P. 1
47285469-Bab-1-PBD[1]

47285469-Bab-1-PBD[1]

|Views: 329|Likes:
Published by Amutha Thaathan

More info:

Published by: Amutha Thaathan on Jan 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.1.1 Pengurusan Bilik Darjah
  • 1.1.2 Jenis-jenis bilik darjah
  • 1.1.3 Persekitaran Bilik Darjah
  • 1.1.4 Aspek Untuk Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal Bilik Darjah
  • 1.2 Peranan Pengurusan Bilik Darjah
  • 1.3 Prinsip-prinsip PBD
  • 1.4.1 Konsep Komunikasi BD
  • 1.4.2 Jenis-jenis Komunikasi
  • 1.4.3 Model-model Komunikasi
  • 1.4.4 Komunikasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran
  • 1.4.5 Gangguan-gangguan Dan Halangan Dalam Komunikasi
  • 1.4.6 Masalah-masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah Dan Cara-cara
  • 1.5.1 Konsep Interaksi
  • 1.5.2 Jenis-jenis Interaksi
  • 1.5.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar Di Dalam Bilik Darjah Yang Berkesan
  • 1.5.4 Cara-cara Membentuk Interaksi Dalam Bilik Darjah
  • 1.5.5 Halangan-halangan Dalam Interaksi Bilik Darjah
  • 1.5.6 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI
  • 1.5.7 Cadangan Dari Aspek Kesedaran Dan Kesediaan Guru

BAB 1

[SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]

Bab 1 : Konsep Pengurusan Bilik Darjah 1.1 Pengertian Pengurusan Bilik Darjah 1.1.1 Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.

Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukuman kepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif.

Ramai di kalangan kita yang menyempitkan skop bilik darjah sebagai sesuatu ruang yang berdinding dan beratap, mempunyai meja, papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini bukanlah tidak benar, tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah mempunyai konsep yang sangat luas. Bilik darjah boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan.
1

BAB 1

[SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]

Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Suatu masa dahulu, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku apabila terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah sebatang pokok dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru. Begitu juga sebelum kedatangan British, surau atau pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Tetapi pada hari ini, konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat seperti sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi, meja, meja guru dan papan hitam yang disusun mengikut piawaian memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah. Persoalannya, bagaimana pula dengan sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sains dan

2

BAB 1

[SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]

sekumpulan pelajar yang sedang menonton program tv pendidikan di pusat sumber? Adakah ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya? Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini, bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua, ibubapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan. Manakala pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988) mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta

tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang akan timbul. Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

3

BAB 1

[SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]

Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.1.2 Jenis-jenis bilik darjah Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka. Bilik darjah tradisi Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi

sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 1. Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
4

BAB 1

[SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] 

Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris  Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.  Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.  Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah serta jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan.  Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.
PAPAN HITAM MEJA GURU

ALMARI

Rajah 1 : Susunan fizikal bilik darjah tradisi Bilik darjah KBSR dan KBSM Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan

pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal,kerusi
5

Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut.  Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan.  Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Dari segi bentuk dan kemudahan. R U A N G P E M PAPAN HITAM MEJA GURU R U A N G P E M 6 .pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.  Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif.  Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM  Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan.  Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.  Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasana pembelajaran yang kondusif.

ruang-ruang pembelajaran.dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan spesimen dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.bilik ekonomi rumah tangga. pendekatan pengajaran secara berpasukan yang 7 .BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] RUANG PEMBELAJARAN RUANG BACAAN Rajah 2 : Susunan fizikal bilik darjah KBSR & KBSM Bilik darjah mata pelajaran khas Dalam KBSM. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja amali.S Barth.pusat sumber dan sebagainya. Guru hanya berperanan sebagai penasihat atau pembimbing serta memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu. Selain itu. Jelasnya. Ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu µpendekatan pengajaran dan pembelajaran. dalam sistem pendidikan terbuka pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Biasanya. bahan-bahan pelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran¶. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali. Antaranya ialah makmal sains.bilik seni perusahaan. Bilik darjah terbuka Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka R. beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan.

pengurus pembelajaran.  Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi. Ciri-ciri bilik darjah terbuka:  Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka.  Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred. ujian dan tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.  Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah. Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru.  Tiada kurikulum dihadkan.  Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat. pemudah cara atau fasilitator. 8 .  Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar. Pelbagai mata pelajaran diintegrasikan. Dari segi ciri bilik darjah terbuka. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya berperanan sebagai pembimbing. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. kaunselor.  Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati.  Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar secara terbuka dan jujur.

3 Persekitaran Bilik Darjah Pelajar-pelajar perlu mempunyai persepsi yang bilik darjah sebagai tempat yang selamat dan persekitaran yang kondusif. pen dan peralatan di satu tempat yang dilabelkan. guru perlu sediakan tempat yang spesifik untuk 9 . Latih pelajar supaya mereka tahu stesen mana perlu untuk mereka mendapatkan sumber bagi subjek tertentu. simpan semua bahan-bahan seperti fail. di mana pembelajaran boleh berlaku. selesa. 1. selesa dan kemas. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih. Adalah sukar untuk guru melakukan sesuatu kerja jika dikelilingi persekitaran yang bersepah.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Antara masalah yang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pastikan teratur Wujudkan µstesen¶ di bilik darjah untuk menyimpan pelbagai sumber pengajaran. persekitarannya perlulah bersih. Terdapat beberapa idea bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah : Pastikan bersih Jelas bahawa persekitaran yang kemas dapat mewujudkan stail pengajaran guru yang µkemas¶. bilik darjah merupakan tempat pelajar meluangkan keseluruhan masa mereka. Begitu juga di sekolah menengah. jika guru ingin mencari sesuatu peralatan yang tertentu di makmal atau bengkel. Contohnya. Jika guru mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah menenga. maka dengan sebab itu. Sekiranya menjadi amalan guru. Jika boleh.1. maka bilik darjah atau makmal akan kelihatan kemas dan teratur.

Berikan sentuhan peribadi pada ruang Guru banyak meluangkan masa di bilik darjah dan pastikan para pelajar melihatnya sebagai µruang¶ guru. maka rujuk kepada pihak pengurusan sekolah yang mahir dalam bidang kesihatan dan keselamatan. Oleh itu. Pastikan seronok Papan notis yang menarik dapat menjadikan persekitaran lebih baik dan positif. Papan notis juga merupakan alat pembelajaran yang efektif dalam µmeraikan¶ pencapaian pelajar. Pelajar akan merasa bangga sekiranya kerja mereka dipamerkan di bilik darjah. mengapa tidak guru berikan µsentuhan peribadi¶ untuk 10 . Keadaan ini akan membolehkan pelajar melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang gangguan. Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar-pelajar semasa di bilik darjah.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] meletakkan buku teks dan buku latihan pelajar. Pastikan selamat Pastikan persekitaran di bilik darjah selamat untuk pelajar melakukan tugasan yang diberikan. Pastikan bahan-bahan kimia yang merbahaya di makmal atau benda yang tajam dijauhkan atau tidak mudah dicapai oleh pelajar terutamanya jika guru mempunyai pelajar yang bermasalah. Guru boleh meminta seorang pelajar yang guru percayai untuk mengedarkan buku dan bahan-bahan lain sebelum pengajaran dimulakan atau sebaik sahaja memasuki bilik darjah. Sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini.

juga mempunyai kesan terhadap cara pelajar bertingkah laku.4 Aspek Untuk Mereka Bentuk Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Persekitaran Bilik Darjah Dalam dunia persekolahan hari ini. mungkin sebagai ganjaran kerana bertingkah laku baik.1. guru boleh tambahkan keceriaan suasana kehijauan di bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik membolehkan seseorang itu mengawal suasana bilik darjah dan pelajar yang mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain. Selain itu. Penyediaan dan pengurusan bilik darjah yang betul dapat membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan bersistematik. Persekitaran bilik darjah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu 11 . (sebagai tambahan anda boleh mendidik mereka mengenali cara penjagaan haiwan peliharaan dan berikan tanggungjawab untuk menjaga haiwan tersebut. Jika guru gemar kepada tumbuhan. pengurusan bilik darjah haruslah diberi perhatian yang serius. anda boleh perkenalkan µbinatang peliharaan bilik darjah¶ sesuatu yang pelajar-pelajar anda berminat. Fikirkan tentang susun atur Bagaimana guru menyusun atur fizikal bilik darjah mempunyai impak terhadap persepsi pelajar terhadap stail guru. Dalam membuat persediaan untuk mengurus bilik darjah. Manakala jika anda penggemar haiwan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] µruang¶nya. 1. seseorang guru harus mengambil kira beberapa aspek dan salah satu aspek adalah persekitaran bilik darjah.

Selain itu. Dalam usaha untuk meminimumkan masalah-masalah pengurusan. 12 . 1) Persekitaran Di Dalam Bilik Darjah Persekitaran di dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting dalam sesebuah sekolah. ( Emmer.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] persekitaran dalam bilik darjah dan persekitaran luar bilik darjah. Guru juga harus memastikan keselamatan di dalam bilik darjah sentiasa terjamin. 2000 ). Guru harus memahami pelajar sebelum menyusun pelajar di dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membolehkan pelajar melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang gangguan. susunan pelajar di dalam bilik darjah juga boleh mempengaruhi persekitaran di dalam bilik darjah. Suasana di dalam bilik darjah haruslah selesa dan selamat bagi guru dan pelajar. Evertson & Worsham. Guru harus memastikan persekitaran dalam bilik darjah seragam dengan matlamat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. guru sepatutnya bertindak lebih awal kepada perubahan persekitaran yang tertentu dan menyediakan pelajar untuk menghadapinya. Persekitaran bilik darjah yang luas dan tersusun membolehkan guru menjalankan pelbagai aktiviti seperti lakonan dan persembahan.

Sekolah bukan sahaja tempat pelajar menimba ilmu pengetahuan malah merupakan tempat yang membentuk identiti seseorang pelajar. Oleh itu.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Dengan erti kata lain. keadaan sekolah haruslah bersesuaian dengan pelajar. Malah ibu bapa juga akan merasa selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Perancangan yang lebih awal akan membantu pelajar mengetahui bagaimana berkelakuan sebelum berlakunya kejadian-kejadian yang boleh mengganggu. 2 ) Persekitaran Di Luar Bilik Darjah Persekitaran luar bilik darjah adalah keadaan dan suasana sekolah selain bilik darjah. Contohnya pelajar-pelajar perlu disediakan dan dilatih untuk menghadapi kemungkinan guru tidak hadir ke sekolah. Keadaan sekolah yang bersih iaitu jauh dari masalah jangkitan. Sekiranya sekolah menghadapi sebarang masalah pencemaran maka ini akan menjejaskan keadaan pelajar dalam sekolah tersebut dan secara tidak langsung akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. udara dan bunyi. Sekolah yang bersih akan menjamin iaitu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. masalah keracunan makanan dan masalah gengsterisme akan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di dalam bilik darjah. persekitaran sekolah juga haruslah bersih. 13 . Suasana sekolah seperti lokasi sekolah harus terjamin seperti jauh dari pencemaran air. Lantaran itu. guru sepatutnya merancang bagi perubahan-perubahan persekitaran.

 Guru perlu mengadakan aktiviti memotivasikan para pelajar supaya melibatkan diri secara aktif di dalam keharmonian alam khususnya persekitaran sekolah.  Guru perlu melahirkan pelajar yang berupaya menjadi pemangkin dan penggerak kepada rakan sebaya dalam pelaksanaan projek alam sekitar.  Sekolah harus mengadakan sambutan bertemakan alam sekitar.  Sekolah juga boleh mengadakan kempen gotong-royong.  Guru harus merancang susunan fizikal peralatan dalam bilik darjah supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.  Guru harus menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Sekolah juga harus cantik dan ceria dari aspek persekitarannya.  Sekolah perlu merancang lawatan luar seperti lawatan ke Taman Negara dan Muzium Negara. Langkah Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif  Guru harus memastikan persekitaran bilik darjah yang seragam dengan matlamat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 14 . Sekolah yang cantik akan mendorong pelajar datang ke sekolah dan menceriakan lagi fikiran pelajar dari segi apa saja masalah yang dihadapi.  Guru memastikan pelajar berasa selesa dan senang dilihat semasa berada di dalam bilik darjah.

2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi.2 Peranan Pengurusan Bilik Darjah 1. Bilik darjah yang 15 . Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.2008 ). meja dan kerusi untuk guru dan murid.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] 1. yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan. dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. dan ruang yang selesa. almari. 1 ) Faktor fizikal Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. dan faktor teknikal ( Mok Soon Sang. papan kenyataaan.

Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas ( Mok Soon Sang. serta interaksi guru dengan murid. Dalam pendekatan memusatkan bahan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. 2008 ). sudut mata pelajaran. ceria. 2 ) Faktor sosial Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid. dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis. sudut bacaan atau rujukan. murid dengan guru. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. jadual bertugas. iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. pelan keselamatan. wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari. khasnya di dalam bilik darjah. kata-kata motivasi. 16 . termasuk kemudahan penggunaan laman web. dan murid dengan murid. yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Terdapat juaga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu. interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala. komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. carta organisasi. interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala.

seperti :  Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Selain itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah dimana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik. Mengikut kajian. peramah dan lucu. Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 17 . serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil.  Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas kerja dari guru.  Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas. Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur. 3 ) Faktor emosi Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang. mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang. 2008). bertimbang rasa. 2008). Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.

18 . kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan. 4 ) Faktor teknikal Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru. Di samping itu persediaan guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi (Mok Soon Sang. 2008). perlatan. tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab. pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji Samsudin Bin Md Noor). berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid. deklamasi sajak. drama dan sebagainya. dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md Noor). kuiz.

Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas. gaya pengajaran yang menarik. kreatif.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara. 19 . penglibatan murid dalam aktiviti kelas.3 Prinsip-prinsip PBD Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru. demokratik pengasih dan prihatin. 1. Sebagai pengurus yang baik. flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan. inovasi. pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid. sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran. iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. dan pengurusan masa yang berkesan (Haji Samsudin bin Md Noor). tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif.

2) Sikap guru yang optimis. kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut : 1) Hubungan baik antara guru dan pelajar. 3) Bersikap positif kepada semua pelajar. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru sebagai orang yang akan membantunya. Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai. iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam satu bilik darjah mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka. interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsipprinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru. Pengurusan yang berkesan memfokuskan kepada aspekaspek seperti kemajuan pelajaran. Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. 20 .

Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan dan efisyen. Pelajar yang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. berkongsi dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif. bukannya diri mereka. untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah. 4) Mencegah lebih baik dari merawat. Bagi seorang guru. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah. 6) Memberi dorongan yang positif. Pepatah inggeris ada menyebut ³prevention is better than cure´. Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan. menghalang pelakuan negatif pelajarnya. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka. 21 . 5) Prosedur pengurusan yang tegas. Pepatah ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. guru mestilah bersikap positif terhadap semua pelajar. mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. mereka akan lebih bersifat terbuka.

Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya. dia perlu membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni seperti kebersihan. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal yang cekap.4 Komunikasi BD 1. prinsip dan formula kepada murid-murid. 1.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa. Selain itu. Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan bilik. Seseorang guru berkomunikasi kerana beberapa sebab tertentu. guru perlu menyampaikan maklumat khusus seperti bagaimana memegang kayu hoki. kejujuran. Bagi membantu perkembangan psikomotor murid-murid. belas kasihan dan sebagainya. Namun begitu. guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang efisyen. sikap dan kemahiran. bertimbang rasa.4. tolong-menolong. maklumat yang 22 . menghentikan bola dan kemahiran-kemahiran lain. sebagai pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Dari itu adalah jelas bahawa guru berkomunikasi dengan tujuan memudahkan muridmurid memperoleh ilmu pengetahuan. amanah. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh seorang guru sebagai pengurus. komunikasi yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap. Guru itu perlu menyampaikan konsep.1 Konsep Komunikasi BD Pengajaran melibatkan komunikasi.

Pendek kata. maka timbul konflik antara kedua-dua individu itu. Mesej yang dinyatakan itu dikenali sebagai verbal atau lisan manakala mesej yang terpendam itu merupakan mesej non-verbal. Feneey (1983) pula menyatakan komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan mesej. Sekiranya maksud penyampai disalahtafsir oleh penerima.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] disampaikan oleh guru hendaklah diterima mengikut hasrat guru. Kemahiran Berkomunikasi Secara Lisan 23 .2 Jenis-jenis Komunikasi Bagi menjamin komunikasi berkesan. Komunikasi ialah satu proses di mana seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Menurut Highet. Komunikasi dibina melalui kefahaman dan pengalaman antara dua pihak. maklumat atau isyarat kepada pihak lain. kita hendaklah mendengar dengan baik utusan yang dinyatakan dan juga maksud yang terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh seseorang. komunikasi berkesan seharusnya berlaku bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Kita harus mendengar kedua-dua jenis mesej itu dengan baik untuk membolehkan kita memberi gerak balas yang betul dan dengan itu mengelakkan konflik yang mungkin berlaku.4. komunikasi ialah pemancaran idea dari satu pemikiran kepada satu pemikiran yang lain. Komunikasi yang berkesan akan tercapai apabila maksud penyampai diterima dengan jelas oleh penerima. Komunikasi juga merupakan suatu interaksi sosial yang dilakukan melalui mesej. 1.

Kemahiran Berkomunikasi Secara Tanpa Lisan Dalam pengajaran. dia mungkin menunjukkan persetujuan. dia mungkin bertujuan untuk memberikan peneguhan kepada murid yang mengemukakan jawapan yang betul. Ketika dia tersenyum. 24 . Ini merupakan komunikasi tanpa lisan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Kemahiran ini melibatkan proses mendengar mesej yang disampaikan oleh orang lain secara lisan. Guru hendaklah bertutur dengan suara yang cukup kuat dan lantang. senyuman dan tangan untuk menekankan satu-satu kenyataan. seseorang mungkin menggunakan pelbagai gerak isyarat seperti anggukan kepala. Ini akan memudahkan murid-murid memahami konsep yang disampaikan oleh guru. Apabila guru mengangguk kepala.

4. Ia merupakan model yang paling penting dan berpengaruh dalam perkembangan model komunikasi yang lain. surat khabar. Model Shannon dan Weaver Model Shannon dan Weaver juga dikenali sebagai Teori Matematik Komunikasi ( 1949 ). terdapat beberapa model yang menerangkan cara manusia.3 Model-model Komunikasi Dalam komunikasi.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] 1. Model Komunikasi Kemanusiaan dan Model Wilbur Schramm. Antara model-model komunikasi yang akan dibincangkan di sini ialah Model Shannon dan Weaver. rangkaian televisyen atau agen pengiklanan berkomunikasi. Model ini dapat digambarkan dalam rajah berikut : Sumber Gangguan Sumber Maklumat Mesej Pemancar 25 Isyarat ( Mesej ) Penerima Destinasi Mesej Mesej yang diterima .

Model Komunikasi Kemanusiaan Model ini berasaskan Model Simentri Newcomb ( 1953 ).BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Rajah 3 : Model Shannon dan Weaver Dalam model ini. Destinasi ialah orang yang ditujukan mesej itu. X A 26 B . Mesej ini mungkin terdiri daripada kata-kata lisan atau bertulis. muzik atau gambar. sumber maklumat ialah otak kita. Kemudian. pemancar akan menukarkan mesej itu kepada isyarat yang bersesuaian dengan saluran. Dalam satu-satu perbualan. Model ini menekankan interaksi antara manusia atau individu. sumber maklumat menghasilkan sesuatu mesej yang akan dihantar. Alat penerima akan membina semula mesej daripada isyarat yang diterima. Pemancar ialah alat suara kita yang mengeluarkan isyarat ( kata-kata lisan ) yang dipancar melalui udara ( iaitu saluran ). Saluran merupakan penghantar yang memancar isyarat ( kata-kata lisan ) dari pemancar kepada alat penerima.

maka simetri atau persetujuan sukar dicapai. Sekiranya individu A tidak menganggap individu B sebagai orang yang berkemampuan untuk membincangkan sesuatu peristiwa atau isu. jika individu A tertarik kepada individu B. maka adalah lebih mudah untuk mencapai persetujuan ( simetri ) dalam perbincangan tentang sesuatu perkara ( X ). Orientasi ini merangkumi sikap dan kepercayaan terhadap X. maka persetujuan ( simetri ) lebih senang dicapai. 4. Dalam model Newcomb. Pendek kata. Ini merujuk kepada sikap A terhadap B. dan ketiga-tiga unit ini membentuk satu sistem yang terdiri daripada empat orientasi. individu A menghantar maklumat kepada individu B tentang sesuatu. iaitu sama ada dia gemar atau tidak terhadap B. Orientasi A terhadap X. isu. iaitu X. Orientasi B terhadap X. iaitu : 1. Model ini memadai untuk komunikasi antara dua orang individu. peristiwa dan manusia.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Rajah 4 : Model Simetri Newcomb Menurut model ini. Model ini membuat andaian bahawa sikap A terhadap B dan X adalah bebas. 2. Sekiranya individu A amat menghormati idea individu B tentang sesuatu objek. komunikasi merupakan cara yang berkesan untuk individu menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Orientasi B terhadap A. Menurut Newcomb. dalam proses komunikasi. model Newcomb 27 . 3. Orientasi A terhadap B.

Model Schramm yang pertama sebagaimana berikut : Sumber Pengekod Isyarat ( Mesej ) Dekod Destinasi Rajah 5 : Model Schramm Dalam model ini.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] lebih menekankan pada tarikan antara dua orang individu lebih daripada sikap terhadap sesuatu perkara atau objek. Model Wilbur Schramm Schramm ( 1954 ) mengembangkan beberapa model komunikasi. Orang yang menerima mesej ( destinasi ) akan mentafsir ( dekod ) mesej itu. Kita membuat interpretasi ( mengekod ) atau tafsiran tentang rangsangan berdasarkan pengalaman kita. komunikasi bermula dengan sumber atau rangsangan. Kemudian. 28 . kita menghantar mesej ( dalam bentuk isyarat ) itu.

29 . Rangsangan itu didekod berdasarkan bidang pengalaman kita. Kita berharap penerima itu akan mentafsir mesej mengikut jangkaan kita. Dalam konteks ini. Destinasi ( orang yang menerima mesej ) akan mentafsir mesej itu berdasarkan bidang pengalamannya. Kemudian. Apabila proses didekod ( oleh orang yang menerima mesej ) adalah sama dengan sumber ( orang yang mengekod atau yang menghantar mesej ) maka komunikasi berkesan telah berlaku. kita dapat melihat maklum balas dan perkongsian maklumat yang berterusan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] ( field Dalam model kedua. kita menghantar mesej berdasarkan sesuatu sumber atau rangsangan. Rajah berikut menunjukkan model Schramm yang ketiga. Schramm menegaskan komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak yang menjalankan proses mengekod. Ertinya. Rajah berikut menunjukkan model kedua Schramm. kita menghantar mesej itu. mentafsir atau dekod. Menurut Schramm. komunikasi berlaku hanya dalam bahagian bidang pengalaman yang bertindihan antara sumber dengan destinasi. Schramm memperkenalkan konsep bidang pengalaman of experience ). menghantar dan menerima isyarat ( mesej ). Bidang Pengalaman Sumber Pengekod Bidang Pengalaman Dekod Destinasi Rajah 6 : Model Kedua Schramm Dalam model yang ketiga.

Dalam konteks ini. Ketika menyoal.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Mesej Pengekod Pentafsir Dekod Mesej Dekod Pentafsir Pengekod Rajah 7 : Model Ketiga Schramm 1. Kehendak soalan hendaklah jelas agar jawapan murid dapat menepatinya. Komunikasi lisan seperti ini akan memudahkan pembentukkan konsep oleh murid-murid. guru juga boleh menggunakan komunikasi 30 . Selain itu. struktur ayat hendaklah baik dan tidak mengelirukan. Dalam pengajaran.4 Komunikasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Ketika guru sedang menerangkan sesuatu konsep. dia hendaklah menggunakan suara yang agak kuat dan lantang.4. Komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. jelaslah komunikasi lisan yang berkesan amat penting. dia hendaklah menggunakan kata-kata yang mudah difahami murid.

guru hendaklah memikirkan tentang strategi pengajaran yang lebih berkesan. peka kepada perasaan pelajar. keupayaan membina interaksi yang menarik dan kesediaan menerima pendapat yang berbeza. dia boleh menggunakan genggaman tangan untuk menekankan satu-satu idea. Contohnya. murid berkenaan akan menghentikan satu-satu kenakalan itu. mendengar dengan teliti. Sikap dan kemahiran itu termasuklah aspek seperti pertuturan lantang dan jelas. memek muka murid-murid yang menunjukkan kebosanan merupakan maklum balas negatif. kemahiran dan pengetahuan komunikasi yang berkesan. Tingkah laku tanpa lisan murid-murid hendaklah juga diperhatikan. 31 . Apabila murid memberikan suatu jawapan yang memadai. Guru itu seharusnya memiliki sikap. seseorang guru boleh merenung ke arah murid yang menimbulkan gangguan tanpa menyatakan apa-apa. Sebaliknya.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] secara tanpa lisan. komunikasi tanpa lisan telah dapat digunakan secara berkesan. Komunikasi tanpa lisan ini menunjukkan kemarahan guru. Senyuman dan anggukan kepala murid merupakan maklum balas yang positif. Senyuman guru itu merupakan satu teknik peneguhan agar penyertaan murid-murid dapat digalakkan. Dalam keadaan itu. Sekali lagi. guru mungkin menunjukkan senyuman. Dalam pengendalian disiplin bilik darjah. Ini menunjukkan mereka gemar mengikuti satu-satu pelajaran. Seseorang guru hendaklah sentiasa memastikan bahawa komunikasi dengan muridmuridnya jelas serta terbuka. Dalam kebanyakan kes.

1. dia akan menyampaikan mesej-mesej tersebut kepada muridnya.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Seseorang guru memperoleh pengetahuan dalam bentuk peristiwa. Selepas itu. komunikasi berkesan tidak mungkin berlaku. Tumpuan yang kurang teliti akan terus menjejaskan komunikasi antara guru dan pelajar. Pelajar-pelajar mungkin sukar mendengar pelajaran yang disampaikan oleh guru. y Pemikiran tertutup 32 . dia hendaklah memikirkan tentang komunikasi yang berkesan. Dengan kata lain. fakta dan rumus daripada pelbagai bidang. Oleh itu. y Kekurangan tumpuan Sekiranya pelajar-pelajar kurang memberi perhatian terhadap penerangan guru.5 Gangguan-gangguan Dan Halangan Dalam Komunikasi Gangguan-gangguan dalam komunikasi terdiri daripada yang berikut : y Kebisingan Kelas yang bising akan mengganggu komunikasi yang berkesan. y Emosi guru atau pelajar Emosi guru atau pelajar yang kurang stabil akan menjejaskan penumpuan. maka mereka mungkin tidak akan memberi penumpuan yang teliti. maka komunikasi berkesan tetap akan terjejas. y Anggapan umum terhadap guru Sekiranya pelajar-pelajar berpendapat bahawa seseorang guru itu adalah baru atau kurang berpengalaman.4. Guru hendaklah merancang dan memikirkan tentang strategi yang paling baik untuk menyampaikan mesej-mesej tersebut.

Melabel pelajar Melabel pelajar dengan pelbagai nama seperti µsi malas¶. guru yang tidak bersedia menerima pendapat murid sebenarnya tidak menggalakkan komunikasi terbuka.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Guru dan pelajar yang mempunyai pemikiran tertutup akan menjejaskan komunikasi. Contohnya. µkaki ponteng¶ dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi. pelajar-pelajar yang tidak gemar akan satu-satu topik mungkin enggan mendengar penjelasan guru. Dengan itu.4.6 Masalah-masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah Dan Cara-cara Mengatasinya Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa masalah-masalah komunikasi timbul apabila guru menonjolkan tingkah laku yang tidak sesuai di dalam bilik darjah. Kritikan Guru yang sentiasa mengkritik murid-muridnya telah menimbulkan halangan kepada komunikasi. Pelajarpelajar akan berasa lebih selamat jika mereka tidak bercakap. Setiap orang tidak gemar dikritik. Sebaliknya. Berikut ialah beberapa tingkah laku guru yang dianggap kurang sesuai dalam komunikasi berkesan. pelajar-pelajar akan memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Memberi arahan 33 . 1.

Kekurangan perhatian Seorang guru yang sentiasa duduk di mejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadap respon atau jawapan pelajar secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi. Penyampaian 34 . Arahan yang diberi biasanya tidak boleh disoalkan. guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Guru yang memberi arahan untuk memaksa pelajar-pelajar membuat sesuatu tugasan akan menghalang komunikasi. Oleh itu. Perhatian penuh guru yang diberikan kepada respon pelajar-pelajar akan menggalakkan komunikasi berlaku dengan licin. Ancaman seperti ini tidak menggalakkan komunikasi terbuka. Ancaman Guru yang mengancam pelajar-pelajar dengan memberi berbagai-bagai amaran jika satu-satu tugasan tidak disiapkan. Memek muka Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan pelajarpelajar untuk menyoal atau memberi jawapan. Oleh itu. arahan merupakan satu halangan kepada komunikasi dua hala.

Dia akan hanya menyampaikan maklumat. Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip yang senang kepada yang susah atau dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Dalam situasi seperti ini. Ini bermakna komunikasi efektif tidak berlaku. pelajar-pelajar tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. 35 . Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas. Contoh-contoh yang dipetik dari buku teks adakalanya kurang sesuai. Kekurangan persediaan Persediaan yang kurang rapi boleh menyebabkan kekeliruan ketika penyampaian dijalankan. Sekali lagi. Guru-guru seperti itu tidak peka kepada maklum balas daripada pelajarpelajarnya. Bahasa Ada pula guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajarpelajar. komunikasi berkesan tidak berlaku. Mereka juga tidak dapat mengikuti logis penerangan yang diberi oleh guru itu. Kelajuan Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh pelajar-pelajar. Ini merupakan komunikasi sehala.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Sesetengah guru menyampaikan pelajaran seperti seorang pensyarah. Dia tidak gemar jika pelajar-pelajar menyoal.

Selepas itu. 36 . Keadaan seperti ini tentu akan menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Aktiviti pembelajaran kurang menarik Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diaturkan oleh guru hendaklah menarik. Pelajar bertendensi untuk memberontak jika guru memberi arahan.  Tunjukkan memek muka yang berseri ketika pelajar sedang cuba menjawab atau menyoal. Oleh yang demikian. Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi pelajar yang menyertai perbincangan. Antara cara-cara yang boleh digunakan oleh guru ialah :  Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran. Cuba baiki jawapan yang dianggap kurang sesuai . pelajar akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujah-hujah.  Elakkan daripada melabel pelajar dengan kata-kata berbentuk negatif. Masalah komunikasi akan menjejaskan akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. pelajar-pelajar enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan lain.  Galakkan perundingan. Melalui cara ini. barulah murid-murid digalakkan untuk bertanya. Ini membolehkan setiap pelajar mendengar dengan mudah serta jelas. Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila pelajar-pelajar diajak berunding. Jika terdapat kegiatan yang membosankan. guru hendaklah berusaha untuk mengatasi masalah-masalah ini.  Elakkan daripada mengkritik idea pelajar yang kurang tepat.

Menurut beliau. Dalam keadaan seperti ini. percakapan guru yang berbentuk dominatif boleh digolongkan sebagai gaya percakapan µpengaruh langsung¶. Interaksi berbahasa bermakna pertukaran percakapan antara individu. pelajar-pelajar berasa tergugat. pasif dan mula menarik diri. kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan. Perhatian penuh guru akan mendorong pelajar untuk terus berinteraksi dengan guru. Sebaliknya. Flander melabelkan gaya percakapan seperti ini sebagai µpengaruh tidak langsung¶. pelajar-pelajar berasa selesa serta ingin mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah guru yang memberi kuliah. seorang profesor Universiti Amerika telah banyak memberi sumbangan dalam kajiannya tentang analisis interaksi. percakapan guru yang mendorongkan pelajar adalah berbentuk integrasi. pelajar menjadi aktif dan sedia 37 .1 Konsep Interaksi Interaksi merujuk kepada proses saling bertindak antara individu dengan alam sekitarnya. suasana bilik darjah adalah tegang dan pelajar-pelajar berasa terancam dan kurang selamat. 1.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]  Berikan perhatian penuh ketika pelajar sedang menjawab atau menyoal. Dalam keadaan sedemikian. Bagi pelajar-pelajar yang lemah.5 Interaksi BD 1.5.  Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa pelajar-pelajar.Flanders.  Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ned A. Contohnya ialah seperti menyoal. Lazimnya. menerima dan menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar. Ini akan memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. suasana bilik darjah bertambah tenang. mengkritik serta memberi arahan kepada pelajar-pelajar.

G 38 . Menerima perasaan 2.2 Jenis-jenis Interaksi Untuk menambahkan keberkesanan pengajaran. Tindak balas pelajar 9. Berikut adalah beberapa situasi pembelajaran yang menunjukkan berbagai-bagai corak interaksi yang berlainan. Berikut ditunjukkan kategori percakapan berdasarkan sistem Flanders : Pengaruh Tidak Langsung Percakapan Guru Pengaruh Langsung 1. Memuji dan mendorong 3. Memberi kuliah 6. Percakapan pelajar Percakapan Pelajar 10. guru seharusnya memahami berbagaibagai interaksi kumpulan yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Menerima idea 4. Menyoal 5.5. Strategi serta objektif pengajaran yang berlainan pasti akan mewujudkan interaksi yang berlainan. Pembelajaran menjadi lebih bermakna serta menyeronokkan pelajar-pelajar. Interaksi ialah perhubungan yang boleh berlaku antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. Mengkritik 8. Memberi arahan 7.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] memberi pandangan serta bertukar-tukar pendapat dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Kesenyapan Rajah 8 : Kategori Percakapan Sistem Flanders 1.

Yang nyata ialah ketiadaan interaksi antara pelajar-pelajar. guru mengajar dengan kawalan yang ketat dan kesemua murid adalah pasif. Dalam situasi seperti ini. Perhubungan pelajar dengan guru terbatas kepada pendengaran. G P P 39 P P . corak interaksi tidak tertumpu pada guru sahaja. Pendekatan seperti ini sesuai sekiranya guru sedang memberi taklimat pada peringkat awal. pengamatan dan asimilasi sahaja. Corak interaksi seperti ini kurang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Corak interaksi dalam situasi ini ialah guru yang bercakap manakala pelajar hanya mendengar. guru cuba menggalakkan komunikasi dua hala dengan mendorongkan penyertaan pelajar dalam pengajarannya. Anak-anak panah pada rajah menunjukkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajar. Di sini.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] P P P P P Rajah 9 : Situasi 1 ( Pendekatan Berpusatkan Guru ) Dalam situasi di atas.

Situasi seperti ini sesuai apabila pelajar sedang menjalankan sesuatu projek atau kerja amali. P P P P P P P P P P G P P 40 P P .BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Rajah 10 : Situasi 2 ( Pendekatan Penerangan Perbincangan ) G P P P P Rajah 11 : Situasi 3 ( Pembelajaran Secara Aktif ) Situasi 3 menggambarkan situasi guru membenarkan perbincangan dan kerjasama antara pelajar-pelajar. Interaksi antara guru dengan pelajar masih dikekalkan.

Pendekatan seperti ini dapat melibatkan pelajar dengan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan suasana saling membantu dapat dikekalkan. Unsur 41 . Interaksi berlaku antara semua ahli kumpulan.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] Rajah 12 : Situasi 4 ( Kaedah Kumpulan ) Situasi 4 menunjukkan situasi kaedah kumpulan digunakan. G G G G G Rajah 13 : Situasi 5 ( Kaedah Perbincangan ) Situasi 5 menunjukkan situasi perbincangan dan guru menjadi seorang daripada peserta kumpulan. Suasana kerjasama. iaitu pelajar dengan pelajar serta antara pelajar dengan guru. Pelajar-pelajar dalam setiap kumpulan akan berinteraksi sesame sendiri dengan pimpinan guru. toleransi serta tolong-menolong jelas wujud.

Antaranya ialah : 42 . Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas. guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan.5. perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran. Sebaliknya.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] pertandingan serta ketegangan dapat dikurangkan. Sekiranya dibandingkan kesan kelima-lima situasi tadi. Pendekatan-pendekatan seperti ini juga menggalakkan pelajar menjadi aktif. interaksi secara lisan langsung tidak wujud antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar. Situasi 1 merupakan situasi yang seharusnya dielakkan kerana hanya komunikasi sehala sahaja yang diwujudkan antara guru dengan pelajar-pelajar.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar Di Dalam Bilik Darjah Yang Berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap. 1. 1994 ). Interaksi lisan antara pelajar dengan pelajar serta guru dengan pelajar dapat dibentuk dan berlangsung sepanjang perbincangan.( Wlodkowski. sikap bersedia untuk berunding antara satu sama lain dapat dibentuk. 1984 ) ( dalam Classroom Life. Lagipun. Situasi 4 dan 5 merupakan situasi-situasi yang harus digalakkan kerana jelas terdapat komunikasi yang amat berkesan antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sebaliknya. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan pelajar.

BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]  Menggunakan teknik "supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. terutama dalam tahun-tahun 1980-an. ( Mok Soon Sang. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan pelajar. diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983.  Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan.  Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu berhasil dengan baik. antaranya : 1. 1996 ). Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid. 43 . antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan.

Menggalakkan pelajar-pelajar memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan pelajar yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan.  Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Memberi arahan secara lebih positif. ganjaran atau pengukuhan positif ( Abdul Hamid Mahmood 1990 ).  Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran. Dr. pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik pelajar-pelajar.  Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan pelajar.  Pandai menghargai dan memuji pelajar-pelajar. 3.  Air muka. 44 . Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan pelajar. (Prof.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] 2. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. antaranya ialah :  Mempunyai sifat penyabar. 4. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur. Menggunakan penghargaan. penyayang serta suka akan pelajar-pelajarnya.

hormat menghormati.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ]  Sentiasa mengulang isi-isi penting. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s. lemah lembut. Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. kasih sayang.  Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan pelajar atau di antara pelajar sesama pelajar terjadi dalam suasana yang ramah mesra. sabar dan berdisiplin.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : y "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" ( Riwayat Al-Bakhari ) y "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" ( Riwayat Al-Bakhari ) y "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" ( Riwayat Al-Tabrani ) 45 .w.a.  Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran.

5.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] 1. Suasana emosi seperti ini menyebabkan pelajar-pelajar menarik diri serta menjadi pasif. Antara cara-cara yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :  Praktikkan gaya kepimpinan demokratik Gaya kepimpinan guru akan mempengaruhi corak interaksi antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar.  Galakkan penglibatan pelajar dengan mengelolakan aktiviti Sesuatu pelajaran boleh dirancangkan supaya dapat menampung aktiviti pelajar. Aktiviti di dalam bilik darjah jelas akan mewujudkan interaksi antara pelajar dengan pelajar serta guru dengan pelajar. Pelajar-pelajar juga cenderung berbincang sesama sendiri.4 Cara-cara Membentuk Interaksi Dalam Bilik Darjah Setelah dikaji beberapa situasi yang berlainan tentang interaksi guru dengan pelajar. Mereka jarang menyertai pengajaran guru dengan giat. Seorang guru yang autokratik dan dominan akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dipenuhi ketegangan dan tekanan. guru perlulah memikirkan cara-cara untuk membentuk interaksi yang objektif di dalam sesebuah bilik darjah.  Gunakan kaedah kumpulan sekiranya keadaan mengizinkan 46 .

Dengan itu. kad imbasan yang digunakan dengan berkesan bukan sahaja mempercepat penanggapan konsep oleh pelajar-pelajar.  Banyakkan penggunaan teknik main peranan. 1. Kaedah kumpulan membenarkan perbincangan antara ahli-ahli kumpulan. bahkan juga membentuk pelajar-pelajar yang sentiasa memberi perhatian. sesi seperti ini dapat menggalakkan interaksi lisan antara guru dengan pelajar. malah akan mencungkil minat danm naluri ingin tahu pelajarpelajar. Lebih penting lagi. mereka lebih cenderung untuk bertanya dan mengambil bahagian yang aktif.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] KBSR memang menekankan penggunaan kaedah kumpulan. slaid. carta warna-warni. interaksi yang berkesan nyata akan berlaku.5. Dengan cara ini. Oleh itu. terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : 47 . Interaksi antara guru dengan pelajar memang akan terdorong. interaksi antara pelajar dengan pelajar serta guru dengan pelajar dapat dikembangkan. lakonan dan sesi buzz Teknik-teknik tersebut jelas akan mewujudkan peluang untuk membolehkan pelajar-pelajar mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru.  Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran Sesi soal jawab bukan sahaja dapat menolong pelajar-pelajar mengingat kembali bahan yang telah dipelajari.5 Halangan-halangan Dalam Interaksi Bilik Darjah Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986).  Gunakan alat bantu mengajar Alat bantu mengajar seperti pita rakaman.

kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja. Rahman Abu Bakar (1992). menurut Ab. 1.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] 1 ) Faktor fizikal Seperti bangunan. malu dan sebagainya serta faktor masa.6 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi. antaranya ialah :  Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas  Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan pendekatan individu  Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas. ragu-ragu. eksperimen dan sebagainya. seperti pengecilan jumlah murid 48 . Walaubagaimanapun.5. Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut. dinding bilik dan kecacatan tubuh badan 2 ) Faktor bukan fizikal Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut. terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. ternyata bahawa saranansaranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru. marah.

Rahman Abu Bakar.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] dalam satu bilik darjah.7 Cadangan Dari Aspek Kesedaran Dan Kesediaan Guru Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan pelajar mula tersingkap dan seterusnya 49 . Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah. Sebagai contoh. Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum . 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. Dengan senyuman. dengan mudah mendapat respon yang positif daripada pelajar. (Wlodkowski. apabila salam atau ucap selamat dilafazkan. 1984)(dalam Classroom Life. Pelajar-pelajar dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan.5. ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi. Dalam sesuatu sesi pengajaran. (Ab. hasil kajian Wlodkowski. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. 1992). dari permulaan hingga penutup. 1984 (classroom Life. 1. lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. 1994).

Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan pelajar juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru pelajar dalam bilik darjah. Rahman Abu Bakar. Rahman. sebutan yang tepat. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur. lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tatabahasa yang betul dan tersusun. Rahman Abu Bakar. 'kamu'. 1991) (dalam Rosli Abd. ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady. manakala doa adalah pendidikan. 'anda' dan sebagainya. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak'. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi. jelas. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga. 1992).BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya. 1992). kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt).(Ab. saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang. Menurut Ab. Di dalam Islam. penggunaan sumber. yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan 50 . berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada pelajar.1997).(Ab.

51 . Namun demikian. peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran. mengikuti kursus. y y y Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran. Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan. Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa.BAB 1 [SGDU 2033 PENGURUSAN BILIK DARJAH ] interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : y Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu. bengkel dan seumpamanya. seminar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->