You are on page 1of 3

Huraikan struktur dan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

, sehingga zaman Bani Abbasiyah.


POSTED BY MANJA ON MONDAY, MARCH 8, 2010 / LABELS: TEMA 3 / COMMENTS: (0)

Pengenalan

Struktur dan organisasi ketenteraan berbeza mengikut zaman. Perbezaan itu dapat dilihat dari segi jenis-jenis tentera, komposisi, strategi peperangan, dan sebagainya. Namun demikian struktur dan organisasi ketenteraan penting demi mencapai matlamat dan kekukuhan politik negara. Dari segi komposisi tentera, pada peringkat awalnya jumlah tentera Islam yang dipimpin oleh nabi Muhammad tidak ramai jumlahnya. Misalnya dalam Perang Badar, tentera Islam hanya 313 orang dan jumlah ini meningkat kepada 3 0000 orang semasa Perang Khandak. Jumlah tentera Islam dalam Perang Hunain dan Taif ialah 10 000 orang. Jumlah tentera Islam semakin bertambah ketika Perang Tabuk iaitu seramai 30 000 orang. Pada peringkat awal, tentera Islam hanya bergiat aktif di darat sahaja. Khalifah Umar mula meneroka jalan laut dalam ekspedisi peperangannya. Namun demikian tentera Islam tidak begitu mahir dalam peperangan di laut. Ini jelas apabila tentera Islam telah tewas dalam perang di Tawas yang mengorbankan banyak nyawa. Tentera laut juga ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Kejayaan tentera Islam boleh dilihat semasa Muawiyah memerintah. Beliau telah melancarkan 50 ekspedisi ketenteraan menentang Byzantine dan berjaya menakluk Pulau Cyprus pada 28 Hijrah. Pada zaman al-Walid, tentera laut Islam telah berjaya menguasai semua kawasan Laut Maditerranean. Pada masa ini tentera laut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kapal-kapal besar digunakan di kawasan Laut Mediterranean, manakala kapal-kapal yang lebih kecil digunakan di Laut Merah dan Laut India. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dalam kerajaan Bani Abbasiyah, tentera lautnya berjaya menakluki semula kawasan seperti Rhodes, Cyprus, dan Crete. Ketika zaman al-Makmun, tentera lautnya berjaya menakluki Pulau Sicily dan kawasan pantai Itali Perjuangan tentera Islam pada zaman nabi Muhammad lebih kepada perjuangan menuntut keredaan Allah. Perjuangan mereka ini amat tinggi demi mempertahankan agama dan tidak dibayar gaji. Hanya pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pembayaran gaji telah diperkenalkan

setelah penubuhan Diwan Tentera. Dibawah skim gaji ini, lelaki Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak dua hingga lima ribu dirham setahun. Pembayaran gaji kepada golongan tentera veteran pula sebanyak 2000 dirham. Tentera Junior dibayar gaji sebanyak 1500 hingga 2000 dirham setahun Pembayaran gaji pada zaman Bani Umaiyah, secara puratanya 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga. Semasa pemerintahan Yazid, beliau membayar 100 dirham sebagai elaun tambahan. Semasa kerajaan Bani Abbasiyah, gaji yang mereka terima sebanyak 800 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki. Tentera berkuda diberi gaji sekali ganda elaun tentera berjalan kaki. Ini disebabkan mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda. Alat atau senjata yang digunakan dalam peperangan ialah tombak, panah, pedang, manjaniq, dabbabah. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat juga merupakan senjata seperti yang berlaku dalam Perang Khandak. Jika berlaku penyerangan secara mengejut, tentera kuda digunakan kerana kuda lebih tangkas. Dari segi penyusunan tentera, system berbaris diperkenalkan oleh nabi Muhammad. Setiap barisan mengandungi seramai 100 hingga 1000 orang tentera bergantung pada jumlah tentera misalnya dalam Perang Badar jumlah tenteranya seramai 313 orang dibahagikan kepada dua barisan iaitu barisan hadapan yang bersenjatakan tombak atau panah dan barisan belakang yang bersenjatakan tombak dan perisai. Pada zaman Ali bin Abi Talib, system Kurdus digunakan iaitu setiap kurdus mengandungi sejumlah 300 hingga 600 orang. System berbaris dan kurdus terus digunakan sehingga zaman Abbasiyah. Pada zaman Umaiyah, setiap 50 hingga 100 orang tentera diketuai oleh al-naib. Jika jumlah tentera seramai 1000 orang pula ia diketuai oleh komander (alamir) Pada zaman Abbasiyah, tentera Islam dibahagikan kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda, tentera berjalan kaki, tentera penembak, tentera memanah dan tentera bola api. Kebanyakan tentera ini berkhidmat secara tetap dan ada juga menjadi sukarelawan. Kesimpulan Struktur dan organisasi tentera Islam yang mantap dan sistematik telah banyak membawa kejayaan dalam siri ekpedisi peperangan. Disamping itu sifat keberanian dan moral yang tinggi

serta mutu kepimpinan juga telah memainkan peranan yang penting ke arah kejayaan tentera Islam dalam ekspedisi peperangannya

Tema 6 Intelektual

You might also like