Gerakan Boxer (Cina Tradisional: å , Cina Ringkas: , pinyin: Yìhétuán Yùndòng, "Gerakan Persatuan Adil dan Harmoni") atau

Pemberontakan Boxer (å atau å ) ialah satu pemberontakan yang berlangsung di China dari November 1899 hingga 7 September 1901, bertujuan menentang pengaruh asing dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan teknologi yang berlaku di China ketika tahun-tahun terakhir pemerintahan Manchu (Dinasti Qing). Gerakan Boxer diasaskan sebagai gerakan petani yang anti-kuasa asing dan anti-imperialisme di China utara. Mereka menyerang orang asing yang membina landasan kereta api dan melanggar hukum feng shui, serta juga orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Pada Jun 1900, Boxer menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan Cina. Berpuluh ribu orang Cina Kristian, tanpa mengira bermazhab Katolik atau Protestan, kebanyakannya dibunuh di wilayah Shandong dan Shanxi sebagai sebahagian intifada ini. Kerajaan pimpinan Maharani Balu Cixi tidak dapat membantu mengawalnya kerana para diplomat, orang awam asing, askar dan sebilangan orang Cina Kristian berundur ke kawasan perwakilan dan bertahan selamar 55 hari sementara satu campuran pelbagai bangsa mengerah 20,000 orang tentera untuk menyelamatkan mereka. Kerajaan China dipaksa membayar gantik rugi kepada para mangsa dan melaksanakan banyak konsesi lain. Pembaharuan seterusnya yang dilaksanakan selepas krisis-krisis 1900 menyediakan asas untuk pengakhiran Wangsa Qing dan penubuhan Republik China moden.