You are on page 1of 1

PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN 1.

Mengelolakan dan memastikan perhimpunan rasmi dan harian diadakan dalam suasana senyap, licin dan teratur. 2. Semasa perhimpunan, salah seorang guru bertugas hendaklah bertindak mengumumkan apa juga aktiviti atau pengumuman lain yang hendak disampaikan kepada murid-murid. 3. Hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada waktu pertama waktu belajar dan balik lebih lewat daripada guru-guru yang lain. Tujuannya ialah untuk memastikan keadaan sekolah senantiasa terkawal sepanjang hari bertugas. 4. Bertanggungjawab menjalankan tugas yang ditetapkan sepanjang minggu berkenaan (termasuk hari persekolahan sabtu jika ada ) 5. Guru bertugas juga hendaklah memberikan laporan secara ringkas dalam perhimpunan pada minggu yang berikut. 6. Seorang guru bertugas hendaklah berada di kantin pada waktu rehat untuk mengawasi murid-murid dan menulis laporan keadaan kantin di dalam buku yang disediakan. 7. Semua bilik darjah dan tandas hendaklah diperiksa dan apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Pentadbiran/Guru Besar. 8. Semasa ujian lisan, amali atau peperiksaan bertulis dijalankan, guru-guru bertugas hendaklah membantu menjaga disiplin sekolah supaya tidak bising dan sebagainya. 9. Membawa murid yang sakit ke hospital (jika perlu). 10. Semasa membuat pemeriksaan di bahagian tertentu seperti tandas dan lainlain,sekiranya terdapat keadaan yang tidak memuaskan umpamanya bau yang busuk ,tandas tidak dicuci dan sebagainya, tindakan serta merta mestilah diambil untuk mengatasi masalah tersebut. 11. Bersikap peka dan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang berlaku di kawasan sekolah yang memerlukan tindakan mengatasinya sepanjang hari bertugas pada minggu yang berkenaan. 12. Menyediakan laporan lengkap pada setiap hari pada buku laporan guru bertugas dan menyerahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk disemak dan diambil tindakan segera.Buku laporan tersebut hendaklah diserahkan pada akhir minggu bertugas berkenaan. 13. Membantu guru-guru disiplin mengawasi perkara-perkara berikut: 13.1 Pelajar datang lewat 13.2 Pertukaran kelas 13.3 Perilaku pelajar semasa perhimpunan, waktu balik dan waktu rehat 13.4Pelajar keluar/masuk kelas dan lain-lain pelanggaran disiplin 14. Membantu memastikan persekitaran kelas dan sekolah bersih dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.