You are on page 1of 20

[KAJIAN TINDAKAN] 1.

0 PENDAHULUAN

2011

Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam sistem operasi pendidikan yang memerlukan formula sistem pembelajaran yang khas dan bersesuaian mengikut keperluan kanakkanak istimewa. Untuk itu semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak istimewa perlu mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil untuk menyediakan peluang latihan professional kepada guru-guru dan mereka yang berminat dalam pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan. Ianya diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan masyarakat tentang pendidikan khas kanak-kanak istimewa. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Selain berkomunikasi secara lisan ataupun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis ini mengabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercor, Lenz dan Hoffman (1991) tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa
1

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Kebanyakkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Penemuan kepada masalah ini bermula apabila saya memulakan pengajaran kelas dengan menjalankan pengajaran pertama berkenaan dua kemahiran utama iaitu membaca dan menulis terhadap murid-murid kelas Harmony Enam. Pada 13 Februari 2011, penyelidik menjalankan pengajaran tersebut kepada kesemua ahli kelas iaitu seramai enam orang. Semasa peringkat awal pengajaran tersebut, semua murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik, namun apabila tiba pada langkah yang ketiga dalam pengajaran tersebut iaitu menulis, dua orang murid ini mula menunjukkan kelemahan. Murid mula menulis huruf secara terbalik dan bentuk huruf yang ditulis tidak sama seperti yang ditulis oleh rakan-rakan lain. Selain daripada itu, pada bahagian nama di muka surat hadapan lembaran kerja yang diberikan, nama yang ditulis adalah terbalik daripada nama asal mereka. Sebagai guru, saya ingin memastikan masalah yang yang dihadapi oleh kedua-dua orang murid ini untuk mencari penyelesaian yang secepat mungkin. Saya meneruskan eksperimen kedua saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh dua orang murid saya ini yang bernama Auni dan Izzati. Pada 3 Mac 2011, penyelidik mengajar tajuk tulisan dan mengariskan kemahiran mengenal, menekap suku kata dan huruf dengan betul kepada semua murid kelas

Harmony Enam ini. Dengan menggunakan kad imbasan pada langkah pertama, penyelidik menggunakan kaedah pandang sebut dan semua murid boleh menyebut dan mengenal huruf dengan baik. Apabila diminta menyalin semula huruf yang terdapat pada
2

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

kad imbasan pada langkah kedua, dua orang murid iaitu Auni dan Izzati gagal berbuat demikian. Berdasarkan pemerhatian penyelidik terhadap mereka, mereka menghadapi masalah dalam motor halus dan koordinasi mata dengan tangan. Mereka tidak dapat menterjemahkan apa yang mereka lihat pada kad imbasan untuk menulis di atas sekeping kertas yang kosong dihadapan mereka. Penyelidik perlu melakukan sesuatu agar dapat menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini sekurang-kurangnya mereka dapat membentuk huruf dengan baik dan betul. 1.2 Sorotan literatur (berdasarkan refleksi)

Program Integrasi Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia disediakan untuk kanak-kanak kurang upaya termasuklah terencat akal minima, autisme, hiperaktif, masalah bahasa dan pertuturan dan kurang upaya dalam pembelajaran. Ia adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas 1997 Bahagian 113(2) ) yang menyediakan pendidikan khas dan kemudahan-kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan perdengaran manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk mereka yang bermasalah pembelajaran. Berdasarkan perkara di atas, ternyata program ini telah lama di wujudkan bagi membantu golongan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Salah satu komponen yang di ajar di sekolah ialah kemahiran menulis kanak-kanak ini sendiri. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tulisan itu sendiri? Juriah Long et. al, 1989 menyatakan bahawa tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan ke dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi (Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, dan Arbie Sujud, 1996). Mereka juga menyatakan peranan tulisan ialah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Selain itu, tulisan membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Peranan yang paling penting mengenai tulisan ini ialah bagi menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira merupakan sebahagian daripada asas utama keperluan hidup pada masa kini. Wiederholt, Hammill dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Berdasarkan cadangan ini amatlah berkait rapat dengan permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid penyelidik. Jika semua guru dapat menjalankan atau mengikut cadangan yang dikemukakan oleh Wiederholt, Hammill dan Brown ini, maka muridmurid berkeperluan khas ini dapat menguasai kemahiran tulisan ini dengan lebih bagus lagi. Sebagai seorang guru, penyelidik akan memikirkan suatu kaedah yang dibantu dengan alat bantu mengajar untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran menulis secara berperingkat-peringkat. Secara tuntasnya pada bab yang pertama ini menerangkan bagaimana penyelidik telah menemui masalah yang ingin dikaji. Tindakan seterusnya adalah untuk mengariskan satu fokus kajian yang baik supaya kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik berjaya

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

dicapai dan dapat membantu murid-murid khas ini berjaya menguasai kemahiran menulis dengan baik.

[KAJIAN TINDAKAN] 2.0 FOKUS KAJIAN

2011

Langkah seterusnya yang perlu diambil ialah menulis tinjauan dan analisis masalah. Bab kedua ini akan membingcangkan secara lebih terperinci lagi mengenai permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid yang menjadi responden. Selain itu, penerangan tentang kecacatan yang dialami oleh murid juga turut ditulis. 2.1 Tinjauan Masalah

Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punca utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan berlapislapis. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat oleh saya, kebanyakkan kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran ini tidak menguasai kemahiran menulis sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Tulisan mekanis menekankan aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Tulisan ini diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah. Tulisan mentalis pula ialah merupakan tulisan yang menunjukkan penglahiran idea, perasaan, memberi maklumat dan juga bercerita. Merujuk kepada masalah yang dilihat, kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf-huruf dengan betul dan juga menulis huruf yang salah. 2.2 Analisis Masalah

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan simbol-simbol atau bentuk grafik iaitu huruf-huruf atau gabungan hurufhuruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan (Juriah Long et. Al., 1989 : 180-181). Menurut Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, dan Arbie Sujud (1996:244), menulis merupakan kegiatan menghasilkan simbolsimbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Masalah yang dihadapi oleh dua orang murid ini ialah penulisan yang tidak kemas dan tidak tersusun serta sukar difahami oleh orang lain. Mereka tidak dapat membentuk huruf dengan betul dan kadangkala menulis sesuatu abjad secara terbalik. Selain daripada itu, murid ini menulis dari kanan ke kiri dan menulis abjad tidak lengkap atau tidak siap. Gabungan daripada semua kesalahan ketika menulis dilakukan oleh murid-murid ini akhirnya menghasilkan satu tulisan yang kabur sehingga sukar untuk dibaca. Masalah khusus bagi kedua-dua murid ini ialah Dysgraphia. Dysgraphia bermaksud seseorang individu yang menghadapi masalah tulisan yang sangat teruk atau ketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukan untuk menulis. Antara

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

punca yang dapat dilihat bagi masalah ini ialah dari segi aspek fizikal murid, aspek pembelajaran, aspek pengamatan dan kesukaran dalam koordinasi mata dan tangan. Kaedah yang saya ingin aplikasikan kepada murid-murid ini ialah kaedah surihan. Kaedah ini dapat dilihat dalam Model Pengajaran Fernald yang dipelopori oleh Fernald G. M (1943) dan Helen B. K (1988). Di dalam model ini menerangkan bahawa murid perlu melihat huruf, mendengar murid menyebut huruf, murid menyebut huruf, rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf, rasa permukaan huruf dengan hujung jari, melihat pergerakan tangan semasa melakukan surihan dan mendengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan. Kaedah ini sesuai dilakukan pada kedua-dua murid saya kerana mereka lebih cenderung untuk mendengar arahan guru dan suka melakukan aktiviti. Konklusinya, berdasarkan pemerhatian dan rujukan yang dibuat ini dapat membantu saya lebih memahami masalah tulisan mekanis yang dihadapi oleh muridmurid ini. Selain faktor kecacatan yang dialami, kaedah pengajaran yang diterapkan selama ini juga kurang membantu mereka menguasai tulisan dengan baik.

[KAJIAN TINDAKAN] 3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Kajian

2011

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah surihan untuk meningkatkan keupayaan murid berkeperluan khas untuk menulis huruf konsonan k, b dan z. 3.2 Soalan Kajian

Adakah kaedah surihan ini mampu meningkatkan keupayaan murid berkeperluan khas yang mengalami kecacatan sindrom down dan autisme daripada kelas Harmony Enam, Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama menulis huruf konsonan k, b, dan z dengan betul? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas Harmony Enam Program Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama. Kedua-dua

murid ini adalah perempuan. Prestasi akademik bagi kedua-dua murid ini adalah sama iaitu tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jenis kecacatan yang dialami oleh responden pertama ialah sindrom down dan responden yang kedua pula mengalami kecacatan autisme. Antara ciri-ciri murid sindrom down ialah mempunyai iras wajah yang sama, mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang membengkok ke dalam serta mereka mempunyai otot yang lemah memyebabkan mereka lembik dan lewat perkembangan motor kasar. Melalui pemerhatian yang dibuat, koordinasi mata dan tangan kedua-dua murid ini juga lemah serta keupayaan motor halus yang agak terhad.

[KAJIAN TINDAKAN] 5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

2011

Bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik, penyelidik akan menggunakan kaedah surihan. Kaedah ini adalah gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan deria (VAKT). 5.1 I. Langkah-Langkah Tindakan Membelah udara Aktiviti yang pertama untuk kaedah surihan ini ialah membelah udara. Penyelidik akan menulis huruf b, k dan z dengan saiz yang besar pada kad manila dan menampalnya pada papan putih yang terdapat di dalam kelas. Penyelidik akan menunjukkan bagaimana untuk menyurih huruf tersebut diikuti oleh murid. Semasa melakukan surihan, murid harus mengikut pergerakan dan sebutan yang dilakukan oleh penyelidik. Surihan di udara ini akan dilakukan mengikut jarak yang berbeza dari tempat murid berdiri dengan papan putih di dalam kelas. II. Sutera Lutcahaya Aktiviti yang kedua ini dinamakan sutera lutcahaya. Mengapa penyelidik menamakan aktiviti ini dengan nama tersebut? Penyelidik menggunakan kertas surih untuk membantu murid-murid menulis huruf b, k dan z ini dengan lebih baik dan betul. Bagi menjimatkan kos serta memudahkan murid memadam semula huruf yang ditulis pada kertas surih, kertas surih tersebut akan di laminate dan murid akan dibekalkan dengan sebatang pen marker setiap seorang. Bagi permulaan aktiviti ini murid diminta menekap dan menyambung titik-titik seperti garisan zig zag, berombak dan bentuk-bentuk asas. Kemudian, murid akan
10

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

diberikan kertas A4 yang mengandungi tulisan huruf b, k dan z. Dengan menggunakan kertas surih, murid menulis huruf-huruf tersebut mengikut bentuk dan saiz yang betul. III. Udang di Sebalik Batu Udang di sebalik batu merupakan aktiviti yang ditingkatkan daripada aktiviti membelah udara dan sutera lutcahaya. Penyelidik akan menyediakan sebuah buku yang mempunyai helaian kertas surih dan A4 yang disusun secara berselang seli. Pada helaian A4 tersebut akan mengandungi huruf b, k dan z pelbagai saiz. Buku yang disediakan ini akan memudahkan murid untuk terus menulis di atasnya tanpa sebarang gangguan. Selain itu, penyelidik juga akan menyediakan satu lagi buku iaitu buku petak-petak bagi memudahkan murid untuk meniru semula huruf b, k dan z yang ditulis oleh guru. 5.2 Cara Mengumpul Data 5.2.1 Ujian Pra dan Pos Memperoleh keputusan yang cepat dan tepat memerlukan kaedah yang bersesuaian dengan perkara yang ingin di uji. Sebelum memulakan pengajaran kaedah surihan ini, penyelidik terlebih dahulu perlu mengetahui tahap pencapaian murid ini mengenai tulisan. Penyelidik akan menjalankan ujian pra untuk memperoleh data awal mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dan ujian pos pula akan dijalankan selepas selesai sahaja penyelidik mengaplikasikan kaedah surihan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menjalankan keduadua ujian ini untuk memudahkan penyelidik membuat perbandingan dan
11

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

mengukur sejauh mana keberkesanan kaedah surihan ini untuk murid-murid berkeperluan khas menguasai kemahiran menulis. 5.2.2 Temu Bual Perbualan di antara dua pihak melalui inisiatif penemubual dengan tujuan memperoleh maklumat yang relevan untuk kajian dan difokus olehnya, sesuatu kandungan spesifik ditentukan seperti objektif deskripsi, ramalan atau huraian dengan secara sistematik. Definisi panjang lebar ini telah diterangkan mengikut Cannell dan Kahn (1968). Melihat penerangan ini, maka kajian temu bual merupakan sesuatu yang unik kerana ia melibatkan pungutan data melalui lisan dalam pertemuan di antara dua pihak secara langsung. Tambahan pula, kaedah temu bual ini adalah amat berguna, terutamanya apabila responden yang ditemu bual tidak tahu membaca dan menulis. Terdapat tiga konsep temu bual yang utama, Kitwood (1977). Konsep yang pertama ialah temu bual dirupakan sebagai sesuatu cara yang berupaya memindah maklumat yang tulen. Sesuatu jenis transaksi pula merupakan konsep temu bual yang kedua. Hal ini kerana akan terkandung unsur berat sebelah yang tidak dapat dielakkan, dan perlu dikenal pasti dan dikawal. Perkara seumpama ini berlaku kerana proses temu bual melibatkan interaksi di antara dua individu atau sekumpulan individu yang mempunyai perbezaan emosi, sikap, percayaan dan konsep kendiri masingmasing. Konsep temubual ketiga ialah dipandang sebagai pertemuan sosial yang merangkumi perkongsian pelbagai aspek kehidupan harian.

12

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

Penyelidik akan menemu bual kedua-dua responden secara individu pada masa yang berlainan bagi setiap murid. Kaedah temubual yang akan dijalankan terhadap murid-murid ini akan dianalisa untuk mendapatkan respon mereka terhadap aktiviti surihan yang dibuat. Menerusi kaedah temu bual ini, penyelidik boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid ketika atau selepas proses

pengajaran dan pembelajaran. Setiap jawapan yang diberikan oleh murid akan dicatatkan dalam buku catatan sebagai bukti pengumpulan data maklumat daripada hasil jawapan murid. Penyelidik turut menggunakan rakaman pita untuk merakamkan perjalanan sesi temu bual antara penyelidik dan murid. Selain itu, penyelidik juga akan menggunakan transkripsi untuk mencatatkan data bagi mengurangkan masalah kehilangan dan kesalahan tafsiran data daripada rakaman pita. Didalam transkripsi, penyelidik akan mencatatkan setiap kata responden, intonasi, suara, nada, hentian, kesenyapan, perasaan, laju, penjelasan, gangguan dan sebagainya. 5.2.3 Pemerhatian Pemerhatian merupakan salah satu jenis kaedah soal selidik yang digunakan untuk memungut data kajian. Menurut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian. Secara spesifiknya, pengamatan adalah sama maksud dengan perkataan persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), atau tanggapan. Penyelidik akan menggunakan kaedah pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah surihan ini. Penyelidik akan sediakan satu senarai semak sebagai garis panduan ketika
13

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

menjalankan proses pemerhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Senarai semak ini turut digunakan untuk mengenalpasti kemahirankemahiran yang telah dikuasai murid dan akan dilakukan disetiap peringkat aktiviti surihan. Bagi melancarkan kerja ini, penyelidik akan meminta pertolongan daripada rakan guru pelatih untuk membuat pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Penyelidik juga akan menggunakan perakam video untuk merakam perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan nanti. Tujuan utama kaedah pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat dan menilai keberkesanan kaedah surihan ini sama ada berjaya atau sebaliknya dalam usaha meningkatkan penguasaan murid untuk menulis huruf konsonan b, k dan z. Selain itu, kaedah pemerhatian ini dijalankan juga adalah untuk melihat respon dan tingkah laku murid terhadap aktiviti surihan yang telah disusun untuk mereka.

5.2.4 Penelitian Dokumen atau Data Kaedah ini akan digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuan penyelidik menggunakan penelitian dokumen ini adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak fail murid.

14

[KAJIAN TINDAKAN] 5.3 Cara Menganalisis Data

2011

Data akan dianalisis berdasarkan kaedah atau cara pengumpulan data dibuat. Antara kaedah yang digunakan oleh penyelidik ialah ujian pra dan pos, pemerhatian dan juga temubual. Data-data yang dikumpul akan dianalisis untuk memperoleh keputusan dan melihat sejauh mana keberkesanan kaedah surihan ini kepada murid-murid bekerperluan khas menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik.

5.3.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Instrumen pengumpulan data pertama yang akan digunakan adalah ujian bertulis yang terbahagi kepada ujian pra dan ujian pos. Analisis keputusan ujian pra dan ujian pos akan ditunjukkan dalam Jadual Satu. Bil. 1. 2. Nama Responden 1 Responden 2 Jadual Satu 5.3.2 Analisis Temu Bual Apabila data daripada temubual dipungut, analisisnya akan dibuat dengan menggunakan teknik enkod. Secara lazimnya, analisis data merangkumi beberapa peringkat berikut: i. ii. Mendengar temu bual secara keseluruhan. Menimbang peruntukan unit-unit yang bermakna
15

Ujian Pra (%)

Ujian Pos (%)

[KAJIAN TINDAKAN] iii. iv. Mengeluarkan data berlebihan.

2011

Mengeklasifikasi, mengkategori dan menyusun urutan unit-unit dengan bermakna.

v. vi.

Menstrukturkan deskripsi kandungan temu bual. Menginterpretasi data temu bual.

5.3.3 Analisis Pemerhatian Instrumen yang digunakan untuk pemerhatian ini ialah borang senarai semak semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Pemerhatian yang dibuat ini terbahagi kepada dua iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan. Antara aspek yang diperhatikan ialah masa dan tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi daripada saya ataupun pemerhati lain. Bagi memudahkan lagi proses pemerhatian ini dijalankan, bantuan daripada rakan guru amatlah diperlukan. Selain itu, data yang berjaya dikumpul berkemungkinan akan berlaku perbezaan dan sebagai manusia biasa, saya mungkin juga akan terlepas pandang sesuatu yang mungkin menganggu murid saya ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku. 5.3.4 Analisis Penelitian Dokumen Dan Fail Lembaran-lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid akan dikumpulkan oleh guru dan dimasukkan dalam satu fail yang khas. Hal ini akan memudahkan saya untuk membuat perbandingan dari semasa ke semasa. Penelitian dokumen adalah merangkumi

16

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

seperti jurnal, surat khabar, hasil kerja murid, latihan penulisan, surat-surat dan dokumen yang berkaitan digunakan untuk menganalisis data kajian. Perkara-perkara seumpama ini boleh di dapati di dalam internet,fail peribadi murid dan juga latihan-latihan secara berkala oleh guru. 5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. 1.

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.

Tarikh 3 Mac 2011

Catatan

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Menulis proposal kajian. Perbentangan proposal kajian Ujian Pra Melaksanakan tindakan Membelah Udara Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan Sutera Lutcahaya Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan Udang Di Sebalik Batu Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Ujian Pos

20 Mac 2011 25 April 2011 4 Julai 2011 6 Julai 2011 7 Julai 2011 12 Julai 2011 13 Julai 2011 19 Julai 2011 20 Julai 2011 25 Julai 2011

17

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

12. 13. 14.

Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian *Tertakluk kepada pindaan tarikh. 5.5 Kos Kajian Bil 1 2 3 4 5 6 Jenis Bahan Kertas A4 Kertas Surih Buku Surihan Pen Marker Kad Manila Photostat Bahan & Laporan Kajian Jumlah

28 Julai 2011 9 Ogos 2011 19 September 2011

Kuantiti X Harga Seunit 1 X RM 13.00 4 X RM 0.50 4 X RM 1.50 4 X RM 2.00 3 X RM 0.70

Jumlah Kos RM 13.00 RM 2.00 RM 6.00 RM 8.00 RM 2.10 RM 50.00

RM81.10

6.0

KESIMPULAN Kemahiran menulis sangat penting kepada kanak-kanak kerana ia dapat mengambarkan perasaan dan kematangan mereka. Lebih-lebih lagi kepada murid yang berkeperluan khas ini, mereka sentiasa inginkan perhatian daripada guru untuk membantu mereka dalam apa jua keadaan. Saya telah membaca banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh orangorang yang ternama dan telah lama di dalam bidang pendidikan khas ini. Berdasarkan
18

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

pembacaan saya itu, saya merasakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan bantuan dan mereka ini boleh dibentuk supaya dapat menikmati hidup yang lebih berjaya di masa hadapan kelak. Melalui kaedah surihan yang dibuat oleh saya ini, harapan agar murid-murid yang menjadi responden saya dapat menguasai tulisan mekanis sekurang-kurangnya dapat membentuk huruf dengan betul dan mudah difahami oleh orang lain. Tuntasnya, terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama kepada saya untuk menyiapkan proposal kajian ini.

19

[KAJIAN TINDAKAN]

2011

RUJUKAN Goh Yin Soon, Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori (2006) Kemahiran Menulis., Selangor. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Jamilah Ahmad (1999) Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM., Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor. Zainal Kasan & Suhaila Abdullah (2010) Pendidikan Disleksia. Selangor Darul Ehsan ., Penerbitan Multimedia Mok Soon Sang (2010) Penyelidikan Dalam Pendidikan: Perangcangan Dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan., Ipoh, Perak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008), Pengurusan Bimbingan & Kaunseling, Puchong. Penerbitan Multimedia. Sdn. Bhd. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar (2009), Amalan Pengajaran Berkesan, Selangor Darul Ehsan. Karisma Publications Sdn. Bhd. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md.Yusoff (2006), Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru., Selangor. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

20