You are on page 1of 2

KEPERLUAN HIDUPAN LIAR

1. Makanan
• Spesies haiwan yang berbeza, makanan yang berbeza
2. Air
• Sumber air minuman
3. Tempat perlindungan/Shelter
• Tempat melindungi diri daripada pemangsa
• Tempat untuk membiak
• Tempat perteduhan
4. Habitat/Ruang/Space
• Habitat yang berbeza, untuk mendapatkan makanan yang berbeza
• Tempat melakukan keseluruhan aktiviti seharian
• Kawasan jajahan/territory

KESAN KEKURANGAN KEPERLUAN HIDUPAN LIAR

1. Seandainya keperluan asas hidupan liar tidak mencukupi ataupun tidak


dipenuhi, maka hidupan liar akan mengalami stress, seterusnya akan
berlakulah kurangnya kadar pembiakan dan aktiviti haiwan tersebut
2. Tekanan/stress adalah disebabkan oleh bencana alam dan juga gangguan
daripada manusia
3. Stress yang tinggi akan boleh menyebabkan kematian haiwan tersebut
4. Akan tetapi stress peringkat sederhana atau rendah akan menyebabkan
haiwan itu lari ke kawasan lain, beradaptasi dengan persekitaran dan
berpindah
5. Ada juga gangguan waktu singkat kepada hidupan liar. Contohnya pengkaji
mengkaji haiwan dalam tempoh seminggu. Selepas itu, keadaan akan
menjadi seperti biasa

EKOLOGI POPULASI HIDUPAN LIAR


1. EKOLOGI
• Kajian berkaitan dengan tempat kediaman/habitat hidupan
• Juga adalah kajian mengenai interaksi hidupan dengan hidupan yang
lain
2. SPESIES
• Sekumpulan organism yang serupa yang boleh membiak untuk
menghasilkan anak yang subur
3. POPULASI
• Sekumpulan organism yang sama yan g hidup di kawasan yang sama
4. KOMUNITI
• Semua tumbuhan dan haiwan yan g mendiami suatu habitat yang
sama
5. NICHE
• Segala aktiviti yang dilakukan oleh organisma di dalam habitat yang
merangkumi semuanya. eg. cara makan, cara hidup dan sebagainya
6. EKOSISTEM
• Saling tindak antara satu organisma dengan organisma lain dengan
persekitaran
• eg.
Matahari>Tumbuhan>Pengguna1>Pengguna2>Pengguna3>Pengurai>
Tanah
7. Pentingnya memerhatikan hidupan liar daripada segi populasi, bukannya
spesies kerana dapat memberi maklumat berkaitan dengan;
✔ perkembangan generasi yang seterusnya. Seandainya seekor sahaja,
ia tidak dapat membiak
✔ Pengurusan hidupan liar. Ia bertujuan untuk mendapat tahu keperluan
hidupan liar itu sendiri
✔ Penilaian keberkesanan dan pengurusan hidupan liar. Penilaian dibuat
dengan salah satu cara iaitu melihat kepada kadar kelahiran dan kadar
kematian
8. Populasi gidupan liar bergantung kepada beberapa factor;
 Kelahiran/Kenatalan
 Kematian?Kemortalan
 Emigrasi
 Imigrasi
9. Perkembangan populasi hidupan liar adalah dipengaruhi oleh beberapa
factor;
➢ Kadar kematian dan/atau kelahiran
➢ Umur individu pada tahap kematangan
➢ Tempoh waktu kebuntingan
➢ Bilangan haiwan betina yang dapat membiak
➢ Bilangan anak per betina
➢ Kesan pemakanan
➢ Nisbah jantina
➢ System mengawan;
- 1 jantan dengan banyak betina
- 1 betina dengan banyak jantan
- 1 jantan dengan 1 betina