You are on page 1of 3

TAMADUN INDIA

Tamadun India bersifat dinamik dan mampu berubah serta dapat diadaptasi mengikut perkembangan zaman.Keadaan ini menyebabkan Tamadun India merupakan tamadun yang palingn unik dann kekal hingga ke hari ini.Tamadun ini sangat berpengaruh dengan perkembangan sejarah masyarakat manusia di persekitaran tamadun tersebut.Bukan sekadar keagamaan,malah Tamadun India sangat menonjol dari segi pemerintahan,sosial,budaya serta perancangan perbandaran.Tamadun India berkembang maju dalam aktiviti ekonomi dengan adanya Sungai Indus sebagai anugerah yang menjadi sumber dan nadi terpenting kepada masyarakat tamadun itu.Tamadun India juga memperlihatkan struktur sosial yang tersendiri iaitu sistem kasta/varna,iaitu golongan Brahmin,Ksytria,Vaisya dan Sudra.Kesenian dalam Tamadun India telah dilihat bemula sejak zaman Tamadun Lembah Indus lagi.Dalam masa itu,kesenian terutamanya yang berkaitan dengan seni bina,skulputur telah memperlihatkan pencapaian yang matang.Hal ini dapat dikesan daripada penemuan-penemuan di Mohenjadaro dan Harappa seperti The Great Bath,The Dancing Girl,The Mother Goddess.Seni bina bermula yang bermula pada Tamadun Lembah Sungai Indus sangat tinggi pencapaiannya.Kawasan kediaman dibina daripada batu-bata,berbumbung atap batu,kayu yang diukir.Pembinaan Kuil telah diperluas sejak zaman Gupta,iaitu zaman penyebaran agama Hindu.Kuil-kuil dibina dengan batu-batu yang mempunyai campuran kapur dan pasir sahaja.Lama-kelamaan mereka telah menggunakan batu-batu granit.Secara jelasnya,kesenian dalam tamadun ini banyak dipengaruhi oleh iklim,persekitaran dan telah mementingkan cirri-ciri artistik.

TAMADUN CHINA

Tamadun China merupakan salah satu tamadun tertua di dunia.Tamadun ini menyamai tamadun-tamadun tua lain seperti tamadun Mesopotamia,Mesir dan Greek.Walaupun kemunculannya tidak sama namun pencapaiannya setanding dengan tamadun-tamadun lain,contohnya pembinaan Tembok Besar China menjadi salah satu dari 7 keajaiban dunia hari ini.Tamadun China telah melalui 4 tahap perkembangan iaitu zaman pembinaan ,keagungan,peralihan dan moden.Reka bentuknya agak berlainan dengan tamadun lain dan boleh dikatakan mempunyai nilainya yang tersendiri.Secara umumnya,seni bina China meliputi beberapa bangunan unik seperti istana-istana,tempat beribadah,taman Maharaja.Kota-kota lama di tamadun China seperti Anyang dan Canyon merupakan seni bina gah di China.Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batubata.Gambar-gambar patung seperti naga,harimau,singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.Bangunan-bangunan tersebut dikelinggi tembok besar bagi mempertahankan bangunan tersebut daripada serangan musuh.Pembinaan bangunan tersebut juga dipengaruhi

oleh kepercayaan masyarakat Cina iaitu Yin dan Yang dan Feng Shui.Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama.Warna itu melambangkan keberaniaan dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

TAMADUN MELAYU

Asal usul Orang Melayu hingga kini masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan para sarjana.Terdapat 2 teori yang menjelaskan asal usul Orang Melayu.Pertama,dikatakan Orang Melayu berasal dari tanah besar China ke Alam Melayu.Teori kedua mengatakan bahawa mereka sememangnya penduduk asal kawasan Nusantara.Seni bina Melayu menggambarkan kreativiti dan bersifat warisan.Misalnya, dari aspek estetika rumah Melayu terpancar pada reka bentuknya yang indah, bermula dari halaman yang redup oleh pepohon bunga dan ulaman, lewat tangga yang tersusun, anjung yang nyaman, serambi yang luas serta bilik dan dapur yang selesa. Konsep rumah Melayu ini kemudian dikembangkan kepada istana, masjid dan surau. Aspek kekuatan pada seni bina orang Melayu pula terlihat pada binaan kota-kotanya yang besar dan tegap yang kekal hingga ke hari ini. Orang Melayu juga amat kuat berpegang kepada adat dan suruhan serta tegahan agama Islam. Dengan demikian kita dapat melihat seni bina masjid yang indah di seluruh Alam Melayu. Keindahan seni bina Melayu yang awal ini dapat dikesan melalui epigrafi Islam pada nisan-nisan yang awal. Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-rukang yang mahir ini telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu dan haruslah dikekalkan dalam bentuk yang kekal dan selamat. Buku ini adalah rakaman pencapaian bangsa Melayu dalam kemahiran dan kepandaian menghasilkan seni bina serta reka bentuk rumah, istana, masjid dan bangunan lain yang sangat akrab dengan kehidupan bangsa Melayu sejak berabad-abad lamanya. Semua ini adalah untuk tatapan kita dan generasi akan datang.

TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.Seni bina Islam ialah seni bina yang telah mencapai tahap yang mengagumkan.Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan,reka bentuk yang direka oleh manusia.Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yang merupakan lambang atau manifestasi daripada sesuatu tamadun.Oleh itu,berdasarkan pencapaian ini,maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur.Buktinya dapat

dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung.Pada zaman tersebut seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujud walaupun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamdun Islam kerana unsurunsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dan material tidak dipinggirkan.Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal.Pengaguman dan perhiasan bukanlah matlamat seni bina Islam tetapi kerana kreativiti dan inovasi,ianya menjadi suatuseni yang bernilai tiggi yang disepadukan bersama penggunaan.Selain daripada masjid,seni bina juga merangkumi bangunanbangunan kediaman,kedai,jambatan,saluran air,rumah rehat,bilik mandi,perpustakaan,sekolah dan sebagainya.Seni bina bercirikan kepada lambang Islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah swt.Di Malaysia,bangunan Sultan Abdul Samad,bangunan Kereta api Tanah Melayu,Pintu Gerbang Darul Ehsan.

You might also like