You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVATION INFORMATION COMPUTER TECHNOLOGY (M.I.C.

T) ANJURAN BERSAMA PUREBASE TRAINING CENTER & GREEN ELEMENT

MUKADIMAH Di saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu teruk, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada generasi muda masa kini. Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman yang betul adalah satu keperluan yang mesti dilakukan kerana ianya ternyata dapat memberikan kesan mendalam kepada golongan ini. Hal ini berdasarkan kepada keupayaan golongan muda untuk mencerap dengan mudah apa sahaja bentuk pendidikan yang diberikan sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya.

1. PENGENALAN PUREBASE TRAINING CENTER & TEMAN DIGITAL Pure Base Training Centre Sdn.Bhd. (PBTC) telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat dengan no. pendaftaran IPO221661-H. PBTC diasaskan oleh penaungannya iaitu Prof. Madya Abd Halim Bin Ghazali yang merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Institusi di negeri Perak Darul Ridzuan. PBTC di tubuhkan atas kesedaran tentang permasalahan masyarakat sekarang yang mana masyarakat memerlukan suntikan motivasi bagi mengatasi masalah sosial yang semakin serius. Salah satu usaha PBTC ialah menubuhkan Tadika Pintar Anak Soleh(PINTAS) yang mendapat bimbingan melalui Penasihatnya iaitu Al-Fahdil Ustaz Haji Zamri, Timbalan Mufti Negeri Perak dengan motto Speeding Towards The Rabbani Generation . Manakala Green Element adalah merupakan wakil kepada KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak INC Corporation). KPerak INC Corporation adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Perak yang ditubuhkan untuk merancang dan menjalankan projek dan program yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk rakyat negeri ini. Di antara program-program yang sedang dijalankan adalah Program Merapatkan Jurang Kemiskinan Digital Negeri Perak-KPerak Komuniti Bridz 2.0 (KB2.0). KB2.0 adalah kesinambungan dari program yang pernah diadakan sebelum ini menggunakan nama yang sama iaitu KPerak Komuniti Bridz yang ditumpukan ke kampung-kampung seluruh Negeri Perak.

2. KONSEP PROJEK Projek ini merupakan usaha dalam menjayakan satu bentuk projek komuniti bertujuan menolong dan membantu pelajar supaya tidak ketinggalan dalam era ICT disamping meningkatkan motivasi belajar. Ini merupakan hasil idea dan buah fikiran PBTC & Teman Digital dengan sokongan penuh dari KPERAK INC untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang ICT kepada masyarakat. Konsep projek ini ialah berkongsi pengetahuan mengenai ICT melalui pengajaran, latihan serta modul yang telah disediakan.

3. OBJEKTIF 1. Meningkatkan taraf pengetahuan pelajar dan komuniti berkenaan bidang ICT 2. Mempromosikan implementasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 3. Menerapkan motivasi modal insan dalam pembentukkan peribadi pelajar 4. Mencungkil kreativiti serta bakat dalam menggunakan ICT 4. SYARAT PROGRAM 1- Peserta berumur 7 tahun 45 tahun 2- Satu kelas untuk minima 10-25 peserta 3- Pihak yang bekerjasama boleh meletakkan charge berpatutan kepada peserta 4- Setiap peserta layak mendapat 2 modul maksima 5- Kemudahan peralatan ICT boleh di bincangkan jika diperlukan 6- Modul akan diberikan percuma kepada setiap peserta 7- Tempoh perlaksanaan sehingga bulan 25/12 tahun 2011

5. CADANGAN PERLAKSANAAN 8.30 10.30 PAGI 10.30 11.00 PAGI 11.00 1.00 TGHARI

MODUL 1 MOTIVASI MODUL 2

6.

MODUL PROGRAM 1- MODUL 1 : IMAGE EDITING (PHOTOSCAPE) 2- MODUL 2 : VIDEO EDITING (WINDOW MOVIE MAKER)

7. PENUTUP Semoga usaha yang murni ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta memberikan perubahan yang positif dalam diri peserta samada dari sudut ilmu ICT dan juga motivasi belajar. Terima kasih semoga Allah memberkati program yang dijalankan.

--------------------------------------------------------Mohd Alif Amin Hj Yaakob (0139285156) Pengerusi PBTC & Tadika Pintar Anak Soleh

LAMPIRAN Senarai sekolah dan program yang telah dijalankan: 1) SM Sains Kuching 2) SBPI Sabak Bernam 3) SBPI Rawang 4) SMS Kuala Selangor 5) SMKA Kuala Lumpur 6) SMT Sepang 7) MRSM Pasir Salak 8) SEMESTI 9) Sek Izuddin Shah 10) Sek. Men Raja Perempuan Taayah 11) SMK Seri Iskandar 12) SM. Sains Muar 13) SMAP Labu 14) SMKA Slim River 15) Sekolah Agama Menengah Rawang 16) Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bahru 17) SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (SHAH Pekan) 18) SMT Ipoh 19) SBPI Gopeng 20) MRSM Transkian 21) MRSM Balik Pulau 22) Program Smart Hijrah Kerjasama Pejabat Agama Batu Gajah 23) Program Bersama Anak & Ibubapa Kampung Air Kuning Tajaan Yayasan Pelajaran MARA 24) Program hari keluarga Tadika Tunas Bestari & Akyz Engineering 25) Motiversiti SABK Maahad Diniah 26) Pengisian Kem Bestari Solat SK Bota Kiri 27) Pengisian Motivasi SRK Tanjung Tualang 28) Program Kecemerlangan Akademik Fakulti Sains & Matematik UITM 29) Program Bakti Sosial Bait Al-Amin 30) Motivasi Kem Ibadah SMKA Sultan Azlan Shah 31) Motivasi Remaja SMKA Sultan Azlan Shah 32) Motivasi Kepimpinan SK Parit 33) MICT SK Parit 34) MICT SK Iskandar Perdana 35) MICT SMK Iskandar Shah 2006 2006 2006 2006 2006 2006 2007 2007 2007 2007 2007 2007 2007 2007 2007 2007 2007 2008 2008 2008 2008 2009

2009

2010

2010 2010 2010 2010 2010 2011 2011 2011 2011 2011

36) MICT SK Bota Kiri 37) MICT SK Seri Iskandar 38) MICT SMA Maahad Al-Aziz 39) MICT SABK Maahad Diniah 40) MICT SK Changkat Sulaiman 41) MICT SK Sungkai 42) MICT SMK Iskandar Syah 43) MICT SMK Seri Iskandar

2011 2011 2011 2011 2011 2011 2011 2011

You might also like