You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI PERTAMA

TARIKH: MASA: TEMPAT: 20 JUN 2011 11.00 PAGI BILIK ANGGERIK

KEHADIRAN: 1. ERIN NIZA BINTI ILAHA 2. FAIEDZUDDIN BIN MARHOM 3. HAMIZAH BINTI MOHAMED SAARI 4. MOHD FAIZIL BIN ABDUL MANAF 5. MUHAMMAD FAIZ BIN ABD. WAHID 6. MUHAMMAD MUKHTAR BIN HUSSIN 7. MUHAMMAD ZULAGIL BIN HAIZAMUDDIN 8. MUSTHAFA SALEEM BIN SABRI 9. NADIAH BINTI SAIDI 10. NORASNITA BINTI MOHD ALI 11. NORHARTINI BINTI MOHAMAD POZI 12. NUR AIN BINTI ARIF 13. NURFARAH AMIRA BINTI BAHARUDDIN 14. NURUL FATHY BINTI JAMULIDDIN 15. NURUL SEPIAH BINTI MOHD NOOR 16. SITI NURDIYANA BTE. MOHD YUSOF 17. SYARIFAH NUR BINTI MOHD SARIF

AGENDA: 1. Memilih ahli-ahli jawatan kuasa persatuan yang baharu melalui pengundian 2. Mencipta logo, moto, visi dan misi persatuan 3. Berbincang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dijalankan
MINIT PERKARA PEMBUKAAN MESYUARAT Kata-kata aluan disampaikan oleh pengerusi mesyuarat, En. Zulagil Bin Haizamuddin dan penerangan tentang TINDAKAN

Makluman

agenda mesyuarat pada kali ini. PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA BARU Terdapat lima jawatan kosong yang dipertandingkan. Pemilihan ahli jawatan kuasa persatuan yang baru telah dipilih melalui pengundian oleh ahli-ahli persatuan. Keputusan pemilihan ahli jawatankuasa adalah seperti berikut: Pengerusi: Faiedzuddin bin Marhom Naib Pengerusi: Hamizah binti Mohamed Saari Bendahari: Nurul Fathy binti Jamuliddin Setiausaha: Muhammad Faiz bin Abd wahid Naib Setiausaha: Norasnita binti Mohd Ali

Makluman dan Tindakan

PEMILIHAN NAMA, LOGO, VISI, MISI PERSATUAN Pengerusi persatuan yang baru mencadangkan mengadakan pertandingan untuk mereka logo, visi dan misi persatuan. Ahli-ahli persatuan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk menyertai pertandingan ini. Logo, visi dan misi kumpulan yang menjadi pemenang akan digunakan oleh persatuan. PERANCANGAN AKTIVITI-AKTIVITI PERSATUAN SEPANJANG SEMESTER Beberapa aktiviti dicadangkan oleh ahli-ahli persatuan yang dirasakan sesuai untuk dijalankan. Setiap cadangan tersebut dicatatkan dan akan dipertimbangkan kelak. Cadangan aktiviti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pertandingan perbahasan Pesta pantun Kem pidato Jejak bahasa Mengulas filem Lawatan ke balai berita Kelas penyediaan abm bahasa Melayu Maklumkan dan Tindakan

Makluman dan Tindakan

PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini dan diharap kerjasama daripada semua ahli dapat memantapkan pelaksanaan aktiviti persatuan ini pada masa akan datang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD FAIZ BIN ABD WAHID) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, IPG Kampus Darulaman.