P. 1
Menangani Kemelut Ekonomi Dan Memulih Keyakinan-complete

Menangani Kemelut Ekonomi Dan Memulih Keyakinan-complete

4.67

|Views: 2,139|Likes:
Published by lembahpantaimp

More info:

Published by: lembahpantaimp on Nov 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN

SARANAN PAKATAN RAKYAT UNTUK BELANJAWAN 2009 23 OKTOBER 2008

1

PENDAHULUAN .........................................................................................................3 SENARIO EKONOMI GLOBAL, CABARAN KEPADA MALAYSIA ....................4 KEGAGALAN KERAJAAN BN DALAM MEMBERI REAKSI AWAL TERHADAP KRISIS PASARAN..................................................................................5 CADANGAN PERUNTUKAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT......................6 Pendidikan – Melabur dalam modal insan.................................................................7 Inisiatif Strategik Pengangkutan Awam ....................................................................8 Menyokong Pemilikan Perumahan............................................................................9 SUMBER PENDAPATAN BARU DAN MASA DEPAN...........................................10 SARANAN UTAMA BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT ...................................10 LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN KESTABILAN PASARAN KEWANGAN. ..................................................................................................................................11 MENYEDIAKAN JARING KESELAMATAN SOSIAL ...........................................12 Meningkatkan Perbelanjaan Dalam Negara dengan Mengawal Inflasi...................13 Dasar Persaingan Kebangsaan......................................................................................13 TADBIR URUS, KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI.........................................14 Mengawal perbelanjaan kerajaan dalam projek mega:............................................15 Mereformasi sistem tender awam.............................................................................16 Merundingkan semula kontrak yang tidak adil........................................................16 KESIMPULAN............................................................................................................17 LAMPIRAN.................................................................................................................19 Jadual A1. Kedudukan Kewangan Kerajaan Pusat 2005 - 2009..................................19 Jadual B1 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2005-2009..........................................20 Jadual C3 Perbelanjaan Operasi Kerajaan Persekutuan 2005-2009.............................21 Jadual D4 Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan berasasaskan Sektor 2005-2009.....................................................................................................................22

2

PENDAHULUAN
Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen masih meneruskan perbahasan Belanjawan 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos tahun ini. Saranan kami dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lainnya terhadap Malaysia. Kepincangan Belanjawan 2009 tampak jelas, bukan sahaja pada jangkaannya tetapi juga preskripsi untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan pada 2008 dan 2009. Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing. Yang lebih menakutkan adalah sikap tidak mahu mengakui (state of denial) ramalan kemuraman ekonomi. Kebanyakan negara maju, yang selama ini menjadi rakan dagang penting ekonomi Malaysia, sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu. Namun para pemimpin kita masih belum atau tidak langsung membuat sebarang kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini. There is a pressing need for a meaningful exchange of ideas by lawmakers on both sides of the political divide to formulate a more credible budget and a more responsible plan to allocate and spend the money that has been entrusted upon the government by its rightful stewards, the people of Malaysia. Terdapat keperluan mendesak bagi Ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka belanjawan yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara. Parti pemerintah setakat ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mendepani dialog sebegini. Pandangan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak dibahaskan dengan baik kerana kebanyakan Ahli Dewan Rakyat BN dan para Menterinya tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat. Ini mencerminkan sikap sombong dan ketidakprihatinan terhadap penderitaan rakyat yang hidup menderita akibat kesan dari situasi ekonomi yang tidak menentu. Kami percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia. Kami mewakili kepentingan mereka dan akan berjuang bersungguh-sungguh untuk menentang korupsi dan kronisme yang telah menjadi sebab utama kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini. Kami akan melaksanakan tugas kami bagi mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab dalam hal ini demi memastikan sumbangan para

3

pembayar cukai dan kekayaan hasil semulajadi negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat dan masa depan negara ini.

SENARIO EKONOMI MALAYSIA

GLOBAL,

CABARAN

KEPADA

1. Ekonomi global kini berdepan ancaman kemelesetan berterusan dan berpanjangan. Terdapat tanda-tanda kegagalan sistem dalam keduadua pasaran kewangan serta ekonomi secara keseluruhannya apabila permintaan terhadap bahan asas dan barangan siap semakin menguncup seluruh dunia. Para cendekiawan percaya bahawa walaupun pasaran kewangan mungkin akan meningkat semula dalam masa terdekat, kesannya terhadap pembangunan ekonomi secara keseluruhannya akan berterusan. 2. Dalam ekonomi global, tidak dapat tidak kesan daripada krisis akan dirasakan seluruh dunia dan di dalam ekonomi berorientasikan eksport seperti Malaysia negara ini perlu melakukan persediaan bagi menghadapi cabaran mendatang. 3. Kini dalam suku terakhir tahun 2008 data yang ada seakan membuktikan apa yang telah dijangka pada awal tahun ini. Analisis mutakhir Malaysian Institute Economic Research menjangkakan pembangunan akan merencat ke 3.4% pada 2009 dan kemungkinan kemelesetan sebenar berlaku tahun depan perlu difikirkan secara serius. Ini mengesahkan jangkaan para pakar ekonomi antarabangsa dan juga di rantau ini ramalan kerajaan bahawa pertumbuhan negara sebanyak 5.4% boleh dikatakan terlalu optimistik. 4. Sepanjang penguncupan ekonomi yang telah berlaku pada bulan September dan Oktober, kerajaan hari ini telah secara berterusan menafikan Malaysia akan terkesan walaupun kita sedang menghadapi inflasi tertinggi dalam masa dua dekad akibat kegagalan kerajaan menguruskan subsidi petroleum. Turut membimbangkan adalah aliran pengangguran dan Indeks Komposit BSKL yang menjunam di bawah aras 900 mata. 5. Kenyataan oleh pihak kerajaan menunjukkan penafian berterusan terhadap realiti dan ini akan mencetuskan rasa selamat yang palsu di kalangan rakyat yang sepatutnya kini mengambil langkah sewajarnya bagi mendepani kesukaran mendatang. Strategi begini akhirnya akan memakan diri, dan menyebabkan negara ini dan kebanyakan dari rakyatnya dalam keadaan menderita.

4

6. Belanjawan 2009 yang dicadangkan oleh kerajaan adalah tidak realistik dalam jangkaan pendapatan keseluruhan apabila harga komoditi telah jatuh secara dramatik. Paras perbelanjaan defisit akan semakin bertambah walaupun kami percaya kelompok sasaran untuk perbelanjaan tidak akan memberikan rangsangan secukupnya terhadap ekonomi dalam menghadapi kemungkinan kemelesetan.

7. Tambahan pula pakar secara meluas telah mengkritik bajet ini yang dikatakan walaupun tidak menghukum perniagaan, tetapi pada masa yang sama tidak akan melakukan apa-apa untuk menggalakkan perniagaan. Rancangan ini tidak mempunyai inisiatif berkesan bagi menggalakkan perniagaan kecil mahupun besar, serta tidak mengandungi gagasan besar bagi memperbaiki daya saing Malaysia dalam menghadapi penguncupan ekonomi.

KEGAGALAN KERAJAAN BN DALAM MEMBERI REAKSI AWAL TERHADAP KRISIS PASARAN
8. Kerajaan Malaysia berterusan menafikan bahawa negara akan terjejas teruk berikutan kemerosotan pasaran bermula sejak bulan September lalu. Para menteri sering menegaskan kepada umum bahawa asas ekonomi negara kita kukuh dan mampu untuk berhadapan dengan krisis kewangan global terkini. Ironinya hanya Malaysia yang percaya ianya kebal daripada kesan krisis tersebut. Mutakhir ini menteri kewangan mengakui hakikat bahawa Malaysia akan terkesan dari kemelesetan global dan telah menyatakan unjuran KDNK akan diturunkan. Kendatipun begitu beliau mengulangi kenyataan bahawa asas ekonomi masih kukuh dan tidak mungkin negara akan mengalami kemelesetan. 9. Kegagalan menteri kewangan memahami bahaya situasi ini dapat dilihat dari kemiskinan inisiatif untuk menyemak semula Belanjawan 2009 sebagai reaksi kepada realiti baru pasaran. Apa yang membimbangkan ialah keyakinan beliau bahawa negara ini mampu menanggung peningkatan belanja pengurusan yang besar meskipun pendapatan negara dijangka berkurang. 10. Kegagalan menanggapi bahaya krisis kewangan global yang akan dihadapi rakyat Malaysia pada tahun 2009 dicerminkan melalui dasardasar yang tidak logik, haru-biru dan tidak menentu.

5

11. Cadangan menteri kewangan untuk menyuntik RM5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Suntikan 1% ekuiti ke dalam Bursa Malaysia tidak akan memberi sebarang kesan baik kepada pasaran saham. Penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk sebuah syarikat pelaburan persendirian yang kabur hanyalah satu cara untuk mengambil wang rakyat Malaysia bagi menyelamatkan kepentingan minoriti terpilih. Sehingga kini tiada jaminan Kementerian Kewangan berhubung pinjaman KWSP ini dan kadar pulangannya sekurangkurangnya menyamai dividen KWSP sebanyak 5.8%. 12. Pengumuman Menteri Kewangan untuk memulihkan persekitaran pelaburan amat kabur. Sebarang program pemulihan persekitaran pelaburan hanya boleh dicapai dengan mengambil langkah positif untuk meyakinkan pelabur luar dengan memastikan polisi berkaitan hak pemilikan ekuiti pelabur, perlaksanaan kontrak, kebebasan kehakiman dan profesionalisme sistem pendakwaan dan penguatkuasaan undang-undang. Langkah yang bercelaru tidak akan mampu untuk menghalang aliran keluar pelaburan dari Malaysia yang sudah pun mencecah angka RM125 billion pada tahun 2008.

CADANGAN PERUNTUKAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT
13. Untuk tahun 2009, Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 bilion berbanding anggaran BN sebanyak RM176 bilion, yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemelesetan global. 14. Dalam membuat anggaran pendapatan untuk tahun 2009, kami berdasarkan harga komoditi utama: a) b) harga minyak mentah (tapis blend) harga sawit mentah USD80/barrel RM1,700/ton

15. Untuk memastikan tanggungjawab fiskal, kami mencadangkan pengurangan 15.5% dalam perbelanjaan mengurus daripada cadangan BN sebanyak RM154 bilion kepada RM129 bilion. Peningkatan 20% dalam perbelanjaan kerajaan seperti yang dicadangkan BN adalah tidak mapan memandangkan kemerosotan pendapatan dan tidak mencerminkan sikap berjimat-cermat ketika negara berhadapan dengan kesukaran ekonomi. Peningkatan mengejut dalam belanjawan kerajaan adalah tanda-tanda pembaziran dan ketidakcekapan. Kita

6

tidak akan mengurangkan gaji. Kita juga menjangkakan penjimatan besar sekitar RM10 bilion dengan mengurangkan rasuah dan melaksanakan tender terbuka untuk perolehan kerajaan. 16. Malaysia telah melaksanakan belanjawan defisit selama 11 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Trend ini akan berterusan pada tahun 2009 untuk mengekalkan aktiviti ekonomi ketika era penguncupan ekonomi walaupun Pakatan Rakyat percaya bahawa belanjawaan itu boleh diseimbangkan pada masa terdekat. Kami menjangkakan defisit belanjawan akan menghampiri 3.0%. 17. Walaupun kami akan mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk memastikan defisit belanjawan berada dalam lingkungan yang dapat diterima kami masih mencadangkan belanjawan rangsangan dan akan memperuntukkan perbelanjaan daripada peruntukan operasi kerajaan kepada projek pembangunan, yang kami percaya memiliki kesan berganda yang tertinggi dalam keseluruhan ekonomi. 18. Pengurangan dan peruntukan semula dalam perbelanjaan akan diperkenalkan:

Perbelanjaan Mengurus: Perbekalan dan perkhidmatan dikurangkan daripada RM26.5 bilion kepada RM18 bilion dengan menghapuskan pembaziran tanpa menjejaskan usaha menyokong perbekalan produk tempatan. Pengurangan ini adalah konsisten dengan kadar peruntukan pada tahun 2005.

19. Kami telah memilih pendidikan, pengangkutan awam dan perumahan sebagai sektor yang akan memperlihan peningkatan besar dalam perbelanjaan pembangunan kerana kami percaya ia mampu memberikan pulangan dengan cepat dengan lebih banyak kesan berganda dalam usaha memperkuatkan ekonomi pada tahun 2009. 20.Kami juga akan mempercepatkan bayaran kerajaan kepada kontraktor untuk mengurangkan masalah aliran tunai mereka. Pengurangan masa pusing balik akan mempercepatkan pengedaran wang tunai.

PENDIDIKAN – MELABUR DALAM MODAL INSAN 21. Kami mencadangkan peningkatan besar dalam peruntukan untuk pendidikan daripada RM8.4 bilion pada tahun 2008 kepada RM11.86 bilion pada tahun 2009. Peningkatan ini hampir RM2 bilion lebih banyak daripada yang dicadangkan Barisan Nasional. 22. Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan untuk pendidikan bagi memastikan semua sekolah rendah dilengkapkan dengan kemudahan elektrik dan air bersih. Setakat tahun 2006, 10.1% atau 767 sekolah rendah dan 1.4% atau 28 sekolah menengah tidak memiliki bekalan elektrik yang konsisten. Sementara 7

20% sekolah rendah atau 1,517 dan 3.4% atau 68 buah sekolah menengah tidak mempunyai bekalan air bersih. Peruntukan ini akan membantu banyak sekolah di Sabah dan Sarawak. 23. Selain itu, guru-guru akan diberikan peningkatan gaji purata 20 peratus bagi menarik kalangan yang terbaik untuk menyertai bidang perguruan. Langkah ini akan mengatasi masalah kekurangan guru dan meningkatkan kualiti guru-guru yang mempunyai tanggungjawab besar mendidik anak-anak muda. Peningkatan skala gaji ini dijangka melibatkan kos sebanyak RM200 juta bagi 330,000 guru sekolah rendah dan menengah. 24. Peruntukan khas sebanyak RM10 juta juga akan diberikan bagi menyelesaikan masalah buta huruf yang dihadapi 115,000 atau 7.7 peratus pelajar sekolah rendah. 25. Kami percaya pelaburan yang lebih tinggi untuk R&D tempatan akan merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menghasilkan kumpulan profesional dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat di pasaran tempatan dan global. Perbelanjaan R&D ini perlu dihubungkan dengan sistem universiti tempatan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dalam sistem universiti dan membina kemampuan tempatan dalam inovasi dan keusahawanan. 26. Institusi pendidikan menengah dan rendah akan diperbaiki dengan berbelanja untuk pengajar yang lebih berkelayakan, kemudahan penyelidikan dan pembangunan yang lebih baik, dan peruntukan untuk menggalakkan penyelidikan dalam bidang pertumbuhan utama ekonomi termasuk teknologi, pertanian dan penghasilan tenaga bersih.

INISIATIF STRATEGIK PENGANGKUTAN AWAM

27. Pakatan Rakyat menganggap infrastruktur pengangkutan awam merupakan kepentingan untuk pelaburan serta suatu penambahbaikan utama dalam meningkatkan kualiti hidup di bandaraya-bandaraya dan kecekapan zon ekonomi utama. PR akan meningkatkan kualiti infrastruktur pengangkutan negara dengan mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan sektor berkenaan dan menjimatkan kos dengan mempastikan tender terbuka bagi kesemua projek infrastruktur. 28.Kesesakan lalulintas telah menjadi masalah utama di kawasan bandar yang sesak – Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Satu pelan dasar bagi jaringan landasan “Lingkaran Lembah Klang” akan turut dibangunkan bagi memperbaiki jaringan antara bandar kecil, melepasi kesesakan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kita percaya Lingkaran Tengah Luar Pulau Pinang adalah projek penting untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan merangsang ekonomi Pulau Pinang.

8

29. Kami mencadangkan peningkatan besar dalam pembiayaan untuk bas antara bandar di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching sebagai satu langkah penting dalam menjawab masalah kemiskinan / ketidakwujudan perkhidmatan landasan dan kesesakan trafik. 30.PR juga mendokong polisi untuk memperkukuh dan mewujudkan jaringan pengangkutan awam seluruh negara dengan cara menghubungkan semula bandaraya ‘lama’ seperti Ipoh, Seremban, Melaka dan Alor Star dengan perkhidmatan keretapi yang pantas dan boleh diharapkan. 31. Sebagai tambahan kita juga akan menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat dengan jaringan keretapi.

MENYOKONG PEMILIKAN PERUMAHAN
32. Sektor pembinaan memiliki jaringan dalam dan luar melibatkan 150 sub-sektor dalam ekonomi – daripada pembinaan bangunan, pengeluaran material bangunan, hartanah, kredit dan kewangan, perkhidmatan perdagangan dan bahan binaan, pengubahsuaian, khidmat perundingan dan sebagainya. Kami memperuntukkan tambahan sejumlah Rm1 billion untuk pembangunan perumahan, lebih daripada dua kali ganda yang ditawarkan kerajaan dalam belanjawan 2009. 33. Sebagai tambahan untuk menyokong pembangunan infrastruktur yang penting, Pakatan Rakyat akan menyediakan sejumlah peruntukan yang cukup untuk perbelanjaan projek perumahan bagi menjana pertumbuhan dan menekankan keperluan kritikal untuk perumahan terutamanya bagi Rakyat kelas pertengahan dan berpendapatan rendah. 34. Lebih banyak perumahan kos rendah dan sederhana akan dibina dengan penilaian semula harga siling untuk perumahan kos rendah dengan perhitungan kos material pembinaan semasa. 35. Pakatan Rakyat akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk pembinaan bertujuan memastikan kontraktor kecil dan sederhana tidak menghadapi masalah aliran tunai yang terhad. 36. Pakatan Rakyat juga akan memastikan pembekalan berterusan material pembinaan dengan mengubah halangan perdagangan untuk meningkatkan pembekalan dan pengeluaran dalam negara. Ini termasuk memudahkan permit import, kuota dan lesen serta birokrasi untuk membantu perkhidmatan dan perdagangan. Ini akan membantu pengurangan kos material bangunan, yang bukan saja meningkatkan kos dalam sector perumahan tetapi juga melengahkan perlaksanaan projek awam dan swasta.

9

37. Inflasi yang tinggi dan peningkatan pengangguran meletakkan tekanan kepada pemilik perumahan dan kemungkinan peningkatan pajakan tidak berbayar. Ini adalah sesuatu yang buruk kepada Rakyat dan memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi. Pada tahun 2009 kami akan mengagihkan dana untuk menolong mereka yang layak dan berkemampuan meminjam serta kumpulan kelas menengah untuk kekal membayar pinjaman dan mendorong pemberi pinjaman menilai semula pajakan agar lebih mampu dibayar.

SUMBER PENDAPATAN BARU DAN MASA DEPAN
38.Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi dasar-dasar untuk menjana sumber pendapatan baru untuk mencegah kebergantungan melampau terhadap pendapatan daripada sumber asli. Sebagai contoh, hari ini kira-kira 70,000 AP dikeluarkan untuk kenderaan import. Kami mencadangkan AP ini dilelong kepada pembida tertinggi yang mahu mengimport kereta, dan proses ini dilaksanakan setiap bulan. Berdasarkan kepada anggaran harga pasaran RM25,000 setiap AP, lelongan ini akan memberikan pendapatan tambahan sebanyak RM1.75 bilion kepada perbendaharaan negara. 39. Pakatan Rakyat mencadangkan cukai karbon sebanyak RM25 bagi setiap tan karbon dioksida atau yang bersamaan, dilaksanakan menjelang 2010. Cukai 5% untuk penggalian mineral dan keluaran hasil hutan juga dicadangkan untuk menggalakkan pengurusan alam sekitar yang berhemah. Cukai hijau juga akan dapat menampung kemerosotan dalam cukai pendapatan dan korporat serta membaiki reputasi Malaysia di mata dunia sebagai negara yang gigih melaksanakan dasar mesra alam. 40. Rundingan semula kontrak yang menggalakkan monopoli seperti dengan konsesi tol dan pengeluar tenaga bebas bukan sahaja dapat mengurangkan kos semua perkhidmatan untuk rakyat, tetapi juga penjimatan besar buat kerajaan. Penjimatan ini akan dapat digunakan bagi subsidi silang untuk projek berkepentingan awam seperti pembangunan sistem pengangkutan atau amalan pelaksanaan tenaga alternatif.

SARANAN UTAMA BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT
41. Pakatan Rakyat percaya dasar fiskal serta ekonomi negara ini mestilah berasaskan prinsip keadilan teragih dan cermat serta berusaha untuk memperbaiki keadaan rakyat Malaysia.

10

42. Pakatan Rakyat sedar ekonomi global sedang bergolak, oleh itu perlunya langkah-langkah penstabilan dilaksanakan, juga merangsang permintaan domestik, agar pendapatan negara tidak terlalu bergantung kepada hasil petroleum, minyak sawit dan gas asli. Pakatan Rakyat juga bercadang untuk mengeratkan lagi hubungan dagangan di kalangan negara Asia lainnya, terutamanya dengan India, China dan Timur Tengah dan meneruskan usaha untuk menarik pelaburan asing. 43. Melihat kepada kedudukan serta suasana ekonomi di luar yang tidak menentu, polisi seharusnya menumpukan untuk merekayasa semula strategi untuk memacu pertumbuhan negara samada untuk jangka masa pendek mahupun untuk jangka masa panjang, di samping memulihkan kembali sebarang kelemahan yang ada dalam ekonomi kita. Berikut adalah strategi dan langkah-langkah yang disarankan: (i) (ii) (iii) (iv) memastikan kestabilan pasaran; menyediakan jaring keselamatan sosial; memastikan harga domestik stabil; meningkatkan daya saing;

44. Langkah yang diambil mestilah untuk memastikan polisi makro ekonomi yang dirangka akan menjamin persekitaran yang kondusif buat meransang pelaburan dan permintaan, di samping mengekalkan stabiliti pasaran kewangan.

LANGKAH UNTUK KEWANGAN.

MEMASTIKAN

KESTABILAN

PASARAN

45. Pakatan Rakyat menyedari asas ekonomi Malaysia adalah kuat berbanding tahun 1997 dan cabaran 10 tahun lalu adalah berlainan jika dibandingkan dengan keadaan sekarang. Walau bagaimanapun kesan krisis kewangan global memerlukan tindakan yang berhemah buat kita mengemudi negara ini keluar dari kemelut sekarang dengan jayanya. Kami menyarankan beberapa tindakan yang berikut: 46. Kerajaan sewajarnya menjamin pendeposit di bank-bank. 47. Keutamaan akan ditumpukan kepada kemudahan untuk meminjam dan institusi perbankan seharusnya bersama-sama dengan pelanggan mereka di saat yang sukar ini. Penjadualan semula pembayaran serta keanjalan di dalam membayar pinjaman akan membantu aliran tunai di sektor swasta. 48.Mewujudkan satu bentuk koordinasi dengan negara-negara Asean serta pasaran kewangan global untuk memantau sebarang kejutan pasaran yang mampu mencetuskan pengaliran keluar modal ataupun perubahan mengejut kepada nilai matawang. Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia berkemampuan untuk melaksanakan sistem amaran awal bagi mengenal pasti corak negatif 11

serta risiko yang mampu menggugat kestabilan dan keyakinan terhadap sistem kewangan. 49. Meneliti perkembangan krisis subprima di Amerika Syarikat, institusi perbankan seharusnya mengukuhkan keupayaan penilaian kredit dan piawai kelayakan peminjam. Di antaranya, sentiasa menilai keupayaan pelanggan untuk membayar balik pinjaman serta memantau dengan dekat kualiti pinjaman yang diberi. 50.Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan lainnya seharusnya bekerjasama dengan lebih erat bagi memastikan pinjaman yang diberi secara berhemah. Ini boleh dicapai melalui program pendidikan serta kesedaran pelanggan, aliran maklumat yang lebih baik, perkhidmatan kewangan yang bermaklumat dan juga menyediakan perkhidmatan nasihat yang berasaskan perancangan kewangan terbaik. 51. Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Pendaftar Syarikat mesti meningkatkan keupayaan pamantauan dan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang pelanggaran undang-undang.

MENYEDIAKAN JARING KESELAMATAN SOSIAL

52. Peruntukan kebajikan untuk warga yang mengalami masalah mendapatkan pekerjaan termasuklah golongan miskin di desa dan bandar dan mereka yang bergantung kepada kanak-kanak dan mereka yang kehilangan pekerjaan kerana proses pengurangan tenaga kerja. 53. Pemotongan sementara untuk sumbangan pekerja kepada KWSP daripada 11% kepada 9% sebulan untuk tempoh satu tahun bagi meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan. Langkah ini akan menyuntik hampir RM2 bilion ke dalam ekonomi untuk perbelanjaan dalam negara. 54. Pemotongan atau penghapusan caj bagi perkhidmatan dalam pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kerajaan. 55. Pemotongan atau penghapusan bayaran lessen terutamanya untuk pasar dan pasar malam, dan apa sahaja yang dapat meringankan beban rakyat yang sedang mencari pekerjaan.

12

MENINGKATKAN PERBELANJAAN DALAM NEGARA DENGAN MENGAWAL INFLASI 56. Kami akan mengurus tekanan inflasi dan mengawal anggaran inflasi melalui i) mengalihkan halangan perdagangan untuk meningkatkan penawaran dan pengeluaran dalam negara. mengukuhkan rangkaian agihan dan penawaran. mengurangkan cukai dan duti import bagi input yang digunakan untuk pengeluaran makanan, barangan akhir dan pertanian. mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pengilang yang memanipulasi pasaran untuk memastikan keadilan dalam penetapan harga.

ii) iii)

iv)

57. Penurunan segera harga petrol berdasarkan rancangan yang digariskan, menyelamatkan dana daripada ketirisan dan bayaran besar kepada IPP untuk mengekalkan kapasiti simpanan tinggi yang tidak diperlukan. 58. Kerajaan mesti mengamalkan mekanisme penetapan harga yang memberi lebih tindak balas kepada turun naik harga minyak di pasaran sambil memastikan mereka yang miskin dan terpinggir tidak mendapat kesan yang menyiksakan dari kenaikan mendadak harga petroleum. 59. Berkenaan kawalan harga, wujud keperluan untuk menyemak mekanisme kawalan harga dalam konteks peningkatan kelancaran pasaran serta pengurangan gangguan harga.

DASAR PERSAINGAN KEBANGSAAN
60.Kami mencadangkan Dasar Persaingan Kebangsaan dan akan mengambil langkah untuk mengurangkan ketidakadilan kuasa pasaran yang dikendalikan oleh monopoli ciptaan kerajaan. 61. Pakatan Rakyat percaya dengan pengurangan cukai dan levi lain terhadap sektor perniagaan, dalam persekitaran yang sesuai, akan meningkatkan pelaburan dan mengakibatkan peningkatan kerja. Sebagai tambahan, cadangan Pakatan Rakyat akan berfokus kepada sektor penting untuk memaksimumkan kesan pengecualian cukai terhadap industri strategik bagi pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.

13

i) ii)

Pengecualian cukai untuk mereka yang membuat eksport pada tahap tertentu.

Pengecualian cukai bagi kecekapan guna tenaga dan operasi intensif pekera bagi membantu menyediakan insentif untuk syarikat beralih kepada kaedah pengeluaran yang lebih cekap menggunakan tenaga serta memastikan rakyat tidak kehilangan pekerjaan. 62. Syarikat kecil dan sederhana merupakan 99% dari keseluruhan jumlah syarikat di negara ini. Walau bagaimanapun sumbangan syarikatsyarikat ini melalui cukai kepada negara telah mulai berkurangan akibat negara terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas. 63. Kenaikan kos barangan mentah serta kenaikan harga minyak dan elektrik mengakibatkan banyak syarikat kecil dan sederhana mengalami kesukaran untuk terus bersaing. 64. Untuk menjana semula sektor industri kecil dan sederhana serta membantu syarikat-syarikat di sektor tersebut, yang mana rakan-rakan mereka di negara-negara lain menikmati kelebihan cukai. Oleh itu Pakatan Rakyat mencadangkan kadar cukai diturunkan dari 20% kepada 18%. 65. Tambahan lagi pengecualian cukai hanya dikenakan pada Rm 200 000 dan dicukai sebanyak 12%. Ini bermakna syarikat kecil dan sederhana yang mempunyai pendapatan RM 900 000 akan dikenakan cukai sebanyak 18%. Langkah ini akan memastikan syarikat kecil dan sederhana akan lebih berdaya saing dan menarik banyak syarikat kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan di Malaysia serta mencipta peluang pekerjaan. 66. Apabila kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia 10 tahun lalu, ia berjanji untuk menyokong syarikat yang berstatus MSC. Walau bagaimanapun, kerajaan sebagai pelanggan terbesar dalam perkhidmatan teknologi maklumat, langsung tidak memberi perhatian kepada syarikat-syarikat berstatus MSC. 67. Oleh itu amat penting dalam belanjawan ini, syarikat berstatus MSC diberi keutamaan mendapat tender kerajaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

TADBIR URUS, KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI

14

68. Pakatan Rakyat komited dengan prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan pertanggungjawaban. Kami percaya kerajaan yang wewenang dalam pentadbiran dan membazir dalam mengurus kewangan harus bertanggungjawab. Lebih buruk lagi adalah korupsi dan kronisme yang mengambil tempat dalam pentadbiran BN yang merugikan RM10billion duit rakyat setahun. Untuk mengakhiri amalan ini adalah dengan mengamalkan pentadbiran yang telus. Adalah amat penting belanjawan tahunan yang melebihi Rm150billion diikuti dengan beberapa langkah bagi memastikan dana awam diuruskan dengan baik dan bertanggungjawab. MENGAWAL PERBELANJAAN KERAJAAN DALAM PROJEK MEGA: 69. Dari segi sejarah, kerajaan BN mempunyai rekod buruk dalam pembaziran dan projek mega yang tidak mungkin dapat diwajarkan sekiranya dinilai dengan teliti. Selain daripada projek jambatan bengkok RM1.13 bilion yang dibatalkan, projek kabel bawah laut bernilai RM9 bilion dan kini ada pula cadangan untuk projek internet jalur lebar sebanyak RM15.2 bilion untuk menghubungkan 2.2 juta apa yang dipanggil premis berimpak ekonomi tinggi.

70. Untuk mengelakkan kemungkinan projek mega yang tidak bertanggung jawab ini daripada membebankan orang ramai, Pakatan Rakyat mencadangkan, untuk tahun belanjawan ini dan baki tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, agar kesemua projek mega yang kosnya melebihi RM1 bilion dinilai semula dari segi kebaikan sosioekonomi, kemampuan dan impak yang diingini untu pembangunan nasional dan peluang pekerjaan. Penilaian ini patut dilaksanakan dengan telus dengan penglibatan badan-badan profesional yang bebas dan mempunyai kredibiliti. 71. Kepatuhan kepada standard penjimatan yang tinggi oleh Pakatan Rakyat – bermula dengan projek mega dan kemudian untuk semua projek baru akan menghalang dana awam daripaa dibazirkan atau dirampas oleh kroni politik BN. Ia juga akan membolehkan penjimatan untuk dialirkan kepada program-program yang membawa pulangan lebih besar kepada orang awam.

15

MEREFORMASI SISTEM TENDER AWAM

72. Semua kontrak kerajaan mesti ditender secara terbuka, berdaya saing dan telus sama dengan dasar-dasar yang terbukti berkesan dan telah menyelamatkan jutaan wang pembayar cukai. Untuk mencapai matlamat ini langkah-langkah tersebut perlu dilaksanakan:

a)

Kesemua syarikat yang layak akan diberikan peluang sama rata untuk mendapat kontrak dan projek bekalan kepada kerajaan. Untuk mencegah gangguan kepada sistem semasa, dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan projek atau kontrak bekalan bersaiz lebih RM10 juta pada tahun 2009.

b)

c)

Selaras dengan cabaran yang dibawa oleh globalisasi dan bagi memenuhi komitmen antarabangsa kita kepada pasaran bebas, kesemua tender mestilah dibuat dengan berdaya saing, terbuka dan telus menjelang 2015.

73. Kami mengunjurkan penjimatan kira-kira 10% dengan sistem tender baru dan penjimatan mutlak melebihi RM5 bilion setahun dan turut membawa kepada pembaikan kualiti dengan magnitud yang lebih besar.

MERUNDINGKAN SEMULA KONTRAK YANG TIDAK ADIL

74. Dasar kerajaan Barisan Nasional yang menjamin konsesi tol lebuhraya dan pengeluar tenaga bebas (IPP) keuntungan besar dengan kontrak yang sangat tidak adil adalah kes paling jelas kegagalan kerajaan hari ini untuk melindungi kepentingan awam dengan tujuan memperkayakan sebahagian kecil rakyat Malaysia yang paling kaya dan pemilik perniagaan.

16

75. Kesan dasar-dasar ini semakin dirasai hari ini dengan peningkatan kadar tol dan harga tenaga. Oleh itu adalah penting untuk kerajaan merundingkan semula kontrak-kontrak ini untuk melindungi kepentingan awam.

76. Tidaklah mustahil untuk merundingkan semula jumlah subsidi dan keperluan kapasiti simpanan dan pada masa yang sama memastikan syarikat-syarikat ini dapat secara berterusan memperoleh untung yang munasabah dalam pasaran yang lebih berdaya saing.

KESIMPULAN

17

Belanjawan 2009 yang dibentang oleh kerajaan BN menzahirkan kelangsungan kegagalan polisi yang menyebabkan ketidakcekapan berpanjangan dan pembaziran dana awam berleluasa. Berbillion ringgit telah diperuntukkan untuk belanjawan 2009 tanpa alasan yang kukuh. Tanpa ketelusan dan pertanggungjawaban, berkemungkinan besar berbillion ringgit akan tiris dan mengalir ke dalam poket para kroni atau hilang akibat pembaziran dan ketidakcekapan. .

18

LAMPIRAN Jadual A1. Kedudukan Kewangan Kerajaan Pusat 2005 2009

RM million (Juta)

2005 Revenue Operating expenditure Current balance

2006

2007

2008

2009PR

2009BN

106,304 123,546 139,885 161,558 158,349 176,221 97,744 8,560 107,694 123,084 150,953 130,345 154,170 15,852 35,807 846 34,961 -19,109 -3.3% 16,801 40,564 3,105 37,459 -20,658 -3.2% 10,605 46,258 1,191 45,067 -34,462 -4.8% 28,407 51,736 1,229 50,507 -22,100 -3.0% 22,051 51,730 1,229 50,501 -28,450 -3.6%

Gross development expenditure 30,534 Less: Loan recoveries Net development expenditure Overall balance % of GDP 3,250 27,284 -18,724 -3.6%

19

Jadual B1 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 20052009

RM million (Juta) 2005 Tax revenue Perbelanjaan cukai Direct tax Cukai langsung of which: iaitu Companies Syarikat-syarikat PITA PITA Individuals Persendirian Cooperatives Koperasi Others Lain-lain Indirect tax Cukai tidak langsung of which: iaitu Export duties Duti eksport Import duties Duti import Excise duties Duit Eksais Sales tax Cukai jualan Service tax Cukai perkhidmatan Lain-Lain Non-tax revenue Perbelanjaan bukan cukai 2006 2007 2008 2009PR 2009B N 124,380 92,127 Diff

72,050 48,703

87,863 62,637

95,168 69,396

107,737 77,579

107,849 77,649

-13% -16%

26,381 14,566 8,649 1,193 2,754 23,347

26,477 20,674 10,196 1,428 2,798 25,226

32,149 20,453 11,661 1,395 3,738 25,772

33,325 24,511 14,593 1,417 3,733 30,158

33,000 24,300 15,399 1,450 3,500 30,200

35,780 35,826 15,399 1,480 3,642 32,253

-8% -32% 0% -2% -4% -6%

2,086 3,385 6,828 6,816 2,582 1,968 27,347

2,361 2,678 8,798 6,281 2,685 2,225 32,762

2,322 2,424 8,991 6,642 3,013 2,380 44,717

2,977 2,411 10,369 7,580 3,415 3,406 53,821

3,000 2,100 9,800 7,800 3,500 4,000 50,500

3,032 2,211 11,038 8,059 3,708 4,205 51,841

-1% -5% -11% -3% -6% -5% -3%

20

Total revenue Jumlah Perbelanjaan

99,397

120,625

139,885

161,558

158,349

176,221

-10%

Jadual C3 Perbelanjaan Operasi Kerajaan Persekutuan 2005-2009

RM million (Juta) 2005 Emolument Emolumen/Gaji Debt service charges Hutang dari caj perhidmatan Grants to state governments Geran untuk kerajaan-kerajaan negeri Pensions and gratuities Pencen dan penghargaan Supplies and services Perbekalan dan perkhidmatan Subsidies Subsidi Assets Acquisition Perolehan Aset Grants to statutory bodies Geran untuk badan berkanun Refunds and write-off Pulangan perbelanjaan dan Others Lain-lain Total Jumlah 2006 2007 2008 2009P R 36,500 13,473 4,903 7,279 18,000 29,000 1,800 8,800 890 9,700 130,34 5 2009B N 37,985 13,473 4,903 7,279 26,488 33,799 2,361 13,805 890 13,187 154,17 0 Diff

25,587 11,604 2,614 6,809 17,984 13,387 1,603 8,289 288 9,579 91,298

28,522 12,495 2,851 7,008 20,923 10,112 1,949 9,195 287 14,352 105,37 4

32,587 12,911 3,904 8,251 23,622 10,481 2,532 10,707 1,062 17,027 116,98 6

36,214 13,101 4,402 8,412 25,900 34,103 2,194 13,064 966 12,598 154,17 0

-4% 0% -8% 0% -32% -14% -24% -36% 0% -26% -16%

21

Jadual D4 Perbelanjaan Pembangunan Persekutuan berasasaskan Sektor 2005-2009
RM Million (juta) 2005 Economic services Perkhidmatan ekonomi iaitu of which:
Agriculture and rural development Pertanian dan pembangunan luar bandar

Kerajaan

2006 16,28 3

2007 20,11 6

2008 20,71 8

2009P R 25,256

2009BN

Diff

11,85 1

27,746

-9%

2,881 1,201 6,630 1,481 105 8 10,26 0

3,681 3,791 6,198 2,244 8 12 10,19 4

3,842 4,904 8,500 2,358 105 407 12,89 3

4,414 4,450 7,813 3,131 117 793 15,59 4

3,500 5,000 12,000 3,000 856 900 20,880

3,522 4,303 7,605 3,216 556 8,544 17,794

-1% 16% 58% -7% 54% -89% 17%

Trade and industry Industri dan Perdagangan Transport Pengangkutan Public Utilities Kemudahan Awam Communications Perhubungan/Komunikasi Other Lain-Lain Social services / Servis social of which / iaitu: Education and training Pendidikan dan latihan Health Kesihatan Housing Perumahan Lain-Lain Security Keselamatan General Administration Pentadbiran Awam

4,316 2,352 1,593 1,412 4,133 2,620

5,175 1,297 1,895 1,531 5,781 3,556

6,271 1,496 2,947 2,178 5,702 1,853

8,483 2,247 2,011 2,853 7,032 2,914

11,800 3,080 3,000 3,000 3,500 2,100

10,087 2,308 1,400 3,999 4,073 2,117

17% 33% 114% -25% -14% -1%

22

Total /Jumlah

28,86 4

35,81 4

40,56 4

46,25 8

51,736

51,730

0%

23

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->