat tinggi harga diri. 90 - 119 - Sederhana tinggi harga diri. 60 - 89 - Sederhana harga diri. 31 - 59 - Sederhana rendah harga diri. 0 - 30 - Rendah harga diri.

Oleh Shahabuddin Bin Haji Ashari Institut Aminuddin Baki Utara Kementerian Pendidikan Malaysia 06000 Jitra Friday, April 30, 2010 Mengenal Diri Sendiri

BANYAK MENYOAL DAN JAWAB DENGAN JUJUR ORANG yang bijaksana berkawan dengan melupakan kepentingan dirinya, sebaliknya orang yang tamak berkawan dengan tidak melupakan kepentingan dirinya. Persoalan besar yang perlu dijawab, adakah anda mengenali diri anda sendiri? Mengenali diri merupakan perkara pokok bagi setiap individu yang ingin berjaya. Berjaya sebagai insan memerlukan anda berubah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik. Perubahan yang ingin dilakukan memerlukan anda merenung sejenak tentang siapa anda. Memikir dan menganalisis secara jujur tentang perilaku, tabiat dan keperibadian diri. Mengenal diri sendiri boleh dicapai melalui penganalisaan yang dibuat secara ikhlas dengan niat untuk membaiki diri. Mengenal diri tidak akan sempurna tanpa mendengar pandangan atau pendapat orang di sekeliling kita. Kesanggupan menerima kritikan, pandangan atau teguran akan dapat menjelaskan keadaan diri kita yang sebenar. Anda mungkin boleh bertanya: Apakah kekuatan anda? Apakah Kelemahan anda? Apakah cita-cita anda? Apakah kehendak anda? Proses mengenal diri tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Kita sering mendengar rakan pekerja mengesahkan tentang keadaan mereka seperti berikut:

Saya memang pemarah Saya seorang yang pendiam Muka saya sememangnya masam Saya sukar bergaul dengan yang baru dikenali Si bodoh tidak akan dapat melihat pokok yang dilihat oleh orang bijak, untuk berjaya kita perlu membuang sikap negatif yang telah kita kenal pasti. Mungkin proses ini merupakan episod yang paling sukar dalam kehidupan kita. Sememangnya satu kesilapan untuk mengaku bahawa kesemua sifat itu lahir secara semulajadi. Banyak tabiat atau tingkah laku yang boleh diubah dengan kemahuan dan keazaman yang tinggi seperti tindakan berikut: Mengenal diri melalui orang lain Bertanyakan kepada rakan sekerja yang paling rapat dengan anda Amati kata-kata ketua ketika mereka sedang memarahi atau menasihati anda Dengarlah komen daripada musuh anda Bertanyalah pendapat ketua atau rakan tentang anda Susun dan atur maklumat yang diperolehi Fikir dan tentukan kebenarannya Anggaplah komen atau maklumat negatif sebagai harta yang amat berharga Keinginan untuk berubah akan membentuk personaliti diri yang baik. Sebagai pekerja, personaliti yang berjaya biasanya berkisar kepada beberapa ciri yang unggul. Antaranya adalah seperti berikut: Kesediaan untuk bekerja kuat Kesabaran menghadapi kesukaran Kesanggupan membantu rakan sekerja Keupayaan memberi motivasi kepada diri sendiri Kesungguhan menyiapkan tugasan dengan sempurna Sifat-sifat ini perlu ada dalam diri individu yang ingin melangkah lebih jauh. Pencarian tentang kekuatan dan kelemahan diri yang disusuli dengan

keinginan untuk menjadi yang terbaik akan terpancar dalam jiwa pekerja yang inginkan kecemerlangan. Kejayaan dalam kehidupan biasanya dipengaruhi oleh seseorang yang telah berjaya. Lihat dan kajilah kejayaan yang telah dicapai oleh pelbagai tokoh perniagaan, pemimpin dan ahli akademik. Dalam kebanyakan kes mereka semua menunjukkan keazaman, kekuatan dan ketabahan dalam proses mengejar kejayaan. Setiap pekerja perlu mempunyai model kejayaan. Ini boleh dilakukan dengan membaca, melihat dan mendengar cerita perihal kejayaan mereka yang telah berjaya.Membaca buku yang menceritakan tokoh-tokoh terkenal perlulah dijadikan amalan di kalangan para pekerja. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah: Cara dan kaedah mereka bekerja Bagaimana mereka mendaki tangga kejayaan Dorongan yang mereka perolehi untuk menghasilkan kejayaan Sifat diri yang dipamerkan oleh mereka Bagaimana mereka menghadapi halangan Penglihatan mereka dalam pelbagai kegiatan semasa bekerja Bijaksana ialah puncak daripada persahabatan yang kekal Sikap seseorang merupakan mainan minda. Cuba bayangkan suasana yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Anda terpaksa berkongsi mungkin bilik, kemudahan pejabat, tandas dan udara dengan rakan yang lain, Apakah yang boleh anda bayangkan? Soalan ini sekiranya ditanya akan menghasilkan antara jawapan berikut: Saya akan berhadapan dengan masalah perhubungan dengan rakan sekerja Saya suka bersendirian, sudah pasti saya akan berhadapan dengan tekanan Saya suka suasana senyap tetapi suasana di sini bising saya suka penghawa dingin yang sejuk tetapi rakan suka lebih kepada sederhana suhunya Jawapan yang diberi merupakan pandangan spontan pekerja. Hampir kesemua pekerja memikirkan perkara yang negatif terlebih dahulu. Mereka

berebut-rebut untuk menyatakan kisah yang tidak menyeronokkan. Jika minda anda telah berkata, anda akan menghadapi masalah, sebahagian besar daripada masalah itu telah mula berada di dalam diri anda. Sikap negatif ini akan memberi kesan kepada perwatakan anda dalam menghadapi proses melaksanakan kerja. Memandangkan sikap seseorang itu bergantung kepada minda, anda perlu melihat sesuatu masalah atau kemungkinan masalah dari sudut yang berbeza. Bagaimana jika saya melihat kemungkinan keadaan di atas dari sudut yang lain pula, misalnya: Rakan sekerja yang ramai mungkin boleh membantu saya dalam pelaksanaan kerja Ini lah peluang untuk cuba mengubah diri menjadi lebih sosial Merupakan kebiasaan apabila manusia berkumpul akan wujud sedikit kebisingan Tiada orang yang sama dalam menerima perubahan persekitaran, belajar bertolak ansur akan membolehkan saya dihormati Diolah hasil tulisan dalam akhbar Berita Harian 20-10-2005 p/s : Mengenal diri tidak akan sempurna tanpa mendengar pandangan atau pendapat orang di sekeliling kita. Kesanggupan menerima kritikan, pandangan atau teguran akan dapat menjelaskan keadaan diri kita yang sebenar. http://akuinsanlemah91.blogspot.com/2010/11/ilmu-mengenal-diri.html

You might also like