BANDING BEZA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR

)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.

Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). ASPEK KBSR Reka Bentuk Kurikulum Komunikasi ( lisan, membaca, dan menulis) Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu KSSR Komunikasi (lisan, membaca, menulis dan menaakul) Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

-

-

Kaedah Pentaksiran

-

Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif -

pada tahap 2 pula.- Bersifat autentik dan holistik. murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan. penulisan dan perbincangan. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1dan tahap 2. bagi matapelajaran Bahasa melayu. Pada tahap 1. mendengar. Kesimpulannya. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. mata . berfungsi sebagai bahasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Manakala. Bahasa Cina. menulis dan mengira. Bahasa Melayu. Bahasa Tamil dan Matematik. murid murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur. Bahasa Inggeris. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk. Peruntukan Masa - Pedagogi - PERSAMAAN Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Kemahiran Berfikir dalam P&P Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Bermula tahun 2011. membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca. Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi. Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu. Contohnya. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

sikat rambut dan lainlian lagi. Namun.pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa. Sebagai contoh. bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya. nilai dan sikap. menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara. murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi. Oleh itu. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. kesenian dan kesihatan. serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pendidikan Muzik. bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembanagn diri individu. Seterusnya. Antara matapelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup. Pendidikan seni. berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. murid digalakkan untuk berfikir. dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. pada tahai 1. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluansetiap tunjang. dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama. mata pelajaran Pendidikan Isla dan Moral diajar manakala pada tahap 2. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembanagn dan kematangan murid. berbincang. Contohnya. negara dan antarabangsa. bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian. Manakala. tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murini sarwajagat dan prinsipprinsip rukun negara. konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputu aspek kemasyarakatan. Pada tahap 1. gosok gigi. . dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. pada tahap 2 pula. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup.

sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar. Maka.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami. bertutur . Interaksi yangdimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Selain itu. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). sikap dan nilai. menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Tunjang kerohanian.budaya dan agama. sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami. . membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR. negara dan global. bertutur.Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Melalui tunjang komunikasi. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan. tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan. murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar. membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri. semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Kreativiti. rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan . berilmu pengetahuan. Selain aspek fizikal. Namun. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality).Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. keluarga. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. berintegriti. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh. Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. patriotik. emosi dan inteleknya. rohani. kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. masyarakat dan negara. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. daerah mahupun kebangsaan. Sejarah.Seterusnya. pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Oleh yang demikian.tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu.agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. berdaya saing. Di samping itu. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini.

Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. merekod serta . pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai. proses sains. reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu.dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Kesimpulannya. mengumpul. Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat. kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Di peringkat asas. Selain itu. Ledakan maklumat. murid perlu menguasai pengetahuan. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. merekod. kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasiTeknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978). kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi. memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah.

ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca. Bahasa Innggeris. Seterusnya. Hal ini kerana. Sebagai contoh. murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Matematik. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. menulis dan mengira). Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan . apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah. dan Sains. Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu. pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Skop penilaian merangkumi aspek kognitif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Di dalam KBSR.menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif. murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Sepertimana yang kita sedia maklum. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid.

Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.peperiksaan awam. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa. pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani. mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. pentaksiran sekolah. membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Portfolio pameran . memperbaiki pembelajaran murid. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. sukan dan kokurikulum. pentaksiran psikometrik. setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid. Di bawah pentaksiran sekolah. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.

Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. pengurus kurikulum.mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang. pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. .aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit).Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. murid serta prasarana sekolah. pembelajaran secara kontekstual. Namun. Seterusnya. pembelajaran akses kendiri. memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar. ibu bapa serta pihak berkepentingan. Kesimpulannya. pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru.pengajaran berasaskan kajian masa depan. Sehubungan dengan itu. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p. penggunaan TMK. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Selain itu.pembelajaran secara konstruktivisme. persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.

http://panitiapjksktdh2.wordpress.com.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DAN-KSSR-2http://psbtpnsarawak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.blogspot.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-bina-modalinsan-berkesan/ http://www.my/index. Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu.edu.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-kssr-bakal-lahirminda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en http://www.scribd. Faridah. Tuan Jah.bharian. (2009).html http://jpnpp.net/index.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalinsanberk esan/Article/print_html Peruntukan Masa KSSR http://www.RUJUKAN Choong Lean Keow.php/component/k2/item/21-peruntukanmasa-kssr?tmpl=component&print=1#ixzz1aRtr7WR9 . Bhd. ( 2011). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.skdoj.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful