PENERBITAN & PENGHASILAN VIDEO UNTUK PENDIDIKAN I. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. II. 1. 2. 3. 4. III. 1. 2. 3. 4. IV.

PERANCANGAN Tentukan tajuk Tentukan objektif Tentukan penonton Sediakan gariskasar kandungan Pilih format Pilih olahan ( “ treatment ” ) Sediakan skrip / storyboard Sediakan jadual pengambaran / rakaman PENERBITAN Ambil gambar, rakam suara Rakam narasyen / skrip Sediakan grafik Sunting AKTIVITI SUSULAN Sediakan panduan penggunaan Gunakan rancangan Buat penilaian Baiki, jika perlu PROSES PENERBITAN PROGRAM VIDEO PENDIDIKAN

1. Mengenal pasti tujuan dan sasaran 2. Membuat kajian dan pengumpulan bahan 3. Pemilihan bahan 4. Penulisan skrip 5. Persediaan untuk pengambaran 6. Persediaan kerja – kerja grafik 7. Membuat percubaan 8. Membuat rakaman 9. Penyuntingan
Penerbitan video 1

10. Rakaman suara 11. Preview 12. Mempersembahkan rancangan 13. Penilaian rancangan V. 1. 2. 3. 4. 5. ALAT – ALAT PENERBITAN RANCANGAN VIDEO Kamera video Perakam video Format alat – alat rakaman video Monitor Alat tambahan aksesori

VII. SUDUT DAN PERSPEKTIF KAMERA 1. Asas dalam perspektif dan sudut yang terhasil dari manipulasi kamera video ialah pengawalan terhadap lensanya. 2. Sudut / perspektif ini dikenali dengan : Zoom in  Zoom out 3. Kedua – dua perspektif ini akan melibatkan sudut pengambaran 4. Semasa zoom in, sudut pengambarannya adalah kecil dan semasa zoom out, sudut pengambarannya adalah besar 5. Zoom in akan memadatkan jarak antara objek–objek didalam sesuatu senario manakala zoom out pula akan membesarkan jarak diantara objek. 6. Oleh itu kelemahan zoom in / out akan membawa keherotan( distortion ) jarak serta depth of field objek yang berada dalam frame. Pergerakan kearah jenis / perspektif shots dalam frame 1. Jenis Shot : 3 jenis shot A. Long shot B. Medium shot C. Close up A. Long Shot 1. Merakam seluruh badan subjek atau persekitaran 2. Di sini sifat, ciri dan facial expression tidak jelas kelihatan

Penerbitan video

2

3. Tujuan :  Untuk membentuk scenario atau locality atau keadaan dimana pengambaran itu dijalankan  Memberitahu penonton bahawa adegan atau event itu akan ditinggalkan untuk event yang lain B. Medium Shot 1. Merakam sebahagian subjekm iaitu dari pinggang atau dada keatas 2. Tujuan :  Mempersembahkan dialog atau informasi  Mempersembahkan aksi dalam program itu C. Close Up 1. Merakam sebahagian badan subjek dari bahu keatas 2. Begitu juga dengan “ extreme close ” di mana kamera merakam sebahagian dari muka subjek sahaja 3. Tujuan : Digunakan semasa situasi membuat laporan  Digunakan untuk menegaskan sesuatu prosedur dengan detail  Membayangkan emosi atau intensity yang dialami oleh subjek 4. Penting – semasa membentuk perspektif subjek, biarlah ada : Ruang kepala ( headroom )  Ruang pertuturan ( leadroom ) 5. Kamera memerlukan sebuah tripod yang mempunyai roda VIII. PERPEKTIF GAMBARAN

Biasanya kamera video bimbit boleh digunakan untuk perpektif yang berlainan fungsi. A. Perspektif Objektif 1. Fungsinya seakan “ the camera looks ” yakni kamera itu melihat sesuatu acara dengan cara objektif. 2. Jenis ini lazim digunakan oleh semua orang yang memakai kamera seperti dalam persembahan pertunjukan mainan tv, sukan dan pengajaran

Penerbitan video

3

B. Perspektif Subjektif 1. Perspektif ini jarang digunakan kerana kosnya mahal dan risikonya tinggi 2. Digunakan semasa sesuatu scenario itu memerlukan penonton berada dan merasai sendiri situasi yang dialami oleh pelakon seperti kamera di motor lumba atau kamera dalam air 3. Tujuannya : Pengalaman dirasai  Kesan – kesan dramatik C. Perspektif Laporan 1. Dimana kamera itu digunakan untuk merakam subjek ( seperti pembaca berita ) dalam keadaan berhubung terus dengan penonton melalui kamera 2. Digunakan juga dalam menyampai maklumat semasa pengajaran IX. PERGERAKAN KAMERA

1. 5 cara pergerakan :A. Panning B. Tilting C. Dollying A. Tracking D. Arc A. Panning 1. Pergerakkan mendatar kamera diatas satu poin biasanya di tripod 2. Tujuannya : menunjukkan arah seperti kereta bergerak, orang berjalan dan berlari 3. Jenis : pan kanan dan pan kiri B. Tilting 1. Pergerakan menegak kamera diatas satu poin, biasanya di tripod 2. Tujuannya : menunjukkan arah serta untuk merendahkan atau meninggikan imej subjek dalam kamera 3. Jenis : Tilt atas dan tilt bawah

Penerbitan video

4

C. Dollying 1. Pergerakkan fixikal secara menyeluruh akan kamera kepada dan daripada subjek yang digambarkan 2. Sukar dilakukan dan jarang dibuat 3. Jenis : Dolly in dan dolly out. 4. Berbeza dengan zoom in dan zoom out di mana semasa dolly dibuat herotan tidak berlaku dan depth of field tidak terjejas. D. Tracking 1. Pergerakan fizikal secara menyeluruh akan kamera ke kiri atau ke kanan subjek sambil jarak kamera / subjek dikekalkan 2. Oleh itu jarak kamera / subjek tidak terjejas disamping menjaga depth of field dan menghindar herotan E. Arc 1. Pergerakan kamera secara menyeluruh di mana lensanya tetap berfokas kepada sesuatu poin 2. Oleh itu ianya menghasilkan satu lingkaran bulatan 3. Tujuannaya : Menunjuk berbagai perspektif subjek dari arah dan sudut yang berlainan  Berguna semasa mengajar perpspektif bangunan atau bungkah yang tidak sekata 4. Kebaikannya : Tidak menjejaskan fokas dan jarak antara kamera / subjek 5. Kamera memerlukan sebuah tripod yang mempunyai roda

Penerbitan video

5

PRINSIP PENGGUNAAN TELEVISYEN / VIDEO DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Persediaan Guru 1. Pilih tajuk yang sesuai. 2. Sekiranya rancangan TV, guru perlu mengetahui serba sedikit latarbelakang rancangan / tajuk tersebut dan lakukan pratonton jika rancangan tersebut adalah dalam bentuk pita video. 3. Catatkan beberapa perkara yang difikirkan perlu. 4. Perhatian isi kandungan yang perlu di perjelaskan dan ditegaskan kepada pelajar semasa pengajaran dibuat kelak. 5. Jika terdapat buku panduan mengenai rancangan tersebut, guru boleh menggunakannya untuk membuat persediaan ini. * Sekiranya perlu, beberapa peralatan mengajar lain seperti peta, gambar, carta, buku rujukan, model dan sebagainya yang berkaitan dengan tajuk pelajaran hendaklah disediakan.

Penerbitan video

6

Persediaan Pelajar 1. Dilakukan sebelum pelajar menonton - ambil masa kira - kira 10 -15 minit. 2. Beritahu pelajar terlebih dahulu mengenai tajuk yang akan dipelajari. Berikan penerangan ringkas mengenai rancangan tersebut dan mengapa perlu ditonton serta apa boleh dipelajari. 3. Bincang dengan pelajar tentang isi kandungan pelajaran yang berkaitan dengan rancangan TV / Video.

Semasa Menonton 1. Beri peluang kepada pelajar supaya dapat menonton rancangan sehingga tamat supaya mereka mendapat gambaran keseluruhan tajuk. 2. Tayangan boleh diberhentikan ( video ) sekiranya guru ingin membuat penjelasan mengenai bahagian tertentu ( Jika perlu sahaja dan cuba elakan ) 3. Ulang tayang boleh dilakukan jika terdapat bahagian yang rumit dan perlu ditegaskan dalam kurikulum.

Penerbitan video

7

Selepas Menonton : Beberapa aktiviti boleh di lakukan mengikut kesesuaian :1. Bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan dan minta mereka berbincang tentang tajuk yang telah ditonton. 2. Setiap kumpulan perlu membuat laporan masing masing secara lisan atau bertulis 3. Berikan ujian mengenai isi - isi penting yang telah dijelaskan dalam rancangan yang telah ditonton. 4. Arahan pelajar membuat rujukan di pusat sumber tajuk tersebut atau ‘ detail ’ kepada tajuk itu. 5. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk mengadakan aktiviti seperti pameran, penerangan atau penjelasan tentang sesuatu yang dikemukakan oleh rancangan yang ditonton. 6. Boleh diadakan forum, perbahasan dan sebagainya. 7. Membuat lawatan ke tempat yang berkaitan dengan tajuk pelajaran atau menulis kepada agensi atau institusi yang berkaitan untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.

Penerbitan video

8

HUBUNGAN TV / VIDEO DENGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Penggunaan Dalam Proses Pembelajaran Untuk Tujuan Kognitif 1. Dengan penggunaan TV / Video pengetahuan kognitif pelajar dapat diperkembangkan, iaitu mengenai kemampuan mengenal kembali dan kemampuan memberi ransangan berupa pergerakan yang sesuai atau serasi. 2. Contohnya, pengamatan terhadap kecepatan relatif sesuatu objek yang bergerak. 3. Video juga dapat memaparkan gambar kaku tanpa atau bersama suara seperti gambar foto dan slaid tetapi cara ini adalah kurang praktikal 4. Penggunaan video dapat digunakan untuk mengajar pengetahuan tentang hukum, teori dan prinsip tertentu. 5. Video dapat menunjukkan contoh cara bersikap atau perbuatan dalam suatu penampilan, khususnya yang berkaitan dengan interaksi sosial manusia. 6. Ini akan membolehkan pelajar membetulkan sikap atau perbuatan yang belum memenuhi syarat. Pelajar juga boleh mencuba menerapkan hukum, teori dan prinsip yang telah dipelajari melalui tontonan video.

Penerbitan video

9

Untuk tujuan psikomotor 1. Video merupakan media yang tepat untuk memperlihatkan contoh yang berkaitan dengan pergerakan. 2. Video dapat menjelaskan lagi sesuatu pergerakan samada melalui filem gerak lambat atau gerak cepat. 3. Contohnya, semasa membuat pengajaran mengenai cara berenang, memanjat dan lain - lain. 4. Dengan video pelajar dapat secara langsung mendapat maklumbalas secara visual terhadap kemampuan mereka mencuba sesuatu teori dan praktis yang telah dipeljari. Untuk tujuan afektif 1. Dengan menggunakan berbagai teknik dan kesan khas, video dapat manjadi media yang sangat kukuh untuk mempengaruhi sikap dan emosi. 2. Video merupakan media yang baik sekali untuk menyampaikan maklumat dalam domain afektif.

KELEBIHAN DAN KETERBATASAN TV / VIDEO
Penerbitan video 10

Kelebihan TV / Viedo 1. Dapat menunjukkan kembali gerakan tertentu 2. Dapat menilai kembali perbuatan atau praktikal yang telah dilakukan, iaitu dengan merakam menggunakan kamera video dan ditonton semula untuk tujuan penilaian dan komen. 3. Dengan menggunakan kesan khas tertentu, dapat memperkukuhkan proses pembelajaran 4. Pelajar akan dapat isi dan susunan pelajaran yang kukuh kerana rancangan tersebut telah disediakan dengan sistematik dan dari berbagai sumber rujukan 5. Maklumat yang disediakan secara serentak / langsung pada waktu yang sama di lokasi yang berbeza dengan jumlah penonton yang tidak terbatas. 6. Proses pembelajaran kendiri dapat dilakukan mengikut kecepatan dan kesesuaian masing masing dapat dirancangkan. Rancangan ini biasanya digabungkan dengan bantuan peralatan lain seperti komputer atau bahan cetak.

Keterbatasan TV / Video

Penerbitan video

11

1. Peralatan video yang akan digunakan haruslah sesuai dari segi ukuran, format pita dan kumpulan sasaran 2. Proses membuat penerbitan video memerlukan kemahiran tertentu 3. Kos yang agak tinggi 4. Ukuran monitor yang kecil akan membataskan jumlah penonton 5. Jumlah huruf dan grafik yang muncul dilayar adalah terbatas jumlahnya.

Penerbitan video

12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful