You are on page 1of 6

Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh 5 Okt Konsert 1 Malaysia 1 Irama 1 Dunia telah berlangsung dengan jayanya.

. Perasmian konsert telah disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Tambun Cik Azana Ritta Abd Aziz. Dalam konsert yang bermula pada jam 8.00 malam tersebut, persembahan telah dibahagikan kepada tiga segmen iaitu, Segmen Nusantara, Segmen Retro Evergreen dan Segmen World Music yang mana kesemua lagu yang dimainkan diiringi oleh Kumpulan Orkestra IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh pengerusi program iaitu Mohamad Saidi bin Zainal Azim. Konsert yang julung-julung kali diadakan tersebut telah mendapat sambutan hangat oleh warga IPG Ipoh. Konsert yang telah dikendalikan oleh unit PISMP G3 seramai 20 orang dengan bimbingan Pensyarah Pembimbing selaku Penyelaras Konsert, iaitu En Mubin bin Md Nor ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada penonton yang terdiri daripada pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh sendiri, tetamu jemputan serta penonton daripada luar kampus. Rata-rata penonton amat teruja dan terhibur atas persembahanpersembahan yang ditunjukkan seperti persembahan nyanyian, tarian dan juga persembahan muzik instrumental. Saya amat berbangga dengan sambutan yang diterima daripada pihak IPG Kampus Ipoh dan tetamu kehormat Konsert 1 Malaysia 1 Irama 1 Dunia. Semuanya amat berpuas hati dengan persembahan-persembahan yang ditonjolkan. Dengan selesainya program ini, Unit PISMP G3 telah dinobatkan sebagai unit yang berjaya menganjurkan satu program besar untuk tahun 2011 dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh sendiri memberikan 5 bintang atas persiapan dan penganjuran kami menjayakan program seperti ini. Ini adalah merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kami dan ya,

kami berasa sangat berbangga." kata pengerusi program, Mohamad Saidi bin Zainal Azim. Menurut Pensyarah Pembimbing Unit PISP G3, penganjuran Konsert 1 Malaysia 1 Irama 1 Dunia ini merupakan satu usaha untuk memberi peluang kepada para pelatih yang mengambil opsyen Pendidikan Muzik sebagai subjek minor di IPG Kampus Ipoh bagi mengekspresi bakat muzik mereka. Di samping itu juga, penganjuran konsert ini bertujuan untuk memenuhi kehendak proforma subjek Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah (MZE 3102). Justeru itu, penganjuran yang dijalankan dapat memenuhi peluang keemasan kepada pihak penganjur untuk menambah pengalaman dan didedahkan secara langsung serta lebih menyeluruh tentang konsep pendekatan pengajaran muzik di sekolah. Hal ini juga merupakan satu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang seimbang.