You are on page 1of 2

Tema Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas

perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa. Persoalan 1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja y Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan. 2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya y Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. 3. Persoalan tolong-menolong sesama manusia y Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan. Watak Utama Indera Nata y Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati y Digelar Si Piatu y Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. y Mempunyai kesaktian Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang. y Seorang yang berani Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas y Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksa Watak Sampingan Tuan Puteri Cendera Kesuma y Anak Raja Mesir y Memiliki rupa paras yang cantik y Menjadi tawanan raksasa . y Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun. y Bijaksana pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa Nilai y Nilai Bijaksana Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri. y Nilai Keberanian Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. y Nilai Kasih Sayang Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Pengajaran 1. Setiap ahli keluarga mesti sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain kerana sikap ini akan menjamin keharmonian keluarga. 2. Akal fikiran yang ada hendaklah digunakan dengan bijaksana supaya tindakan yang diambil itu berkesan dan bermanfaat. 3. Ibu bapa hendaklah disayangi oleh anak-anak kerana tanpa ibu dan bapa anak-anak tiada di dunia ini. 4. Kita hendaklah menghadapi setiap kejahatan dengan berani kerana dengan sikap berani kejahatan dapat dihapuskan. 5. Budi yang diterima mestilah dihargai dan dibalas dengan sebaik mungkin oleh setiap penerima.