P. 1
BAB I_kELUARGA BAHAGIA

BAB I_kELUARGA BAHAGIA

4.33

|Views: 5,090|Likes:
Published by fairuzM
BERI KOMEN ANDA UNTUK PENULISAN TESIS INI..PENULISAN INI BOLEH SIAP SEPENUHNYA..
BERI KOMEN ANDA UNTUK PENULISAN TESIS INI..PENULISAN INI BOLEH SIAP SEPENUHNYA..

More info:

Published by: fairuzM on Nov 04, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkahwinan amat dituntut oleh Islam kerana, ia dapat mengembangkan institusi sosial selain merupakan saluran yang betul untuk melepaskan hawa nafsu sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada ‘Aisyah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris. Jilid 2, 2005 : 287):

‫ََ َ ِن ْ َ َو ُ ِن ْ ُك ر‬ ٌ ِ‫َاّنكَا ح مِ نْ سّنتِيْ، فَم نْ لَ م َيعْمَل بِ سُّنِتىْ فليْ س مّى وتَز ّجوْا فَإّى م َاث‬ ْ ْ َ ُ ُ ّ‫ِب ُ م اْلمَ مَ، ومَ نْ كَا نَ َاطوْلٍ فَلَينْكِ ح ومَ نْ َل م يَجِدْ فعَليْ ه بِال صومِ فَِن‬ ‫َ َ ِ ّْ إ‬ ْ َْ ْ َ‫ذ‬ َ ُ ُ‫ك‬ )‫الصوْمِ لَه وِجَا ٌ. (صحيح‬ ‫ّ ُ ء‬
Maksudnya : "Perkahwinan itu sebahagian dari sunnahku, maka barangsiapa tidak mengamalkan sunnahku, bukanlah ia dari golonganku. Dan hendaklah kamu berkahwin kerana sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya kamu kepada umat-umat yang lain. Barangsiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin dan barangsiapa tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu akan menundukkan nafsu”. (Sahih)

2 Setiap pasangan yang berkahwin bercita-cita memiliki sebuah keluarga yang bahagia tetapi untuk mencapainya bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan keluarga yang dibina mampu mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana, perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan Bagi mengekalkan jantina, akal, perasaan, dan emosi yang biasanya merumitkan perhubungan antara manusia khususnya suami dan isteri serta ahli keluarga. mental, dan emosi supaya masalah ini boleh diatasi. keharmonian rumahtangga, pasangan harus mempersiapkan diri dari segi fizikal,

Tidak dinafikan, perkahwinan menuntut kasih sayang, hubungan seksual, tempat perlindungan, harta benda dan sebagainya. Namun, tuntutan ini perlu mempunyai asas ketaqwaan bersandarkan ajaran agama. Asas ini amat penting untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia bukan hanya di dunia malah di akhirat.

1.1 Latar Belakang Masalah

Institusi kekeluargaan merupakan asas pembangunan sebuah negara yang maju, bermaruah, dan dihormati. Kehidupan berkeluarga merupakan satu kehidupan yang dinamik dan sentiasa mengalami perubahan. diingini. diimpikan. Maka, setiap perkahwinan tersebut hendaklah mempunyai matlamat agar dapat mencapai kebahagiaan yang Namun, tidak semua pasangan mampu mencapai kebahagiaan yang

Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad (1985: 1-2), antara punca-punca keretakan rumahtangga di kalangan masyarakat ialah tidak cukup pengetahuan tentang tanggungjawab berkeluarga, kekurangan wang kerana pengurusan kewangan yang buruk, kerosakan perhubungan ibu bapa dan anak kerana tidak memahami tuntutan

3 psikologi anak-anak yang sedang mengembang dan kurang matang dalam menghadapi masalah-masalah emosi.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar atau terbaca di akhbar-akhbar mengenai kes-kes yang berlaku di dalam sesebuah rumah tangga seperti pergaduhan dan perceraian di antara pasangan suami isteri, penderaan terhadap isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain (Dr. Hasan, 1996). Masalah ini berlaku kerana kurangnya rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarga, asas pembinaan keluarga yang kurang kukuh dan terlalu mengikut perasaan apabila berlakunya krisis di dalam rumahtangga.

Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan kes seorang suami menganiaya isteri dengan melakukan seks ganas dengan memasukkan objek ke dalam kemaluan isterinya. Suami tersebut telah didakwa memasukkan objek seperti cota, timun, dan kayu yang dibalut dengan getah ke dalam faraj isterinya (Harian Metro, 2008). Perkara seperti ini di luar tabii sebagai seorang suami yang sepatutnya melindungi isterinya. Perlakuan suami yang mendera isteri merupakan perbuatan yang terkutuk kerana Islam menyuruh supaya berbuat baik kepada isteri. At-Tirmizi, Ad-Darimi, dan Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda (Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris, 2005: 488):

ُ‫خيْ ُ ُ مْ خيْ ُ ُ مْ ِلهْلِ ه وَنَا خْي ُ ُ مْ ِلهْلى وإِذَا مَا تَ صَاحُب ُمْ فَدعوْ ه‬ ََ ‫ِك‬ َ ْ ِ َ ‫َ رك َ رك َ ِ َأ َ رك‬ )‫(صحيح‬
Maksudnya: Orang yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik dengan isterinya dan aku adalah orang yang terbaik dengan isteriku, dan apabila sahabat kamu mati hendaklah kamu berdoa untuknya. (Sahih)

Walaupun perceraian merupakan perkara yang halal dalam Islam tetapi, ia merupakan perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT. Peningkatan kadar perceraian yang berlaku di Malaysia amat membimbangkan kerana setiap tahun

4 kadar perceraian umat Islam seluruh negara meningkat. Berdasarkan statistik

perceraian umat Islam yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tahun 2000 hingga 2006, angkanya mencecah tahap membimbangkan seperti mana jadual 1.1.

Jadual 1.1: Kadar perceraian umat Islam seluruh negara dari tahun 2000-2006 Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Jumlah (kes) 13 536 13 187 13 841 15 543 16 509 17 708 21 419 (Sumber : Harian Metro, 2008)

Perceraian ibu bapa secara tidak langsung mendatangkan banyak masalah sosial di kalangan remaja antaranya rempit, penagihan dadah, lepak, dan ponteng sekolah. Menurut laporan, masyarakat melayu didapati paling banyak terlibat dalam masalah tersebut kerana kegagalan ketua keluarga atau lebih tepat ibu bapa menangani masalah ini (Mingguan Malaysia, 2007). Seharusnya, norma masyarakat melayu yang beragama Islam menjadikan ajaran Islam sebagai landasan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama, dan negara.

Pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkenaan rumahtangga kerana ia akan menjadi dasar dalam pembentukan sesebuah rumahtangga. Selain itu, setiap ahli keluarga juga harus menjalankan peranan masing-masing agar dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia, walaupun terdapat pelbagai penilaian tentang keluarga bahagia itu sendiri. Hakikatnya, mencapai keluarga bahagia di dunia dan akhirat itulah yang patut dikejar oleh setiap keluarga muslim.

5

1.2 Penyataan Masalah

Kesedaran untuk membentuk keluarga yang bahagia dalam masyarakat moden pada masa kini mulai mendapat perhatian yang semakin serius dari pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira agama. Kes-kes perceraian, perbuatan curang suami dan isteri dengan orang lain, penderaan anak, permasalahan juvana, wabak AIDS yang semakin menular, masalah warga tua yang kesepian hidup dan lain-lain gejala sosial yang negatif menampakkan tanda-tanda yang semakin meningkat (Dr. Mohd Nor Manuty, 2003 : 1)

Selain itu, keretakan rumahtangga yang banyak berlaku di kalangan masyarakat kini juga semakin membimbangkan. Ada kalanya keretakan ini berpunca daripada perkara remeh dan paling menyedihkan lagi pasangan yang telah bertahuntahun lamanya berumahtangga turut mengalami masalah ini sehingga menyebabkan keluarga yang dibina tidak mampu bertahan ke akhir hayat. Jika permasalahan ini berterusan, maka sukarlah untuk membentuk keluarga bahagia di kalangan generasi pada masa akan datang. Persoalannya, mengapakah perkara ini boleh berlaku? Adakah institusi keluarga yang ada pada masa kini tidak mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga? Apakah yang menyebabkan keluarga bahagia yang diidamkan pada mulanya berakhir dengan perpisahan?

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan melihat pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik, Fakulti Pendidikan. Ini kerana golongan yang bekerjaya sentiasa dipandang tinggi dalam semua aspek kehidupannya termasuklah kehidupan berkeluarga. Pengkaji merasakan perlu mengkaji faktor-faktor yang mempunyai hubungan pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik supaya boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada pasangan-pasangan yang akan mendirikan rumahtangga.

6

1.4

Objektif Kajian

Pengkaji menentukan tiga objektif dalam kajian yang dijalankan iaitu: 1.2.1 1.2.2 Mengenalpasti ciri-ciri keluarga bahagia menurut persepsi staf akademik. Mengenalpasti persepsi staf akademik terhadap faktor-faktor suami isteri, keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi penting membentuk keluarga bahagia. 1.2.3 Mengenalpasti hubungan antara faktor suami isteri, keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dengan pembentukan keluarga bahagia.

1.3 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi matlamat kajian, maka persoalan kajian yang telah diutarakan ialah : 1.3.1 1.3.2 1.3.3 Apakah ciri-ciri keluarga bahagia menurut pandangan staf akademik? Apakah persepsi staf akademik terhadap faktor suami isteri, keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dalam pembentukan keluarga bahagia? Adakah terdapat hubungan terhadap faktor-faktor suami isteri, keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dalam pembentukan keluarga bahagia.

7

1.4 Hipotesis Kajian

Menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor suami isteri, keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dengan pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, beberapa hipotesis telah disenaraikan sebagaimana berikut : Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor suami isteri dengan pembentukan keluarga bahagia. Ha 2: Terdapat hubungan yang sigifikan antara faktor keilmuan dengan pembentukan keluarga bahagia. Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor hubungan ahli kerabat dengan pembentukan keluarga bahagia. Ha 4: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ekonomi dengan pembentukan keluarga bahagia.

8 1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan terutama kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Pengkaji berharap hasil daripada kajian ini dapat memberi manfaat seperti berikut: 1.5.1 Dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM. 1.5.2 Memberi kesedaran tentang peranan suami isteri dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam pembentukan keluarga bahagia. 1.5.3 Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan rumahtangga agar terbinanya sebuah keluarga yang bahagia. 1.5.4 Mengharapkan agar keluarga yang terbina di kalangan staf akademik mampu melahirkan sebuah generasi yang bermanfaat kepada negara, agama, dan bangsa.

1.6 Skop Kajian

Pengkaji telah membataskan beberapa skop kajian dalam melaksanakan kajian ini. Kajian dijalankan di Kampus Induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Pengkaji telah membataskan kajian ini hanya dijalankan ke atas staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM yang sedang mengajar sepenuh masa sesi 2007/2008. Responden yang diambil adalah mewakili pensyarah yang mengajar pelbagai subjek di Fakulti Pendidikan dan telah mendirikan rumahtangga. Pemilihan responden adalah berdasarkan pemilihan pelbagai latar belakang pendidikan dan tahap pengalaman dalam menguruskan rumahtangga.

9 Kajian ini juga terbatas kepada empat faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan keluarga bahagia iaitu faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi. Selain itu, ciri-ciri keluarga bahagia terbatas kepada kebendaan, tanggungjawab suami isteri, hubungan dengan ahli kerabat kedua-dua pihak dan keperluan ilmu pengetahuan.

Kajian ini dijalankan bermula pada bulan Julai 2007 dan berakhir pada bulan April 2008. Pada semester pertama, penyelidik menyiapkan bab 1, 2 dan 3. Pada semester kedua pula bab 3 dan 4 kemudian disusuli sesi pembentangan projek, dan akhir sekali proses penyempurnaan projek. Kesimpulannya, kajian ini mengambil masa selama dua semester untuk disiapkan.

1.7 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan dengan jelas dalam kajian ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Istilah-istilah tersebut ialah:

1.7.1

Faktor

Kamus Dewan (2005 : 405) mendefinisikan faktor sebagai unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.

10 Kajian ini bertumpu kepada faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM. Faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi.

1.7.2

Hubungan

Kamus Dewan (2005 : 546) mendefinisikan hubungan sebagai sambungan, rangkaian, kaitan, pertalian, sangkut paut atau berkenaan apa yang telah dinyatakan (diterangkan) atau yang sedang dibincangkan.

Hubungan yang dibincangkan dalam kajian ialah hubungan antara faktor suami isteri, keilmuan, hubungan kerabat, dan ekonomi terhadap pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM.

1.7.3

Pembentukan

Kamus Dewan (2005 : 165) memberikan maksud pembentukan ialah perihal (perbuatan, usaha) membentuk.

Berdasarkan definisi yang diberikan, jelas di sini pembentukan ialah usaha untuk membentuk sesuatu melalui pelbagai cara. Kajian ini menekankan pembentukan keluarga bahagia berdasarkan ciri-ciri keluarga bahagia yang

11 diamalkan dalam pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM.

1.7.4

Keluarga

Kamus Dewan (2005 : 725) mendefinisikan keluarga sebagai kaum, sekalian orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain yang bertalian kerana perkahwinan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai seisi rumah tangga (terdiri daripada suami dan isteri atau beserta anak-anak).

Dari perspektif kajian ini, keluarga yang dimaksudkan ialah keluarga atau rumahtangga staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM sama ada suami atau isteri yang bekerja di Fakulti Pendidikan.

1.7.5

Bahagia

Kamus Dewan (2005 : 104) mendefinisikan bahagia sebagai suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.

Bagi konteks kajian ini, bahagia ialah dikira dari sudut aman atau sejahtera dari segala aspek dalam kehidupan berkeluarga. Bahagia hidup sebagai suami isteri dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak berlakunya konflik rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian berlaku.

12 1.7.6 Staf

Kamus Dewan (2005 : 1522) mendefinisikan staf sebagai kumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama, kakitangan.

Staf dalam kajian ini merujuk kepada staf akademik di Fakulti Pendidikan, UTM sepenuh masa sesi 2007/2008. Ia melibatkan golongan staf akademik yang mengajar pelbagai subjek di jabatan-jabatan yang terdapat di Fakulti Pendidikan, UTM.

1.7.7

Akademik

Kamus Dewan (2005 : 22) mendefinisikan akademik sebagai mengenai atau berkaitan dengan akdemi, bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan.

Oleh itu, dalam kajian ini akademik merujuk kepada pensyarah yang mengajar di Fakulti Pendidikan, UTM yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran serta melakukan kajian. akademik. Ia melibatkan pelbagai latar belakang

13 1.8 Kesimpulan

Keluarga bahagia amat penting kerana ia mencorakkan generasi pada masa akan datang. Keruntuhan dalam sesebuah rumahtangga tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia memberikan impak negatif. Oleh itu, ibu bapa atau suami isteri seharusnya saling bekerjasama supaya dapat membentuk sebuah keluaga bahagia yang berkualiti di dunia juga di akhirat. Seharusnya, Rasulullah dijadikan contoh untuk membentuk sebuah keluarga bahagia kerana baginda bukan sahaja berjaya membentuk sebuah keluarga bahagia tetapi juga masyarakat yang berjaya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->