You are on page 1of 54

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

KALIMAH CELAKA ( ) DALAM AL-QURAN

Tulisan & Susunan

Mohammad Hidir Baharudin & Rahmawati Mohd Yusoff1

www.scribd.com/mohammadhidirbaharudin / paracletesinan@gmail.com

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

KANDUNGAN
1. PEMBUKA BICARA 2. METOD PENULISAN 3. MUQADDIMAH 4. KALIMAH CELAKA ( I. PERTAMA 3 5 6

) DALAM AL-QURAN

:CELAKA MEREKA YANG MENGUBAH AYAT-AYAT ALLAH :CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH :CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENDUSTAKAN RASUL ALLAH :CELAKA KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT :CELAKA-CELAKA DI DALAM SURAH AL-MURSALAT :CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENGIYA-IYAKAN SOLAT :CELAKA KEPADA MEREKA YANG TIDAK MAHU BERSEDEKAH DAN MEMBAYAR ZAKAT :CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENGURANGKAN TIMBANGAN

II.

KEDUA

11

III.

KETIGA

14

IV.

KEEMPAT

24 30

V. VI.

KELIMA KEENAM

40

VII.

KETUJUH

44

VIII.

KELAPAN

46

IX.

KESEMBILAN:CELAKA MEREKA YANG SUKA MENCACI DAN MENDEDAHKAN AIB ORANG LAIN 5. PENUTUP

49 54

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

PEMBUKA BICARA

Segala puji bagi Allah s.w.t. Kita memuji, memohan pertolongan dan meminta ampun hanya kepada Allah. Kita berlindung kepada Allah s.w.t. daripada kejahatan diri dan keburukan perbuatan. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. maka tidak ada pula yang dapat menyesatkan. Dan barangsiapa disesatkan oleh Allah s.w.t. maka tidak ada pula yang dapat menunjukkan. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t. dan tiada ada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. itu adalah hamba dan RasulNya. Firman Allah s.w.t.;

Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah Al-Anam: 160) Pada ayat ini diterangkan dengan jelas bahawa barangsiapa berbuat amal baik, maka Allah s.w.t. akan memberikan pahala balasannya di hari akhirat dengan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan hanya dibalas setimpal dengan kejahatannya, sebab Allah s.w.t. tidak akan menganiaya sedikit pun atau merugikan mereka. Dan yang dimaksud dengan balasan sepuluh kali lipat di sini belum termasuk apa yang dijanjikan Allah s.w.t. dengan balasan yang jauh lebih banyak dan berlipat ganda dari itu lagi kepada orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah s.w.t. sampai 700 kali ganda2. Ayat di atas juga merupakan ayat yang memberi motivasi supaya berbuat kebaikan tidak mengira masa dan tempat. Sebesar zarah sekalipun amal kebaikan yang dibuat, akan dihisab Allah s.w.t. Menghadap komputer riba dan melayari internet akan menjadi ibadah jika disertai dengan niat dan amal berkaitan dengannya untuk berdakwah. Ibadah kita itu, akan digandakan Allah s.w.t. 10 kali gandaan. Dan adalah sia-sia menghadap komputer riba dan melayari internet, jika tiada niat dan amal berkaitan dengannya untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Yang ada hanyalah niat dan amal

Surah Al-Baqarah: 261

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

berseronok, bergurau denda, dan lain-lain lagi yang sebenarnya tidak akan tamat dan puas dengannya. Ketika membaca Al-Quran dan memerhatikan kalimah-kalimah Al-Quran, penulis tertarik dengan kalimah (

). Untuk itu, penulis menyemak indeks Al-Quran untuk mengetahui

jumlahnya di dalam Al-Quran, kepentingannya, tafsirnya ayatnya, dan pengajaran ayatnya. Penulis membuat sedikit catatan dan persembahkan untuk pembaca semua. Penulis berharap, dengan memahami perkataan ini, maka bertambahlah pemahaman AlQuran dan dan dengan pemahaman itu, dapatlah kita berusaha sedaya mungkin untuk mengamalkan pengajarannya dalam hidup yang singkat ini. Penulis mengetahui bahawa tulisan ini bukanlah satu kajian mendalam. Penulis hanyalah menyemak beberapa tafsir Al-Quran seperti Tafsir Jalalaian3, Tafsir Al-Quran Al-Azim4, Tafsir Al-Azhar5, dan Tafsir Al-Munir6 dan terus melakar pengajaran. Harapnya pengajaran ini bermanfaat untuk penulis dan pembaca. Jika tersalah, penulis mohon teguran dan keampunan daripada Allah s.w.t. Penulis berharap tulisan ini menjadi satu amal soleh dan penulis diganjari Allah syurga. Terima kasih.

Jumaat 26 Safar 1433H 20 Januari 2012M Perpustakaan UIAM.

Tafsir Jalalain merupakan kitab tafsir karya Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (791 H-864 H) dan Abu al- Fadl Abdur Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad Jalaluddin as-Suyuti (849-911 H). Ia disebut Jalalain yang bererti dua (ulama tafsir bernama) Jalal. Boleh rujuk http://ummatanwasatan.net/2009/12/tafsir-jalalain/ . Untuk rujukan penuh Tafsir Jalalaian dalam Bahasa Arab, boleh layari http://tanzil.net/#trans/ar.jalalayn/1:1. 4 Muat turun Tafsir Ibn Kathir di sini; http://www.ahmadzainuddin.com/id/component/content/article/36-ut/126free-download-kitab-terjemahan-tafsir-ibnu-katsir-gratis5 Muat turun Tafsir Al-Azhar di sini; http://harukafujiyama.wordpress.com/2008/08/09/free-tafsir-al-azhar-buyahamka/ atau http://ebooks-islam.blogspot.com/2008/06/tafsir-al-azhar-buya-hamka.html. 6 Biodata Dr. Wahbah Zuhaily, pengarang Tafsir Al-Munir boleh dapati di http://azmnorsantai.blogspot.com/2011/10/profesor-dr-wahbah-al-zuhaily-penulis.html. Penulis tidak menjumpai ebook Tafsir Al-Munir di laman sesawang. Boleh dibeli di kedai berhampiran.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

METOD PENULISAN

Penulis mulakan dengan membawa metod penulisan iaitu; Pertama Kedua Ketiga :Penulis bawakan ayat Al-Quran yang di dalamnya terdapat perkataan ( :Penulis bawakan terjemahan ke dalam Bahasa Melayu ayat-ayat Al-Quran. :Penulis bawakan tafsir sesuatu ayat untuk lebih memahaminya. Tafsir yang menjadi rujukan saya ialah Tafsir Al-Quran Al-Azim karangan Al-Hafiz Ibnu Kathir, Tafsir Al-Azhar karangan Hamka, Tafsir Munir karangan Dr. Wahbah Zuhaily dan Tafsir Jalalain. :Jika perlu, penulis jelaskan hukum-hukum berkaitan. :Yang paling penting, penulis jelaskan pengajaran-pengajaran berkaitan menurut pandangan penulis. :Penulis masukkan buku-buku rujukan dan laman sesawang rujukan.

).

Keempat Kelima

Keenam

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

MUQADDIMAH
Telah penulis temui daripada indeks Al-Quran7, 40 tempat di dalam Al-Quran yang mempunyai akar perkataan ( ), di dalam 38 ayat berlainan.

Adapun kalimah celaka tanya akan perkataan


dipakai sebanyak 14 kali. Penulis secara peribadinya selalu tertanyaini.

Apa maksudnya? Jenis manusia yang bagaimanakah yang Allah s.w.t. tujukan perkataan ini? Apakah sebab mereka ditujukan perkataan ini? Ke manakah destinasi mereka di akhirat kelak? Apakah perkataan ini ditujukan berkenaan perkara akhidah atau fiqh atau akhlak?

Dan berbagai-bagai soalan lagi. Ringkasnya;

Bacaan dalam tulisan Arab Latin Jenis kata

Waylun. kata benda abstrak atau sifat. Kecelakaanlah. Lafal Wailun merupakan kalimat yang mengandung makna azab; atau merupakan nama sebuah lembah di dalam neraka Jahanam (bagi orang-orang yang curang.)8 kata dalam AlQuran dipakai sebanyak 14 kali.

Erti kata

Jumlah pemakaian

Kata

tersusun dari kata dasar

dengan suku kata huruf pertama k1= , huruf kedua k2= , dan huruf ketiga

7 8

The Zekr Quranic Project (http://zekr.org) Tafsir Jalalain, daripada Ibn Abbas.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

k3=

Jumlah pemakaian pola dasar dalam AlQuran

40 kali, yang terdiri sebanyak 40 kali.

dari

dipakai

kata

benda

Pola dasar

Dalam Al-Quran hanya dipakai untuk bentuk kata benda saja, dalam Al-Quran untuk pola dasar ini tidak digunakan sebagai kata kerja. ditinjau dari aspek 1.Kata benda: Kata termasuk dalam jenis kata benda.

Kajian kata tatabahasa :

Adapun yang dimaksud dengan kata benda meliputi kata yang menerangkan tempat, barang, nama, waktu, keadaan serta kata yang menerangkan sifat seperti kesenangan. Kata benda ini dibentuk dan formatnya tidak dipengaruhi oleh waktu, baik waktu yang lalu, waktu sekarang atau waktu yang akan datang. 2.Gender laki-laki: Kata untuk jenis kelamin laki. 3.Kata dengan jumlah tunggal: Untuk kata ini ini digolongkan dalam kata

digolongkan dalam bentuk kata tunggal yang memiliki jenis laki-laki. 4.Kata benda abstrak: Kata ini sering kali digunakan

untuk menerangkan kata benda abstrak, iaitu kata benda yang tidak berwujud (ertinya bendanya ada tetapi tidak dapat dilihat dengan mata atau tidak dapat diraba dengan pancaindera manusia), misalnya kata benda yang berawalan pe- atau yang berawalan dan akhiran pe-an (pekerjaan daripada kata kerja), ke-an (kesenangan daripada kata senang) atau bahkan seperti makhlukmakhluk ciptaan Allah s.w.t. yang makhluk tersebut

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

tidak dapat disentuh dengan pancaindera. 5.Kata benda berakhiran tanwin (n): Kata ini

merupakan jenis kata benda yang berakhiran dengan tanwin ini dapat memiliki akhiran an, in atau un. Untuk kata ini akhirannya adalah un. Bentuk akhiran (apakah an, in atau un) ini tergantung pada kata sebelumnya. akhiran ini ditujukan untuk menujuk kata benda tunggal sembarang atau yang mana saja. Tetapi dapat juga digunakan untuk menerangkan suatu kata benda jamak yang tidak beraturan. Hal ini tergantung pada kata yang digunakan9.

Dalam tulisan ini, penulis banyak menggunakan ringkas ini, penulis membawakan 26 bahawa 26

sebagai celaka. Dalam tulisan yang

yang terdapat dalam Al-Quran. Penulis merasakan

ini adalah sangat penting untuk cuba dielakkan daripada masuk ke dalamnya. Ia ini, adalah

termasuklah dalam hal akhidah, ibadah, dan akhlak. Apabila kita mengetahui 26

diharapkan kita supaya jauh daripadanya dan menanam ke dalam diri perkara-perkara yang berlawanan dengannya. Adalah diharapkan kita tidak terkena lontaran celaka Penulis berdoa; Allah s.w.t.

Dan mengucapkan,

http://quran.bblm.go.id/

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

PERTAMA: CELAKA MEREKA YANG MENGUBAH AYAT-AYAT ALLAH

)1(

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: Ini ialah dari sisi Allah, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah Al-Baqarah: 79) I.

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 78 menyebut Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari peneranganpenerangan bohong iaitu cerita dongeng ataupun kata-kata angan-angan daripada ketua-ketua mereka, dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. Kata Al-Hafiz Ibn Kathit r.a.: Dalam ayat 78 ini, Allah mencela orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Kitab Allah tetapi tidak mengetahui isi kitab itu melainkan disangka kitab itu hanyalah berisi cerita-cerita dongeng. Atau hanya membaca tanpa mengetahui maknanya, disangka juga pendistaan sahaja, atau disangka juga ditujukan bagi yang punya hajat, perubatan, dan sebagainya. Kemudian datanglah

II.

( )

Allah. Celaka ini ditujukan kepada orang-orang Yahudi

khususnya pendeta-pendeta mereka yang menulis dengan tangan mereka teks-teks yang menyerupai Kitab Taurat lalu mendakwa bahawa tulisan itu datangnya daripada Allah dengan tujuan untuk mendapat habuan dunia seperti wang dan pangkat. Pendeta-pendeta Yahudi ini mengubah kitab mereka iaitu dengan mengubah berita-berita dan tanda-tanda akan kedatangan Rasul akhir, Muhammad bin Abdullah. Mengikut Tafsir Jalalain, mereka mengubah juga ayat-ayat akan hukuman rejam. III. Ibn Abi Hatim r.a. meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a bahawa Ibn Abbas berkata: Ayat ini turun kepada pendeta Yahudi. Mereka menemukan ciri-ciri Rasulullah s.a.w. di dalam Kitab Taurat mereka lalu mereka menghapuskan keterangan-keterangan tersebut daripada Kitab Taurat mereka dengan menggantikan dengan tulisan-tulisan yang dusta.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

10

IV.

Kata Ibn Abbas: Wahai kaum Muslimin, mengapakah kalian bertanya kepada Ahlul Kitab padahal kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu AlQuran masih baru dan akan sentiasa baru, hangat, dan belum bercampur apa-apa. Pengajaran Menjauhi Sikap Yahudi. Yahudi bersikap angkuh dan sombong. Mereka mendakwa mereka adalah kekasih-kekasih Allah dan tidak akan diazab10. Terkadangnya mereka berkata bahawa mereka hanya akan diazab Allah untuk beberapa hari sahaja 11. Oleh itu mereka berani mengubah ayat-ayat Allah dengan tujuan untuk mendapat habuan dunia. Kita menyakini bahawa perkara ini tidak akan terjadi kepada Al-Quran. Ini adalah kerana Allah s.w.t. telah berjanji akan menjaga Al-Quran. Dan realitinya, terdapat jutaan parapara penghafaz Al-Quran di seluruh dunia dan telah berjuta mashaf dicetak. Jikapun mashaf semuanya dihapuskan, masih ada jutaan yang menghafaz Al-Quran. Kini, dinamakan menjual ayat-ayat Al-Quran apabila para pendakwah yang memahami Al-Quran itu tidak berkata benar dengan pengetahuannya. Mereka melencong apabila berdakwah kepada para pemimpin. Mereka mengikut cakap pemimpin itu dan menyokongnya dengan ayat-ayat Al-Quran yang salah ditafsirkan. Tujuan pendakwahpendakwah ini adalah untuk mendapat habuan berupa harta dan pangkat.

I.

II.

Berhati-Hati Dengan Godaan Dunia. Dunia diibaratkan tanah pertanian. Yang menanam dengan benih yang baik dan menjaganya nescaya akan mendapat hasil tuaian yang banyak. Adapun yang bermain-main dan tidak berusaha menanam dengan benih yang baik, nescaya tidak mendapat hasilnya. Daripada Ibnu Umar r.a.: Rasulullah s.a.w. memegang pundakku dan bersabda, Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan. Ibnu Umar r.a. berkata, Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu. (HR. Bukhari)

Ramai manusia yang sudah tewas dengan dunia. Ramai juga yang sudah menewaskan dunia. Harta, pangkat, dan wanita menjadi godaan utama. Penulis mendoakan kita tidak tertipu dengan dunia.

10 11

Surah Al-Maidah: 18 Surah Al-Baqarah: 80

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

11

KEDUA: CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH

)2( Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, (Surah Al-Jathiyah: 7) I. Tafsir Surah Al-Jathiyah, ayat 2 hingga ayat 6 menjelaskan akan ayat-ayat Allah. Ayat-ayat Allah itu ada dua. Yang pertama ialah ayat-ayat Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran ini dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. Yang kedua ialah ayat-ayat yang diertikan sebagai tanda-tanda Allah. Tanda-tanda ini berupa langit, bumi, bintang, binatang yang melata di muka bumi, hujan dan angin. Kemudian ayat ke 7, iaitu celaka kepada mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah yang disebutkan di awal tadi. Mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah berupa ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan kepada mereka, tetap berkeras kepala, dan mereka berpura-pura seakan tidak pernah mendengar ayat-ayat Al-Quran. Yang lebih teruk ialah, mereka menjadikan Al-Quran itu sebagai bahan ejekan dan olok-olokan. Mereka ini, dikhabarkan kepada mereka yang mereka itu celaka dan neraka akan menjadi tempat abadi mereka. Ada juga yang ingkar akan ayat-ayat Allah yang diertikan sebagai tanda-tanda Allah12 yang berupa ciptaanNya di alam ini. Bermula dengan peralihan malam dan siang yang silih berganti, diikuti bintang-bintang yang jumlahnya hanya diketahui Allah yang menjadi kompas dalam pelayaran, kemudian hujan, angin dan binatang yang melata di muka bumi ini yang mereka ini tidak diciptakan sia-sia. Mereka yang ingkar ini melihat tanda-tanda Allah ini sebagai sia-sia dan tidak mempunyai sebarang fungsi dan faedah. I. Pengajaran Membumikan Al-Quran. Membumikan Al-Quran itu adalah, yang pertama membaca. Bermaksud membaca Al-Quran seperti mana ia diturunkan iaitu membaca dengan tajwid dan menjaga segala adab bacaannya. Bacaan itu perlu berguru. Kedua ialah memahami Al-Quran dengan disiplin-disiplin ilmu tafsir. Terjemahan Al-Quran sahaja tidaklah

II.

III.

IV.

12

Surah Yunus: 6

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

12

cukup untuk memahami Al-Quran. Sebagai tambahan, Bahasa, Ilmu Hadith dan lain-lain ilmu juga perlu dipelajari. Kemudiannya, datanglah kefahaman akan kefahaman yang jelas akan hukum-hukum syarak dan diiringi dengan tanggungjawab untuk melaksanakan. Tertibnya itu dapat dilihat dengan firman Allah dalam Surah Al-Jumuah ayat 2;

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. Sebagai peringatan, bacaan Al-Quran itu perlu dengan sebenar-benar bacaan iaitu menghalalkan apa sahaja yang dihalalkan Al-Quran dan mengharamkan apa sahaja yang diharamkan Al-Quran. Adalah tidak cocok, membaca Al-Quran dan selepas itu membuka aurat di khalayak umum. Kata Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, akan berlakunya pada Hari Akhirat nanti yang dinamakan sebagai Neraca Tidak Seimbang iaitu melebihkan bacaan dan ditinggalkan kefahaman dan pengamalannya. Kata Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah, ayat 121;

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah, memutarkan maksudnya, beriman dengannya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. II. Memikirkan Ciptaan Allah. Celaka kepada mereka yang tidak memikirkan ciptaanciptaan Allah. Orang-orang yang berfikir dan merenung ciptaan Allah dan bertambah imannya dikenal sebagai Ulul Albab. Mereka ini mengingati Allah ketika berdiri, duduk atau baring. Mereka selalu meminta akan dijauhkan azab neraka. Kata Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 190;

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

13

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tandatanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Hamka membawakan satu kisah dalam salah satu karyanya yang penulis terlupa judulnya bahawa pada suatu hari, Bilal seperti biasa akan azan apabila tiba waktu Solat Subuh. Kemudian Bilal akan menunggu Rasullullah s.a.w. datang masjid. Tidak seperti biasa, hari itu Rasullullah s.a.w. tidak juga datang. Menduga Rasulullah s.a.w. tertidur, Bilal bergegas pergi ke rumah Rasullullah s.a.w. Setibanya Bilal, Bilal melihat Rasullullah s.a.w. sedang menangis. Lalu Bilal bertanya akan sebabnya. Jawab Rasulullah s.a.w. bahawa malam itu turun ayat 190 dan 191 Surah Ali Imran yang menyatakan celaka kepada mereka yang melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. pada kejadian alam ini, akan tetapi masih tidak memikirkannya. Melihat penciptaan bumi dan langit, akan tetapi masih berkata semulajadi. Dan lain-lainnya. Inilah yang disebut sebagai membesarkan Allah s.w.t. dengan melihat ciptaanNya. Segala ciptaanNya bermula dengan Sang Semut hinggalah kepada Sang Paus, dan yang lain yang seerti dengannya. Dalam hal umat-umat dahulu, firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anam, ayat 11;

Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orangorang yang mendustakan itu. Kita mendoakan kita tidak melupakan ayat-ayat Allah s.w.t. dan tidak terkena celaka daripada Allah s.w.t.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

14

KETIGA: CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENDUSTAKAN RASUL ALLAH

)3( Kemudian, golongan-golongan (daripada kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan. I. Tafsir Mereka ini, terdiri daripada Yahudi yang mendustakan akan kedatangan Nabi Isa a.s. Lalu mereka merancang membunuh Nabi Isa a.s. Akan tetapi, perancangan Allah s.w.t. mengalahkan rancangan mereka. Nabi Isa a.s. lalu diangkat ke langit. Menurut Tafsir Jalalain, mereka menipu diri mereka sendiri sedangkan mereka tahu akan kebenaran. Mereka menipu dengan berkata bahawa Isa a.s. itu adalah anak Allah s.w.t. Ini adalah perkataan yang besar! Ada di kalangan golangan mereka yang tetap dengan kebenaran, iaitu tidak mengatakan bahawa Isa a.s. adalah anak Allah s.w..t. Maka mereka bertelagah dan berselisih di anatara mereka. Lalu dibunuhnya mereka yang tetap di atas kebenaran ini. Nah celaka kepada yang tetap berkata Isa a.s. itu adalah anak Allah s.w.t. Khabarkan neraka kepada mereka. Firman Allah s.w.t.; )4(

II.

III.

Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami). (Surah Al-Anbiya: 18) IV. Penegasan bahawa Nabi Isa a.s. itu adalah bukan anak Allah s.w.t., hanyalah seorang Rasul yang diutuskan Allah s.w.t. diulang oleh Rasullullah s.a.w. Termaktub di dalam AlQuran bahawa Nabi Isa a.s. itu dan ibu baginda, Maryam a.s. hanyalah manusia, yang

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

15

makan seperti manusia lain makan akan tetapi dikurniakan mukjizat oleh Allah s.w.t. dan kelebihan berbanding manusia lain.13 V. Ayat 63 dan ayat 64 Surah Az-Zukhruf merakamkan dakwah Nabi Isa a.s.;

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah dia: Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus.

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.

(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). VI. Selepas itu, mereka mendustai akan kerasulan Rasulullah s.a.w. Mereka melihat bahawa adalah mustahil Tuhan mengutuskan Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul, kerana

13

Surah Al-Maidah: 75

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

16

Muhammad bin Abdullah tidak ada apa-apa kelebihan menurut kaca mata mereka. Rasulullah s.a.w. adalah manusia biasa. Mereka mempunyai harta dan pangkat, tidak bagi Rasulullah s.a.w. Mereka juga melihat bahawa jika Tuhan mahu mengutuskan Rasul, tentu Tuhan akan mengutuskan malaikat sebagai Rasul14. Oleh itu mereka mendustakan Rasulullah s.a.w. Maka celakalah mereka. Sedangkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Firman Allah s.a.w.; )5( Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)! )6(

Katakanlah: Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan (Nya), (Surah Al-Fussilat: 6) I. Pengajaran Beriman Kepada Rasul. Beriman kepada Rasul adalah beriqtikad datangnya semua Rasul itu daripada Allah s.w.t. Para Rasul ini datang untuk menyampaikan risalah Allah. Mereka tidak memintah upah dan bayaran. Beriman juga bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul terakhir dan tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang datang selepas Baginda s.a.w. Nabi Isa a.s. adalah manusia yang tiada berbapa, lahir selepas ditiup ruhnya ke dalam rahim Maryam a.s. oleh malaikat Jibril. Ya, Allah s.w.t. Maha Berkuasa untuk menciptakan. Kemudian Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Isa a.s. sebagai Rasul, dan diangkat ke langit. Bagaimana? Allah Maha Mengetahui. Tidak ada soalan lagi. II. Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Beriman dengan Rasulullah s.a.w. adalah membenarkan segala yang di sampaikan oleh Baginda s.a.w. Membenarkan itu adalah membenarkan dengan hati, lidah dan anggota badan. Telah Rasulullah s.a.w. tunjukkan

14

Surah Al-Anam: 9

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

17

segala perkataan dan amalan yang perlu kita jadikan contoh, akan tetapi banyak diantara kita yang enggan. Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: Setiap umatku akan masuk Syurga, kecuali orang yang engan, Para sahabat bertanya, Ya Rasulallah, siapakah orang yang enggan itu? Rasulullah menjawab, Barangsiapa mentaatiku akan masuk Syurga dan barangsiapa yang mendurhakaiku dialah yang enggan. (HR.Bukhari dalam kitab al-Itisham) (Hadits no. 6851). Mudahnya masuk syurga dengan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Ramai lagi yang enggan. Kemudian; )7( Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! I. Tafsir Surah Al-Furqan ayat 25 hingga ayat 27;

Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.

Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Dan 29;

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

18

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". Kata Ibn Kathir r.a.: Allah s.w.t. berfirman tentang kegemparan, kecemasan, dan panik yang menandai tibanya Hari Kiamat dengan terjadinya peristiwa-peristiwa yang tidak pernah dialami umat manusia seperti terpecah-belahnya langit seraya mengeluarkan kabut putih dan turunnya para malaikat secara bergelombang. Pada masa itu, kekuasaan mutlak hanyalah milik Allah yang tidak disekutui oleh yang lain. Dan hari ini adalah hari yang sukar untuk orang kafir. Mereka menggigit jari, marahkan diri sendiri dan menyesal dengan apa yang mereka perbuat di dunia. Kata mereka dengan kekesalan, Alangkah baiknya jika aku di dunia dahulu mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul. Kata mereka lagi, Alangkah baiknya jika aku tidak mengambil si dia ini yang ingkar kepada Rasul menjadi teman baikku. II. Penulis menyebut, yang durhaka dan dusta kepada Rasul itu sudah pasti ditunjukkan jalan neraka kepada mereka. Mereka ini pastinya tidak dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman. Kerana mereka tidak beriman dengan satu rukun iman iaitu Iman Kepada Rasul. Rukun Iman yang enam, jika ditolok satu, tidak menjadi lima tetapi menjadi kosong iaitu dikira langsung tidak beriman. Orang yang menjadikan mereka sahabat karib dan mengikut mereka dan menolak Rasul akan termasuk dalam golongan mereka. Celakalah. Datang pula golongan ingkarussunnah. Ditakuti mereka ini datangnya daripada golongan yang beriman. Mereka beriman akan Rasul akan tetapi mereka bermain tarik tali dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Kata mereka, sunnah Rasulullah s.a.w. tidak sesuai lagi diamalkan di zaman moden. Nabi hidup di zaman unta. Kita pula di zaman kereta. Nabi tidak bekerja di pejabat berhawa dingin. Kita bekerja di pejabat berhawa dingin. Tambah mereka lagi dengan menyoal, dengan sebab itu bagaimanakah kita sesuai lagi mengikut sunnah Nabi? Mereka ini ingkarussunnah. Mereka ini celaka dan yang menjadikan mereka teman karib dan mengikut kata mereka pun celaka. Bukan saya yang berkata celaka, tetapi Allah yang berkata celaka kepada mereka. Kerana apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. samada perkataan atau perbuatan akan sentiasa releven hingga ke Hari Kiamat. Hinggakan apabila Isa a.s. turun ke bumi, dia juga akan mengikut Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. berfirman;

III.

IV.

V.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

19

(Akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!" (Surah Al-Anbiyak: 14) I. Tafsir Mereka ini celaka kerana mendustai kedatangan Rasul. Pendustaan ini berbagai cara. Antaranya ialah mendustakan bahawa Rasul itu daripada kalangan manusia. Kata Allah;

Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya). Dan;


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya). II. Kerana pendustaan mereka terhadap Rasul itu, Allah s.w.t. memusnahkan mereka dan menggantikan mereka dengan umat yang lain. Lihatlah akibat yang berlaku kepada umat Nabi Nuh a.s., kerena pendustaan mereka terhadap Nabi Nuh a.s., mereka telah dibinasakan dengan banjir besar, dan kisah mereka menjadi iktibar kepada kita. Kata Ibn Kathir r.a., mereka ini sudah lambat tersedar. Apabila sudah diambang kehancuran, barulah mereka mahu beriman dengan Rasul. Penulis bekata, sama halnya adalah Firaun. Dia mendustakan Musa a.s. hinggalah nyawanya sudah berada di halqum,

III.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

20

barulah dia mahu melafazkan imannya kepada Musa a.s., dan imannya sudah tidak diterima lagi. Allah s.w.t. berfirman;

Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka. (Surah-Adz-Dzaariyat: 60) I. Tafsir Ringkasnya, Surat Adz-Dzaariyaat terdiri daripada 60 ayat, termasuk golongan surahsurah Makkiyah, diturunkan sesudah Surat Al-Ahqaaf. Dinamakan Adz-Dzaariyaat (angin yang menerbangkan), diambil daripada perkataan Adz-Dzaariyaat yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Allah bersumpah dengan angin, bahtera, dan malaikat yang menjadi sumber kesejahteraan dan pembawa kemakmuran. Hal ini mengisyaratkan inayat Allah kepada hamba-hamba-Nya. Pokok-pokok isinya pertama ialah keimanan. Bagaimana keadaan orang-orang yang beriman di dalam syurga sebagai balasan ketaatan bagi orang yang bertakwa. Kemudian manusia dan jin dijadikan Allah untuk beribadah kepadaNya. Allah sebagai pemberi rezeki dan neraka sebagai balasan bagi orang- orang kafir. Kedua ialah hukum-hukum. Larangan mempersekutukan Allah dengan selainNya. Kemudian perintah berpaling daripada orang-orang musyrik yang berkepala batu dan memberikan peringatan dan pengajaran kepada orang-orang mukmin iaitu pada harta kekayaan seseorang terdapat hak orang miskin. Ketiga ialah kisah-kisah. Kisah Ibrahim a.s. dengan malaikat yang datang ke rumahnya, kisah Musa a.s. dengan Firaun. kisah Kaum Ad dan Tsamud, Kisah Nuh a.s. dengan kaumnya. Keempat ialah perkara-perkara lain. Segala sesuatu diciptakan Allah dengan berpasangpasangan, pada diri manusia sendiri terdapat tanda-tanda kebesaran Allah. Surat AdzDzaariyaat menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan penegasan adanya hari berbangkit, balasan yang diterima orang mukmin dan kafir di akhirat. Kemudian dikemukakan kisah beberapa orang nabi dan kaumnya sebagai pujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar jangan bersedih hati terhadap sikap kaumnya yang keras kepala dan selalu mendustakannya. III. Ayat 52 hingga 59 menerangkan pendustaan beberapa golongan terhadap Rasul. Mereka berkata bahawa Rasul yang datang membawa risalah tuhan itu sebagai tukang sihir dan

II.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

21

juga orang gila. Sedangkan mereka tidak sedar yang Allah yang mengutuskan Rasul itulah yang memberi rezeki kepada mereka dan mustahil meminta rezeki daripada mereka. Maka mereka adalah celaka pada hari yang dijanjikan iaitu Hari Akhirat15. I. Pengajaran Mencari Teman Yang Soleh Dan Solehah. Satu perkara penting untuk diperhatikan adalah teman. Jika kita mahu menjadi orang yang baik, carilah teman yang baik. Dan jika kita mahu menjadi orang yang jahat, carilah teman yang jahat. Logiknya, seseorang yang berkawan dengan bilal masjid akan sentiasa terikut-ikut bilal untuk ke masjid. Dan seseorang yang berkawan dengan penari kelab malam tentunya akan terikut-ikut untuk pergi ke kelab malam. Benarlah apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, wanginya akan terkena baju kita. Dan apabila berkawan dengan pekerja lori sampah, busuk sampahnya akan melekat di baju kita. Mencari teman yang baik itu adalah penting. Sehinggakan, ulamak-ulamak salaf ada menyebut jika seorang itu ingin bertaubat, maka carilah teman yang baik dan soleh. II. Mengikut Sunnah Nabi s.a.w. Jika kita benar mencintai Nabi s.a.w., maka caranya adalah mengikut sunnah Baginda s.a.w. Selawat ke atas Baginda s.a.w. itu perlu dan mengikut sunnah Baginda s.a.w. juga adalah perlu. Jika orang mencintai penulis, penulis suka jika dia memuji penulis. Penulis akan lebih suka, selain pujian, orang itu akan mengikut tingkah-laku penulis samada perkataan atau perbuatan. Kata Allah s.w.t;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Maka dua perkara utama dalam ayat di atas, yang pertama cinta Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. dan yang kedua adalah ittiba iaitu mengikut. Mengaku mencintai Nabi s.a.w. akan tetapi tidak mengikut adalah sia-sia. Maka jadilah dengan ittiba itu, tanda bahawa kita tidak menderhakai Allah s.w.t. dan RasulNya;
15

Rujukan Tafsir Al-Quran Al-Azim karangan Ibnu Kathir r.a; https://docs.google.com/fileview?id=0Bz1Iv5iVVJceYjVmODdiMDEtYjVhMS00Zjg3LTgwNDMtMGUzMT MzNDk5NDIx&hl=en&authkey=CI2u8q0K

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

22

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. Dan;

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). Dan;

Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintahperintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata". Dan;

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. III. Syaitan Adalah Musuh Yang Nyata. Tidak ada musuh yang lebih nyata melainkan syaitan. Ada musuh dalam selimut, tetapi itu bukan syaitan. Ada duri dalam daging, tetapi itu bukan syaitan. Ada inti dalam kuih, tetapi itu bukan syaitan. Itu adalah inti kacang.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

23

Kenapa tidak syaitan? Kerana syaitan adalah nyata walau ia tidak dapat dilihat. Kerana syaitan telah berjanji dengan Allah. Surah Al-Araf menyebut;

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. Sudah penulis katakan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. Kata Allah lagi dalam Surah Al-Araf ayat 22;

Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" Jadi perlu berjaga-jaga dengan syaitan itu.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

24

KEEMPAT: CELAKA KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

)8( (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orangorang yang mendustakan kebenaran; (Surah At-Thur: 11) I. Tafsir Surah At-Thur, ayat 1 hingga 6 adalah sumpah Allah s.w.t. dengan ciptaanNya. Bermula sumpah Allah dengan Bukit Thur Sina iaitu bukit tempat Allah bercakap dengan Nabi Musa a.s., diikuti sumpah Allah dengan Kitab Yang Tertulis. Al-Hafiz Ibn Kathir r.a. menukilkan bahawa Kitab Yang Tertulis ini adalah Lauh Mahfuz dan sebahagian mufassirin yang lain menafsirkan Kitab Yang Tertulis ini adalah Kitab-Kitab Suci Yang Diturukan Kepada Rasul-Rasul. Kemudian sumpah Allah dengan Baitul Makmur. Juga ditafsirkan bahawa Baitul Makmur ini ialah Rumah Di Langit Yang Dimasuki 70 000 Malaikat Setiap Hari dan sebahagian mufassirin yang lain menafsirkan sebagai Kaabah. Allah kemudian bersumpah dengan bumbung iaitu langit yang tinggi dan laut yang tepu iaitu laut yang di dalam tanahnya ada api. Surah At-Thur, ayat 1 hingga 10 adalah janji Allah bahawa akan berlakunya hari kiamat. Pada hari itu langit dan segala isinya akan bergegar dan gunung-ganang akan beralih tempatnya. Kemudian datanglah celaka Allah. Celaka Allah ini adalah kepada mereka-mereka yang tidak beriman akan Hari Kiamat. Mereka ini mendustakan akan adanya neraka, syurga, mizan, mashsyar, titian sirat dan lain-lain. Dengan itu, mereka bermain-main dan tidak bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat. Mereka leka dan bermain-main dalam kesesatan (Surah At-Thur: 12). Dikatakan kepada mereka: Wahai orang yang celaka, inilah neraka yang kamu dahulu selalu dustakan. Kamu selalu katakan kepada Rasul-Rasul yang membawa khabar neraka dan syurga bahawa khabar mereka itu adalah sihir belaka. Maka pada hari ini, rasakan panas apinya sebagai balasan pendustaan kamu. )9(

II.

III.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

25

Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!" (Surah AsSoffat: 20) I. Tafsir Firman Allah di atas juga yang mengingkari Hari Akhirat. Mereka kembali menyesali diri mereka sendiri, sedar dan mengakui bahawa mereka selama hidup di dunia telah berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri dan durhaka terhadap Allah dengan melanggar perintah-perintahNya dan mendustakan RasulNya. Berkata mereka kepada diri mereka sendiri: Celakalah kita pada hari ini, hari ini adalah hari pembalasan. Allah memerintah para malaikat supaya memisahkan mereka daripada orang yang beriman dan menunjukkan jalan kepada mereka ke neraka. Dalam hal mendustakan Buku Amal Baik Dan Jahat, Allah s.w.t. berfirman; )10( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (Surah Al-Mutaffifin: 10) I. Tafsir Ini adalah hal yang mendustakan Kitab Amal Baik dan Kitab Amal Jahat. Ini juga termasuk mendustakan Hari Akhirat. Mereka tidak percaya yang adanya malaikat yang menulis amal baik dan amalnya dan tulisan itu direkodkan. Oleh kerana pendustaan mereka, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa diri sendiri rasa diperhatikan. Khabarkan bahawa mereka adalah celaka. Rasa bebas mereka akan diikuti rasa penyesalan di Hari Akhirat. Pada hari itu, dibentangkan Kitab Amal Jahat mereka yang bernama Sijjin. Merah padam dan tertunduklah mereka. Mereka tidak menduga, semua amal mereka direkod, sedikitpun tidak dilupakan. Allah juga berfirman;

II.

II.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN
)11(

26

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Anbiyak: 97) I. Kisahnya ayat di atas dimulai dengan mereka ketika di dunia ini mengingkari akan terjadinya hari kiamat. Mereka tidak beriman akan kedatangan hari kiamat dan berkata bahawa manusia yang hidup akan mati dan tiada lagi kehidupan selepas mati kerana mati itu adalah aturan perjalanan alam. Tatkala mereka dibangkitkan di hari kiamat selepas kematian mereka, mereka seperti yang digambarkan ayat di atas sangat tergejut, terbeliak biji mata mereka, dan berkeadaan cemas. Dengan penuh penyesalan yang sudah tidak ada gunanya lagi mereka berkata, "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orangorang yang menganiaya diri sendiri". Nah, mereka berkata bahawa mereka dahulunya di dunia ini adalah manusia yang lalai, lalai dengan keindahan dunia yang berupa harta, wanita, pangkat, anak-anak, dan lainlain. Mereka lalai dan dengan itu mereka tidak memikirkan bahawa mereka akan mati dan bertemu dengan hari akhirat. Oleh kerana itu, mereka senang melakukan apa sahaja perkara buruk dan zalim, kerana mereka menyangka mereka menyangka tiada lagi kehidupan selepas mati yang akan mengadili mereka. Dan menyakulah mereka bahawa mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.

II.

III.

IV.

)12(

Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

27

(kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!" (Surah AlAhqaf: 17) I. Tafsir Hakikatnya manusia yang disebut oleh ayat di atas adalah sama, iaitu tidak beriman kepada hari kiamat. Akan tetapi, dalam ayat ini diceritakan bahawa mereka yang tidak beriman itu adalah anak-anak. Anak-anak ini sudah diajak oleh ibu dan bapa mereka akan tetapi kerana keangkuhan mereka menolak. Anak-anak ini mengira bahawa ilmu hanyalah yang diterima oleh akal. Ilmu yang datang daripada Allah s.w.t. pula ditolaknya mentah-mentah. Dakwah daripada ibu dan bapa itu untuk beriman kepada hari akhirat dikatakan sebagai dongengan dahulu kala. Anak-anak ini berhujah dengan hujan yang lemah bahawa tidak ada manusia yang sudah mati kembali memberitahu mereka bahawa akan datangnya hari akhirat. Kita berkata bahawa ilmu tentang hari akhirat ini hanyalah pada Allah s.w.t. Ilmu ini adalah jenisnya ilmu samiyat iaitu samina wa atona. Tidak perlu kepada soalan yang banyak. Ilmu yang sampai kepada kita berkenaan hari kiamat ini adalah terlalu sedikit. Ayat di atas juga menggambarkan bahawa ibu dan ayah yang mengajak anak-anak mereka supaya beriman kepada hari akhirat tidak dapat membuat suatu pun apabila anak mereka itu tidak mahu beriman. Ibu bapa ini berdoa kepada Allah s.w.t. untuk selamatkan anak-anak mereka daripada api neraka, akan tetapi Allah s.w.t. hanya akan selamatkan orang-orang yang beriman. Yang mendustakan kebangkitan daripada kubur, Allah s.w.t. berfirman; )13( (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!, (Surah Yasin: 52) I. Pengajaran Beriman Dengan Hari Akhirat. Dua teras iman ialah beriman kepada Allah dan beriman kepada Hari Akhirat. Beriman kepada Allah mencakupi beriman kepada malaikat iaitu 10 yang wajib diketahui, beriman kepada rasul iaitu 25 yang wajib

II.

III.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

28

diketahui, dan beriman kepada kitab iaitu 4 kitab yang wajib diketahui. Manakala beriman kepada Hari Akhirat mencakupi beriman adanya soalan dalam kubur, siksa dan nikmat kubur, neraka dan syurga, mashyar dan mizan, titian sirat dan beriman qada dan qadar. Tidak beriman dengan semua di atas adalah celaka. II. Sumpah Hanya Dengan Allah. Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. menjumpai Umar Ibnu Al-Khaththab di suatu kafilah, padahal dia (Umar) sedang bersumpah dengan nama ayahnya. Maka Rasulullah berseru kepada mereka: "Ketahuilah bahwa Allah melarang kalian untuk bersumpah dengan nama ayahmu. Barangsiapa bersumpah, hendaknya bersumpah dengan nama Allah atau diam." (Muttafaq Alaihi.) Munafiq Apabila Bermain Dengan Sumpah. Dan kini, sumpah itu bermain-main di mulut orang-orang munafiq. Mereka yang munafiq ini suka bersumpah dan mahu orang lain juga munafiq dengan mencabar orang lain supaya bersumpah. Kata Allah dalam Surah Al-Munafiqun;

III.

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), - DATANG PADA


JABATAN AGAMA, ULAMAK-ULAMAK, MUFTI-MUFTI, MASJID-MASJID, IMAM-IMAM, USTAZ-USTAZ - mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenarbenarnya Rasul Allah" HATI KAMI DAN TINDAKAN KAMI TETAP KAFIR DENGANMU YA MUHAMMAD - Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. PENGAKUAN ADALAH DUSTA, BOHONG DI SANA-SINI, DI TELEVISYEN, DI SURAT KHABAR, DI RADIO.

Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas) UNTUK MENJATUHKAN ORANG LAIN - lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah ORANG LAIN LALU TERPENGARUH DENGAN SUMPAHNYA - Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

29

(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) BERPAKAIAN SEPERTI MUSLIM SEJATI, BERKOPIAH, BERBAJU MELAYU, BERSONGKOK, HITAM DAHI MEREKA - kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri SESAMA KUMPULAN MEREKA - maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). Dan mereka sudah menempah tiket ke neraka.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

30

KELIMA: CELAKA-CELAKA DI DALAM SURAH AL-MURSALAT

)14( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)! I. Tafsir Ringkasnya, Surah Al-Mursalat bermula ayat 1 hingga 14 menceritakan tentang dua perkara iaitu pertama cerita tentang rahmat Allah iaitu dengan pengutusan Rasul dan kedua adalah cerita tentang tugas Rasul yang tugas para Rasul adalah memberi ancaman akan kedatangan Hari Akhirat. Maka celakalah orang yang mendustakan ancaman Rasul itu. Azab akan dijatuhkan kepada manusia yang suka membohongkan dan mendustakan apa yang telah disampaikan dan diceritakan oleh para Rasul itu! Orang kafir masih ragu, akan tetapi ingatlah, Allah tidak akan menyalahi janjiNya. Ayat lain menegaskan:

II.

(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. (Surah Ibrahim: 48) )15( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)! I. Tafsir Celaka ini adalah yang mendustakan janji Allah iaitu Hari Akhirat. Allah mengingatkan kembali bahawa telah aku musnahkan orang-orang sebelum daripada kamu kerana mereka mendustakan janjiKu. Dan datang pula kamu mengulang kisah dahulu. Seakanakan Allah bertanya, Wahai celaka, kenapa kamu masih belum sedar akan kesalahan pendustaan kamu ini? Dengan berulang-ulang kutukan yang terdapat dalam Surah Al-Mursalat ini, adalah untuk menegaskan erti dan juga mengandung pengertian lain; yakni bahawa kutukan tersebut

II.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

31

tidak hanya diberlakukan di kampung akhirat, melainkan diperlihatkanNya di dunia ini juga. III. Imam Al-Qurtuby mengatakan lafal wail ini diulang-ulang dalam surah ini kerana menunjukkan bahawa untuk masing-masing bangsa yang mendustai Allah dijatuhkan suatu bentuk siksaan yang berlainan dengan apa yang diterima oleh bangsa lain sebelumnya. Begitulah masing-masing umat Nabi dahulu kala yang bersikap membangkang itu telah menerima siksaan Ilahi yang berlainan satu dengan lainnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Imam Al-Qurtuby. Sejarah telah menunjukkan bermula umat Nabi Nuh a.s. diikuti dengan Hud a.s, kemudian Soleh a.s. dan datang pula Rasul yang lain, semua umat mereka mendapat siksa yang berlainan kerana mendustakan Rasul dan Risalah. )16( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)! I. Tafsir Allah s.w.t. mempamerkan kekuasaanNya dalam ayat 20 hingga 23. Tanya Allah;

IV.

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?

Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,

Hingga ke suatu masa yang termaklum?

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

32

II.

Tetapi mereka masih belum sedar. Mereka mendustakan Rasul. Mereka mendustakan Hari Akhirat. Mereka sendiri mengaku bahawa Allah menciptakan mereka daripada airair mani ayah mereka. Yang ayah mereka pancutkan ke dalam rahim ibu mereka. Di dalam rahim itulah iaitu tempat yang kukuh, mereka tinggal 9 bulan lamanya. Terkadang Allah cepatkan dan terkadang Allah lambatkan tempoh itu. Maka celakalah kerana mereka masih belum sedar akan nikmat Allah itu.

)17( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)! I. Tafsir Allah s.w.t. mengungkit-ngungkit lagi nikmat-nikmatNya dalam ayat 25 hingga ayat 27. Tujuan Allah adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk member kesedaran supaya beriman dengan RasulKu dan Hari Akhirat dan jangan dustakan. Kata Allah;

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -

Yang hidup dan yang mati?

Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?

II.

Tetapi mereka tidak serik-serik mendustakan Rasul dan Hari Akhirat. Mereka tahu bahawa Allahlah yang berkuasa menciptakan bumi ini sebagai tempat tinggal mereka. Mereka bukan bodoh untuk mengakui berhala-berhala yang tidak boleh bercakap atau mendengar itu menciptakan bumi ini. Mereka juga mengakui yang Allahlah yang menciptakan gunung-ganang yang ada rendah dan ada tinggi. Mereka juga mengakui nikmat Allah yang menciptakan air tawar sebagai minuman dan mereka menghilangkan dahaga dengannya. Tetapi mereka masih mendustakan Rasul dan Hari Akhirat. Sungguh celaka!.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN
)18(

33

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian). I. Tafsir Ayat 29 hingga 33 adalah keadaan celaka-celaka yang mendustakan Rasul dan Hari Kiamat di akhirat kelak. Mereka tidak dapat mengelak lagi. Nah rasakah wahai celaka. Kata Allah;

(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.

"Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -

"Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.

"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,

"(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning". II. Disuruh orang yang mendustakan itu a.k.a orang kafir pergi ke neraka yang dahulu kamu dustakan. Pergilah kamu ke naungan api yang bercabang tiga. Dijelaskan bahawa pada hari itu bungan apinya sahaja sebesar bangunan besar. Banyaknya pula bunga api itu seakan-akan rombongan unta kuning. Pada hari itu, orang kafir itu tidak akan lepas daripada naungan api. Tidak ada naungan lain. Dan barulah kamu wahai celaka mengetahui salahmu selama ini. )19(

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

34

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! I. Tafsir Ayat 35 dan 36 ialah;

Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),

Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. II. Orang kafir pada hari itu ketakutan kerana dosa mereka. Mereka tidak diizinkan bercakap dan tidak pula dapat meminta maaf. Sudah tertutup pintu kemaafan. Dan sekali lagi Allah mengutuk mereka dengan celaka.

)20( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)! I. Tafsir Ayat 38 dan 39;

Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).

Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. II. Pada hari itu, Allah kumpulkan semua manusia daripada Nabi Adam a.s. hinggalah manusia terakhir yang meninggal kerana malapetaka Hari Kiamat. Tujuannya adalah kerana pemutusan hukuman. Maka jika ada sesiapa yang mempunyai tipu helah untuk melepaskan diri daripada pemutusan hukuman itu, kerana takutkan azab Allah, tidaklah mereka akan berjaya. Maka celakalah untuk mereka. Kata Allah dalam Surah Al-Waqiah;

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

35

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); III. Dipecahkan kepada 3 puak. Yang pertama ialah Puak Kanan. Mereka akan diputuskan hukuman. Puak kedua adalah Puak Kiri. Mereka dilemparkan terus ke dalam neraka. Adapun ketiga ialah Puak As-Sabiqun. Mereka dijemput masuk ke dalam syurga.

)21( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)! I. Tafsir Ayat 41 hingga 44 menceritakan perihal orang yang beriman dengan Rasul dan Hari Akhirat. Mereka mendapat nikmat syurga yang abadi. Mereka di bawah naungan yang dekat dengan mata air. mereka di syurga mendapat apa jua buah-buahan yang diingini. Dikatakan kepada mereka, Makanlah dan minumlah disebabkan iman kamu di dunia dan amal soleh yang kamu kerjakan. Cuba kita lihat;

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

36

Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.

(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amalamal yang baik. )22( Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), I. Tafsir Ayat 46;

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa. II. Allah mengulangi celaka kepada yang ingkar, derhaka, dan tidak mahu beriman. Kata Allah, bersenang-senanglah kamu di dunia ini sementara kamu masih mampu menghirup udara. Kerana kamu sudah tidak dapat bersenang selepas kamu mati nanti. Kamu akan di datangi segala kesusahan kerana dosa kamu. Kerana apabila disuruh kamu rukuk, disuruh kamu solat, disuruh kamu beriman dengan Allah, kamu tidak mahu rukuk, tidak mahu solat, dan tidak mahu beriman. Kata ;

III.

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya. Kerana itu, kamu celaka;

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN
)22(

37

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! Dan tanya Allah s.w.t. lagi untuk menutup Surah Al-Mursalat;

(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman? I. Tafsir Telah Alah sebutkan bermacam-macam perkara. Dimulai dengan nikmatNya iaitu diutuskan Rasul, kemudian ancaman api neraka yang jelas dijelaskan, kemudian Allah s.w.t. memperingatkan bahawa orang-orang dahulu yang tidak mahu beriman pun diazab, jika kamu tidak beriman kamu akan mengalami perkara yang sama. Kemudian diulang lagi nikmat Allah berupa penciptaan kamu sendiri daripada air mani, nikmat Allah berupa penciptaan bumi yang kamu tinggal atasnya, gunung-ganang dan air. Tidak tamat dengan itu, Allah gambarkan keadaan penduduk syurga yang beriman dengan Rasul dan Hari Akhirat. Mereka ini rukuk, solat, dan berbuat amalan soleh kerana Allah. Dan Allah menutup dengan, selepas Allah menyebut semua keterangan itu, Perkataan dan keterangan yang mana lagi selain daripada itu yang kamu hendak dijelaskan kepada kamu untuk kamu beriman? I. Pengajaran Membaca Surah Al-Mursalat Ketika Solat Maghrib Adalah Sunnah Nabi s.a.w. Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Ummu Fadhel ketika mendengar Abdullah bin Abbas membaca Surah Al-Mursalat, maka dia berkata: Anakku, engkau telah mengingatkan aku bacaan surah yang terakhir aku mendengar Nabi s.a.w. membacanya ketika Solat Maghrib. Membaca

II.

iaitu Aamantu Billahi Wabima Anzal. Bacaan ini

bermaksud, Aku Beriman Dengan Allah Dan Dengan Apa Yang Diturunkan. Ini adalah perkataan Abu Hurairah r.a.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

38

III.

Menjadi Orang Yang Muhsinin. Allah memuji orang yang Muhsinin dalam ayat 44 Surah Al-Mursalat. Orang Muhsinin ialah orang yang selalu berbuat kebajikan. Penulis kumpulkan beberapa ayat Al-Quran tentang Orang Muhsini iaitu;

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Dan;

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

39

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Ciri ciri Orang Muhsinin ialah; Orang yang bersegera memohon keampunan daripada Allah s.w.t. kerana takutkan azab neraka dan mengharapkan nikmat syurga. Orang yang membelanjakan hartanya di jalan ketika di susah atau senang dengan tidak mengungkit pemberiannya dan membelanjakan hartanya yang paling baik. Orang yang menahan kemarahannya menandakan dia tidak menyukai besar diri dan sombong. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain menandakn dia rendah diri dan tawaduk. Orang yang apabila menjauhi perbuatan keji dan menganiaya diri, dia cepat-cepat memohon ampun daripada Allah. Menjaga Solat. Allah s.w.t. memuji orang-orang yang selalu rukuk dan solat. Apabila tiang agama yang ini ditegakkan, maka tegaklah agama. Jika tiang agama yang ini diruntuhkan, maka runtuhlah agama. Jika tiang agama yang ini diiya-iyakan dan diremehtemehkan, maka remeh-temehlah agama16.

IV.

16

Boleh layari http://shirotholmustaqim.files.wordpress.com/2010/08/tafsir-ibnu-katsir-surat-almursalat.pdf atau http://c.1asphost.com/sibin/Alquran_Tafsir.asp?SuratKe=77 untuk rujukan tafsir Surah Al-Mursalat.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

40

KEENAM: CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENGIYA-IYAKAN SOLAT

)23( (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (Surah Al-Maun: 4) I. Tafsir Ayat ke 5 dan 6 Surah Al-Maun ialah:

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

Ringkasnya, celaka ini Allah s.w.t tujukan kepada orang yang bersolat akan tetapi solatnya itu tidak dikerjakan secara bersungguh-sungguh dan tidak dikerjakan kerana timbul kesedaran bahawa dirinya itu hamba Allah dan dirinya itu mesti menghambakan diri kepada Allah. II. Kata Hamka, perkataan dalam ayat ke-5 Surah Al-Maun asalnya bermaksud lupa.

Ertinya dilupakannya apa maksud sembahyang itu, sehingga meskipun dia mengerjakan sembahyang, namun sembahyangnya itu tidaklah daripada kesedaran akan maksud dan hikmatnya. Hamka menambah, Pernah Nabi kita s.a.w. melihat seorang sahabatnya yang terlambat datang ke masjid sehingga ketinggalan daripada sembahyang berjamaah, lalu dia pun sembahyang sendiri. Setelah dia selesai sembahyang, Nabi s.a.w. menyuruhnya mengulang sembahyangnya kembali. Kerana yang tadi itu dia belum sembahyang. Dia belum mengerjakannya dengan sesungguhnya. Iaitu, solat sendirinya itu solat seperti patuk ayam. III. Kata sebahagian ulamak, termasuk dalam maksud waktu. Kata Hassan Basri r.a. apabila solat tidak pada awal

itu adalah terlupa bilangan rakaat solat.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

41

IV.

Penulis rumuskan tidak timbul kesedaran, tidak memikirkan hikmah bersolat, tidak awal waktu, dan terlupa bilangan rakaat itu, semuanya menggambarkan tidak bersungguhsungguh. Dalam erti kata lain, tidak bersungguh-sungguh dalam hal solat. Seperti cukup ilmu solatnya, menumpukan perhatian ketika solat, solat di awal waktu, dan lain-lain lagi. Hukum-Hukum Berkaitan Hukum Kafir Kerana Tidak Bersolat. Allah s.w.t telah menceritakan di dalam AlQuran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat. Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban). Ijma para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir. Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu: Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang. Ini pendapat Imam Malik, Syafie dan jumhur ulama salaf dan khalaf. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi. Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat. Ini pula adalah pendapat

I.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

42

Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafie.17 I. Pengajaran Solat Seperti Nabi s.a.w. bersolat. Marilah kita bersama-sama menambahbaik solat dengan menambah ilmu tentang solat. Adalah memalukan jika kita yang berjanggut, bermisai, dan berbulu di sana sini ini masih mengharapkan ilmu tentang solat yang pernah kita belajar semasa di sekolah rendah. Sedangkan perkara dunia selalu kita update ilmunya. Ilmu tentang solat, boleh rujuk Sifat Solat Nabi karangan Syeikh Nasiruddin Al-Albani atau Formula Solat Sempurna karangan Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Menjaga Etika Bersolat. Perkara-perkara yang perlu dijaga termasuklah solat di awal waktu, lebih mengutamakan solat berjamaah pada waktu Subuh dan Isyak, membaca zikir-zikir dan doa-doa yang sahih datangnya daripada Rasulullah s.a.w., menjaga etika berpakaian semasa bersolat, dan memahami rangkai bacaan ketika bersolat. Abdullah Ibnu Masud Ra berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah, Ya Rasulullah, amal perbuatan apa yang paling afdal? Beliau menjawab, Solat tepat pada waktunya. Aku bertanya lagi, Lalu apa lagi? Beliau menjawab, Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi, Kemudian apa lagi, ya Rasulullah? Beliau menjawab, Berjihad di jalan Allah. (HR. Bukhari) III. Berbeza Daripada Orang Kafir Dengan Bersolat. Kita perlu nampak berbeza daripada orang kafir dengan kita bersolat. Bermaksud, jika kita tidak bersolat, kita tidak ada beza dengan orang kafir. Ditakuti Allah melayan kita seperti orang kafir pada hari akhirat kelak. Nabi bersabda: Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka dia kafir terangterangan. (HR. Ahmad) IV. Melaporkan Kepada Allah S.W.T. Bahawa Kita Masih Beriman. Sebenarnya, 5 kali solat yang kita lakukan sehari samalam menandakan bahawa kita 5 kali sehari semalam melaporkan kepada Allah s.w.t. bahawa kita ini masih beriman. Jika kita meninggal dunia, kita masih dibawa jaminan Allah s.w.t. bahawa kita ini pada hari kita meninggal itu, kita masih beriman.

II.

17

http://soleh.net/2008/08/18/hukum-meninggalkan-solat/

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

43

Bermaksud jika kita meninggalkan solat misalannya 1 waktu, kita hanya melaporkan kepada Allah s.w.t 4 kali dalam sehari dan ini tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Kita tidak di bawah jaminan Allah s.w.t. bahawa kita ini beriman. Jika kita meninggal dunia, ditakuti kita meninggal dunia bukan di dalam iman. V. Perlu Bertaubat Daripada Meninggalkan Solat Untuk Hijrah Iman Kita. Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang solat dan bersumpah untuk hanya melakukan hanya 5 solat fardhu sehari semalam. Nabi s.a.w. membenarkan sumpah lelaki itu dan menjanjikan lelaki itu syurga. Dengan itu, marilah sama-sama kita bertaubat daripada meninggalkan solat, berazam bersungguh-sungguh untuk tidak meninggalkan solat. Kerana hijrah iman kita dimulai dengan taubat dan taubat yang paling utama adalah taubat daripada meninggalkan solat.18

18

http://www.youtube.com/watch?v=weBeGyvXqXU

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

44

KETUJUH: CELAKA KEPADA MEREKA YANG TIDAK MAHU BERSEDEKAH DAN MEMBAYAR ZAKAT

)24( Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas. (Surah Al-Qalam: 31) I. Tafsir Surah Al-Qalam, ayat 17 hingga 33 adalah perumpamaan Allah s.w.t. Perumpamaan ini ialah pemilik kebun yang melimpah dan beraneka buah-buahnya. Mereka bersikap monopoli dan tidak akan berzakat dan memberi bantuan sedikit pun kepada fakir miskin. Mereka berangan-angan untuk menuai hasil kebunya. Tiba-tiba malapeta yang berupa ribut atau banjir menimpa kebun mereka dan musnahlah kebun mereka bersama-sama buah-buahan. Mereka tidak mendapat sedikit pun hasil kebun mereka. Kata Ibn Kathir r.a., contoh perumpamaan ini diberikan Allah s.w.t. untuk orang kafir Quraisy, kerana Allah telah memberikan kepada mereka nikmatNya yang banyak, iaitu diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. di tengah-tengah mereka dan daripada golongan mereka, akan tetapi mereka menghadapinya dengan pendustaan dan penolakan. Penulis berkata, ayat ini boleh juga ditujukan kepada orang Islam yang tidak mahu bersedekah dan tidak mahu membayar zakat. Mereka ini, selepas Allah kurniakan nikmat yang banyak kepada mereka berupa nikmat harta dan anak-anak, mereka bakhil untuk bersedekah dan tidak mahu mengeluarkan zakat. Pelbagai-bagai alasan mereka berikan. Kata mereka: Peminta sedekah perlu berusaha sendiri dan lain-lain lagi. Apabila cukup tempoh untuk membayar zakat, mereka hibahkan sahaja harta mereka itu. Selepas beberapa ketika, mereka meminta kembali hibah mereka itu. Ada yang apabila cukup tempohnya membayar zakat, mereka mengubah nama harta mereka kepada nama anakanak mereka yang belum baligh. Mereka berkata anak yang belum baligh tidak diwajibkan membayar zakat. Sungguh licik mereka mahu memutar belit Allah. Akan tetapi, kerana maksiat mereka kepada Allah, Allah timpakan kepada mereka kesusahan. Perniagaan yang menguntungkan mengalami kerugian. Gedung yang besar terbakar. Daripada kaya bertukar menjadi miskin. Ketika itulah mereka sedar dan berkata celaka kepada diri mereka sendiri. Pengajaran

II.

III.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

45

I.

Syukur Dengan Nikmat Allah. Bersyukur dengan nikmat Allah. Syukur itu adalah dengan menzahirkan dengan lidah dengan banyak mengucapkan Tahmid dan menzahirkan dengan anggota badan dengan memperbanyakkan amalan soleh. Memperuntukkan Harta Untuk Bersedekah Dan Berzakat. Jika ada yang memberi alasan bahawa duit tidak cukup untuk berdekah, ketahuilah bahawa duit akan sentiasa tidak cukup hingga kita meninggal dunia. Kerana yang namanya manusia itu, jika diberi kepadanya dua buah bukit emas, pasti dia akan meminta yang ketiga. Saya cadangkan, peruntukkan 10 peratus atau 15 peratus daripada duit gaji kita bulanan kita untuk bersedekah. Hanya RM 300 jika 10 peratus daripada RM 3000. Untuk yang masih belajar, peruntukkan 10 peratus daripada duit PTPTN atau JPA atau MARA untuk bersedekah. Hanya RM 200 jika 10 peratus daripada RM 2000. Itupun hanya satu kali untuk satu semester. Zakat pula, seperti sedia maklum kewajibannya adalah seperti kewajiban solat. Tidak dipisahkan perintah bersolat dan perintah berzakat di dalam Al-Quran. Zakat fitrah itu mudah, hanya RM 6 ke RM 10 setahun. Untuk zakat harta pula, temuilah ahli-ahli di Lembaga-Lembaga Zakat berhampiran.

II.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

46

KELAPAN: CELAKA KEPADA MEREKA YANG MENGURANGKAN TIMBANGAN

)25( Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), I. Tafsir Ayat 1 bermaksud, Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Ini adalah celaan Allah s.w.t. yang jelas untuk perniaga-perniaga, peruncit-peruncit, pemborong-pemborang, dan yang seerti dengannya bahawa mereka akan terkena celaan celaka Allah s.w.t. jika mereka tidak amanah dan jujur iaitu, mengurangkan timbangan barang jualan mereka. Diriwayatkan bahawa di Madinah ada seorang lelaki bernama Abu Juhainah. Dia mempunyai dua jenis alat penimbang, iaitu yang besar dan yang kecil. Apabila dia membeli gandum atau kurma daripada para petani, dia menggunakan alat penimbang yang besar. Akan tetapi jika dia menjual kepada orang lain, dia menggunakan alat penimbang yang kecil. Perbuatan seperti itu menunjukkan adanya sifat tamak, ingin mencari keuntungan bagi dirinya sendiri dengan jalan merugikan orang lain. Terhadap orang seperti itu Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi ancaman yang keras sekali seperti tersebut dalam hadis ini;

Ada lima perkara yang dibalas dengan lima perkara: Tidak pernah suatu kaum yang melanggar janji melainkan Allah s.w.t. akan membiarkan kaum itu dikuasai musuhnya. Tidak pernah mereka yang memutuskan suatu perkara dengan hukuman yang tidak diturunkan oleh Allah s.w.t. melainkan akan tersebar luaslah kefakiran di kalangan mereka. Tidak pernah di kalangan mereka yang menampakkan gejala-gejala perzinaan melainkan akan tersebar luaslah bahaya kematian. Tidak pernah mereka yang berbuat curang dalam menakar dan menimbang melainkan mereka akan curang dalam menakar dan menimbang melainkan mereka akan kehilangan kesuburan tumbuh-tumbuhan. Dan

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

47

tidak pernah mereka yang menahan zakat melainkan akan diazab dengan tertahannya hujan (kemarau yang panjang).19 II. Inilah yang dimaksudkan dengan ayat ke-2 dan ke-3, (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran daripada orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Ayat ini mencakup segala macam kecurangan dalam berbagai aspek dalam pergaulan hidup. Contohnya seorang majikan jika mempekerjakan buruhnya, dia berusaha supaya buruhnya itu bekerja keras semaksimal mungkin untuk meningkatkan hasil produksinya yang membawa keuntungan besar. Akan tetap jika dia sendiri menjadi buruh, dia selalu mencari kesempatan untuk beristirahat dan menghindari pertanggungjawaban untuk melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya. Perbedaan sikap ini ketika menjadi majikan atau buruh hendaknya dihindari agar supaya timbul sikap saling mempercayai antara kedua belah pihak. Kecurangan ini harus dihindarkan, baik mengenai perkara-perkara yang kecil, apalagi yang menyangkut kepentingan masyarakat dan negara. III. Disebut dalam ayat ke-4 hingga ke-6, Tidakkah orang-orang itu yakin, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam? Rupa-rupanya, sebab mereka bersikap sedemikian adalah kerana mereka tidak beriman kepada Hari Akhirat. Jadi mereka ini berasa bebas bersikap dengan apa sahaja yang mereka mahu tanpa terikat bahawa mereka akan dibalas di akhirat nanti. Jadi mereka mengurangkan timbangan, memeras tenaga pekerja-pekerja mereka dengan tidak memberi upah yang setimpal, dan lainnya yang seerti. Mereka lupa bahawa segala amalan mereka di atas dunia ini, walau sebesar zarah dicatat. Hari Mahkamah Mahsyar nanti, semua manusia bermula daripada Nabi Adam a.s. hinggalah manusia yang terakhir mati, akan berdiri di hadapan Allah s.w.t. dan dikira amalan mereka. Kerana mereka lupa akan berlakunya peristiwa inilah mereka dikatakan Allah s.w.t. dalam ayat 10 Surah Al-Mutaffifin sebagai;

Pengajaran

19

Tafsir Al-Maraqi, Juz 30

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

48

I.

Sifat Jujur Dan Amanah Seorang Perniaga. Allah s.w.t. mahukan seorang perniaga itu jujur dan amanah dalam perniagaannya. Mereka ini benar dalam timbangan dan takaran. Dan apabila mereka tidak benar, akan membawa kepada permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia. Oleh kerana itulah, Nabi s.a.w. malarang jual-beli yang ada gharar dan riba, kerana padanya akan menjadikan manusia benci antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w.; Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. melarang jual-beli dengan cara melempar batu dan jual-beli gharar (yang belum jelas harga, barang, waktu dan tempatnya). (Riwayat Muslim)

II.

Perniaga Yang Jujur Dan Benar Akan Bersama Para Nabi, Para Syuhada dan Para Solihin. Nabi s.a.w. bersabda; Perniaga yang jujur akan bersama Para Nabi, Para Syuhada dan Para Solihin (di Akhirat kelak (HR. Tirmizi Hadis Hasan) Sungguh besar ganjaran apabila menjadi perniaga yang jujur dan benar. Akan bersama Para Nabi, Para Syuhada, dan Para Solihin di akhirat kelak. Sedangkan mereka di dunia ini, ramai diantara mereka hanya perlu mengerjakan ibadah yang wajib, kemudian menjadi perniaga yang jujur. Seakan-akan Nabi s.a.w. mengetahui bahawa sememangnya perniaga-perniaga, usahawan-usahawan dan yang seerti dengannya tiada masa untuk menumpukan hidup mereka dengan ibadah-ibadah sunat. Jadi kerja mereka akan menjadi ibadah dan dijanjikan syurga jika mereka jujur, amanah, dan benar ketika melakukannya. Ini adalah dalil yang penting untuk kita katakan bahawa Islam itu tidak menyekat penganutnya daripada mencari kekayaan, akan tetapi perlu dengan cara dan jalan yang benar, jujur dan amanah. Tidak boleh menindas, dan mengkhianati orang lain.

III.

Etika Islam Dalam Perniagaan.20 Berikut ini beberapa contoh dimana 1400 tahun yang lalu, Islam telah memberikan norma-norma komersial sehat yang baru disadari secara susah payah oleh manusia modern: Hubungan komersial menurut Islam didasarkan pada kepercayaan dan kejujuran mutlak (Al-Baqarah: 283 - 284). Islam melarang pedagang menipu timbangan dan mengurangi takaran (Al-Mutafifin: 24). Para pedagang dilarang menjual barang yang cacat, busuk atau rusak. Seorang pedagang tidak boleh mencuba menutupi cacat barang yang ditawarkannya (Hadith Muslim). Islam melarang riba. (Surah Al-Baqarah: 278-279)

20

Boleh rujuk di sini, http://abunaweed.blogspot.com/2008/12/etika-perniagaan-dalam-islam.html

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

49

KESEMBILAN: CELAKA MEREKA YANG SUKA MENCACI DAN MENDEDAHKAN AIB ORANG LAIN

)26( Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela. I. Tafsir21 Penulis, kerana Surah Al-Humazah adalah surah yang pendek, memasukkan kesemua tafsir ayatnya. Sabab turun ayat surah ini dijelaskan bahawa Ata dan Al-Kalbi berkata: Surah ini diturunkan berkenaan dengan Akhnas bin Syuraiq. Dia senang mengejek-ejek orang dan mencaci mereka, lebih-lebih mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Maqatil berkata: Surah ini turun berkenaan dengan Al-Walid bin Al Mugirah. Dia mencela Nabi Muhammad s.a.w. di belakang Baginda s.a.w. dan membantah apabila berhadapan dengan Baginda s.a.w. Muhammad bin Ishaq, penulis Sejarah Nabawiyyah berkata: Senantiasa kita dengar bahawa surah ini turun berkenaan dengan Umayyah bin Khalaf. Dalam ayat ini Allah s.w.t. mengancam bahawa kemurkaan dan azabNya akan ditimpakan kepada setiap orang yang mengumpat, mencela dan menyakiti mereka baik dihadapan maupun di belakang mereka. Mereka ini disebut Allah s.w.t. sebagai celaka. Sambung ayat ke-2 dan ayat ke-3 yang bermaksud: Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya. Mereka ini sibuk mengumpulkan harta dan menyangkan bahawa harta mereka itu akan kekal dan mereka lupa kepada mati. Kedudukan mereka, kerana harta yang banyak itu mengatasi kedudukan orang lain. Mereka tidak merasa risau akan ditimpa musibah kerana mencerca dan merobek-robek kehormatan orang lain. Sana dan sini mereka bebas melemparkan fitnah. Mereka berkata bahawa jika tidak berpuas hati kepada mereka dipersilakan selesaikan di mahkamah. Ya, dengan harta yang melimpah ruah yang mereka kumpulkan, adalah mudah untuk mereka mendapatkan khidmat peguam. Kerana itu mereka tersangatlah angkuh. Akan tetapi, mereka salah dengan dugaan bahawa mereka akan sentiasa di atas. Ayat ke-4 bermaksud, Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Menyebut bahawa; Allah s.w.t. mengancam orangorang yang bersifat demikian dengan siksaNya yang pedih. Ancaman Allah s.a.w.t dalam ayat sebelumnya seakan-akan bertanya: Siapakah yang menyangka bahawa hartanya itu

II.

III.

21

http://users6.nofeehost.com/alquranonline/Alquran_Tafsir.asp?SuratKe=104

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

50

dapat menjamin dirinya daripada mati? Allah s.w.t. menjawab: Tidak sekali-kali tidak bahkan dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hutamah. Pada ketika itu tidak ada yang memperhatikannya dan tidak pula yang memperdulikan. Ali r.a. pernah memberikan nasihat yang berbunyi: Wahai Kumail, binasalah orangorang penimbun harta, padahal mereka masih hidup, sedang para ulama akan kekal abadi meskipun jasad mereka sudah hilang namun sifat-sifat keutamaan mereka tetap dikenang dalam hati. Maksudnya, penimbunan harta dikutuk, dicela dan dibenci kerana manusia tidak mendapat apa-apa dari harta mereka. Sedang para sarjana dan ulama terus menerus terpuji sama sahaja ketika mereka hidup ataupun sudah mati. Sebagai contoh, kita kini mengambil manfaat yang banyak daripada ulamak-ulamak. Ramai diantara mereka yang langsung tidak pernah kita lihat, ya kerana ketika itu kita masih belum hidup di bumi ini, malah datuk nenek kita pun masih belum hidup. Walaupun begitu seakan-akan Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Bukhari, dan yang lainnya berada dekat dengan kita atau baru sahaja beberapa tahun meninggal dunia. Seakan-akan kita kenal mereka. Inilah manfaatnya ilmu. IV. Ayat 5 bermaksud, Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? Dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan betapa dahsyatnya neraka Hutamah dalam bentuk pertanyaan: Tahukah engkau apa Hutamah?. Allah menjawab, Hutamah ialah api yang disediakan Allah s.w.t. untuk menyiksa orang-orang yang durhaka dan berdosa. Tidak ada yang mampu mengetahui apa hakikatnya kecuali Allah s.w.t., penciptanya. Ayat 6, 7, 8, dan 9 menunjukkan sifat Al-Huthamah dan keadaan penghuninya, (Iaitu) api (yang disediakan) Allah s.w.t. yang dinyalakan, Yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. (Sedang mereka itu) diikat pada tiangtiang yang panjang. Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa api yang menyala-nyala itu berbeda dengan api dunia. Ia menjilat dan naik sampai ke hulu hati. Ia masuk ke dalam rongga perut sampai ke dada dan membakar hati. Hati adalah yang paling merasa sakit daripada anggota-anggota badan lainnya, maka apabila api sampai membakar hati bererti siksa yang dirasakannya itu sudah sampai ke puncaknya. Kenapa hati? Dapat penulis katakan bahawa mereka ini di dunia dahulu tidak menggunakan hati dengan sebaiknya. Mereka menurut nafsu untuk mengeji, memfitnah, mengutuk, dan lain-lain tanpa langsung mempunyai sifat kasihan, sifat kasih saying, sifat sabar, dan lain-lain sifat berkaitan. Mereka juga adalah yang mengumpulkan harta dan bersangka harta mereka itu akan kekal juga mereka. Lalu juga tidak ada sifat kasihan, sifat kasih, sifat sayang, dan lain-lain sifat berkaitan, tidak mendermakan harta mereka,

V.

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

51

jauh sekali daripada menginfak, dan mustahil juga untk bersedekah. Kerana itu hati mereka dibakar. Mereka ada hati tetapi; .22 Disebut juga bahawa api itu ditutup rapat, ya, sehingga mereka mustahil dapat melarikan diri daripada siksaan Al-Huthamah. Firman Allah s.w.t.;

Setiap kali mereka hendak keluar daripada neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Surah Al-Hajj: 22)

Allah s.w.t. menjelaskan keadaan orang-orang penghuni neraka Hutamah, iaitu yang dipahami daripada kata Muqatil bahawa pintu-pintu neraka itu ditutup rapat, sedang mereka diikat pada tiang tiang besi, tidak pernah pintu-pintu itu dibuka dan di sana penuh dengan segala macam penderitaan. Tujuannya adalah untuk menjadikan mereka putus-asa untuk dapat keluar dari neraka Hutamah itu. Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari kemurkaanNya dan memelihara kita dari kedahsyatan api neraka itu dengan ampun dan rahmatNya. I. Pengajaran Menjauhi Dosa Lidah. Dua pancaindera yang kerananya ramai meringkuk di dalam neraka, iaitu lidah dan kemaluan. Dan di atas adalah berkenaan dosa lidah, termasuklah firnah, mengumpat, mengutuk, mengeji, dan lain-lain seertinya. Kebanyakan dosa anak Adam kerana lidahnya. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi) Kerana lidah juga, ramai yang masuk syurga. Ya, kerana menuturkan perkataan yang baik, mengingati Allah s.w.t., kerana diam dan bersabar dan lainya yang seerti. Menjaga lidah itu tidak susah, perlu dimulai dengan diam. Jika tidak ada keperluan untuk bercakap, atau jikapun bercakap tidak ada faedah daripadanya, atau dalam keadaan marah, maka diam adalah lebih baik. Bercakaplah jika perlu bercakap, ada faedah daripadanya, dan dalam keadaan terkawal akal dan perasaan.

22

Surah Al-Araf: 179

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

52

Si yang bercakap, jika dia beriman bahawa Allah s.w.t. melihatnya dan dia beriman bahawa akan dibalas dengan apa yang dia cakapkan di akhirat nanti, tentu dia akan menjaga tutur katanya.Nabi

Muhammad s.a.w. bersabda; Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam. (HR. Bukhari) Siapa yang memberi jaminan kepadaku untuk memelihara di antara rahangnya (mulut) dan di antara kedua pahanya (kemaluan) niscaya aku menjamin baginya surga. (HR. Bukhari) Seorang yang memang menjaga lidahnya, dengan menutur yang baik, berzikir kepada Allah s.w.t. dan seerti dengannya, dengan izin Allah s.w.t. akan menuturkan kalimah Tauhid ketika di akhir usianya. Contohnya seorang ahli agama, ke sana ke sini berdakwah umat kepada Islam, dengan perkataan-perkataan Islam, logiknya akan mati dalam keadaan itu.23 Dan yang tidak menjaga tutur katanya, tidak mengingati Allah s.w.t, logiknya juga akan mati dengan tidak mengucapkan kalimah Tauhid. Apakah kita mahu berkata bahawa penyanyi kelab dangdut akan mati sambil mengucapkan kalimah Tauhid? Allah s.w.t. tidak akan merancang untuk kita husnul khatimah jika kita tidak merancang untuk itu. Barangsiapa akhir ucapannya Laa ilaaha illallah 'Tiada Tuhan selain Allah, nescaya dia masuk syurga.( HR. Abu Dawud) Apabila marah; Bila seorang dari kamu sedang marah hendaklah diam. (HR. Ahmad) Diam (tidak bicara) adalah suatu kebijaksanaan dan sedikit orang yang melakukannya. (HR. Ibnu Hibban) Barangsiapa banyak bicara maka banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya, dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya. (HR. Ath-Thabrani)

Apabila dicaci, dimaki, difitnah; Apabila ada orang yang mencaci-maki kamu tentang apa yang dia ketahui pada dirimu, janganlah kamu mencaci-maki dia tentang apa yang kamu ketahui pada dirinya kerana pahalanya untuk kamu dan kecelakaan untuk dia. (HR. Ad-Dailami)

23

Kisah Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

53

Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Beliau bersabda, "Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai.(HR. Muslim) Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk. (HR. Bukhari dan Al Hakim) Mendedahkan aib diri sendiri;

Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan iaitu yang melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, Hai Fulan, tadi malam aku berbuat begini...begini. Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza wajalla. (Mutafaq'alaih)

KALIMAH CELAKA

( ) DALAM AL-QURAN

54

PENUTUP
Penulis menutup tulisan ini dengan berdoa;

Duhai Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. (Surah Thaha: 114)

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal, dan amal yang diterima. (Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh al-Humaidi (1/143) no. 299, Ahmad (6/322), Ibnu Majah no. 925)

Ya Allah, berikanlah manfaat kepadaku dengan apa-apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa-apa yang bermanfaat bagiku dan tambahkanlah ilmu kepadaku. (Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi no. 3599 dan Ibnu Majah no. 251, 3833 dari Abu Hurairah)

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusu, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dikabulkan. (Hadits Shahih. Diriwayatkan oleh Muslim no. 2722 dan An Nasaa-i (8/260) dari Sahabat Zaid bin Al Arqam)

You might also like