PENGENALAN Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat

yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (crosscountry), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin. 3.0 Sejarah dan perkembangan 3.1 Sejarah permulaan Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan.. Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar. IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang. 3.2 Perkembangan di Malaysia Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997. 4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING

Ski-O dan Trail-O. • • • • 1. Di negara ini. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). iv. • • • • . Kod Kawalan. • • • 1. Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini. MB-O.Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O. iii. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. Peta utama (Master map) Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Titik kawalan (Control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Peraturan IOF tidak membenarkan No. i. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. 1. Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Penanda kawalan (Control marker) Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. antaranya adalah • • • • • • • 4.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut: 1. hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan. Kad kawalan (Control card) Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan. Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.1 Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteering) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) Norwegian Event Kebaikan sukan orienteering • • • • • • • • Sukan untuk semua Meningkatkan kecergasan fizikal Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan Memberi cabaran & keseronokan Membina sikap positif & keyakinan diri Menggunakan persekitaran yang sihat Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas 5. ii.

petunjuk. keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah. Kompas (Compass) Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui.1 Teknik Membaca PetaTopo 6. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan.0 PENGETAHUAN ASAS Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul. kontor. atau . iaitu: 1. peta imejan satelit dan peta orienteering. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan 1. 3. 2. • • 6. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling 6. maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya. Arah Utara Mempunyai skala – samada 1:5000.1. garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. bangunan.1. 1:10000. Keterangan kawalan (Control description) Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. hutan tanah tinggi dan sebagainya. Diperingkat antarabangsa. Teknik membaca kompas iii. Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja. skala.2 Jenis-jenis peta Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo. i. peta khusus. Mempunyai tajuk. v. paya. jalanraya. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Titik kawalan dengan tanda bulatan. Teknik membaca peta ii. kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta. sungai. vi. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi. Tanda yang berkenaan landasan adalah • • 1. Landasan (Course) Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.1. vii. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman. peta panduan jalanraya. • • - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. atlas. 6.1 Definisi Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.

Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki. Antara yang perlu diketahui adalah :- • • • • • Susuh bukit (spur) – sejalur tanah yang menganjur keluar Ceruk (re-entrant) – berlawanan dengan susuh bukit Permatang (ridge) – tanah tinggi yang memanjang Pelana (saddle) – suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit) 6.1:15000. Jika keadaan kontur rapat-rapat.6 Skala Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Selain menggambarkan ketinggian. tarikh cetakan. Kredit – kerjaukur. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang .5 Maklumat Peta Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu: 1. ini berertibahawa cerun adalah curam. penaja dan sebagainya.3 Warna-warna dalam peta Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. i. kartografi.iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta. 6. garisan melaras utara-selatan. maka ia menggambarkan cerun yang seragam. 6. Selalunya garis kontur berbentuk “V” menunjukkan lurah dan “U” menunjukkan permatang. Maklumat gambar peta – iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah. Maklumat bingkai . ataupun sungai. ii. lurah. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. 1. 50 kaki atau 100 kaki.1. Jika jarak antara garisan kontur sama. kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Arah “V” selalunya menuju ke atas bukit.petunjuk peta.1. Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit. Warna tersebut adalah :- • • • • • • Hitam Perang Kuning Putih Hijau Biru – ciri-ciri buatan manusia & batu – kontor & jalanraya – keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka – keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari – keadaan tumbuhan :berjalan/redah – kawasan berair 6. permatang.4 Bentuk muka bumi Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan.1.1. tanah rata.

Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.8 Utara peta Dalam aktiviti pandu arah. 6. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.000 em (5 km) di atas tanah.000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50. thumb compass dan clip compass.9 Mengukur Jarak Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.2.2 Kompas Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden. 6. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass. Kompas Kiblat.1. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva.000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering. 6.1 Jenis kompas Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera.7 Garisan Grid Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Contohnya skala peta 1 : 50. 6.2. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara). Kompas Marin. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. 6. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada.1.2 Anatomi kompas orienteering . Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99.ditunjukkan oleh skala peta itu. Kompas Orienteering. 6.1. Kompas Digital.

3 Mengukur. 2. Jika garisan Skala dalam mm dan inci Kepingan tapa telus cahaya Utara dial Jarum magnetik Utara Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah. aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. 6.2. Lubang untuk ikat tali 6. 3. 7. 8. bearing di atas peta Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L. 9. 5. Anak panah arah perjalanan Kanta pembesar Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering) Anak panah penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas.Gambarajah Kompas Silva PETUNJUK 1. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K. . Dial 11. 4. a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. 10.

6. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi. jika kita menghilir sungai. 7. c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks. dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah. Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata. Selepas itu pusingkan badan anda perlahanIahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju.b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta. kita akan berjumpa dengan manusia.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut: a) b) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam c) Bintang Bintang bergerak arah ke barat d) Sungai Air mengalir kehilir. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing.3 Panduan Lazim Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas. maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju. pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur. selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Oleh yang demikian.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks. 6. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas.2. c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas. 6.pusingkan dial sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU . b) Bulan Bulan juga terbit di sebelah timur. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah: a) Matahari Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat.2. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah.

2 Kaedah Pergerakan 7. Jika membawa galas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut: a) b) c) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat. kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuhtumbuhan.7. boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air. Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.2. mengikut permatang akan memudahkan perjalanan. Jika ada rintangan perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup. e) Bagi kawasan landai dan rata. a) b) c) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur. d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar.2. boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari jalan. berehat sebentar. walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya. Hendaklah bergerak dalam pasangan. Sebaik- baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku. Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat. e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau. 7. Di kawasan B. mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat dielakkan. Ada baiknya mendaki dari kawasan A.1 Bergerak dalam kumpulan. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera. Perjalanan ke C. Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung.2 Bergerak waktu malam Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut.1 Perancangan Perjalanan Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan. berbelit dan mudah banjir. . Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan. menyusur sungai menjadi lebih mudah. f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang memenatkan. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya. Ikut susuh bukit menuju sungai. mengikut permatang sebelum ke kawasan lurah. 7. rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat. Oleh yang demikian. g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Dalam apa keadaan. hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.

panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan. e) f) g) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air. langkah hendaklah dipendekkan.2. bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air. tebing. jika air laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan Dalam keadaan biasa.5 kmj . Jika perlu menebas tebang pokok kecil. ada terdapat jeram. jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit. b) c) d) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras. 7. Bagi lereng yang terlalu curam. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan.4 – 5 kmj mendaki ………………………………………………. adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut permatang. 7.7 Keadaan muka bumi Kelajuan tanah lapang …………………………………………. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke darat. 7.2. Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam.. lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan. Semasa menuruni lereng yang curam. 2. ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung Di kawasan berbukit dan melereng. kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan. di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak. terutamanya jenis buluh. curam dan berbatu-batu. Jangan mengharung air jika terlau sejuk. Di kawasan lereng curam. tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki.5 – 3. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram.5 kmj meredah hutang lereng ………………………………1 – 1.2 -2. dan gunakan tumit untuk mencari tapak.5 kmj meredah hutan rata…………………………………. dan terikat dengan keadaan air pasang surut.2. airnya selalu laju.5 Menyeberengi sungai Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam. hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan. 7. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal.2. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran.4 Bergerak di dalam hutan Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan.2. 7. Ulu sungai walaupun tidak luas.

8 kmj meredah resam tebal………………………………… 0. a) b) c) ditemui d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa.2 kmj 8. Jangan panik.meredah lalang tebal …………………………………0. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya. 9. d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran. Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat. Dalam keadaan ini Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil: a) b) c) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu.1 Persediaan Peserta Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa pengambilan borang permohonan. keperluan makanan dan minuman serta keperluan yang patut dibawa. jenis pakaian yang perlu dipakai.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan. maka pergerakan hendaklah dihentikan segera. 8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. perjalanan bolehlah diteruskan.1 – 0.1 – 0. 9. Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi. Selepas Jangan terburu-buru semasa bergerak.3 Peralatan . e) Jika anda masih gagal.0 PERSEDIAAN SUKAN 9.3 kmj meredah hutan pava dalam………………………… 0.5 – 0. Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.2 Pemilihan Peserta Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN 8. Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri muka bumi yang semakan dan· pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan jarak perjalanan. 9. carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang boleh membaca peta dan menggunakan kompas.

Papan Hitam/Putih Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan umum. waktu tam at. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor. Keperluan Lain Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dan keseronokan untuk para peserta seperti wisel. Kertas Rekod Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta. pembetulan dan tambahan mesti dimasukkan ke dalam setiap peta. waktu permulaan. i. alamat/ institusi. d.a. j. Penanda Kawalan Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan. Kertas Penerangan Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui oleh setiap peserta. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama. c. garis permulaan dan penamat. e. h. Peta Peta mesti disediakan lebih awal. pembesar suara. lanya dipegang dan disimpan oleh pihak penganjur di tempat perlumbaan. Garis Utara dan Selatan. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan. minuman dan lain-lain. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut perlumbaan. jumlah masa menamatkan pertandingan dan tempat penamat. alamat/ institusi. nombor permulaan dan masa. Kad perlumbaan Kad ini merupakan kad yang “standard” digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ke titik-titik kawalan yang ditetapkan. kelas. Jam Randik Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan penamat. b. nombor permulaan. Kompas Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi g. f. tempat dan markah. 9. Sepanduk Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun.4 Kemahiran asas Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca peta dan menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan berkesan dalam perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai .

Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Disini peserta akan diberi semua keperluan yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta. iv. 3. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. 12. Jalah dari kawasan berhimpun ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. 4. iii. maklumat ringkas kawasan perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segala maklumat mengenai pertandingan.2 Taklimat Peserta Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula. kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia sampai ke dalamnya. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi penerangan mengenai syaratMulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00 dan peserta tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta mematuhi peraturan syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.0 PENGENDALIAN SUKAN 10. Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi kepada peserta.0 PERTOLONGAN CEMAS Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan kecederaan. 10. syarat. ii. perlumbaan dan penamat. 2.0CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING . peserta tersebut dianggap batal. rekod dan pengadil berkumpul. 10. kompas dan kertas penerangan. kehadiran pertolongan cemas amat digalkkan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang lapang dan jauh dari tempat permulaan. Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.kemahiran asas tersebut maka pihak penganjur perlu memberi penerangan terlebih dahulu supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung. Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan i.3 Pengadilan Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sukan orienteering. Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan. Jika terdapat kesilapan atau penipuan. berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya. Di sini juga merupakan tempat semua pegawai penjaga waktu. Taklimat ini diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta berhimpun. Tempat penamat sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan permulaan. Sebaliknya jika semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan perlumbaan. Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang. 10.1 1. 10. 11.Bila peserta sampai ke tempat penamat. Sediakan pegawai di Tandakan tempat berhimpun. Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta tersebut. Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan peserta lain. Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.

1. pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akar banir dan fungsinya. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’yang perlu dicari. 1. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Check Point 1 Bearing : 156 . I stesen 2. pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. Dengan ini. PERALATAN • • • • Kompas Kad kompas dan soalan Peta kawasan Wisel CARA PERLAKSANAAN 1. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .1Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan pemerhatian alam semulajadi disesuatu stesen. mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka. Di samping itu. Contohnya mungkin di stesen 1. 1. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang. 1. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. OBJEKTIF • • • Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan. ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat. 1. 1. 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan. Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan).12.

Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa Tempat orang berehat Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi daun kepada tumbuhan. Peralatan • • • • Kompas ‘Suunto” Kad kompas dan soalan Peta kawasan Wisel CARA PERLAKSANAAN 1.2Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan ‘environmental hunt’. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan . 5. Check Point 2 Bearing : 156 Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa . Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan). Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Dengan ini.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. 12. Di setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab. Di samping itu. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa. 4. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang. 6. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. OBJEKTIF • • • Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan. ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat. mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka. 3. 7. 2. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang.

.Tempat orang berehat Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful