P. 1
Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

Analisis Peranan Syeikh Ahmad Al-Fathani Dalam Media Percetakan

5.0

|Views: 1,883|Likes:
Published by syafif

More info:

Published by: syafif on Nov 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/20/2014

pdf

text

original

Analisis Peranan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Media Percetakan Saphibi Wangoh (Zafifi

)
1. PENDAHULUAN Thailand yang berpenganut agama Buddha hampir semua tempat ada kuil dan patung-patung buddha bersebaran di seluruh Thailand, akan tetapi bukan seluruh Thailand itu beragama Buddha terbukti bahawa di tiga wilayah sebelah selatan Thailand pernduduknya majoriti beragama Islam beraliran sunni. Islam dapat bertahan lama walaupun umat Islam di selatan Thailand tidak ada kebebasan atas menguasai kesemua aspek kehidupan dan pemerintahan seperti ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Dengan berkat ruh Islam yang disusun oleh para ulama Fathani silam umat di selatan ini boleh bertahan sampai sekarang dan umat Islam selatan Thai masih dapat mempelajari ilmu-ilmu hasil dari ulama terdahulu, kerana usaha gigih ulama dalam menyusun dan mengeluarkan ilmu mereka dalam bentuk kitab-kitad dan nashkah yang di tashihkan dari kitab yang dikeluarkan oleh ulama Arab. Atas pandangan dan usaha gigihnya maka banyak manuskrip kitab-kitab tua peninggalan alim ulama zaman silam telah dapat dikumpul dan dicetak, seperti karya-karya yang dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Palembang dan Syeikh Muhammad Arshad Banjar. Tetapi yang agak banyaknya ialah manuskrip pusaka Syeikh Daud al-Fatani. (Ahmad Fathy 2002 : 54) Selatan Thai saat ini mempunyai banyak ulama yang terkenal dan terkemuka dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah

keagamaan semasa, akan tetapi ulama sekarang ini hanya mempelajari ilmu sahaja tidak ada yang memikirkan tentang akan hilangnya ilmu 1

2 dan tidak mencari cara untuk bertahan ilmu yang ada dalam bentuk tersurat. Kelemahan ulama sekarang ini hanya dapat ilmu pengetahuan dari ulama dahulu dan mengajar ilmu tersebut sebagai memenuhi kewajiban yang ada pada diri mereka, akan tetapi tidak ada teknik untuk mengeluarkan kitab dan cara menyusun tata bahasa Melayu yang benar. Ini disebabkan, di selatan Thai tidak menguasai bahasa Melayu yang benar, sekarang bahasa Melayu yang digunakan hanya dalam percakapan sehari-hari sahaja kalau untuk menyusun buah surat secara sistematik agak sulit. Kertas kerja ini akan huraikan tentang alim ulama silam yang usaha tertahan bahasa Melayu dan berpikir untuk umat Melayu dapat mempelajari ilmu agama dengan bahasa sendiri, atas kerja keras beliau akhirnya semua umat Melayu dapat mempelajari ilmu agama yang mudah difahami. Usaha beliau adalah mentashhih kitab-kitab dari bahasa Arab dan mencetak manuskrip karangan ulama melayu. Beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, seorang ulama Melayu yang coba mengembangkan basaha Melayu dalam bentuk memperbanyakan cetakan tikab-tikab yang sebelum ulama mengarang dengan tulisan tangan dan tidak diperbanyakan seperti katanya Syeikh Usman bi Syihabuddin al-Funtiani yang di kutipkan oleh Mohd. Shaghir Abdullah dalam kitab Fat-hu Makkah Syeikh Usman mengatakan. “memperbauat cap kitab bersangat bagus itu jadilah banyak kitab melayu diterjemah itu banyak suka orang me[n]terjemah akan dianya bersungguh-sungguh kerana banyak faedah di atasnya

3 satu kitab sepuluh ribu jadi naskhahnya sentiasa panjang pahalanya dan amalnya” sebelum menjelaskan tentang keberkesanan Syeikh Ahmad alFatani dalam mengunakan media cetak pada zaman itu, alngkah baiknya, kita mengenalkan lebih dahulu sejarah ringkas tentang Syeikh Ahmad al-Fatani.

2. Biodata Ringkas Syeikh Amhad al-Fatani Tokoh agung ini dinamakan dengan Ahmad bin Muhammad Zain (rh.). Lahir pada 5 Sya'ban tahun 1272H bersamaan 10 April 1856M di Kampung Sena Janjar, Kampung Jambu, Negeri Jerim dan berhijrah meninggalkan Fatani menuju ke Mekah bersama ibu bapa beliau ketika berumur empat tahun. Pada ketika itu beliau telah menunjukkan keperibadian yang agak berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya apabila mula menghafal pelbagai jenis matan seawal umur dua tahun lagi. Seterusnya beliau menuntutpula di Baitul Maqdis selama dua tahun sehingga menjadi orang Melayu pertama yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang perubatan daripada Syeikh Abd al-Rahim al-Kabuli di samping ilmu-ilmu lain terutamanya yang berkaitan dengan bidang syariat. Kedahagaan kepada ilmu membawa beliau (rh.) ke Universiti al-Azhar di Mesir yang beliau namakan dengan Masjid Jami’ al-Azhar. Dengan perjalanan ini beliau turut menempa satu lagi sej arah dengan menj adi orang pertama dan Asia Tenggara

4 yang menuntut di Mesir sehingga terkenal di kalangan orang Melayu di Mekah ketika itu - setelah kembali semula ke Mekah - dengan gelaran Syeikh Ahmad al-Zaki Mesir. Mengenai guru-guru Syeikh Ahmad alFatam pula, al-Fadhil Ustaz Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah sekadar menyebut beberapa nama, sama ada yang berbangsa Arab mahu pun berbangsa Melayu yang berada di tanah Hijaz, itu pun setelah beliau pulang menuntut dari Jamic al-Azhar. Antara yang menduduki tempat teratas di kalangan orang Arab ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah yang digelar oleh Syeikh Ahmad al-Fatani dengan matlac alshams al-tahqiq wa manbcf cuyun al-tadqiq yang membawa maksud tempat terbit matahari hakikat dan tempat mata air yang halus yang mengalir terus. Selain itu beliau turut berguru dengan Syeikh Mustafa al-cAfifi, Sayyid cUmar al-Shami al-Baqaci, Sayyid Muhammad AH bin Sayyid Zahir al-Watri dan Syeikh
c

Abd al-Qadir al-Shibli al-Tarablusi

rahimahumulLah. Manakala guru-guru beliau yang berketurunan Melayu pula ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fatani yang lebih dikenali dengan Syeikh Nik Mat Kecik al-Fatani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fatani yang kesemuanya berasal dari Fatani. Dalam pada itu juga Syeikh Ahmad al-Fatani turut menuntut daripada ulama-ulama Kelantan yang bermastautin di Mekah antaranya Syeikh Muhammad Said bin Isa al-Kalantani, Syeikh Abdul Murtalib Kuta dan Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani. (Farid Mat Zain, Jeffry Awang, Rabitah Mohd. Ghazali. 2006 : 314) Beliau wafat pada 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M di Mina dan dimakamkan di Ma'la, Mekah. Esok 11 Zulhijjah 1425 H genap 100 tahun kewafatan

5 seorang ulama besar dunia Melayu yang sangat terkenal. Beliau adalah seorang pemikir agung dunia Melayu, sekali gus pemikir Islam peringkat antarabangsa mewakili ulama Mekah pada zamannya. (http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/100tahun-kewafatan-syeikh-ahmad-al.html,) 3. Pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani Secara ringkas dapat diambil dan mengenal pasti pemikkan-pemikiran Syeikh Ahmad al Fathani yang diungkapkan dalam bahasa klasik mantap yang terdapat dalam Hadiqatul Az-har jilid 1 ini, telah diringkaskan oleh cucunya iaitu Mohd Shaghir Abdullah antara yang penting-penting di antaranya ialah : 1. "Dan adalah pada hati hamba yang faqir sehabis-habis risau dan dukacita dengan sebab ihmal1 dan mensia-siakan bangsa kita ahli tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala raja-raja mereka itu yang Muslimin yang dahulu-dahulu, dan yang sekarang ini, dan segala mereka yang kaya-kaya, dan kemudahan daripada mereka itu, tiada memperdulikan mereka itu akan ufmjpama segala perkara yang tersebut itu, hingga jadi kemudian daripada kemuliaan kita, sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan kepada segala bangsa yang lain. Dan hilang segala tempat kediaman kita dan kemegahan kita, maka sekalian itu dengan sebab taksir2 kita pada u[m]pama segala perkara itu..." 2. "Padahal jikalau kita tilik halus-halus nescaya adalah berbimbang dengan perkara itu daripada sebesar-besar barang yang bergantung ia dengan agama kita. Kerana dengan demikian itulah dapat kuat atas segala seteru dan kekerasan. Yang dengan dialah hasUpeUharaakankemegahan agama kita, dan yang menjadikan elok pada segala mata mereka itu, dan besar masyhur pada pendengaran mereka itu, dan haibat pada segala hati mereka itu ..."

3. "Dan adalah hamba yang haqir tercita-cita di dalam hati, sudah beberapa lama, bahawasa Allah Ta'ala lagi akan memperdengarkan hamba dan memperlihatkan hamba, di dalam masa hidup hamba ini. Bahawa adalah segala raja-raja Melayu yang besar-besar, istemewa raja-raja di dalam tanah Fathani, dan raja-raja Kelantan, dan Terengganu, dan Kedah yang amat mulia, dan maha besar sekaliannya. Dan raja Johor yang masyhur dengan besar hemahnya. Dan raja Deli yang masyhur dengan murahnya dan adilnya. Menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati mereka itu dan membesarkan segala hemah mereka itu, dan me[ng]hadapkan inayah mereka itu,dan menyungguh-menyungguhkan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri mereka itu bendahara ilmu, dan perladungan kepandaian, dan membukakan segala mata anakjenis mereka itu kepada

6 memandang cemerlang, kebijakan dan handalan. Supaya ada kelihatan kemegahan bangsa Melayu antara segala alam. Dan tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam. Dan bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama. Dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama..."3 4. "Maka demikianlah amat-amati ahli negeri orang dengan sya-an ilmu pada negeri mereka itu, hingga masyhur bangsa mereka itu atas sekalian bangsa dengan kepandaian, dan bijaksana, dan kepetihan, dan banyak ilmu. Maka dengan demikian itulah dapat mereka itu meringkah4 buatkan beberapa alat manfaat pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia kepada sejauhjauh negeri5 di dalam masa yang sedikit. Dan datang kepada mereka itu khabar-khabar daripada sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzah6. Dan me[ng]indah-indah mereka itu akan sekalian pekerjaan serta dengan lekas dan banyak". Dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa".7 5. "Dan dengan sebab baik percaraan, dan muafakat antara mereka itu serta besar hemah, dan halm tipudaya, dan jauh helah, dan dalam tilik mereka itu yang jadi sekalian itu daripada banyak pelajaran mereka itu. Maka boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru. Dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan negeri orang. Dan meliputi mereka itu dengan ehwal dunia, laut, dan darat. 6. "...hingga meringkah mereka itu pada mengecapkan segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu naskhah di dalam masa yang sedikit. Sekira-kira jikalau disurat dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum lagi sudah satu naskhah."8 (Mohd, Shaghir,1992: 1-5) Dapat dilihat yang terakhir menunjukan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani berpikir tentang kemajuan teknologi zaman sekarang dengan berbanding antara zaman beliau dengan zaman sebelumnya. Kerana pada zaman beliau sudah ada mesin cetak yang dapat mengeluarkan munaskrip menjadi beberapa kitab, tetapi ulama sebelum beliau kitab-kitab semua hanya dengan tulis tangan sahaja.

4. Keistimewaan Sebagai salah seorang tokoh ulama Melayu teragung. Syeikh Wan Ahmad mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri:

7 1. Beliaulah ulama Melayu yang merintis penyelidikan dalam bidang kimia, sehingga beliau dikatakan dapat membuat emas! Sayangnya kitab rahsia penyelidikannya yang mengandungi banyak petua nadir ini telah dibakar sekitar tahun 1903M. iaitu ekoran perebutan antara dua orang muridnya yang ingin menyimpan manuskrip tersebut. Beliau khuatir sesiapa yang memilikinya akan tersesat seperti Qarun - hartawan yang derhaka di zaman yang lampau. 2. Beliaulah ulama Melayu yang mula-mula belajar ilmu

perubatan, dibimbing oleh al-Syeikh al-Thabib Abdul Rahim alKabuli, seorang pakar perubatan yang berasal dari benua kecil India. "Luqtah al-'Ijlan" - karya sulung Syeikh Wan Ahmad dalam bahasa Melayu ialah mengenai ilmu perubatan dan

perdukunan. 3. Syeikh Wan Ahmad juga adalah pentashih atau peneliti kitabkitab Melayu yang paling awal di percetakan-percetakan Mesir, Makkah dan Istanbul. a) Hidayah al-Salikin di Mesir 1298H/1881M. b) Sabil al-Muhtadin di Makkah dan Mesir 1300H/1883M. c) Sabil al-Muhtadin di Istanbul, Turki 1302H/1885M. Atas pandangan dan usaha gigihnya maka banyak

manuskrip kitab-kitab tua peninggalan alim ulama zaman silam telah dapat di-kumpul dan dicetak, seperti karya-karya yang tersebut di atas yang masing-masingnya dikarang oleh Syeikh Abdul Samad Palembang dan Syeikh Muhamad Arshad Banjar.

8 Tetapi yang agak banyaknya ialah manuskrip pusaka Syeikh Daud al-Fatani (wafat di Taif dalam tahun 1847M). 4. Seorang peminat sejarah, mempelopori beberapa penulisan sejarah yang jarang-jarang diterokai orang. umpamanya

tentang kemasukan dan penyebaran agama Islam di gugusan pulau-pulau Melayu dan sejarah perjuangan umat Islam Patani menangkis pencerobohan "musuh Patani" (suasana tidak aman yang berlaku berlarutan akibat pergolakan siasah "musuh Patani" ialah antara sebab yang mendesak ramai rakyat Patani berhijrah keluar, semenjak 150 tahun dahulu sampailah

sekarang; dengan kota Makkah menjadi pilihan utama bagi kebanyakan tokoh-tokoh ulamanya). 5. Seorang mu'alim yang dapat mengupas untaian syair-syair Arab lama setanding dengan kebolehan jaguh-jaguh penulis Arab sendiri, lantas digelar "harimau Makkah". 6. Seorang ulama siasah dan pejuang Islam yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu. Beliau jugalah yang telah membetulkan sebutan nama tanahair dengan menukarkan kata Petani menjadi Fathani (diubah huruf "ta" kepada "tha"). 7. Beliau termasuk antara segelintir ulama pendita Melayu yang berkemampuan mengarang dalam bahasa Arab, setajam mata pena ulama keturunan Arab. Dua orang ulama pengarang nusantara lain yang setanding dengannya ialah Syeikh Nawawi al-Bantani dan Syeikh Ahmad Khatib al-Minkabawi.

9 8. Tokoh ilmuan ini boleh mentakrif dan mengajar sejumlah 47 (empat puluh tujuh) jenis ilmu, baik ilmu keagamaan mahupun ilmu keduniaan. Mingguan Pengasuh keluaran 15 Februari 1934 (halaman 14) adalah berkaitan. 9. Ulama Melayu yang mula-mula mengadakan soal jawab agama secara terbuka dalam bentuk lisan dan tulisan. Sebahagian dari fatwanya itu ada terkumpul dalam ''Kitab al-Fatawa" dan pernah dicetak oleh "The Kelantan Printing Company" pada 1 Zulhijah 1333 (19 Oktober 1915). Kitab tersebut kemudian ditajukkan semula sebagai "al-Fatawa al-Fataniyah” kali ini diselengarakan oleh anak saudaranya, Tuan Guru Haji Nik Daud Nik Ahmad. Daripada sejumlah 107 persoalan besar. terdapat juga warkah "daripada saya Raja Kelantan ibn al-Marhum al-Sultan Muhamad" yang bertanyakan fasal penyakit majzub dan Iain-lain masalah yang bersangkutan. (Ahmad Fathy 2002 : 54-55) 10.Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai kehebatan tersendiri. Contohnya, beliau pernah dipilih oleh ulama Makkah untuk menjadi orang tengah dalam pertikaian khilafiah antara Syeikh Muhamad Abduh dengan Syeikh Yusuf Nabhani di Beirut. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain ) Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, dalam kejtas kerja ini akan menumpukan satu keistimewaannya sahaja iaitu keistimewaan nomor 3 yang berkaitan dengan media cetak dan akan sentuh sikit keismewaan yang lain sebagai kelemkapan kertas kerja ini.

5. Sheikh Ahmad Al-Fathani dan media cetak

10 Untuk meluaskan penerbitan kitab-kitab Melayu/Jawi, maka Sheikh Ahmad al-Fathani berjuang dan berusaha mendekatkan diri dengan pemilik-pemilik mathba’ah atau percetakan di Mesir, supaya naskhahnaskhah Islam sama ada yang ditulis dalam bahasa Arab mahupun dalam bahasa Melayu terus dibaca dan berkembang. hanya tahu Sebagai

memenuhi

permintaan

rakan-rakan

yang

berbahasa

Melayu, bahasa Melayu biasanya dirujuk dalam bahasa Arab sebagai Lisan al-Jawi. (Hasan Madmaran 2001 : 77) Beliau bersahabat dengan seorang hartawan Mesir yang bernama Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby. Sheikh Mushthafa al-Baby alHalaby melantik Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai penyemak kitab-kitab Arab yang sedang diproses di Mathba’ah Mushthafa al-Baby al-Halaby itu. Ketika itulah Sheikh Ahmad al-Fathani mula mengemukakan pendapat untuk mencetak karangan-karangan ulama yang berasal dari dunia Melayu. Sheikh Mushthafa al-Baby al-Halaby menolak usul Sheikh Ahmad al-Fathani itu kerana memikirkan masalah memasarkan bahan tersebut. Ini kerana di Mesir dan di tempat-tempat lain di Timur Tengah, orang Melayu didapati tidak begitu ramai. Serentak dengan itu pula, Syarif Mekah tidak membenarkan kitab-kitab selain berbahasa Arab memasuki Mekah dan Madinah. Sheikh Ahmad al-Fathani merasa kecewa kerana usulnya itu ditolak oleh Sheikh Mushthafa al-Baby alHalaby. Dalam diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani mencari pihak

tertentu sebagai penaung kepada projek yang dirancangnya. Sheikh

11 Ahmad al-Fathani bernasib baik kerana beliau memperoleh modal daripada Al-Amjad al-Kasymiri Fida Muhammad dan anaknya 'Abdul Ghani. Maka berhasillah Sheikh Ahmad al-Fathani mencetak kitab Hidayah as-Salikin karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani di

percetakan Sheikh Hasan at-Tukhi, berdekatan Masjid Jami’ Al-Azhar. Kitab itu merupakan kitab Melayu yang pertama dicetak di Mesir. Oleh kerana Syarif Makkah melarang kemasukan kitab-kitab yang bukan berbahasa Arab ke Mekah dan Madinah, maka secara diam-diam Sheikh Ahmad al-Fathani menghubungi Sultan Abdul Hamid Khan atsTsani, Sultan Turki Uthmaniah pada zaman itu. Sheikh Ahmad al-Fathani faham bahawa Syarif/Raja Mekah adalah di bawah panji-panji kesultanan Turki Uthmaniah juga. Jadi, Sheikh Ahmad al-Fathani berhasrat untuk mengadap Sultan Turki, tetapi sebelum itu beliau terpaksa mengembara ke pelbagai tempat di Timur Tengah dan termasuk ke beberapa tempat di Eropah kerana

mempelajari pelbagai perkembangan ilmu teknologi terkini ketika itu, termasuklah teknologi mesin cetak. Oleh kerana Sultan Turki dapat menerima pandangan-pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani, maka beliau dilantik oleh Sultan Turki itu sebagai mengetuai percetakan kerajaan. Selanjutnya dalam tahun 1307 H/1889 M, Sheikh Ahmad al-Fathani dilantik pula sebagai penasihat Syarif/Raja Mekah, sekali gus diberi kerakyatan Turki Uthmaniah pada 28 Rejab 1307 H/1889 M, demi memudahkan urusan-urusan

pentadbiran dan politik.

12 Perlu penulis sebutkan di sini bahawa pada ketika itu kemajuan mesin cetak di Eropah dan di Timur Tengah begitu pesat berkembang, tetapi malangnya kitab-kitab Islam belum lagi dicetak secara besarbesaran. Jika dibandingkan teknologi mesin cetak di Eropah dengan dunia Melayu ternyata masih jauh ketinggalan. Percetakan di Eropah dan di Timur Tengah telah menggunakan klise timah, sedangkan di dunia Melayu masih menggunakan litografi (huruf batu). Begitulah yang dimaksudkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani dalam tulisannya, “Hingga meringkah mereka itu pada mengecapkan segala kitab, yang boleh keluar beberapa banyak ribu naskhah di dalam masa yang sedikit. Sekira-kira jikalau ditulis dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum lagi sudah satu naskhah jua ...” Mengenai percetakan, Sheikh Ahmad al-Fathani pada mulanya bertugas di Mathba’ah al-Miriyah Bulaq, Mesir. Kemudian ditugaskan di Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah. Antara tahun 1300 H/1882 M hingga tahun 1307 H/1889 M, beliau sentiasa berulang alik ke Mesir, Mekah dan Istanbul kerana urusan percetakan. Dengan modal yang diterima dari kerajaan Turki Uthmaniah, maka kitab-kitab Islam mulai dicetak secara besar-besaran termasuklah kitab Melayu/Jawi. Kitab-kitab yang telah dicetak itu disebarkan ke seluruh dunia Islam. Sehubungan itu, Sheikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani, ulama yang sezaman dengan Sheikh Ahmad al-Fathani menggubah nazham khusus tentang Sultan Turki itu. Katanya, “Memperbuat cap kitab bersangat bagus itu Jadilah banyak kitab Melayu diterjemah itu

13 Banyak suka orang me[n]terjemah akan dianya Bersungguh-sungguh kerana banyak faedah di atasnya. Satu kitab sepuluh ribu jadi naskhahnya Sentiasa panjang pahalanya dan amalnya” Sebelum kemunculan aktivis Sheikh Ahmad al-Fathani di Timur Tengah, beberapa kitab Melayu/Jawi pernah diproses dengan huruf litografi (huruf batu) yang menurut Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai “Peterapan Sungai Pura”. Di antara tokoh yang terlibat ialah Tengku Yusuf bin Tengku Terengganu. Kitab Furu’ al-Masail dengan huruf litografi pernah dicetak pada tahun 1291 H/1874 M disebutkan sebagai “tercetak di dalam Singapura kampung Tsum Gelam ...”. Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, ada lagi kitab-kitab yang berupa cetakan awal di Sungai Pura. Semua cetakan litografi dibuat dalam jumlah yang sangat terbatas, atau jumlah yang sedikit. Bagi memajukan percetakan di dunia Melayu, Sheikh Ahmad alFathani melantik beberapa orang muridnya. Sheikh Daud bin Ismail alFathani pada mulanya bertugas di Mekah sebagai pembantu Sheikh Ahmad al-Fathani dalam pentashhihan. Kemudian dilantik memimpin Mathba’ah al-Miriyah al-Kalantaniyah di Kota Bharu, Kelantan. Selain bahasa Melayu yang dicetak ada juga bahasa lain berkeinginan bahawa kitab-kitab yang ditashhikan itu boleh dipelajari seluruh umat Islam dan beliau perintahkan kepada murid-muridnya untuk memperbanyakan mengeluarkan berbagai bahasa. Bahagian Bahasa Melayu/Jawi telah ditugaskan kepada Sheikh Daud Ismail al-Fathani dan Sheikh Idris Hussein al-Kalantani, Bahasa Acheh diserahkan kepada Sheikh Ismail Mutalib al-Ashi,

14 Bahasa Jawa kepada Sheikh Abdul Hamid Kudus dan Bahasa Bugis kepada Sheikh Muhammad Amin Bugis. Sheikh Ahmad sendiri bergerak ke seluruh dunia seperti Bombay, Champa, Pattani, Tanah Melayu, Singapura, Riau, Mesir dan Istanbul untuk membangunkan dunia penerbitan orang Melayu dengan biaya kerajaan Othmaniyah. Seorang tokoh penting dalam dunia percetakan yang dikaderkan oleh Sheikh Ahmad ialah Sheikh Tahir Jalaluddin yang dilantik sebagai wakil matba'ah di Mesir. (Riduan Mohd. Nor, Mohd Fadli Ghani,2007 : 110) Pada masa yang sama Raja Ali Kelana mengetuai Mathba’ah alMiriyah ar-Riyauwiyah, dan kemudiannya dinamakan sebagai Mathba’ah al-Miriyah al-Ahmadiyah. Mathba’ah al-Miriyah al-Kalantaniyah atas kehendak Sultan Kelantan diserahkan kepada Haji Muhammad Daud, iaitu anak Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani. Sheikh Daud bin Ismail alFathani adalah seorang ulama besar, maka Sultan Kelantan melantiknya sebagai guru di istana dan khatib kerajaan Kelantan, lalu terkenallah namanya dengan sebutan Tok Daud Khatib. Syarikat percetakan yang di Riau mempunyai dua nama iaitu AlAhmadiyah dan Riauwiyah. Nama Al-Ahmadiyah itu diberi oleh golongan intelektual Riau sebagai mengenang jasa guru mereka Sheikh Ahmad al-Fathani dalam memperjuangkan penerbitan kitab-kitab secara besarbesaran di Timur Tengah dan dunia Melayu. Nama yang kedua pula ialah sempena dari nama Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi. Berdasarkan maklumat yang ada pada penulis, Sheikh Ahmad alFathani telah melantik Raja Haji Ali Kelana sebagai perintis jalan kepada dunia pentashhihan dan percetakan untuk Riau-Lingga dan Singapura

15 dalam tahun 1302 H/1884 M. Demikian juga halnya kepada saudara sepupunya Sheikh Daud bin Ismail al-Fathani di Kota Bharu, Kelantan. Snouck Hurgronje mengatakan, Sheikh Ahmad al-Fathani dilantik oleh kerajaan Turki sebagai pentashhih dalam tahun 1884 M. Tetapi berdasarkan catatan yang penulis temui, Sheikh Ahmad al-Fathani terlibat dalam bidang tersebut lebih awal daripada itu, sekurangkurangnya dalam tahun 1300 H/1882 M. Perlu dinyatakan bahawa Mathba’ah Al-Ahmadiah Singapura, tidak sama dengan Mathba’ah Al-Ahmadiyah Riau. Mathba’ah AlAhmadiah Singapura adalah cawangan dari Syarikah Al-Ahmadi & Co. di Pulau Midai, Kepulauan Riau. Ilham mendirikan percetakan di Singapura itu datangnya melalui Raja Haji Ahmad bin Raja Haji 'Umar/Tengku Endut dari Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani yang menceritakan cita-cita Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang percetakan itu. Syarikat tersebut bermula dari Raja Haji Ahmad yang menghadap Sultan Abdur Rahman Muazzam Syah di Pulau Penyengat. Pada 10 Syaaban 1324 H/17 September 1906 M, didirikan Syarkah Al-Ahmadi di Pulau Midai. Cawangan perniagaannya dibuka di Singapura oleh Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong pada 1 Syaaban 1333 H/14 Jun 1915 M. Percetakannya pula didirikan setelah Raja Haji Ahmad pulang dari Mekah. Kerja-kerja percetakan dilakukan pada 22 Rabiulakhir 1339 H/3 Disember 1920 M. Kewujudan percetakan di Riau atau pun di Singapura adalah hasil cadangan Sheikh Ahmad al-Fathani. Percetakan di Riau secara langsung diusahakan oleh murid beliau, iaitu Raja Haji Ali Kelana. Percetakan di

16 Singapura pula diusahakan oleh Raja Haji Ahmad. Raja Haji Ahmad tidak sempat bertemu dengan Sheikh Ahmad al-Fathani, kerana Sheikh Ahmad al-Fathani telah meninggal dunia sewaktu beliau ke Mekah. Oleh itu, Raja Haji Ahmad hanya menerima pemikiran Sheikh Ahmad alFathani dalam bidang percetakan melalui Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani) dan Sheikh Daud bin Mushthafa al-Fathani. Di Patani, Raja Haji Ahmad diberi tugas oleh Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani mendirikan Mathba’ah al-Miriyah al-Fathaniyah tetapi tidak aktif. Setelah sekian lama, kemudian muncul murid Sheikh Ahmad al-Fathani yang bernama Abu Ahmad Syamsuddin Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani (lahir 1303 H/1885 M, wafat 1367 H/1947 M). Beliau datang ke Singapura untuk mempelajari mengenai

percetakan di Mathba’ah Al-Ahmadiah Singapura kerana beliau tahu percetakan di Patani mengalami kegagalan. Akhirnya beliau membuka syarikat percetakan di Pahang dengan nama Mathba’ah al-Ubudiyah alFathaniyah yang terletak di Beserah, Kuantan, Pahang. Tuan Guru Abu Ahmad Syamsuddin Abdul Mubin al-Fathani itu ialah ulama besar dan guru kepada Sultan Abdullah al-Muzaffar Syah ibni almarhum Sultan Ahmad al-Mu'azzam Syah. Beliau banyak menulis adalah atas

permintaan Sultan Pahang tersebut.

5.1Mathba’ah Yang Menerbitkan Kitab-Kitab Melayu/Jawi Dalam bahasa, istilah perkitaban Islam untuk percetakan lebih popular dengan sebutan mathba’ah. Ia juga memakai istilah press dan drukery.

17 Di Asia Tenggara/Jawi, kalangan pengajian kitab dalam beberapa zamannya hanya mengenal istilah mathba’ah. Dalam masa yang agak akhir, muncul pula sebutan press itu, setelah Indonesia merdeka (1945) dan Malaya (1957), sekarang Malaysia, secara beransur-ansur keduadua istilah itu mulai menghilang, lalu diganti dengan percetakan. Dengan adanya komunikasi antara Asia Tenggara dengan Timur Tengah dalam pengajian ilmu-ilmu Islam, lama kelamaan timbul inisiatif untuk lebih mempermudahkan tersebarnya ilmu pengetahuan tersebut. Ia melalui jalan percetakan/penerbitan kitab-kitab Islam yang dikarang oleh ulama-ulama Asia Tenggara/Jawi pada peringkat kedua, peringkat ketiga dan peringkat keempat. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani mulai bergerak ke arah tersebut sejak tahun 1288 H/1871 M. Pemikiran ke arah ini timbul setelah beliau mengembara ke banyak negeri di Asia Tenggara mahu pun negeri-negeri lainnya. Sambil mengembara beliau memperhatikan secara luas dan mendalam tentang ekonomi, sosial, psikologi,

pendidikan dan lain-lain termasuk sains dan teknologi terutama aspek percetakan. Antara lain beliau menyebut, “Hingga bersungguh-sungguh

mereka itu, mengecap (mencetak) segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu naskhah di dalam masa yang sedikit sekira-kira jikalau ditulis dengan tangan di dalam masa itu nescaya belum lagi sudah satu naskhah jua”. Pada mulanya percetakan di Timur Tengah jauh lebih maju daripada di Asia Tenggara. Buktinya kitab-kitab syair yang dicetak di

18 Singapura masih memakai huruf batu. Timur Tengah telah memakai huruf yang diperbuat dari timah tuangan. Kemajuan dunia percetakan di Singapura disebabkan adanya hubungan dengan Timur Tengah juga. Prof. Dr. William R. Roff dalam The Origins of Malay Nationalism (Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1967) antara lain menyebut, In the ninteenth century the role of literary and publication center for the Melayo-Muslim world came increasingly to be assumed by Singapore, with the added stimulus of the mole frequent and intensive

communication with the Middle East, and the growing use first of the lithograph and then of the printing press. Terjemahannya Nasionalisma Melayu pula menurut Ahmad Boestamam “Dalam dalam abad

(Universiti

Malaya,

1975),

kesembilan belas peranan pusat persuratan dan penerbitan bagi dunia Melayu Islam semakin lama semakin diambil oleh Singapura, dan ini didorong lagi oleh keadaan-keadaan lebih kerap dan lebih banyaknya hubungannya dengan Timur Tengah serta bertambahnya penggunaan cap batu pada mulanya dan penggunaan percetakan kemudiannya”. Bersamaan dengan aktiviti Sheikh Ahmad al-Fathani di Timur Tengah dalam bidang percetakan dan penerbitan itu, seorang ulama Betawi bernama Al- Habib Utsman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya alAlawi yang mungkin juga berhubungan dengan Timur Tengah telah berusaha untuk menerbitkan kitab-kitab ukuran kecil karyanya. Kegiatannya usahanya itu mungkin dimulai masih sekitar tahun 1286 huruf H, dan batu.

mungkin

mempergunakan

Perusahaannya itu beroperasi di Pertamburan Betawi. Penyebaran kitab

19 yang dicetak oleh percetakannya itu tidak seperti yang dilakukan di Timur Tengah yang tersebar ke seluruh pelosok dunia Islam. Ulama-ulama Patani di Mekah dalam zaman-zaman yang

bersamaan tersebut di atas mendirikan ‘Kedai Kitab’ (Maktabah) yang dinamakan Al-Maktabatul Fathaniyah. Lokasinya di Kampung

Qasyasyiah, di sana ada sebuah lorong kecil yang disebut Zuqaqul Fathani. Pengasasnya ialah Sheikh Ahmad al-Fathani dan Sheikh Muhammad bin Ismail Daudy al-Fathani. Setelah kedua-duanya meninggal dunia, lalu dikelola oleh

keturunannya, dimulai dari puteranya Sheikh Muhammad Nur bin Sheikh Muhammad bin Ismail Daudy al-Fathani. Sesudahnya disambung pula Sheikh Hasan bin Sheikh Muhammad Nur al-Fathani. Hampir semua kitab karangan ulama Asia Tenggara/Jawi ada dijual di kedai

kitab/maktabah itu, terutama karya-karya ulama Patani dan Kelantan mudah untuk mendapatkannya. Terdapat sekian banyak percetakan/ mathba’ah yang mencetak kitab Melayu/ Jawi, baik yang berada di Timur Tengah mahu pun di Asia Tenggara. Antaranya Al-Kasymiri, Mesir (berdekatan Masjid al-Azhar), Daruth Thiba’ah al-Mishriyah al-Kubra (Mesir), al-Amiratul Islamiah (Mekah), al-‘Alawiyah (Bombay, India) dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan. (Mohd. Shaghir,2000 : 94-103) Dunia percetakan yang diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sudah nampak jelas berbuktinya banyak karya-karya ulama dapat dipelajari oleh masyarakat Melayu sampai zaman sekarang terutama di pondok tradisional oleh Tok Guru masih mengajar kitab hasil tashhih

20 dan masih menggunakan bahasa yang mala, walaupun sekarang sudah menjadi beberapa salinan. Akan tetapi, semua itu berasal dari usaha gigihnya Syeikh Ahmad al-Fathani.

6. Karya-karya Syeikh Ahmad al-Fathani Manakala Syeikh Wan Ahmad sendiri (di samping kegiatan yang sudah dinyatakan) juga terkenal sebagai seorang karyawan yang gigih. Sebagaimana sudah diterangkan, sumbangan penulisannya mencakupi beraneka cabang ilmu dunia dan akhirat. Kebanyakannya sudah pun dicetak. Senarai karangannya adalah seperti berikut: Dalam Bahasa Melayu 1. LuqJah al-'Ijalanfi ma Tamassu ilaihi Hajat al-lnsan. Selesai tulis pada 20 Ramadan 1301H/15 Julai 1884M. 2. Basyarah al-'Amilin wa Nazarah al-Ghafilin. Selesai tulis pada 14 Rabu'ulakhir 1304H/9 Januari 1887M. 3. 'Aqd al-Juman fi 'Aqaid al-Iman. Selesai tulis pada 16 Muharam 1306H/22 September 1888M. 4. Sa'adah al-Mutanabbih fi al-Maut wa ma Yata'allaq bih. Selesai tulis pada 29 Rejab 1306H/31 Mac 1889M. 5. Badr al-Tamam wa al-Nujum al-Thawaqib. Selesai tulis pada 9 Rabi'ulthani 1307H/29 November 1889M. 6. Hadiqah al-Azhar wa al-Rayahin. Selesai tulis pada 15 Syaaban 1307H/5 April 1890M. 7. Bahjah al-Mubtadin wa Farhah al-Mujtadin. Selesai tulis pada 13 Rabi'ulthani 1310H/21 April 1893M. 8. Tuhfah al-Ummah fi al-Solat ala Nabi al-Rahmah. Selesai tulis pada 5 Syawal 1310H/21 April 1893M. 9. Bada'i' al-Zulnir. Selesai tulis pada 3 Syaaban 131 1H/8 Februari 1894M. 10.Tayyib al-Ihsanfi Tib al-lnsan. Selesai tulis pada 3 Zulhijah 1312H/ 27 Mei 1895M. 11.Faridah al-Fara'idfi 'Ilmi al-'Aqaid. Selesai tulis pada 12 Rabiulawal 1313H/2 September 1895M. 12.'Inwan al-Falah wa 'Unfuwan al-Salah. Selesai tulis pada 7 Syawal 1319H/17 Januari 1902M. 13.AI-Fatawa al-Fataniah. Selesai susun pada 5 Safar 1324H/30 Mac 1906M.

21 Dalam Bahasa Arab 1. Jumanah al-Tauhid. (masih dalam bentuk tulisan tangan). Selesai tulis pada 1293H. 2. Tashil Nail al-Amani. Selesai tulis pada 1300H. 3. Al-Ibriz al-Sarffi Fan al-Sarf. Selesai tulis pada 1307H. 4. Manhaj al-Salam fi Syarh Hidayah al-'Awam. Selesai tulis pada 1307H. 5. Matan al-Madkhal fi 'Ilmi Sarf. (naskhah tulisan tangan). 6. Abniyah al-Asma' wa al-Af'al. 7. Al-Risalah al-Fataniah fi 'Ilmi al-Nahwi 8. AI-Manzumah al-Fataniah 9. ‘Ilm Isti'arah 10.Tadrij al-Sibyan dan banyak lagi. (Ahmad Fathy,2002:56-57)

Sebagai contoh kitab-kitab asli Syeikh Ahmad al-Fathani yang masih dipelajari oleh belajar pondok beberapa buah kitab dapat dilihat gambar dibawah ini.

22

23

24

7. Kesimpulan Dalam perjuangan ulama dalam mempertahankan bangsa dan bahasa agar dunia Melayu dapat mempelajari kitab-kitab hasil karangan ulama Melayu dalam bahasa sendiri supaya mudah difahami. Dengan hasil cetakan kitab-kitab Melayu dapat disebarkan ke seluruh dunia Melayu dan dapat berkembangkan ilmu agama kepada seluruh umat yang ingin mendalamkan ilmu agama khususnya ilmu yang berhasil karangan ulama Melayu silam. Syeikh Ahmad al-Fathani sebagai ulama Melayu pertama yang memikirkan tentang perkembangan teknologi seperti mesin percetakan

25 dan mengkhayal tentang dunia moden akan ada berbagai alat untuk memudahkan manusia dalam berbagai aspek kehidupan. Banyaknya hasil karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang sampai saat ini masih bermanfaat, dengan ini dapat dikata Syeikh Ahmad al-Fathani adalah ulama revolusi. 8. Nota Hujung
1. 2. 3.

Ertinya: membiarkan. Ertinya: tidak mempedulikan, lalai, alpa, dan lain-lain. Dari angka 1 sampai 3 di atas adalah merupakan pemikiran Syeikh Ahmad al Fathani untuk kemajuan Dunia Melayu yang menurut perbandingan yang beliau lakukan bahawa negeri-negeri Melayu, jauh ketinggalan daripada bangsa-bangsa yang bertamadun tinggi di dunia.

4.

Asal katanya ringkah ertinya mencipta

5. Maksudnya: alat-alat transportasi canggih seperti yang kita lihat sekarang 6. Maksudnya: alat-alat komunikasi canggih seperti taligram, talipon dan lainnya.
7.

Kalimat-kalimat pada angka 4 jelas bahawa Syeikh Ahmad al Fathani telah mengkhayalkan akan kemajuan teknologi di masa-masa yang akan datang, sedangkan alat-alat seperti komputer di zaman beliau belum ada, jika kita semak kalimat beliau terakhir pada angka 4 menjurus ke arah dunia perkomputeran.

8.

Kalimat pada angka 6 menunjukkan suatu pemikiran beliau dalam teknologi dalam bidang permesincetakan yang erat hubungannya dengan usaha beliau di bidang tash-hih, penyebaran kitab-kitab ke Dunia Melayu secara luas, terpadu, dan penyebaran ilmu pengetahuan menuju kecerdikan putera-puteri Dunia Melayu. Syeikh Ahmad al Fathom adalah orang Melayu yang pertama sebagai tokoh

26 pemikir perubahan dunia percetakan secara lama yang mempergunakan huruf batu sehingga menggunakan timah tuangan dan klise timah huruf susun.

9. Rujukan Abdullah Mohd. Shaghir, 1992, Hadiqatul Azhar War Riyahin Syeikh Ahmad al-Fathani, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur. Abdullah Mohd. Shaghir, 2000, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, jilid 2, Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpum. Fathy al-Fathani Ahmad, 2002, Ulama Besar Dari Patani. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

27 http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain, 30/10/2008, pukul 2:51PM. http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/100-tahun-kewafatansyeikh-ahmad-al.html, 26-10-08, ahad. Pukul 8:42AM. Mohd. Nor Riduan, Fadli Ghani Mohd, 2007, Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, MHI Publication, Selangor. Madmaran Hasan, 2001, Pondok dan Madrasah di Patani, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mat Zain Farid, Awang Jaffary, Mohd. Ghazali Rabitah, Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Melaysia, Bangi, Selangor.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->