P. 1
APA ITU FIZIK

APA ITU FIZIK

|Views: 46|Likes:
Published by igori76

More info:

Published by: igori76 on Jan 16, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/24/2013

pdf

text

original

FIZIK

APA ITU FIZIK? Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan. Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani "Physikos" yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. ehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan. Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalanpersoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.

kita perlu mengelaskan fenomena secara logik ke dalam kategori-kategori yang spesifik. Konsep-konsep ini perlu dikemukakan untuk menjelaskan beberapa fenomena fizik yang berkaitan dengan fizik klasik atau yang tidak dapat diselesaikan oleh fizik klasik. haba. elektrik. Fizik klasik berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia sehari-hari. magnet. Untuk mendalami kefahaman tentang pelbagai fenomena alam dan aplikasinya dalam kehidupan harian. kenderaan dan tenaga elektrik. bunyi dan optik dapat dihubungkait dengan pembinaan banggunan. Ilmu fizik yang pelbagai itu perlu diagihkan ke dalam beberapa bidang ilmu untuk memudahkan penyelidikan yang sistematik dan logik. perbezaan dan hubungan antara fenomena. Pandangan Newton tentang keadaan ruang yang mutlak tidak sesuai lagi dengan adanya teori Einstein tentang . FIZIK KLASIK Mekanik Elektrik Termodinamik Magnet Bunyi Optik Gelombang Elektromagnet FIZIK MODEN Mekanik Kerelatifan Teori Kuantum Teori Kuantum Kerelatifan Moden bukan bererti sesuatu yang baru. Fizik Moden menggambarkan kewujudan konsep fizik yang begitu cepat pada abad ke-20. Begitu juga klasik bukan membawa erti sesuatu yang lama. kuno dan tidak boleh digunakan lagi.FIZIK BIDANG FIZIK Fizik merangkumi pelbagai ilmu pengetahuan yang memberi jawapan tentang kejadian fenomena alam semulajadi. jambatan. Pengelasan dapat dilakukan dengan memerhatikan persamaan. Cabang ilmu seperti mekanik.

Kedua-dua teori ini masih bersandar pada mek anik klasik. Fizik Moden meliputi kajian mekanik kerelatifan dan teori kuantum.FIZIK kerelatifan. Semua ini memungkinkan wujudnya teori baru di alam ini. Ahli astrofizik juga menyelidiki gejala fizik di cakerawala. Sekarang ini ahli fizik begitu gigih sekali meyelidiki proses subatom atau mencari zarah yang paling asas. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->