You are on page 1of 31

Disediakan oleh: Siti Nurdiyana binti Mohd Yusof. Hamizah binti Mohamed Saari.

PISMP PEMULIHAN (BM)/MT

SOALAN TUGASAN.
Kanak-kanak pemulihan mengalami masalah dalam menguasai kemahiran bahasa. Senaraikan masalah dalam penguasaan bahasa dan cadangkan bagaimana mengatasi masalah tersebut. 2. Sebagai guru pemulihan bagaimanakah anda melaksanakan pengajaran bahasa mengikut prinsipprinsip intervensi bahasa dengan memberi contohcontoh yang sesuai.
1.

KEMAHIRAN MENDENGAR.

KEMAHIRAN MENULIS.

KEMAHIRAN BAHASA

KEMAHIRAN BERTUTUR.

KEMAHIRAN MEMBACA.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur merujuk keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dab kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

KEMAHIRAN BERTUTUR.

KEMAHIRAN MEMBACA.

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

KEMAHIRAN MENULIS.

Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik.

MASALAH. MENGINGAT KEMBALI PERKATAAN. MEMAHAMI PERKATAAN PELBAGAI MAKNA. MENYATAKAN SESUATU SECARA ABSTRAK. MENGGUNAKAN AYAT YANG BETUL DAN LENGKAP. MEMBERI PENJELASAN. MEMPELBAGAIKAN GAYA KOMUNIKASI.

MENGHASILKAN MESEJ YANG KOMPLEKS.

MEMAKLUMKAN SESUATU MAKLUMAT.

1. Mengingat Kembali Perkataan.


y Cadangan:
y Guru boleh menggunakan latihan mengingat perkataan

sebahagian. y Perkataan ditulis dengan mengosongkan tempat untuk abjad dalam perkataan. y Contoh: perkataan tingkap y ting_ap y t_ngk_p y _in_k _ _

2. Memahami Perkataan Pelbagai Makna.


y Cadangan: y Guru membekalkan murid kamus kepada setiap orang. y Kemudian, guru akan menyuruh murid mencari perkataan yang ditulis di papan tulis. y Perkataan-perktaan tersebut haruslah mempunyai lebih daripada satu makna. y Contohnya: kepala, berjalan, dan sebagainya.

3. Menyatakan Sesuatu Secara Abstrak.


y Cadangan: y Guru boleh menggunakan teknik bercerita. y Murid menceritakan pengalaman mereka kepada kawan-kawan. y Contohnya pengalaman melawat zoo, berkelah, dan sebagainya.

4. Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap.


y Cadangan: y Guru boleh menggunakan teknik simulasi. y Contohnya guru boleh mewujudkan situasi ketika membeli makanan di kantin. y Murid dikehendaki menggunakan ayat yang betul dan lengkap di samping sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai.

5. Memberi Penjelasan.
y Cadangan:
y Guru boleh menggunakan bahan maujud dalam

pengajaran pemulihan dan meminta murid untuk menjelaskan sifat serta ciri bahan maujud tersebut. y Contohnya: y Guru menunjukkan sebuah jam. y Murid dikehendaki menjelaskan ciri-ciri yang ada pada jam tersebut dengan menggunakan ayat yang sesuai dan difahami.

6. Mempelbagaikan Gaya Komunikasi.


y Cadangan: y Menyuruh murid membaca cerpen pendek dan mudah. y Pada awal pengajaran, guru akan membimbing murid memahami perkataan serta ayat-ayat dalam cerpen sehingga mahir. y Kemudian, murid diberi peluang membaca cerpen tersebut dengan gaya serta intonasi suara yang sesuai dan menarik.

7. Menghasilkan Mesej yang Kompleks.


y Cadangan: y Guru boleh menggunakan rakaman atau video dalam pengajaran pemulihan. y Kemudian, murid diminta menyatakan pengajaran atau isi tersirat berdasarkan tayangan video tersebut.

8. Memaklumkan Sesuatu Maklumat.


y Cadangan: y Guru menayangkan kepada murid sebuah gambar tunggal. y Contohnya gambar permainan tradisonal. y Murid dikehendaki menyatakan maklumat yang diperolehi berdasarkan gambar tersebut.

y Mempelajari perkara yang mudah kepada yang sukar y Mengajar perkataan asas kepada kompleks y Menggunakan kosa kata biasa untuk pembinaan ayat y Mengajar ayat pendek kepada ayat majmuk y Menggunakan pelbagai bahan yang merangsang

murid y Menggunakan perkataan baru dalam pelbagai situasi

Mempelajari perkara yang mudah kepada yang sukar

y Prinsip pertama adalah dengan cara guru memulakan

intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. y Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar. y Ini bertepatan dengan pandangan Al-Ghazali seorang tokoh pemikir dalam Tamadun Islam telah memperkenalkan beberapa metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan prinsip moral, metodologi, disiplin dan beberapa perkara penting iaitu di antara yang dikatakan ialah pembelajaran haruslah dimulai daripada yang mudah kepada yang lebih sukar dan kompleks.

Mengajar perkataan asas kepada kompleks

y Prinsip intervensi yang kedua adalah dengan cara guru

mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak.
y Contohnya, guru mengajari murid dengan perkataan

seperti bola,ayam,baju. Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka.

Menggunakan kosa kata biasa untuk pembinaan ayat

y Prinsip asas intervensi bahasa yang ketiga pula adalah

dengan cara guru menggunakan kosa kata yang diketahui atau biasa pada murid untuk mengajar struktur ayat yang baru.
y Guru boleh menggunakan perkataan bola untuk

membina ayat seperti; Ali bermain bola.

Mengajar ayat pendek kepada ayat majmuk

y Guru meminimumkan jumlah perkataan, frasa dan

klausa dalam setiap ayat. y Murid bermasalah dalam bahasa memerlukan peneguhan dari guru daripada ayat yang mudah kepada yang kompleks. y Oleh yang demikian, guru harus bijak dalam membina ayat-ayat mudah agar murid dapat memahami sekali gus menguasai kemahiran berbahasa. Contoh ayat mudah: Baju. Itu baju Ani. Baju Ani baru beli.

y Setelah murid berjaya menguasai ayat-ayat pendek

dan mudah, guru boleh meneruskan pengajaran dengan ayat-ayat majmuk.


y Contoh :

Baju Ani baru dan lawa.

Menggunakan pelbagai bahan yang merangsang murid

y Prinsip asas yang kelima dalam intervensi bahasa ialah dengan cara guru menggunakan gambar (pictoturial representation) untuk mewujudkan gambaran dalaman (internal images) pada diri murid. Contoh ayat mudah dan disertakan dengan gambar:

Bola. Itu bola Ali. Bola Ali baru beli.

Menggunakan perkataan baru dalam pelbagai situasi

y Prinsip asas intervensi bahasa yang terakhir adalah

dengan cara guru memperkenalkan perkataan baru, menghubungkaitkan atau membentuk sekurangkurangnya dalam 10 konteks yang berbeza.
y Peringkat ini digunakan guru pada peringkat yang

terakhir setelah murid dapat menguasai lima peringkat intervensi bahasa yang terawal.

BIBLIOGRAFI.
y http://www.scribd.com/doc/21498692/EJAAN-CARAMENGAJAR y http://www.scribd.com/doc/9642090/MASALAHPENGUASAAN-BAHASA-MELAYU-DI-KALANGANPELAJAR-TAHUN-6 y http://www.scribd.com/doc/15905666/Masalah-BahasaDan-Komunikasi y http://ain-sinarilmu.blogspot.com/2009/10/prinsipprinsip-asas-intervensi-bahasa.html# y Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. y _____ (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. (Tahun 1 Tahun 6).