P. 1
STRATEGI-STRATEGI PEMBELAJARAN REFLEKTIF

STRATEGI-STRATEGI PEMBELAJARAN REFLEKTIF

4.82

|Views: 4,802|Likes:
Published by Kain_Sarong
Artikel ini memberi tumpuan kepada apa yang dikenali sebagai kemahiran-kemahiran metakognitif. Pada asasnya ia bermaksud apa yang kita pelajari dan bagaimana kita mempelajarinya. Dengan lebih memahami stail-stail dan proses-proses pembelajaran individu, pelajar akan lebih bersedia untuk belajar. Apabila pengajar lebih memahami bagaimana pelajar-pelajar belajar, usaha-usaha pengajarannya akan menjadi lebih efisyen dan berkesan.
Artikel ini memberi tumpuan kepada apa yang dikenali sebagai kemahiran-kemahiran metakognitif. Pada asasnya ia bermaksud apa yang kita pelajari dan bagaimana kita mempelajarinya. Dengan lebih memahami stail-stail dan proses-proses pembelajaran individu, pelajar akan lebih bersedia untuk belajar. Apabila pengajar lebih memahami bagaimana pelajar-pelajar belajar, usaha-usaha pengajarannya akan menjadi lebih efisyen dan berkesan.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Kain_Sarong on Nov 04, 2008
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Strategi-Strategi Pembelajaran Reflektif

(Berfikir Mengenai Apa Yang Difikirkan)
Oleh Ahmad Fuad Muhammad1

Kertas ini memberi tumpuan kepada apa yang dikenali sebagai kemahiran-kemahiran metakognitif. Pada asasnya ia bermaksud apa yang kita pelajari dan bagaimana kita mempelajarinya. Dengan lebih memahami stail-stail dan proses-proses pembelajaran individu, pelajar akan lebih bersedia untuk belajar. Apabila pengajar lebih memahami bagaimana pelajar-pelajar belajar, usaha-usaha pengajarannya akan menjadi lebih efisyen dan berkesan. Apa itu Sains Cognitif (Cognitive Science)? • • Satu bentuk penyiasatan saintifik yang bermula pada tahun 1956 (Simon, 1980). Merupakan bidang ‘disiplin’ yang agak baru hasil usaha tumpuan bersama para psikologis kognitif, para penyelidik “artificial intelligence,” para linguistik dan juga para falsafah untuk memahami bagaimana minda manusia berfungsi. Matlamat utamanya ialah untuk mencari suatu persefahaman bersama mengenai sistem-sistem akal (intelligent systems) dan sifat/kudrat akal manusia (nature of human intelligence). Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang disiplin ini telah memberi pemahaman yang lebih mendalam berkaitan bagaimana ilmu pengetahuan diperolehi, disimpan, digiatkan, diproses, dan diintegrasikan (dihayati). Penyelidikan dalam disiplin ini juga telah meningkatkan pemahaman tentang interaksi minda manusia dengan dunia luar.

• •

Perbezaan Antara Ahli Pakar (Experts) dengan Ahli Baru (Novices) Sains kognitif telah menghasilkan pemahaman yang lebih baik mengenai kecekapan (competence) ataupun ketidak kecekapan (incompetence) manusia dan juga proses-proses yang mendasari pemikiran yang baik dan penyelesaian masaalah. Hasil keputusan daripada beberapa penyelidikan yang relevan dengan teknologi
1

Perunding Latihan/Pendidikan (afuadm@gmail.com)

1

pendidikan terutamanya kajian-kajian perbandingan antara kecekapan ahli pakar (expert) dengan ahli baru (novice) dari segi pelbagai aspek tertentu didapati seperti berikut: • Pengalaman memainkan peranan utama dalam pemajuan kepakaran diri seseorang individu. Ianya pula bergantung kepada jenis dan bentuk pengalaman yang diterima.

Kepakaran

Pengalaman

Ahli pakar (expert) menggunakan lebih masa daripada ahli baru (novice) dalam usaha untuk memahami sesuatu masaalah.
Implikasi kepada pengajaran → mereka bentuk aktiviti pembelajaran supaya pelajar mampu melakukan sesuatu seperti seorang pakar.

Ahli pakar berkemampuan untuk dapat melihat atau mengerti lebih mendalam pola-pola (patterns) yang bermakna.
249 – 7396 555 – 1234

• • • •

Kebanyakan ahli pakar bergantung/percaya kepada bayangan model mental (mental models) untuk mencari penyelesaian kepada masaalah (problem solving). Ahli pakar memberi tumpuan ke atas aspek-aspek yang relevan sahaja berkaitan sesuatu masaalah dengan berusaha dalam ruang kemampuan mental yang terhad. Ahli pakar bergantung kepada strategi-strategi yang lebih mantap dalam penyelesaian masaalah berbanding ahli baru. Ahli pakar mempunyai kemahiran-kemahiran metakognitif (metacognitive skills) yang lebih kuat berbanding ahli baru. Metakognisyen (metacognition) ialah berfikir mengenai apa yang difikirkan (thinking about thinking), mengetahui “apa yang kita tahu” dan “apa yang kita tidak tahu”. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran boleh ditingkatkan melalui pengajaran secara langsung dalam strategi-strategi metakognitif. Hasil keputusannya mencadangkan pengajaran secara langsung strategi-strategi berfikir amat manfaat dan berguna.

2

Apakah Pembelajaran Reflektif? Pembelajaran reflektif menghuraikan seorang pelajar yang menyedari akan kemajuan proses pembelajarannya. Ianya merangkumi kesedaran ‘apa yang dia tahu’ dan ‘apa yang dia tidak tahu’. Seorang pelajar yang reflektif akan berusaha untuk mengekalkan kemajuan pembelajarannya dengan tepat bagi pencapaian matlamatnya dan berkebolehan untuk membuat penyesuaian keatas prestasi dan tabiat belajarnya bagi merangsangkan proses pembelajaran. Para pelajar yang reflektif didapati menunjukkan pemilikan kebolehan metakognitif. Apakah Metakognisyen (Metacognition)? Metakognisyen (metacognition) ialah berfikir mengenai apa yang difikirkan (thinking about thinking), mengetahui “apa yang kita tahu” dan “apa yang kita tidak tahu”. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran boleh ditingkatkan melalui pengajaran secara langsung dalam strategi-strategi metakognitif. Hasil keputusannya mencadangkan pengajaran secara langsung strategi-strategi berfikir amat manfaat dan berguna. Mengujudkan Persekitaran Metakognitif Pengajar perlu mengujudkan suasana persekitaran metakognitif yang kondusif bagi memupuk pembangunan golongan pemikirpemikir baik yang terdiri daripada pelajar-pelajar sepanjang hayat dan penyelesai masaalah yang berjaya. Persekitaran metakognitif menggalakan kesedaran untuk berfikir dan memikir strategi-strategi yang dibincangkan. Dalam membentuk suasana persekitaraan metakognitif, pengajar patut menampilkan diri sebagai satu model perlakuan metakognitif untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran tentang apa yang difikirkan. Aktiviti-aktiviti seperti penyelesaian masaalah dan penyelidikan menyediakan peluang untuk membangunkan strategi-strategi metakognitif. Pengajar perlu menumpukan perhatian pelajar terhadap bagaimana tugas-tugas ini dilaksanakan. Matlamatmatlamat dalam proses, selain daripada matlamat isi kandungan perlu dibentuk dan dinilai bersama pelajar supaya mereka menyedari yang pemahaman dan pemindahan proses-proses berfikir memperbaiki pembelajaran mereka. 3

Dalam dunia yang berubah dengan pantas, cabaran pengajaran ialah membantu pelajar membentuk kemahiran-kemahiran yang tidak akan menjadi usang. Strategi-strategi metakognitif menjadi suatu keperluan pada abad ke-21 ini. Ianya akan membolehkan pelajarpelajar menangani situasi-situasi baru yang mencabar.

Strategi-Strategi Metakognitif

Membentuk

Kemahiran-Kemahiran

Mengenalpasti “apa yang kita tahu” dan “apa yang kita tidak tahu.” • Pada awal sesuatu aktiviti pelajar secara jujur perlu membuat keputusan-keputusan berkaitan pengetahuan mereka. Bertanya pelajar untuk fikirkan “Apa yang dia sudah tahu mengenai ......” dan “Apa yang dia hendak belajar mengenai ......” Sambil pelajar melakukan aktiviti ini, tanya mereka untuk mengesahkan, menjelaskan, dan menghuraikan setiap peringkat pemikiran mereka.

Berbicara tentang berfikir • Bercakap tentang berfikir adalah penting kerana pelajar-pelajar memerlukan sesuatu perbendaharaan berfikir. Semasa situasisituasi membuat perancangan dan penyelesaian masaalah, pengajar patut berfikir secara verbal (think aloud) supaya pelajar boleh mengikuti proses-proses berfikir yang didemonstrasikan. “Modeling” dan perbincangan boleh membentuk perbendaharaan pelajar akan keperluan untuk berfikir dan berbicara mengenai pemikiran mereka. Melabelkan proses-proses berfikir bila pelajar menggunakannya adalah penting bagi pelajar mengenali kemahiran-kemahiran berfikir.

Menyimpan Jurnal Berfikir • Salah satu kaedah dalam membangunkan metakognisyen ialah melalui penggunaan jurnal atau log pembelajaran. Ianya merupakan suatu diari dimana pelajar boleh mengenang/melihat kembali pemikiran mereka, mencatat kesedaran mereka terhadap kesangsian dan ketidak keselarian, serta komen-komen tentang bagaimana mereka menangani kesulitan-kesulitan yang dihadapi.

Merancang dan Mengatur Sendiri

4

Pelajar-pelajar mesti memikul tanggungjawab yang bertambah dalam merancang dan mengatur sendiri proses pembelajaran mereka. Adalah susah bagi seorang pelajar untuk mempunyai arah-tuju sendiri (self-directed) apabila pembelajarannya dirancang dan dikawal selia oleh orang lain. Pelajar boleh diajar untuk membuat rancangan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang meliputi anggaran keperluan masa, menyusunatur bahan-bahan, dan menjadualkan prosedurprosedur yang perlu bagi menyempurnakan sesuatu aktiviti.

Mengulas Semula Proses Berfikir • Aktiviti-aktiviti penutup harus memberi tumpuan kepada perbincangan pelajar mengenai proses-proses berfikir bagi membentuk kesedaran terhadap strategi-strategi yang boleh diguna pakai pada situasi pembelajaran yang lain. Kaedah tiga langkah seperti berikut adalah berguna dan bermanfaat. Pertama, pengajar membimbing para pelajar dalam mengulas semula aktiviti-aktiviti, pengumpulan data mengenai proses-proses berfikir dan perasaan mereka. Kemudian, kumpulan pelajar mengklasifikasikan idea-idea yang berkaitan, mengenalpasti strategi-strategi berfikir yang digunakan. Akhir sekali, mereka menilai kejayaan yang dicapai, menolak strategistrategi yang tidak sesuai, mengenalpasti mana-mana yang berguna dan boleh dipakai pada masa akan datang, dan cuba mencari atau memperolehi pendekatan-pendekatan alternatif yang boleh menghasilkan harapan baik.

“Verbalise Your Thoughts”
afm

5

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->