1

Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh Karangan Berpandu

Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu
© 2009 Hak Cipta Terpelihara

kcloo

© 2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

2

Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh Karangan Berpandu

© 2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

3

Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh Karangan Berpandu

Perhatikan gambar rajah di atas. Beri pendapat anda tentang gambar rajah tersebut. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita. Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah. Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita. Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negaranegara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita. Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.

© 2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

4

Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui. Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersamasama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat. Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah citacita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

© 2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

5

Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh Karangan Berpandu

Kebaikan Berjoging

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi hobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan. Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-faedah mengenai hobi berjoging? Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak bersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapa tidak? Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan badan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita. Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini terjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging sangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi oleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan tekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan berasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk mengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun pusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging merupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi berjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan remaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah. Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?,

© 2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Realitinya. adalah benih”. kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian. menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros. anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. lama-lama menjadi bukit”. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. prinsip “sedikit-sedikit. Ringkasnya. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan. menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Oleh sebab itu. Walakin begitu. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Dengan berbuat demikian. Apabila menabung. Oleh sebab itu. Gunakan masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Dalam marcapada. Anak-anak bagaikan kain putih. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. janganlah kita membazirkan masa. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal. nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna. peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang. pertolongan orang lain tidak diperlukan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.6 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita buat selamalamanya. amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. *** FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik. kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita.

Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya. kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. **** © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta. simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Dengan menabung. Di samping menabung. Daripada perspektif ekonomi. kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. jimat sebelum habis” merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati.7 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Walhasil. Tegasnya. kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. “Ingat sebelum kena.

Kempen “Sekolah Selamat” haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Sebenarnya. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda isyarat “Kurangkan Kelajuan. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Sebenarnya. tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Dengan ini. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Sementara itu. Apabila langkah di atas dapat diambil. Selain itu. Oleh sebab itu. Lebih-lebih lagi. Penyediaan “lintasan zebra” juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Dengan ini. pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Kawasan Sekolah”. keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami nasib yang sama. Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat dan kondusif. ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar ke pejabat. Walau bagaimanapun. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah. terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat. Dari semasa ke semasa. Pihak sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Oleh sebab itu. Cara-cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anakanak belajar yang selamat dan selesa. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar. murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan. Di samping itu. Kesimpulannya. sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara sekolah. keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak.8 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah.

Sementara itu. sudah sampai masanya kita menyelamatkan bumi. keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hujan asid dan penyakit kulit pasti menyerang kita. Oleh sebab sampah sarap dibakar sesuka hati. Oleh itu. Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap daripada kenderaan. kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. keadaan negara yang berjerebu ini amat membahayakan kesihatan rakyat. Pembakaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu berlaku. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Realitinya. Situasi ini bertambah buruk terutamanya di kawasan perindustrian kerana pihak pengilang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Di samping itu. melepaskan pucuk masing-masing. trelar. Kenderaan seperti lori. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan negara-negara jika terpaksa menerima padahnya. sikap masyarakat dikatakan bagai enau di dalam belukar. Natijahnya. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan dengan jalan mudah ini. Selain itu. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. kanak-kanak diserang sesak nafas dan penyakit asma. bas dan banyak lagi mengeluarkan asap karbon monoksida sehingga mencemarkan udara. Selain faktor cuaca. masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga menyebabkan keadaan jerebu terjadi-jadi. Fenomena ini seolah-olah tertaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara.9 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Punca Fenomena Jerebu Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat.

justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. **** Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional Sebagaimana kita sedia maklum. semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal penjagaan alam sekitar. maka tak cinta. Sesal dahulu pendapatan. permainan tradisional seperti congkak. sesal kemudian tidak berguna. gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Oleh itu. permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Dengan langkah proaktif tersebut. permainan tradisional semakin dipandang enteng. permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. guli. setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Oleh itu. Kini. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama. Sebenarnya. Realitinya. rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Jika ditinjau dari sudut sejarah. langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.10 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Kesimpulannya. permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Oleh hal yang demikian. permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. wau. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal.

kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan. saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Yang di luar jangkaan. Sebagai contoh. Kesimpulannya. permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. satu hari nanti. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Yang indahnya. Panjang huraian. kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh. Daripada persepsi cendekiawan. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat. bercerai kita roboh”. permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. minum air”. permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Ayuh kita main congkak! **** Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Natijahnya. tak lekang dek panas. Saya berharap.11 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. antara 200 hingga 250 patah perkataan. Huraikan pendapat anda tentang peranan masyarakat membantu golongan warga tua menjalani kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Kini. pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam. Akhirulkalam. Secara tidak langsung.

kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dicapai sekali gus merealisasikan slogan "rumahku syurgaku jua". merangkap portfolio Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan yang "bahagia" sekali gus memberikan keceriaan kepada golongan tua. Pihak kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan warga tua di tahap yang tinggi acap kali belanjawan negara dibentangkan di Parlimen. Hal ini demikian kerana warga tua memerlukan perhatian daripada setiap pihak. Yang boleh kita lakukan ialah menggembirakan hati dan membahagiakan hidup mereka. Hari warga tua kala ini menjadi lebih bererti apabila pelbagai pihak dalam masyarakat hari ini sanggup memainkan peranan penting untuk membantu warga tua menjalani kehidupan haria yang lebih bermakna sementara menanti panggilan Ilahi. warga tua yang berkeluarga mahupun tidak berpunya apaapa lagi menjadi permata hati pelbagai pihak termasuk kerajaan badan bukan kerajaan. Pengumuman ini membawa seribu harapan dan jutaan ukiran senyuman di bibir warga tua. Badan Bukan Kerajaan di Malaysia juga mempamerkan kesungguhan mereka untuk menghulurkan bantuan dan sokongan hidup kepada warga emas. Dengan berbuat begitu. setiap daripada kita berpeluang melalui hidup pada usia lanjut. terutamanya ke tandas atau sewaktu berjalan-jalan. Dengan semangat ingin membantu dan meringankan beban kehidupan warga emas. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak supaya membantu datuk dan nenek mereka yang tidak bertenaga. warga tua dapat melangsungkan sisa-sisa hidup dengan lebih bermakna dan gembira. Akhirulkalam. setiap daripada kita mampu mengubah kehidupan mereka daripada duka menjadi suka. Hal ini dapat mengelakkan dan menurunkan tahap obesiti dan masalah kesihatan lain yang kian menyerang warga tua akibat pengabaian aspek kesihatan. Mahukah kita melihat warga tua hidup merempat di lorong-lorong kemiskinan? Oleh hal yang demikian. Sebagai penutup bicara. esok hari kita. Ahli masyarakat sentiasa digalakkan supaya menghormati dan mentaati warga tua yang lebih berpengalaman dalam aspek kehidupan. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .12 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Kebajikan warga tua sentiasa menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh ahli masyarakat. badan kebajikan "Tzu Chi" umpamanya membuka lebih seratus buah klinik kebajikan dengan harapan warga tua dapat membuat pemeriksaan doktor secara percuma dan mendapat rawatan serta nasihat doktor yang bertauliah yang memegang pada prinsip "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali". Oleh hal yang demikian. Elaun sara hidup warga emas telah dipertingkatkan seiring kenaikan harga barangan keperluan. masyarakat yang penyayang dan prihatin dapat dilahirkan. Perdana Menteri. ingatlah bahawa hari ini hari mereka. Hal inidemikian kerana masyarakat madani di negara kita tidak pernah diajar menjadi seperti kacang lupakan kulitnya. pendidikan mengapresiasi warga tua haruslah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian. Oleh sebab itu. Apabila luangan masa berkualiti dikongsi bersama warga tua.

13 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .

Malaysia sudah pun berjaya menganjurkan kempen Tahun Melawat Malaysia. banyak pihak berpendapat bahawa langkah yang diambil untuk memajukan industri pelancongan sebelum ini belum sampai tahap berprestij dan kurang efektif. Tahun 2007 sekali lagi dikenali sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan slogan "Malaysia Truly Asia" Keaslian Malaysia sebagai negara Asia yang termaktub dalam lagu tema kempen ini sekali gus membuka mata dan minda seantero dunia. alang-alang menyeluk pekasam. saya yakin bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia akan sukses. Malaysia pasti boleh! Kesimpulannya. Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam usaha memperkembangkan industri pelancongannya. genggam bara api.14 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Sejak 1990-an lagi. Hal ini memang mirip dengan lirik lagu "Malaysia Asia Sebenar" yang dimainkan di corong-corong radio. Malaysia sememangnya nusa bertuah kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab. Penaiktarafan kawasan pelancongan di seluruh negara dengan chalet. rakyat dan kerajaan perlulah mengamalkan prinsip berat sama dipikul. ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelancong. biarlah sampai jadi abu. Sebenarnya. Yang paling penting. Kehidupan flora dan fauna yang terpulihara menjadikan Malaysia kaya dengan destinasi ekopelancongan utama dunia. Kejayaan ini diteruskan sekali demi sekali sehingga kini. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Oleh itu. Oleh sebab itu. Hal ini demikian kerana promosi dan kempen dapat mempercepat langkah kerajaan menguar-uarkan aktiviti Tahun melawat Malaysia ke seluruh pelosok jagatraya. Malaysia yang masih kekurangan dari segi kemudahan pengangkutan yang sistematik perlu ukur baju di badan sendiri sekali gus membuat anjakan paradigma dalam soal pengangkutan awam. Melalui media massa dan jerayawara (aktiviti "road show"). Oleh hal yang demikian. Aspek kebersihan di kawasan pelancongan janganlah dipandang enteng kerana industri pelancongan menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun. hendak seribu daya. kerajaan mestilah menyusun strategi pembangunan dengan menyediakan kemudahan pengangkutan bertaraf lima bintang sebagai pemangkin usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi persinggahan pelancong dari seluruh dunia yang mendambakan keunikan alam semula jadinya. saya yakin Malaysia dapat menarik perhatian pendarmawisata dari segenap sudut dunia. Justifikasinya. Kita mestilah berusaha sehingga nama Malaysia tersohor di seluruh dunia. Rungutan dan luahan ketidakpuasan hati pelancong mestilah diambil kira. Saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah yang sesuai seperti dinyatakan di atas untuk merealisasikan aspirasi negara untuk mencapai pembangunan dalam bidang pelancongan yang bertaraf dunia. tak hendak seribu dalih. hotel dan kemudahan penginapan lain dapat memberi bonus kepada Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan pelancong. Kempen dan usaha mempromosikan Malaysia di persada dunia merupakan rencah utama yang dapat meningkatkan imej negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini. biarlah sampai lengan. sistem pengangkutan yang efisien di sesebuah negara memainkan peranan penting untuk menjana perkembangan industri pelancongan.

Kesimpulannya. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan semangat kejiranan tersebut. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .’ Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat. sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. tugas yang berat menjadi mudah laksana „hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Oleh itu. Tegasnya. maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang sebagaimana dihasratkan dalam matlamat Wawasan 2020. Sekiranya hal ini dapat dilakukan. kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. semangat kejiranan akan melahirkan rasa prihatin dalam kalangan masyarakat. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN Mewujudkan masyarakat bersatu padu Melahirkan masyarakat yang prihatin Mengakrabkan hubungan sesama jiran Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Hari Gawai dan Deepavali. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jiran yang baik ibarat „cubit paha kiri paha kanan pun terasa’ amat sukar ditemui. hubungan antara kaum dan agama juga dapat dieratkan. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab seperti aur dengan tebing. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Selain itu. Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang dialami mereka dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Hari Krismas. semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Selain itu. Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotongroyong. banyak kepentingan yang diperoleh jika kita mengutamakan hubungan yang erat sesama jiran atau mengamalkan semangat kejiranan.15 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat catatan di bawah ini dengan teliti. Tahun Baharu Cina. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu atau mendapatkan pertolongan.‟ Sesungguhnya. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain.

Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti.16 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .

Cina. (HS3) Menyahut seruan kerajaaan. (CTH) Penutup Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (HS1) Ekonomi negara meningkat. (CTH) Mengembara (IU) Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS4) . (HS3) Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara. dan sebagainya. cenderahati.17 RANGKA JAWAPAN CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Pendahuluan Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. (CTH) Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi.Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4) Pusat penjualan batik.Aspek pemakanan. (HS4) Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU) Pada musim perayaan atau hujung minggu. pakaian. (HS2) Membeli barangan buatan tempatan. dan. (HS1) Pelbagai etnik seperti Melayu. dan India. (HP) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . kraf tangan. Isi/fakta Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU) Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. tarian. musim perayaan. (HS3) . (HS1) Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (CDG) Merealisasikan harat murni kerajaan.sebagainya. (HS2) Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS2) Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar.

rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik. jauh perjalanan. Misalnya. dan sebagainya. boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik. Cina. luas pengalaman. ekonomi negara akan meningkat . rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa . Selain itu.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara . Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain. Di samping itu. tarian. secara tidak langsung. dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti yang banyak. pakaian.” Oleh itu. Sesungguhnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang. Tambahan pula. kraf tangan. sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Syurgaku. marilah kita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang “Cemerlang. dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka. Peribahasa Melayu ada menyatakan. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan. Gemilang dan Terbilang. malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . ( 299 patah perkataan) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha “Rumahku. kedai cenderahati.” Dengan itu. India. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi.”. rakyat Malaysia juga. musim perayaan. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan itu. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitu pesat.18 Contoh Jawapan Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian kaum. Pahang. rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memajukan ICT di negara kita.menyediakan syarikat ICT di Malaysia bertaraf dunia(CTH) 2.3-memajukan ICT dalam bidang Pendidikan(IU) .2-Usaha membudayakan ICT kepada masyarakat(IU) .4500 sekolah ada makmal komputer dan 99 ribu unit computer(CTH) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan(HS2) .pertambahan dan perkembangan penggunaan internet purata 77. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.19 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan .tema Hari Guru berkait ICT(HS1) .ICT kita standing negara lain(CTH) .1.maksud ICT (AR) .projek yang mampu memacu ekonomi Negara (HS1) .ICT telah mula berkembang di Negara kita(HS1) .menjelang 2020 pengguna internet menjangkau 2614 juta orang(CTH) .memajukan ICT melalui Koridor Raya Multimedia (MSC)(IU) .pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan memajukan ICT(HS2) Isi / Fakta 2.25%(CTH) .usaha “celik” ICT berjaya(HS1) 2.

menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Teras Strategik (HS2) . Tidak hairanlah tema hari guru tahun 2006 turut berkaitan usaha kerajaan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar dan pendidik iaitu “Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan”. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . MSC ternyata menjadi pemangkin kepada kepada syarikat ICT di Malaysia berdaya saing supaya dapat berkembang sebagai syarikat bertaraf dunia. E-Komuniti. Ternyata penggunaan teknologi maklumat dapat memajukan dan merevolusikan bidang pendidikan negara. Kemajuan penggunaan ICT dalam kalangan penduduk negara ini diwujudkan melalui Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu suatu projek raksasa kerajaan Malaysia untuk memajukan sektor teknologi maklumat.negara akan dianggap maju dalam teknologi maklumat(HS3) 2.usaha ini berdasarkan Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020(HS1) .25% jika dihitung secara kadar purata pertumbuhan. kemajuan ICT atau Industri Teknologi Komunikasi dan Maklumat sudah Negara kita kita sudah boleh dikatakan maju dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Darsawarsa ini. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tahun 2001. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.Dengan ini hasrat kita untuk memperkasakan bidang pendidikan bukan hanya mimpi.kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai keberkesanannya(HS2) Kesimpulan .menggerakkan sector awam dan swasta libatkan 30 projek(CTH) . kemajuan ICT di bawah Majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan Agenda Teras Strategik yang mendorong pembabitan rakyat dan institusi secara efektif dalam kemunculan rangkaian persekitaran global. Selain itu statistik dari suruhanjaya juga menunjukkan perkembangan dan pertambahan penggunaan internet di Malaysia dari tahun 1995-2002 sentiasa meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 77. Penubuhan Koridor Raya Multimedia ibarat enjin yang dapat memacu Malaysia ke arah pencapaian negara maju menjelang 2020 dan menyediakan ICT bertaraf dunia yang komprehensif. Selain itu.berkongsi maklumat melalui sidang video(HS2) . Lima agendanya ialah E-Ekonomi. kemajuan ICT semakin rancak dalam bidang pendidikan. sehingga akhir tahun 2020 dianggarkan pengguna internet di negara ini menjangkau 2614 juta orang.20 . E-Perkhidmatan Awam. Sehingga kini 4500 buah sekolah disediakan makmal komputer dengan 99 ribu unit komputer. setakat ini sebanyak 8120 sekolah dihubungkan dengan kemudahan jalur lebar school-net dan 14 ribu unit televisyen.menjalankan 5 agenda tersendiri(HS1) .dapat memperkasa bidang Pendidikan(HS3) Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 2. Banyak usaha telah dilakukan dalam memajukan ICT negara kita.5-melebarluaskan ICT dengan penyediaan infrastruktur dan utility(IU) . Bukan itu sahaja.pentingnya semua pihak bekerjasama bersedia dalam cabaran ICT Contoh Jawapan Secara ringkas ICT bermaksud maklumat dan teknologi yang disampaikan dari sumber kepada penerima melalui saluran teknologi. Diharap sekolah-sekolah dapat berkongsi maklumat melalui sidang video.rakyat tidak harus lepaskan peluang menyambut ICT . Negara berusaha Meluaskan ICT kepada seluruh masyarakat misalnya kemudahan komputer di Malaysia adalah lebih 65% terutama ditempat kerja dan perumahan. Bukan itu sahaja. Ternyata usaha kita menjadikan masyarakat kita “celik‟ ICT menampakkan kejayaan.kerjasama sektor swasta dan kerajaan(HS2) .4-usaha Majlis IT Negara dalam pembabitan institusi peringkat global(IU) .

kemajuan ICT negara yang memberangsangkan sepatutnya tidak dilepaskan begitu sahaja oleh kita semua dalam merealisasi wawasan 2020. Dengan ini kita mampu menjadikan Malaysia gah maju dalam teknologi maklumat dan bukan dianggap negara dunia ketiga lagi. Konklusinya. Sesungguhnya kita belum boleh mendabik dada kerana cabaran ICT mendatang harus ditempuh oleh semua rakyat Malaysia dengan penuh persediaan kata orang kalau takut dilambung ombak. Kerajaan akan menyediakan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi dan berteknologi memenuhi kehendak masyarakat atau sebuah bandar moden. kerjasama semua pihak penting dalam usaha memajukan lagi ICT di negara kita. janganlah berumah di tepi pantai. Dalam dunia serba kompetatif ini. Setakat ini. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia. PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . pihak kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai agar telekomunikasi berteknologi tinggi dan aplikasi pengguna ICT benar-benar memberangsangkan ekonomi negara di peringkat global. Pembangunan infrastruktur itu merangkumi projek syarikat kerajaan mahupun swasta seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan beberapa syarikat lain seperti Maxis. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.21 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu E-Pembelajaran dan E-Kedaulatan. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Setakat ini STIC berjaya menggerakkan sektor awam dan swasta melaksanakan 30 projek termasuklah Pusat Pertukaran Sumber E-Komuniti. Grid Pembelajaran Kebangsaan. Tegasnya. Celcom. TM Touch dan lain-lain lagi. NITC juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Teras Strategik (STIC) untuk merealisasikan Agenda Teras Strategik. Digi. usaha murni kerajaan melalui Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020 patut dimanfaatkan oleh semua. Dana ICT Komuniti dan SJ2005.

Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. . ke pejabat. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini.Penawaran perkhidmatan lebih baik.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar. Melalui keadah ini.MAS dan Air Asia .mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara .bas baru dan lebih baik 2. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. syarikat pengangkutan akan dapat © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . . Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. ke surau dan ke pasar raya.4 – Perkhidmatan kapal terbang . Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar.2 – Pengangkutan awam bas.mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.0 Isi 2.3 – Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik . Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi.pekej tambang murah . kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio teksi. 2.Jenis pengangkutan awam di Malaysia. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah. 2. luar bandar dan lapangan terbang.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen.Kualiti yang baik menarik minat pengguna. . .gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin. 2.Memberi faedah kepada pengguna.Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju .banyakkan destinasi . Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api. .ramai pengguna mampu mengunakannya 3. Melalui keadah ini.Selain itu.Pengklasan teksi bandar.Peningkatan mutu perkhidmatan.Pengabungan syarikat kecil kepada besar. . Contoh Jawapan Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020. Couseway Link dan Pak May. penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna.0 Pendahuluan .1 – Pengangkutan awam teksi .0 Penutup .bentuk modal besar.sistem bermeter/ sistem radio teksi.Tujuan pembangunan pengangkutan awam. . Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas.Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam. laluan udara dan laut. kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal.Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link.22 RANGKA KARANGAN Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 1.memudahkan/elakkan penyelewengan.

mereka yang ingin ke seberang laut. bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. ramai yang memilih menaiki kereta api. ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . Oleh itu. Untuk itu. Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat.Dengan cara ini. sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Sesungguhnya. syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia. ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini. menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya. kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Untuk perjalanan lebih jauh. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawatpeswat yang baru. katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru. Selain itu. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Sementara itu.23 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara.kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Bidayuh dan sebagainya. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . RANGKA KARANGAN Pendahuluan Malaysia berpotensi sebagai pelancongan menarik (AR) Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik (HS) Mampu menggamit sesiapa sahaja yang datang (HS) Keindahan dan keunikan ini diihat daripada pebagai aspek (AA) Isi / Fakta Alam flora dan fauna yang indah .  Disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan seperti Zapin. Ngajat. Kadazan. . biasanya disajikan oleh hote-hotel atau restoran terkemuka. Inang. tarian dan makanan. Panjang huraian.  Menikmati keenakan masakan tradisi tempatan. antara 200 hingga 250 patah perkataan. Tarian Singa dan Klasik India kepada para pelancong yang mengunjungi Rumah Kampung Budaya di Sarawak.Tinggal di dalam hutan dengan menyewa chale atau khemah  Komposisi kaum yang unik  Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Pencinta alam dapat menikmati.24 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti. bangsa dan agama iaitu Melayu. Cina dan India.  Memiliki keunikan budaya dari segi pakaian.Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin . Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang menarik.Dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan. mengkaji dan mengenali . herba dan serangga.

Malaysia mampu menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini.  Malaysia memiliki destinasi pelancongan menarik  Tanah Tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Keindahan ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Dalam belantara ini dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan yang dijaga dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan. tarian dan keenakan makanan tempatan yang mewarnai kehidupan di Malaysia.  Rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada di Malaysia. Malaysia juga memiliki pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Sesungguhnya. ulik mayang. Malah usaha kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan hutan itu sebagai hutan simpanan iaitu Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin merupakan khazanah yang bernilai bagi para pencinta alam untuk menikmati alam ciptaan-Nya. Hal ini demikian kerana Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik. Keistimewaan tempat pelancongan ini memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .25 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu  Pelancong tidak berasa rugi berkunjung ke Malaysia kerana kaya dengan pelbagai adat dan tradisi. Terdapat juga tempat dan bangunan bersejarah yang harus dilawati bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan pelbagai kaum pasti mengundang rasa ingin datang lagi untuk merasai kelazatan makanan ini. Pulau-pulau yang indah seperti Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Selain itu. Bagi mereka yang berminat pastinya mereka akan tinggal beberapa hari dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Selanjutnya.  Dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. Pelbagai tarian tradisional seperti zapin. klasik India. Mereka pasti berasa kagum dengan keunikan budaya dari segi pakaian. Komposisi kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak sektor pelancongan di negara ini. ngajat dan sebagainya mampu manghiburkan para pelancong yang berkunjung ke kampong Budaya Sarawak dan pastinya akan membawa kenangan manis yang indah dihati pelancong. kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik. Malahan juga memiliki pulau-pulau yang yang indah seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. tarian singa. Para pelancong akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan khas. CONTOH JAWAPAN Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor pelancongan. Alam flora dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para pelancong dari dalam dan luar negara. Antaranya. indah dan menawan. Mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam bahkan berpeluang juga mengenali jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara kita yang memiliki hutan hujan khatulistiwa. inang.  Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana sahaja tempat pelancongan yang berpotensi. para pelancong tidak akan berasa rugi sekiranya berkunjung ke Malaysia kerana terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai adat dan tradisi mereka masing-masing. Pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Jelaslah keindahan alam flora dan fauna mampu meningkatkan industri pelancongan di Negara ini umpama peribahasa sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja memperoleh pendapatan malah nama negara dapat dikenali di peringkat antarabangsa. Penutup  Masyarakat Malaysia harus memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia.

kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Kemudian. tulis sebuah karangan tentang sebab-sebab mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula. Setiap destinasi pelancongan sentiasa dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat Malaysia. Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Hal ini bagi memastikan para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di sini. Bukan itu sahaja. Konklusi. rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada di Malaysia.26 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu para pelancong. Tidak dinafikan lagi bahawa industri pelancongan merupakan serampang dua mata dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan Negara. Jadi. **** Lihat rajah di bawah dengan teliti.

Oleh itu.0     Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Pendahuluan Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh digunakan Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam Masyarakat harus memberi sokongan Banyak faedah akan dinikmati mereka Isi / Fakta  Bilangan sampah-sarap bertambah  kitar semula mengurangkan sampah  membantu mengatasi masalah pencemaran alam  mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap  mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan  nyamuk  kesihatan terjamin Kitar semula barangan kertas  menyelamatkan pokok-pokok  input penting dalam industri penghasilan kertas  dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric kertas  kos barangan kertas menurun  menguntungkan pengguna 2. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang. Justeru.wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak mengalami kerugian Contoh Jawapan Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce. program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat. plastic dan lain-lain.rakyat harus menyahut seruan murni ini . © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . aluminium. Sebenarnya. Reuse dan Recycle” (kurangkan. barangan kaca.Program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Program ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang hebat diperkatakan kini. guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas. kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan sampahsarap setiap hari oleh pengguna.0 Penutup .27 RANGKA JAWAPAN 1. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. minuman ringan  kos pengeluar akan menurun  menyumbang kepada peluang pekerjaan 3.3 Tin-tin aluminium  boleh dikitar semula  mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum  meneruskan proses pengeluar tin-tin. masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Huraikan pendapat anda tentang fungsi hutan di Malaysia. Oleh itu. kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Maka. sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . sudah tentu menguntungkan pengguna. tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat bernilai. Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. “Fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita. program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang semakin hari semakin pupus. untuk menghasilkan satu tan kertas. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.28 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Contohnya. sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Selain barangan kertas. Kesimpulannya. Akhirnya.

pernah berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan hutan bakau yang berleluasa.  Contoh pantai di Bagan Datoh. tadahan air. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . 80 peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembalakan.(HS)  fungsi : ekonomi negara . Contoh : hutan paya gambut bertindak sebagai „sponge‟  mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi kelembapan pada musim kemarau.3 Sumber rekreasi  banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi  dijadikan tempat beristirehat dan jauh daripada kebisingan kota.1 Sumber pendapatan Negara. Contoh : Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah.  akar hutan paya bakau menahan dan menghalang ombak daripada menghakis kawasan pantai.  Kesan menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian  Fungsi tadahan air.  mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.  Manakala semasa musim kemarau pula.  rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai.0 Isi 2.  Kawasan hutan di Kuala Selangor : unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip  pereka landskap : sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota  menyelam sambil minum air  mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi 3.1 Sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah.  Kesan buruk jika tidak dikawal 2.  Pembangunan negara pesat  Misalnya . menghasilkan arang. 2. Peranan kerajaan : Penguatkuasaan undang-undang dengan tegas Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. sistem tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan keseimbangan alam semula jadi. ekosistemnya akan terjejas. bagi hutan paya bakau : daerah Larut Matang di Perak.0 Pendahuluan  bumi yang subur dan iklim tropika (AR)  hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada negara.0      Kesimpulan hutan kepelbagaian fungsi bermanfaat pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan hutan tidak diurus dengan baik. taman rekreasi(AA) 2. berfungsi sebagai penapis air masin.  komoditi utama ialah balak.29 RANGKA JAWAPAN Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 1.

. sistem tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan keseimbangan alam semula jadi. Hasil pembalakan telah membantu menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara kerana pulangan hasilnya yang lumayan. hutan khususnya hutan paya gambut bertindak sebagai „sponge‟ yang mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi kelembapan pada musim kemarau. Kini. Di pantai ini pernah berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan hutan bakau yang berleluasa. tetapi sebenarnya kita telah menggadaikan satu sumber daripada alam yang amat berharga. Harga kayu tropika di pasaran dunia tinggi telah membantu sumber pendapatan Negara. menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara.Selain menjadi habitat flora dan fauna . Salah satu daripada hasil hutan yang dapat dikatogerikan sebagai komoditi utama ialah seperti kayu balak. Contohnya.w. rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat.Namun begitu. Selain itu. Antara beberapa kawasan hutan yang dijadikan kawasan rekreasi . bagi hutan paya bakau yang terdapat di daerah Larut Matang di Perak. sumber hutan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Bagi pereka landskap pula.t bumi yang subur dan iklim tropika yang membolehkan hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada negara. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .Terdapat beberapa pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri telah menebang pokok balak secara keterlaluan. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Oleh yang demikian . Manakala semasa musim kemarau pula. Hutan merupakan antara ekologi yang amat penting dalam membekalkan perkhidmatan alam sekitar.Ekologi paya bakau juga berfungsi sebagai penapis air masin. Oleh yang demikian . Apabila hujan turun . Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan termasuk berfungsi menyimpan atau menjadi sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah. iaitu 80 peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembalakan yang menghasilkan arang. Sumber arang masih lagi mendominasi sistem pengangkutan seperti keretapi. hutan mempunyai kepelbagaian fungsi bermanfaat kepada masyarakat dan sejagat. Kerosakan ekologi hutan ini menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian seterusnya merosakkan tanaman pertanian. Fungsi tadahan air merupakan antara fungsi ekologi kritikal yang dibekalkan oleh sumber hutan selain menguatkan struktur tanah. misalnya Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah. kayu balak ditebang bukan sahaja untuk dijadikan kayu bagi kegunaan tempatan .30 CONTOH JAWAPAN Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Negara kita telah dianugerahkan Allah s.mereka boleh menyelam sambil minum air iaitu mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi Hakikatnya. Kawasan hutan di Kuala Selangor juga merupakan kawasan rekreasi eko yang unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip yang mengeluarkan kerlipan cahaya. ekosistemnya akan terjejas. penebangannya memerlukan pemerhatian dan pengawasan serius daripada pihak berkuasa. hutan juga membekal pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar penting yang kurang kita sedari. Selain itu . Misalnya . pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan. walaupun kita amat berbangga dengan perkembangan tersebut.Sekiranya hutan tidak diurus dengan baik. Ini akan membawa kesan buruk kepada negera jika tidak dikawal.Contoh kejadian yang berlaku di pantai Bagan Datoh. hutan berfungsi sebagai sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi atau pelancongan eko . Pennguatkuasaan undang-undang dengan tegas dan berkesan meupakan langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota . akar hutan paya bakau yang berperanan menahan dan menghalang ombak laut daripada berterusan menghakis kawasan pantai.Kini banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi untuk dijadikan tempat beristirahat dan jauh daripada kebisingan kota. Peranan kerajaan amat penting dalam hal ini. Dengan kata lain . tetapi juga dieksport ke luar negara .

menambahkan pengalaman dan pengetahuan.persatuan dan kelab. RANGKA KARANGAN 1.  Aktiviti kerohanian dapat mengisi jiwa © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar.1 peranan pihak sekolah  guru perlu bertindak tegas  ibu bapa menyokong pihak sekolah  memberikan amaran sehingga dibuang sekolah  menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain 2. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.2 penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum  menghindari pelajar melakukan salah laku  membentuk semangat jati diri. memanfaatkan masa.  Aktiviti kokurikulum unit beruniform.0 Pendahuluan  Disiplin pelajar kian meruncing  Pelajar yang melakukan vandalisme dan terlibat dengan gangsterisme  Terdapat beberapa cara mengatasi masalah disiplin 2.31 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti.0 Isi /Fakta 2.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini dapat membentuk semangat jati diri. Pelajar perlu menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat negatif. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .0 Penutup  Kesimpulannya kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan perbuatan salah. Aktiviti kokurikulum ini termasuklah unit beruniform. Antara masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme dan gangsterisme. Guru-guru perlulah mengambil tindakan tegas iaitu tindakan secara berperingkat daripada amaran sehinggalah dibuang sekolah. Pelajar juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan sebaya.32 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 2. Hukuman yang dijatuhkan kepada para pelajar perlulah disokong oleh ibu bapa. Oleh itu. Pelbagai langkah perlu diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa. walaupun tidak terkena minyak wangi. oleh itu pelajar mempunyai panduan hidup seterusnya tidak mudah terpesong untuk melakukan salah laku. penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk menghindari pelajar melakukan salah laku. Tindakan sebegini bukanlah untuk menggelapkan masa depan pelajar tetapi adalah cara terbaik supaya tindakan ini menjadi contoh dan tidak diulangi oleh pelajar lain. Kesimpulannya. kawan yang baik pula umpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Zaman remaja hanya sekali. Seperti kata-kata seorang ilmuan “kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi. dan aktiviti kerohaniah. persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah. sekurang-kurangnya kita akan mendapat wangiannya. Hal ini demikian kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian seseorang. sekiranya remaja tersilap langkah ia tidak akan berulang lagi. mematuhi agama. dan memanfaatkan masa. Aktiviti kerohaniah dapat mengisi jiwa pelajar. Salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ialah mendidik mereka di sekolah dan di sini peranan guru amat penting. menambahkan pengalaman. pelajar perlu menilai antara yang baik dengan yang buruk. Tidak ada ruginya para pelajar berkawan dengan orang yang sedemikian. CONTOH JAWAPAN Disiplin pelajar dewasa ini kian meruncing. walaupun tidak kena apinya. mematuhi agama dan menghormati orang tua.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. kita perlulah kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan perbuatan salah. Kedua-dua masalah ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah lama dibincangkan dan kegiatan ini semakin berleluasa. pengetahuan. pelajar digalakkan untuk mencari kawan yang berminat terhadap pelajaran. dan menghormati orang tua. Selain itu.” Justeru. Ingatlah “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. sekurang-kurangnya kita terkena asapnya.3 berhati-hati memilih rakan sebaya  rakan adalah pengaruh besar  menilai antara yang baik dengan yang buruk  mencari kawan yang berminat dengan pelajaran.  Menjauhkan diri dengan kawan yang bersikap negatif 3.

membolehkan negara bersaing dalam penciptaan ubat demi kesejahteraan masyarakat Penutup .mencari atau menghasilkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit . Huraikan pendapat anda tentang peranan sektor pekerjaan di dalam gambar tersebut terhadap pembangunan negara. tanpa memilih pekerjaan.  Oleh itu. manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan itu dan pekerjaan itu pula mampu memberi peranan yang bermakna untuk pembangunan negara.1 mengembangkan daya kreatif yang dimiliki oleh seseorang pekerja  melahirkan pekerja yang berinovasi dan berdaya cipta  memperkenal dan dapat mempromosi negara melalui pemasaran produk batik ke luar negara  Mengembangkan ekonomi negara  dapat menyumbang ke arah perkembangan teknologi negara  dapat memperkenalkan ciptaan teknologi yang baru  meluaskan sektor penyelidikan negara untuk mencipta sesuatu yang baru  menghalang sebarang teknologi maklumat yang salah  dapat menyumbang dalam bidang perubatan negara . Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.menjalankan penyelidikan ke atas sesuatu penyakit .33 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti.0 Pendahuluan  Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat.semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi dapat ditingkatkan demi kemajuan negara (HP) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Isi-isi penting 2. Rangka Karangan 1.pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada masyarakat(CDGN) .

Semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi negara dapat dipertingkat demi mencapai negara maju menjelang tahun 2020.mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu berusaha mencipta ubat yang boleh menghalang virus ini.Bidang ini dapat melahirkan pekerja yang inovatif yang sememangnya diperlukan oleh negara. Sebagai contoh. Antara pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara adalah dalam industri kraftangan seperti membuat batik.Melalui pekerjaan ini dapat mengembangkan daya kreatif seseorang pekerja. Oleh itu. Oleh itu.Kerjaya ini juga mampu meluaskan sektor penyelidikan untuk mencipta teknologi baru. juruanalisa sistem juga dapat memberikan peluang kepada negara kita untuk bersaing dalam teknologi maklumat. ekonomi negara juga akan terus berkembang.kerajaan perlulah memyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk semua golongan sama ada pekerjaan itu profesional atau tidak.beg.34 CONTOH JAWAPAN Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat dan ia melambangkan status kejayaan seseorang individu berkenaan. tanpa memilih pekerjaan. Ahli farmasi juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan negara dalam bidang perubatan.Pekerjaan yang diceburi itu dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara. Kejayaan mereka dalam mencari penawar terhadap penyakit ini akan dapat mengharumkan nama negara di mata dunia dan ini memberi peluang kepada kita untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju dalam sektor perubatan. Melalui pekerjaan ini kita dapat mengesan dan menghalang penyebaran maklumat yang salah kepada masyarakat. Selain itu. Ia juga dapat memperkenal teknologi baru kepada sektor lain untuk membangunkan lagi negara. Melalui pekerjaan ini juga dapat mempromosi dan memperkenal negara ke mata dunia dengan produk keluaran industri ini seperti batik sutera.Contohnya dewasa ini pelbagai penyakit telah melanda seperti yang terbaru penyakit selsema burung yang boleh meragut nyawa. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan. Peranan sektor ini adalah untuk mencari atau menghasilkan pelbagai jenis ubat yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit yang berbahaya demi kesejahteraan masyarakat di negara kita. Di samping itu.alas meja dan lain-lain lagi. bidang ini dapat menyumbang kepada perkembangan sistem-sistem baru yang boleh mempercepat dan mempermudah segala kerja yang dilakukan. Justeru.

0 Pendahuluan  sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan  dapat menyumbang kea rah ekonomi Negara  pelbagai usaha dapat dijalankan 2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi .salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian .0 Isi/Fakta 2.  dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang banyak. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.35 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . RANGKA KARANGAN 1.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh Menteri Pertanian Dato‟ Effendi Nawawi  memberi dimensi baru dalam sektor pertanian  TKPM dianggap sebagai serampang dua mata  Dapat meningkatkan pendapatan Negara  Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian 2.dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan  contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan sektor pertanian.

Konklusinya. ceramah dan kursus kepada pengusaha-pengusha sektor pertanian. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata kerajaan kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor pertanian seperti petani dan peniaga. Pihak swasta boleh melakukan pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian.0 Penutup . Bioteknologi yang melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan.3 kerjasama daripada pihak swasta . Bak kata pepatah “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”. pelbagai usaha telah dijalankan. Dalam era globalisasi.  melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin  menceburi bidang pertanian.36 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 2. maka tidak perlulah kita bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport makanan. bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai bioteknologi telah menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian.Melalui pelaksanaan yang efektif. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam sektor pertanian. Galakan sebegini tentunya mampu menarik anak-anak muda agar melibatkan diri dalam sektor yang memberi pulangan lumayan kepada mereka.Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian. semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian Negara ibarat kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu kerajaan telah menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang memberi pelbagai kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek pemasaran. Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri Pertanian iaitu Dato‟ Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi baru dalam sektor pertanian.melalui pendidikan amali. ceramah dan kursus kepada Pengusaha-pengusaha baru. Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengelakkan wang negara mengalir ke luar Negara. CONTOH JAWAPAN Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi perhatian kerana sektor pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. sudah tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui teknik pengklonan seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan kemajuan sektor pertanian. Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa. Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan sektor pertanian melalui pendidikan amali.  dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam sektor pertanian 3. negara kita yang beriklim khatulistiwa pastinya sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Projek TKPM juga merupakan transformasi terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan dalam kuantiti yang banyak.

ikan. PENJAGAAN KESIHATAN RANGKA KARANGAN 1. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2)  Penyakit jantung.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU)  Makanan seperti sayur-sayuran.  Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjaga kesihatan  Sikap mengambil berat tentang kesihatan perlu diamalkan demi kesejahteraan hidup 2. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. daging dan buah-buahan dapat menjamin kesihatan (HS1)  Elakkan makanan yang berlemak.0 Isi / fakta 2.37 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti.0 Pendahuluan  Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia.

3 Rehat dan tidur yang cukup  Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU)  Dengan bersenam. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan sendiri seperti cogan kata “Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”. bersukan. ikan.(HS2)  Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman. semua otot akan bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. (HS2) 3. buah-buahan. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup.0 Penutup  Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan. Akhirnya. Sebagai rumusan. dan berekreasi secara konsisten. (HS1)  Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik. kencing manis dan darah tinggi. Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada rakyat. maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik. kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. dan sebagainya dapat menjamin kesihatan. sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik. malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit.(CTH) 2.  Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktivitiaktiviti rekreasi serta bersukan.(HS1)  Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di pejabat atau sekolah. daging.  Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. (280 patah perkataan) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . CONTOH JAWAPAN Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan radio. tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman. Selain itu.38 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 2. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit jantung. mudah berasa letih dan senang jatuh sakit (CTH). Justeru. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran.

Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. berkhemah.0 2. (AR) Berjogging.1    Pendahuluan Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. Aktiviti Beriadah 1. melancarkan perjalanan darah. mudah dan murah (HS2) Penyakit seperti kencing manis.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU)  Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1)  Kemurungan. darah tinggi. angin ahmar dapat dielakkan ( HS3) 2. memancing dan menunggang kuda (AS) Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA) Isi / fakta Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU) Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1) Jogging aktiviti yang terbaik. meningkatkan kadar denyutan jantung (HS3) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .39 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti.0    2. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti beriadah. perasaan marah akan timbul (HS2)  Riadah dapat membakar lemak.

Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawankawan. darah tinggi. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan. beriadah. berkhemah. dan menunggang kuda. dan menunggang kuda. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. melancarkan aliran darah. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjungpengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging.Amalkan gaya hidup sihat (CDG) . serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. amalan gaya hidup sihat seperti bersukan. dan sebagainya patut diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat meneruskan hidup dengan gembira dan dijauhi daripada pelbagai penyakit. Kita mungkin akan murung. serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Menurut pakar kesihatan. memancing. di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjungpengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung.3 - Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU) boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1) ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2) hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3) dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4) 3. kerap marah dan sebagainya. kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. berkhemah. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Aktiviti riadah membawa banyak faedah kepada masyarakat.0 Penutup . Menyedari hakikat ini. memancing. meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum. maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan.40 2.Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP) Contoh Karangan Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik. mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita. Menyedari hakikat ini. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Tuntasnya. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit.

Huraikan pendapat anda tentang kesan buruk bencana alam. mata pencarian penduduk terjejas. kawasan rendah ditenggelami air.(IU) banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1) kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak untuk membina kemudahan baru/membantu mangsa yang terlibat.(CTH) mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja harian. ekonomi negara terbantut. gempa bumi (CTH)  Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara. (HS2)  Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH)  Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok tumbang atau ditimpa oleh bangunan. Kelantan dan beberapa buah kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember.(HS1) banjir besar berlaku di Terengganu.(HS2) Kerajaan perlu menyediakan pakaian.0 Penutup bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua orang. dan sebagainya.HS2) 3.41 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti. (CTH) Ekonomi negara terjejas/ terbantut. tanaman musnah. ribut taufan. apabila negara ditimpa bencana alam.(CTH) Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian. bencana alam memusnahkan harta benda.(AR)  Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(IU) hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari.(AS)  Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami. ubat-ubatan.(AA) Isi/fakta  Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU)  malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia (HS1)  Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bencana Alam Pendahuluan  satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(ulasan) semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini (cadangan) bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” /‟malang tidak berbau (HP) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .

semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Selatan India. Di samping itu. Kesimpulannya. tanaman musnah. tempat tinggal. kerana “malang tidak berbau. dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember setiap tahun. Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh. Contohnya. manakala banyak mangsa yang mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko yang tumbang. selimau. mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana alam berlaku secara tibatiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia. Akhirnya. kemarau panjang. kawasan rendah akan ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan. Oleh itu. Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh kemarau panjang pada setiap tahun. mata pencarian penduduk terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka. gempa bumi.42 Contoh Jawapan Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak dapat diramalkan. ubat-ubatan. Selain itu. ribut taufan. kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti menyediakan bekalan makanan. apabila sesebuah ditimpa bencana alam. dan Sri Lanka.” (300 patah perkataan) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . banjir. Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Apabila banjir besar berlaku. dan banyak lagi. maka ekonomi negara itu terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan baru. apabila hujan turun dengan lebat selama beberapa hari. Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya. bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua orang. dan sebagainya. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah tsunami. Terengganu. akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak..

Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran air. Di samping itu. Bahan buangan tersebut merupakan bahan buangan industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan. hakisan . marilah kita membincangkan puncapunca pencemaran air ini berlaku. Akibatnya air sungai menjadi busuk dan tidak dapat mengalir dengan deras. Tumpahan minyak oleh kapal yang belayar di laut sememangnya amat membimbangkan semua pihak. Antara sungai-sungai yang telah didapati tercemar ialah Sungai Juru. Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca daripada bahan buangan industri. buangan ternakan dan domestik serta kerja tanah dan pembukaan tanah. Keindahan dan sifat semula jadi air khususnya sungai ini akan terjejas. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.43 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati. Pencemaran Air Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan nadi kepada pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Air sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta akan mengeluarkan bau yang busuk. kepesatan pembangunan menyumbang kepada pencemaran sungai. dan sebagainya akan berlaku. Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah yang tidak berdisplin ke dalam sungai membawa kepada pencemaran sungai tersebut. Sungai Muar. apakah yang akan terjadi sekiranya semua sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu . Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai kerana ingin mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang yang tidak bertanggunjawab mengambil jalan mudah dengan melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Malahan sungai-sungai yang telah tercemar akan mengakibatkan berlakunya kejadian banjir. Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat pengusaha ternakan binatang membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai. Kualiti air sungai merosot disebabkan oleh pembuangan bahan terbuang ini. Sungai Kelang. dan sebagainya. Selain itu. Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang kepada pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain ke dalam sungai.Persoalannya.

1 Sambutan Perayaan Aidilfitri  Diraikan oleh orang Melayu yang beragama Islam(IU)  Berpuasa dahulu dan ada ibadat sembahyang terawih(HS 1)  Bayar zakat sebelum 1 syawal (HS 2) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Konklusinya. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing. Hargailah sungai kita kerana sumber sungai air tidak dapat diganti. Tindakan tidak bertanggunjawab pihak-pihak tertentu menyebabkan kualiti air yang menjadi sumber air minuman. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.0.44 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu mengelakkan kegiatan mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Isi/fakta 2. RANGKA KARANGAN 1. semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara kebersihan sungai kerana sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong sebagai tempat bersantai. **** Lihat gambar dibawah dengan teliti.0 Pendahuluan  Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR)  Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS)  Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS) 2.

Sambutan Perayaan Deepavali  Disambut masyarakat India yang beragama Hindu pada bulan Oktober dan November (IU)  Maksud Deepavali „sebarisan pelita‟ untuk kecerahan mengatasi kegelapan.4 Perayaan Tadau Keamatan  Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan selepas musim menuai padi (IU)  Perayaan disambut selama dua malam dengan di dahului upacara magavau oleh „bobohigan‟ (HS1)  Pada malan kedua beras yang diperam diberikan pada „bobohigan‟ sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan (HS 2)  Tetamu dihiburkan dengan tarian „Sumazau‟ dan Megalang” (HS 3)  Tetamu diberikan air tapai (HS 4) 2.00 malam upacara minum air pengayu di lakukan dengan harapan panjang umur.(CTH)  Berkumpul pada malam tahun baru bersama keluarga dan memberi angpau (HS 2)  Perayaan Chap Goh Mei sebagai oenutup perayaan (HS 3) 2.00 pagi tuai rumah akan menghantar piring persembahan ke tiang pengingat yang digunakan untuk mendirikan rumah (HS 4) Penutup  Sambutan perayaan setiap kaum disambut dengan meriah  Kerajaan boleh anjurkan sambutan perayaan perdana agar  Semua kaum boleh merayakannya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat dicapai © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .3.5 Perayaan Gawai Dayak  Disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada I Jun setiap tahun (IU)  Kuih muih tradisional dari tepung beras. sihat dan makmur (HS 3)  Pada pagi 1 Jun jam 7.45 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu  Umat Islam bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung (HS 3)  Rumah terbuka untuk tetamu datang berkunjung (HS 4) 2. Sambutan Tahun Baru China  Disambut oleh masyarakat China menandakan kedatangan tahun baru (IU)  Percaya pada 12 binatang yang menaungi calendar (HS 1)  Tahun tikus.2. gula dan santan di sediakan serta tuak sebagai sajian utama (HS 1)  Tuai Gawai memulakan sambutan dengan upacara „miring‟ di beranda rumah panjang (HS 2)  Pada jam 12. monyet. ayam jantan. lembu dan……. kebaikanmengatasi kejahatan dsb…(HS 1)  Menyucikan badan dengan minyak dan mandi (HS 2)  Sembahyang dikuil atau dirumah dan mengunjugi ahli keluarga (HS 3)  Melukis „rangoli‟ (tepung beras yang berwarna warni) di hadapan rumah (HS 4) 2.

Pemberian „angpau‟ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. „rangoli‟ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah. lembu. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. sihat dan makmur. gula dan santan disediakan. anjing dan babi. keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berurut-turut. ayam jantan. Selepas bersembahyang. Rumah terbuka juga diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. kambing. Di pagi hari. kuda. perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.46 Karangan Contoh Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan tersendiri malah mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut. Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu. Pada jam 12. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Bagi perayaan Tahun Baru China pula. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. harimau. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Tuai Gawai memulakan upacara „miring‟ ini diruai (beranda) rumah panjang. Pada malam kedua. naga. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan sambutan Perdana untuk setiap perayaan ini bagi © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Deepavali bermaksud „sebarisan pelita‟. pada bulan gelap dalam bulan Oktober dan November. Dikebanyakan rumah. mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. kebaikan mengatasi kejahatan. Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur. ular. tepat jam 7. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian „Sumazau‟ dan „Megalang‟ sambil meminum air tapai. Malam pertama diadakan upacara „magavau‟ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh „bobohigan‟ dan beberapa orang pembantunya. Untuk menyambut Tadau Keamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Ibadat zakat fitrah pula wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dirayakan. masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada Jun setiap tahun. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Pada pagi 1 hb Jun. Kesimpulannya. Dengan memasang pelita. arnab. tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. monyet. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.00 pagi. Setiap kaum akan saling menghormati budaya kaum yang lain malahan telah menjadi kebiasaan pada rakyat Malaysia akan turut sama menyertai sambutan adat dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak melanggar tatasusila dan agama masing-masing. Orang Cina percaya pada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. upacara „habot‟ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran dengan umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut dengan meriah pada setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia bebas mengamalkan budaya masingmasing.

(cth) Isi/Fakta 2. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti.  Udara kotor dan beracun terbebas ke udara © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .47 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu membolehkan rakyat sama-sama menyertainya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat di capai.Pembakaran bahan api kilang  pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian  pengusaha kilang tidak memasang alat penapis untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang.1. Pencemaran Udara Pendahuluan  cuaca berjerebu kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan(AR)  mewujudkan keadaan tidak selesa(cth)  menjejaskan kesihatan khususnya yang menghidap penyakit tertentu. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

sektor industri berkembang pesat di negara kita. Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian.Pertambahan jumlah kenderaan . Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai orang mampu memiliki kenderaan sendiri. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang memang dikenalpasti.asapmengandungi karbon monoksida mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan 2. Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat penapis yang cukup berkesan untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang mereka. Mereka mahu melupuskan sisa buangan secara mudah dan murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. dan Ipoh. Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya mementingkan diri sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing.peningkatan taraf hidup menyebabkan ramai yang mampu memiliki kenderaan . Sebagai sebuah negara yang sedang membangun.kenderaan menggunakan petroleum tanpa plmbum atau diesel .2. Walau bagaimanapun. Bersama-samalah kita menghindari pencemaran udara dan menghargai alam sekitar. Kesedaran perlu ada dalam diri individu untuk menjaga kualiti udara di negara kita. Selain itu.mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah .Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif CONTOH JAWAPAN Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan gaya hidup sihat. Johor Bahru. pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi kualiti udara di negara kita. hingga menyebabkan udara yang kotor dan beracun terbebas ke udara. Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan kualiti udara. dan bas yang sudah uzur serta tidak diselenggarakan dengan baik. seperti lori.3 Pembakaran terbuka . masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Situasi ini bertambah buruk jika kenderaan menggunakan petroleum tanpa plumbum ataupun menggunakan diesel.48 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu 2. Tuntasnya.petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok kemudian membakarnya secara terbuka . Asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut yang mengandungi karbon monoksida bukan sahaja mencemarkan udara tetapi boleh menjejaskan kesihatan seseorang. terutamanya di bandar dan kawasan perindustrian. Sebagai contoh ada dalam kalangan petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok. Kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. kemudian membersihkan kawasan dengan membakarnya secara terbuka. treller. (317 patah perkataan) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . kemerosotan kualiti udara di negara kita kini kian meruncing .berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal Kesimpulannya . Setiap kenderaan yang bergerak akan mengeluarkan asap dan bayangkan betapa buruknya keadaan sekitarnya. mereka akan menyaksikan cuaca yang berjerebu sehingga kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan. Bagi individu yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Keadaan semakin buruk jika kenderaan tersebut merupakan kenderaan berat. Asap tersebut kelihatan berwarna biru kehitam-hitaman dan berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya.

bangunan Sultan Abdul Samad. Kota A Famosa.(HS)  menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi para pelancong.(R) 2.(HS) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .(HS) generasi muda diingatkan tentang sejarah perjuangan nasionalis untuk memerdekakan negara.Bangunan bersejarah mempunyai nilai ekonomi tersendiri. Huraikan pendapat anda tentang perlunya bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara.(CTH)  Oleh itu bangunan besejarah penting untuk memupuk semangat patriotisme.(R) Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.(IU) untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.3.(HS).(CTH) Dapat melihat kesan sejarah dengan lebih dekat.(AR) dibina sejak zaman penjajahan (HS) Kota A Famosa. (IU)  untuk perkembangan sektor pelancongan.(AA) 2. Dapat menambah ilmu pengetahuan. (CTH) bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara. Fort Cornwallis.(HS)  Kota Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan.49 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kota Margherita.(IU) bangunan besejarah memberi gambaran tentang sejarah negara Kota A Famosa dan bangunan Stadthuys – mengingatkan kita sejarah Melaka.0         Isi (sebab-sebab ) Generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah dengan lebih berkesan.0 Pendahuluan Negara kita banyak mempunyai bangunan bersejarah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan 1. Kota Cornwallis – mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kerajaan Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan.

Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan Negara.50 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu  kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk menjadi tarikan para pelancong (HS)  Bangunan Sultan Abdul samad di Kuala Lumpur perlu dikekalkan kerana kaya dengan unsur seni. pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. genrasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai keadan tamadun pada zaman silam. Antaranya ialah kota A Famosa. Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu.(CTH)  dapat menjana pendapatan negara. Dalam konteks ini. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri. Selain itu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh Negara. bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda . terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Mlelayu tersohor pada zamannya. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19. khasnya untuk perkembangan sektor pelancongan. Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak ternilai harganya. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah. Hal ini kerana para pelancong . Di Melaka misalnya. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Kesimpulannya. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak daripada sektor pelancongan. Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-lain. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara. bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa mereka bercuti di sini. usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Fort Conrwallis.(R) Penutup  perlu dipelihara  jika rosak perlu dibaiki segera  menjadi khazanan bangsa yang penting  untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang CONTOH KARANGAN Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Hal ini kerana bangunan bersejarah ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan generasi akan datang. Kota Margherita.

Panjang karangan hendaklah tidak lebih daripada 200 hingga 250 patah perkataan sahaja. Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar Pendahuluan -masalah kesesakan lalu lintas menjadi rungutan warga kota(AR) -membuang masa.pertambahan bilangan kenderaan persendirian(HS2) -sistem jalan raya yang tidak bersistematik(HS3) -bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta(HS4) -tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta(HS5) –kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempatkerja(IU) -mengehadkan kemasukan kenderaan ke bandar(HS1) -mengatasi pencemaran udara akibat karbon monoksida(Cth) -berkongsi kereta boleh menjimatkan wang dan mengekalkan keadaan kereta mereka tidak selalu rosak(HS1) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar. komuter(Cth) -untuk waktu puncak ke kawasan bandar (HS1) . LRT. dan tenaga(Cth) -berpunca pertambahan bilangan kenderaan persendirian yang mendadak(AR) -bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta(Cth) -tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta serta pusat-pusat perniagaan (Cth)) Isi/Fakta : Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar 2.1-kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaaan awam untuk ke bandar(IU) -Sediakan kemudahan awam yang lengkap-teksi. wang. jadual perjalanan monorel.51 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti.

52 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu . Oleh sebab kesesakan sering berlaku pada waktu puncak. Memang tidak dapat dinafikan negara kita sedang pesat membangun. jalan raya yang mempunyai empat lorong hendaklah diperbanyak. menepati waktu perjalanan dan agak selesa. Kerajaan perlu mengemaskini sistem pengangkutan awam yang sangat diperlukan tercanggih. wang. Seterusnya. bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta dan tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta dan sebagainya. mereka dapat menjimatkan wang dan juga dapat mengekalkan keadaan kereta supaya tidak selalu rosak.ramai yang tidak menyahut seruan kempen untuk memudahkan diri ke sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain. pihak kerajaan hendaklah menyediakan kemudahan awam yang lengkap seperti teksi yang cukup. berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan persendirian. cepat. 2. Namun begitu. komuter dan sebagainya. pihak kerajaan hendaklah menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempat kerja. kenderaan-kenderaan berat hendaklah dilarang daripada memasuki kawasan bandar. ia mungkin akan menyebabkan pelbagai masalah lain yang lebih rumit antaranya pembaziran dari segi masa. Hal ini bukan sahaja dapat mengehadkan kemasukan kenderaan di kawasan bandar. tetapi dalam keghairahan pembangunan negara kita ini. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan adalah hendaklah menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam untuk masuk ke kawasan bandar. Bagi mereka yang berkongsi kereta pula. pantas. (300 patah perkataan) © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . ada juga antara mereka yang tidak menyahut kempen-kempen sebegini kerana meraka lebih gemar berkenderaan sendiri bagi memudahkan mereka pergi ke destinasi-destinasi tertentu tanpa menyusahkan orang lain. kempen berkongsi kereta. LRT. jadual perjalanan monorel.3-Kerajaan perlu perlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang keluar dan masuk ke bandar(IU) -dapat menampung jumlah kenderaaan -jalan raya mempunyai empat lorong diperbanyak. dan tenaga. pihak kerajaan hendaklah memastikan jalan raya di negara kita bebas daripada kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh. Sistem jalan raya yang bersistematik. pihak kerajaan hendaklah memperlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang masuk dan keluar dari bandar. Hal ini bertujuan supaya jalan raya dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak dan aliran keluar kereta dengan lebih cepat. Selain itu. Penyediaan ini adalah perlu terutamanya pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi. Untuk itu. masuk kerja dan pada waktu petang iaitu waktu pulang dari kerja. dan sebagainya hendaklah dilaksanakan. Kesimpulannya. Contoh kenderaan yang amat sesuai adalah monorel. LRT dan komuter. Jika masalah ini tidak dibendung. sistem jalan raya yang tidak bersistematik. malah dapat mengatasi masalah pencemaran udara akibat pembebasan asap dan karbon monoksida daripada kenderaan.(Cth) Penutup -pihak kerajaan perlu memastikan jalan raya bebas dari kesesakan jalan lalu lintas(IU) -sistem jalan raya yang bersistematik(cth) -kempen berkongsi kereta(Cth) -ibu pejabat awam dan swasta yang berada di pusat bandar perlu dipindahkan ke kawasan luar bandar(Cth) CONTOH KARANGAN Masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar merupakan suatu fenomena yag menjadi rungutan warga kota sekarang.

© 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Mereka sering terikut-ikut dengan trend yang mekar dalam situasi kehidupan moden dan canggih.Oleh yang demikian suatu mekanisme perlu direka bagi mengembalikan semula sikap dan pekerti yang menjadi tunjang kepada masyarakat berilmu dan bermaruah. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Sekiranya mereka tidak mengikut aliran kelompok terbesar.masyarakat dan negara.punca timbul isu remaja kini untuk membendung daripada “ kudis menjadi tokak “. Lumba haram. akhirnya mereka terjebak dalam gejala yang boleh merosakkan diri. Tanpa pegangan agama kukuh remaja sememangnya telah dicorakkan dengan warna-warna gejala sosial yang akan menjadi „duri dalam daging‟ atau „api dalam sekam‟ untuk negara tercinta. Oleh kerana jati diri yang rapuh dan pegangan agama yang kurang. Pendidikan agama atau moral sering mengaturkan kehidupan manusia agar mematuhi undang-undang dan menjadi anggota masyarakat yang beretika dan sopan. Pengaruh rakan sebaya telah dikenalpasti menjadi satu faktor yang sinonim dengan gejala sosial dalam kalangan remaja. penyalahgunaan dadah.53 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Lihat gambar di bawah dengan teliti.‟ Black Metal‟ dan VCD lucah adalah antara isu yang hangat diperdebatkan dalam komuniti semasa Oleh itu kita perlulah mengenalpasti punca. mereka dianggap kolot dan tidak sukakan cabaran.Setiap hari ada saja paparan berita tentang remaja terlibat dalam kancah ini disiarkan oleh media-media massa. GEJALA SOSIAL REMAJA MASA KINI CONTOH JAWAPAN Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini . Remaja kelompok ini akan berasa seronok menjiwai watak-watak dalam drama gejala negatif kesan dari kehidupan yang tidak dibatasi oleh undang-undang agama dan sahsiah.

Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan. pergaulan dan kegiatan semasa anak mereka. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan. ibu bapa. ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah.Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Atas tanggapan bahawa tanggung jawab mengajar hanyalah tugas guru dan pendidik. masyarakat . Natijah ini seharusnya diberi fokus yang sewajarnya oleh kaum ibu bapa kerana “ melentur buluh biar dari rebungnya “ dan jangan pula nanti “ arang sudah terpalit dimuka” baru rasa kesalnya Kesimpulannya remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi. Semua pihak perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih efisien untuk mencegah sebarang virus yang boleh merosakkan fizikal dan mental tenaga yang produktif ini. Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan sikap. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak telah menaikkan lagi peratusan berlakunya masalah remaja pada masa kini.sosial dan politik bagi sesebuah negara. Langkah-langkah Menanamkan Amalan Berjimat Cermat Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini bebas dari sebarang gejala yang tidak sihat.54 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Sikap segelintir masyarakat ibu bapa yang kerap menghabiskan masa seharian dengan mencari rezeki dan bekerja tanpa memikirkan hal berkaitan anak-anak juga menjadi punca remaja terjebak dengan masalah ini.

CONTOH JAWAPAN Amalan berjimat cermat sememangnya merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. .55 Rangka Karangan Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Pendahuluan  masyarakat perlu praktikkan amalan berjimat cermat (AR)  elakkan sikap boros ketika berbelanja ( cth)  terdapat langkah-langkah untuk tanamkan sikap berjimat cermat (AA) 2.Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . langkahlangkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.1       Isi 1 : Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU) mengamalkan sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat (HS1) kerajaan mengambil inisiatif melalui potongan KWSP (HS2) ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (HS3) ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (HS4) ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( HS5) tabungan/simpanan oleh institusi kewangan ( HS6) Isi 2 : Mengadakan skim saham amanah ( IU)  Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (HS1)  peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(HS2)  masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(HS3) 2. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri.Oleh itu. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional .Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.3     Isi 3 : Perbelanjaan berhemat (IU ) perbelanjaan perlu perancangan yang teliti (HS1) perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (HS2) perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (HS3) elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(HS4) Penutup  amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif  individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan  amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia.Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna . Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanam sikap rajin menabung. Bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagian kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.beringat sebelum terkena.Barangbarang yang mahu dibeli perlu disenaraikan . Huraikan pendapat anda tentang usaha memelihara permainan tradisional agar tidak pupus.Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur . amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mecukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah.namun bertindaklah hari ini’. masyarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat.56 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.Oleh itu masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. seperti kata tokoh Mahatma Gandhi.Justeru. perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Masyarakat juga hendaklah pihatin akan peranan skim-skim saham amanah. ( 300 patah perkataan) **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Sebelum membeli barangan .Oleh yang demikian.bukan mengikut nafsu . Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan. Kesimpulannya. Ketika berbelanja . © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo .penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan .’berfikirlah untuk hari esok.

57 RANGKA KARANGAN Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Pendahuluan  Permainan tradisional mula dilupakan (AR)  Contoh permainan tradisional iaitu permainan gasing. Antara permainan tradisional tersebut ialah permainan gasing. congkah. permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melalui penubuhan kelab atau persatuan di sekolah masing-masing. Guru-guru juga perlu diberikan pendedahan dan latihan secukupnya supaya mereka dapat membimbing para pelajar untuk bermain permainan tersebut. congkak. wau dan sebagainya (AS)  Pelbagai usaha diambil untuk mempopularkan permainan ini (AA) Isi/fakta Peranan pihak sekolah (IU)  Melalui kegiatan kokurikulum(HS1)  Guru diberi pendedahan dan latihan(HS2)  Menganjurkan pertandingan permainan tradisional(CTH)  Dapat menguji minda dan fizikal(HS3)  Dapat menarik minat pelajar(HS4) Peranan pihak Kementerian Kesenian. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video. usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini terutamanya kepada generasi muda. wau. sepak raga bulatan dan wau. CONTOH JAWAPAN Dalam era globalisasi ini. permainan komputer. Jika pertandingan diadakan. Salah satu usaha yang patut diambil bagi mempopularkan permainan tradisional ialah melalui pihak sekolah. Oleh itu. Melalui kegiatan ini juga. permainan tradisional mula dilupakan. bukan sahaja dapat menguji minda dan fizikal para peserta malahan mereka juga akan bermain dengan bersungguh-sungguh. Sekali gus ini akan menarik minat mereka terhadap permainan tersebut. © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . dan sebagainya berleluasa di pasaran menjadikan permainan tradisional bagai melukut di tepi gantang. congkak dan sebagainya. pelbagai pertandingan dapat diadakan seperti pertandingan gasing pangkah. Kebudayaan dan Pelancongan (IU)  Mempopularkan kembali permainan tradisional(HS1)  Mengadakan pesta permainan tradisional(HS2)  Setiap negeri harus memainkan peranan(HS3)  Wau dahulunya tekenal di negeri kelantan(CTH)  Dapat menarik minat rakyat Malaysia(HS4) Dikormesialkan kepada pihak tertentu(IU)  Menarik minat penganjur dan syarikat-syarikat besar(HS1)  Mengadakan promosi semasa Sukan SEA(HS2)  Sukan SEA Vietnam 2003(CTH)  Memperkenalkan permainan tradisional kepada Negara-negara lain(HS3) Penutup  usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng  jika tidak.

Salah satu daripada caranya ialah acara sukan hendaklah dipromosikan semasa sukan SEA supaya dapat menarik minat negara lain. akan dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mengenali dan mencuba permainan ini. usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng kerana permainan ini merupakan khazanah dan warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Acara ini juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur atau syarikatsyarikat besar untuk menajanya. negara Vietnam mengambil peluang untuk memperkenalkan permainan tradisinya kepada negara lain. permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang.58 Sijil Pelajaran Malaysia Contoh Karangan Berpandu Selain itu. Acara seperti permainan wau dan gasing apabila dipersembahkan di peringkat kebangsaan. Sebagai contonhnya. pihak yang tertentu terutamanya Kementerian Kesenian. Sebagai contoh. Sukan SEA Vietnam 2003 yang lalu. wau dahulunya amat terkenal di Kelantan tetapi kini dilupakan. Jika tidak. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Kesimpulannya. (297 patah perkataan) **************************************** © 2009Hak Cipta Terpelihara kcloo . Kebudayaan dan Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopularkan permainan tradisional semula dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan.