You are on page 1of 9

Jumaat, 09 Disember 2011 Submit Search *. Utama Portal Jabatan *. Profil Jabatan *. Carta Negeri *.

Organisasi Jabatan Pertanian *. Visi *. Misi *. Piagam Pelanggan *. Pencapaian Piagam Pelanggan *. Objektif *. Fungsi Dan Carta Khidmat *. Khidmat Pengurusan (BKP) *. Pelan Strategik Jabatan Pertanian *. Dasar Agro Makanan *. Rancangan Malaysia Ke-10 *. Dasar Pertanian Negara Ke-3 *. Dasar Jaminan Bekalan Makanan *. Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) *. Lain-Lain *. Intepretasi Logo *. RMK-9 *. DPN 3 *. Lagu Jabatan *. Fokus Jabatan *. Perkhidmatan (Core Business) *. Khidmat Pengembangan *. Kuatkuasa Akta-Akta Pertanian *. Perkhidmatan yang ditawarkan *. Khidmat Nasihat & Perundingan Pertanian *. Latihan Usahawan Tani *. Skim Persijilan Kualiti Ladang (SALM & SOM) *. Khidmat Sokongan Teknikal *. Khidmat Regulatori & Penguatkuasaan Akta *. Projek Berimpak Tinggi (HIP) *. TKPM *. IAT *. LADANG KONTRAK *. Projek Perdana *. BUMI HIJAU

*. IADA *. Info Penting *. 12 Program Utama *. 6 Projek Utama *. Pusat Kecemerlangan (COE) *. Maklumat BOT & Statistik *. Insentif *. Perkhidmatan Berbayar Di Jabatan *. Perkhidmatan Jabatan Pertanian *. Khidmat Nasihat *. Khidmat Teknikal *. Khidmat Regulatori *. Skim & Persijilan *. Kursus & Latihan *. Pemprosesan Makanan *. Pendaftaran Di bawah Akta *. Lesen *. Permit *. Aktiviti Jabatan *. Daerah *. Batang Padang *. Manjung *. Kinta *. Kerian *. Kuala Kangsar *. Larut Matang dan Selama *. Hilir Perak *. Hulu Perak *. Perak Tengah *. IADA Kerian Sg Manik *. Pencapaian Kisah Kejayaan *. Kategori Buahan *. Kategori Sayuran *. Kategori Padi *.

Kategori Tanaman Industri *. Kategori Tanaman Florikultur / Berpotensi *. Kategori IAT *. Maklumat Pertanian *. Tanaman *. Buah-buahan & Sayur-sayuran *. Padi & Tanaman Ladang *. Herba & Landskap *. Buku Pakej Teknologi *. Artikel Teknotani *. Infotani & Teknologi *. Manual Tanaman *. Dr. Pokok *. Maklumat dan Statistik *. Akta/Kaedah/Peraturan/Panduan *. Mekanisasi Ladang *. Direktori Senarai *. Alamat Pejabat Pertanian Negeri, Daerah, Kawasan serta Pusat *. Peta Lokasi Pejabat Jabatan Pertanian Lokasi Ibu Pejabat danDaerah *. Bahagian Teknikal Pegawai Untuk Dihubungi *. Pengedar Benih *. Senarai Syarikat Pengusaha SALM *. Ladang Kontrak *. Usahawan Tani *. Usahawan IAT *. Bantuan Portal Jabatan *. Bantuan Pengguna *. Bantuan Laman *. Aduan / Maklumbalas *. Interaksi *. Buku Tetamu *. Soalan Lazim (FAQ) *. Muat Turun Borang & Lain-lain *. Semua kategori *. Borang-borang

*. Galeri *. Galeri Foto *. Galeri Video *. Kalendar acara dan aktiviti *. Aktiviti & Acara *. Kategori Acara *. Lain-Lain *. Koleksi Keratan Akhbar *. Sebut Harga / Tender *. Cantik Dan Sihat sebelumnya seterusnya INFO TERKINI Laman Utama PANDUAN MENANAM NANGKA Ditulis oleh Admin Editor4 | 04 Februari 2010 NANGKA - Artpcarpus Heterophyllus (tanaman jangka panjang) Nama Saintifik : Artocarpus heteropyllus Lam Nama Tempatan : Nangka Keluarga : Moraceae Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini dikawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang. KEPERLUAN ASAS TANAMAN VARIETI-VARIETI NANGKA Klon kultivar yang disyorkan:J 29 Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis. J 31 Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil. J 32 Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair. J 33

Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang. MASTURA (Cj) Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000). Bagaimana MASTURA dihasilkan? Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan. Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg sebiji, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak. Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan. Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA. Ciri-ciri MASTURA: Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti berikut:PENYEDIAAN BENIH TANAMAN: Gunakan baja klonal yang dibiakkan secara tampang iaitu cantuman mata tunas dan baji ( klik untuk lihat proses cantuman dan cantuman pokok ). Bahan pembiakan mestilah diperlehi dari sumber pokok induk yang disahkan tulen. Anak benih nangka yang hendak ditanam ke ladang mestilah anak benih yang sihat, subur, cergas dan tidak berpenyakit. PENANAMAN DI LADANG Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses ini boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada sekali sehari selama seminggu. Setelah itu anak benih bolehlah ditanam diladang. Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari. tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat. Sebanyak 510 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap lubang. Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan. Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman. Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut. Padatkan tanah di keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap. Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam. Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak. Anak pokok nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok. SISTEM PENANAMAN Tanaman tunggal / selingan: Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour. Keutamaan sistem tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat

memberikan bilangan pokok yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama. Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi. Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman pengisi. Kombinasi yang popular ialahmenanam nangka dengan durian. Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut. Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria. PEMANGKASAN: Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini. Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit . (sila lihat pangkasan pokok). Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam. Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer. Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama. Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga. PEMBAJAAN Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.; Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai. Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka Umur pokok (tahun) Kadar baja kimia (g/pokok/tahun) Baja Organik (kg/pokok/tahun) Urea TSP K20 Mg 1 2 3 4 5 6 7 8-20 165 330 459 530 670

795 1060 1325 163 325 488 520 650 780 1040 1300 125 250 375 565 710 850 1130 1415 40 75 110 150 185 225 300 375 10 10 15 15 20 30 40 40 Nota: Urea TSP K20 Mg : : : : Untuk tumbesaran pokok Trade Super Phosphate (P) Kalium (K) Magnesium + mg

Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal. Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu. Hasil gabungan keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg. PENGURUSAN AIR Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik. Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan. Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja. PENJARANGAN BUAH Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat. Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul. Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok. PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight) Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulitpokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk. Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokokpokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu. KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH NANGKA Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah dibungkus. Penanam mengamalkan pembungkusan buah nangka di pokok untuk mengelakkan buah daripada serangan serangga perosak terutama lalat buah. Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2 minggu selepas berputik. Buah jangka NS1 sudah boleh dipetik 12 minggu selepas dibungkus, manakala buah nangka Madu dipetik 14 minggu selepas dibungkus. Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik. Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu samalain. Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat). Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengansekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok. Indeks Kematangan Buah Nangka Indeks 1 Tidak matang. Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Keadaan duri masih rapat dan tajam. Belum sesuai untuk dipasarkan.

Indeks 2 Matang. Sebahagian permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar tetapi masih agak tajam. Sesuai untuk dituai dan akan masak dalam tempoh 3-4 hari. Indeks 3 Masak. Permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar dan kurang tajam. Buah mengeluarkan bau aroma yang agak kuat. Indeks 4 Buah ranum. Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning kemerahan. Buah mengeluarkan bau aroma yang kuat. PENGENDALIAN LEPAS TUAI KEMBALI KE SENARAI PANDUAN MENANAM BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN | Peta Laman | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Hubungi Kami | Kemaskini terakhir pada :Selasa , 06 Disember 2011 Hakcipta Terpelihara 2011 Jabatan Pertanian Perak. Jabatan Pertanian Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox 3.0 Ke Atas Atau Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1280 X 800 piksel.