You are on page 1of 4

Al Istihsan adalalah salah satu DALIL-DALIL HUKUM SYARA' yg tidak disepakati . Apakah maksud pernyataan ini ?.

Secara ringkasnya Dalil-dalil hukum syara' terbahagi kepada 2 bahagian Dalil-dalil hukum syara'yg disepakati Dalil-dalil hukum syara' yg tidak disepakati Dalil-dalil Hukum syara' yg disepakati bermaksud Jumhur Ulama' menerima dalil-dalil tersebut sebagai sumber rujukan apabila timbulnya masalah baru . Mereka akan merujuk kepada dalil-dalil tersebut . Dalil -dalil hukum syarak yg disepakati ini terbahagi kepada 4 iaitu Al Quran Al Hadis Ijma' Qias Manakala Dalil-dalil hukum syara' yg tidak disepakati bermaksud tidak semua ulama ' menerima dalildalil ini sebagai sumber rujukan apabila timbulnya masalah baru bermaksud sebahagian ulama' menerima dan sebahagiannya menolak . Dalil -dalil ini akan dirujuk sekiranya dalil-dalil hukum syara' yg disepakati itu tidak dapat menyelesaikan masalah yg baru timbul itu . Terbahagi kepada 8 iaitu : Al Istihsan Masolihul Mursalah Al Istishab Sadzu zara i' Qoulu sohabi Sar'u man Qoblana Amalul Ahli Madinah Arfu wal Addah MAKSUD AL ISTIHSAN Bahasa : Menganggap sesuatu sebagai baik Istilah : Menggunakan qias yg tidak nyata dengan meninggalkan qias yg nyata . atau mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum berdasarkan dalil-dalil yg tertentu . Terbahagi kepada 2 bahagian \Menggunakan qias yg tidak nyata dan meninggalkan qias yg nyata Mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum[ 1- Menggunakan qias yg tidak nyata dan meninggalkan qias yg nyata . Apabila sesuatu masalah baru itu timbul para ulama' mujtahidin akan mengqiaskan masalah yg baru itu dengan perkara yg sudah ada di dlm Al Quran . Persamaan masalah baru itu disamakan dengan hukum yg sedia ada di dlm Al Quran itu dari segi persamaan Illahnya .

MASALAH BARU = Dadah yg disalahgunakan HUKUM YG SUDAH ADA DI DLM AL QURAN = Arak PERSAMAAN ILLAH = Apabila di makan /minum /hisap ia akan menghilangkan kewarasan akal HUKUM ASAL YG SEDIA ADA = Arak jelas hukumnya di dlm AlQuran iaitu haram maka dadah pun hukumnya haram Contoh di atas ialah contoh ulama' menggunakan kaedah qias untuk menyelesaikan /mencari hukum bagi masalah baru yg timbul . Cth di atas juga adalah bagaimana seseorang ulama' itu menggunakan qias yg nyata dlm penyelesaian sesuatu masalah. Berlainan dengan Al Istihsan . Dalil hukum syara' ini menggunakan kaedah qias yg tidak nyata akan Illahnya /persamaannya dlm membuat sesuatu penyelesaian masalah yg baru timbul . cth . MASALAH BARU : sisa air yg diminum oleh burung helang HUKUM SEDIA ADA : sisa air yg di minum oleh manusia PERSAMAAN ILLAH : Daging manusia haram di makan begitu juga dengan burung helang HUKUM SEDIA ADA : Sisa air yg di minum manusia adalah halal di minum oleh itu halal meminum sisa air yg di minum oleh burung helang Cth di atas adalah satu contoh bagaimana ulama' menggunakn qias yg tidak nyata ketika hendak menyelesaikan masalah yg baru timbul , dengan mengenepikan qias yg nyata . Sepatutnya mereka menggunakan qias yg nyata untuk menyelesaikan sesuatu masalah yg baru timbul seperti cth di bawah : MASALAH BARU : sisa air yg diminum oleh helang HUKUM SEDIA ADA : Sisa minuman binatang buas PERSAMAAN ILLAH : Daging kedua -dua binatang itu adalah haram di makan HUKUM : oleh kerana sisa air yg di minum oleh bintang buas itu hukumnya haram diminum oleh manusia maka sisa air yg di minum oleh burung helang adalah haram diminum oleh manusia . KESIMPULAN Terdapat 2 hukum yg berbeza di atas pertama sisa burung helang adalah harus dan halal di minum dan yg ke 2 sisa burung helang adalah haram di minum . 2 hukum yg berbeza kesan dr cara hukum itu dikeluarkan . sekiranya kita menggunakan qias yg tidak nyata maka terhasillah hukum sisa itu adalah halal di minum sekiranya kita menggunakan qias yg nyata pula maka terhasillah hukum sisa itu adalah haram. Jadi yg mana satu kita boleh amalkan /gunakan untuk kehidupan kita ,dibawah ini adalah jawapan bagi persolan itu . PENDAPAT ULAMA' Mazhab Hanafi ,Hanbali dan Maliki ,mereka menerima pakai kaedah Istihsan untuk menyelesaikan masalah baru yg timbul . Mereka berhujjah menggunakan Al Istihsan bermakna menggunakan kaedah yg diharuskan oleh syara' Manakala Mazhab As Shafie ,beliau menolak kaedah Al Istihsan sebagai penyelesaian sesuatu masalah yg baru timbul . Hujjah beliau menggunakan Al Istihsan bermakna membuka ruang kepada manusia untuk mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan kehendak manusia itu sendiri .

2- Mengenepikan sesuatu drp dalil /kaedah yg umum . Cth dalil /kaedah yg umum ialah , ketika kita menjalankan jual beli , Islam ada menetapkan dalil/kaedah yg umum untuk diikuti iaitu dlm proses jual beli ada rukunnya . seperti biasa sesuatu rukun di dlm sesuatu amalan ibadah/muamalah dsb mestilah dipatuhi/diikuti ,kegagalan mengikuti peraturan rukun itu akan menyebabkan sesuatu amalan itu tidak sah /batal , adapun rukun jual beli seperti di bawah ini , Penjual dan pembeli Barang Akad Harga Majlis jual beli yg tidak cukup rukun di atas , jual beli itu tidak sah cth Ahmad membeli sebuah jam dinding di kedai jam Abu tetapi jam dinding tersebut tidak wujud di kedai Abu Ahmad ( pembeli ) ,Abu ( penjual) ,harga dan akad sekiranya setuju , tidak wujud jam ( barang ) yg dikehendaki oleh Ahmad , maka jual beli itu tidak sah . Ahmad membayar sejumlah duit tetapi Ahmad tidak menerima ganti duit ( barang) drp Abu ,maka tidak sahlah jual beli tersebut . Ahmad perlu menunggu dlm masa yg ditetapkan untuk mendapatkan barang (jam) yg disukainya itu. Jual beli itu dikenali sebagai jual beli secara tempahan atau di dlm istilah syaraknya Jual As Salam . Kesimpulan drp cth di atas ,sebenarnya jual beli secara tempahan adalah tidak sah di sisi Imam As Syafie . Tetapi menurut kaedah Al Istihsan pada bahagian yg ke 2 ini ,jual beli ini ( secara tempahan ) dikecualikan drp DALIL /KAEDAH YANG UMUM dengan sebab-sebab tertentu . 1- Perkara itu sebenarnya memudahkan penjual kerana barang yg dihasilkan sudah tentu ada pembelinya dan peniaga tidaklah mengalami kerugian , para peniaga tidak perlu menghasilkan semua produk dan kadang kala terdapat produk yg tidak mendapat sambutan drp pembeli .Ini menyebabkan kerugian kepada penjual 2- Ia juga memberi kebaikan kepada pembeli kerana hajat pembeli yg mahukan barang mengikut acuan /selera /minat mereka dapat di tunaikan ,Dlm hal ini pembeli akan merasa puas kerana hajat mereka tertunai . Drp 2 faktor di atas maka jual beli tempahan ini dikecualikan drp dalil /kaedah umum bagi mengelakkan drp 2 faktor di atas. Walaubagaimanapun Imam As Shafie menolak cara ini . JLN PENYELESAIAN Kita rakyat Malaysia yg beragama Islam majoritinya adalah bermazhab As Shafie . Kalau kita lihat di atas Imam As Shafie menolak jual beli secara tempahan ini dan kita sering terlibat dlm perkara ini.Bolehlah dikatakan saban tahun ,apabila tiba sahaja musim perayaan ,khususnya ketika hendak menyambut Hari Raya Aidil Fitri . Cth Tempahan baju, kueh, perabut dan lain-lain semuanya di beli berdasarkan tempahan .

Jalan penyelesaian adalah seperti berikut . 1- Kita masih boleh membuat jual beli secara tempahan ini dengan mengubah sedikit caranya iaitu , ketika menempah sesuatu barang tidak perlulah kita membayar wang kepada penjual dengan alasan barang belum sampai atau belum ada . 2- Bayaran akan di selesaikan apabila pembeli mendapat barang yg di tempah , kalau kita mengikut cara ini ,seolah-olahnya kita telah melakukan jual beli secara biasa sahaja kerana di dalam majlis itu ada penjual ,pembeli ,barang dan harga ,serta akad setelah jual beli itu berlangsung . Dan jual beli secara biasa ini Imam As Shafie mengharuskannya. MASALAH 1- Seekor tupai memakan buah kelapa kemudian ia meninggalkan 3/4 sisa baki buah kelapa itu di atas pokok , Salma yakin bahawa buah itu telah dimakan oleh seekor tupai lalu dia mengambil/memetik buah kelapa itu lalu memakannya Adakah Salma di haruskan memakan buah kelapa tersebut setelah di makan tupai sebahagiannya ? Jawapannya : Salma harus /halal memakan buah kelapa tersebut kerana tupai adalah bintang yg dihalalkan kita memakan dagingnya ,ia berlainan dengan masalah yg terdapat di dlm kaedah Al Istihsan . 2- Seekor kucing menjilat air sirap limau ais di dlm sebuah jug ... kemudian Faiza meminum sisa minuman kucing itu , Apakah hukum Faiza meminum sisa minuman kucing itu ? . Jawapannya : Faiza tidak harus /tidak halal meminum sisa kucing itu sekiranya dia bermazhab As Shafie . Dan Harus /halal sekiranya dia bermazhab Maliki ,Hanbali , Hanafi . 3- Seorang pelajar Tahfidz perempuan telah didatangi haid , tetapi pelajar perempuan itu membaca Al Quran untuk menghafallkannya .Sekiranya dia tidak melakukannya nascaya dia akan ketingalan di dlm hafazannya berbanding pelajar lelaki . Apakah hukum beliau membaca Al Quran di dlm keadaan haid itu ? Jawapannya: Seorang pelajar tahfidz perempuan itu diharuskan membaca dan menghafal Al Quran menurut Mazhab Maliki ,Hanbali dan Hanafi kerana mereka menerima kaedah Al Istihsan iaitu mengecualikan sesuatu dari kaedah umum /dalil umum . Pada kaedah umumnya haram seorang perempuan yg didatangi haid itu membaca dan menghafal Al Quran tetapi perkara ini dikecualikan kerana maslahat yg tertentu dan tidak dapat dielakkan .

You might also like