You are on page 1of 15

PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun dalam pelbagai sektor bagi mencapai taraf sebuah Negara maju di mata dunia. Pelbagai perancangan telah di buat bagi merealisasikan hasrat ini. Seiring dengan ini, Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9) membuktikan usaha usaha pembangunan Negara dalam sektor sektor yang menjana ekonomi Negara sehinggalah kepada manaik taraf mutu perkhidmatan dan kemudahan untuk kegunaan rakyat seperti pengangkutan awam. Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan samada persendirian atau awam. Ia mampu memberikan kesempurnaan dan peningkatan kepada kualiti hidup seharian. Pengangkutan awam merupakan salah satu daripada alternatif dalam pemilikan kenderaan sendiri. Selain membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya, mengurangkan kos sara hidup dalam membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak, ia mampu menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada kepenggunaan bahan api. Sambutan masyarakat kepada pengangkutan awam amat menggalakkan di sesetengah tempat. Hari ini Negara kita telah memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur. Di antaranya kita boleh menggunakan bas, teksi, monorail, keretapi, komuter, LRT, kapal terbang dan feri bergantung kepada situasi dan jarak perjalanan. Di pekan pekan kecil pula turut disediakan motorsikal tambang bagi memudahkan pengguna keluar dan masuk dari sesuatu kawasan. Walaubagaimanapun pengurusan sistem pengangkutan awam di Negara kita masih tidak sistematik , efisyen dan efektif. Ini berikutan tiada satu penyelarasan atau garispanduan untuk mewujudkan satu sistem yang berkesan dalam mengendalikan operasi pengangkutan awam di seluruh Malaysia. Hal ini memerlukan pertimbangan yang wajar kerana pengguna pengangkutan awam di Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak kanak, remaja, dewasa, belia, warga tua, wanita mengandung dan tidak ketinggalan juga orang - orang kurang upaya dan golongan istimewa. Selain itu, kadar bayaran tambang juga tidak selaras kerana ia bergantung kepada jenis kenderaan, jarak, dan kawasan pengangkutan awam itu di gunakan. Sebagai contoh teksi. Di sesetengah bandar, penggunaan teksi bermeter telah lama di gunakan dan di wajibkan. Manakala penguatkuasaan penggunaan teksi bermeter di Pulau Pinang pula baru di mulakan pada 1 Ogos 2006 dengan kadar yang berbeza di bandar lain yang mana 1km pertama di kenakan caj RM 3, dan kilometer berikutnya dengan tambahan RM 0.20. Namun, ia masih gagal untuk dipatuhi oleh sebahagian besar pemandu teksi di Pulau Pinang. Begitu juga dengan bas awam, kadar tambang juga perlu di selaraskan mengikut kilometer dengan harga yang sepatutnya. Keadaan bas yang uzur dan mengeluarkan asap hitam bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, tetapi turut membahayakan para pengguna. Dengan ketiadaan piawaian bas yang sepatutnya di gunakan untuk mengambil penumpang ia mempertarungkan nyawa pengguna untuk menaiki bas tersebut. Kebanyakan bas di Pulau Pinang bukan sahaja kotor, malahan tempat duduk dan tempat pemegang yang selamat bagi penumpang yang berdiri juga tidak di

sediakan dengan baik dan membahayakan mereka semasa bas berhenti samaada secara mangejut mahupun tidak. Apatah lagi dengan sikap pemandu yang cuai, dan mementingkan keuntungan dengan mengambil muatan lebih boleh mendorong kepada kecelakaan jalan raya, gangguan seksual, kecurian dan juga kecederaan. Piawaian perlu di beri perhatian kepada kenderaan yang di jadikan pengangkutan awam supaya ia dapat menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna dan alam sekitar. Begitu juga dengan memberi kesedaran kepada pemandu pengangkutan awam melalui kursus pemanduan dan pembentukan sikap profesional dan etika kerja dalam menjalankan tugas wajar di laksanakan. Ia juga sebagai pelengkap dalam menentukan pengiktirafan pempiawaian pengangkutan awam mampu memberikan kesan yang terbaik dalam perlaksanaan dan pematuhannya kepada garis panduan dan syarat yang telah di tetapkan. Dengan adanya garispanduan dan pematuhan kepada piawaian bagi pengangkutan awam, ia mampu menarik lebih ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam. Ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kadar penggunaan yang tinggi mampu meningkatkan taraf ekonomi Negara dengan tambahan kepada cukai jalan bagi pengangkutan awam. Selain itu, pendapatan syarikat bas juga akan bertambah dan meningkatkan kadar pembayaran cukai pendapatan. Dari aspek kesihatan pula, dengan adanya pempiawaian kepada pengangkutan awam, ia dapat menjamin kesihatan pengguna dengan keadaan dalaman bas yang bersih. Di samping itu juga dengan pematuhan kepada penggunaan bahan api tanpa plumbum, ia membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar di samping memberikan persekitaran udara yang bersih tanpa asap hitam kepada masyarakat dan pengguna jalan raya lain. Justeru bagi memastikan perlaksanaan dan pematuhan kepada keperluan pempiawaian khusus untuk pengangkutan awam, kerjasama dan sokongan dari pihak berwajib seperti badan kerajaan dan bukan kerajaan serta penglibatan orang awam amat di perlukan. Dengan penglibatan daripada pihak kerajaan ia mampu merealisasikan hasrat ini ke epringkat pentadbiran keraajaan bagi memastikan kewujudan kepatuhan dalam implementasi standard yang telah di tetapkan. Begitu juga dengan penglibatan badan bukan kerajaan dalam pembentukan standard bagi pengangkutan awam mampu memberikan impak yang lebih berkesan dalam menentukan kriteria dan aspek aspek lain yang wajar di beri perhatian. Ia juga bagi mengelakkan ralat dan ketidakseimbangan pandangan dalam proses pembentukan standard ini dari pihak kerajaan dan bukan kerajaan yang mewakili pihak pengguna dan pemandu pengangkutan awam. Penglibatan orang awam dalam penelitian dan publisiti standard yang akan di aplikasikan wajar di buat bagi memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menentukan kewajaran standard tersebut kepada mereka dan piahk lain yang terlibat. Ini dapat membantu dalam meningkatkan taraf pengangkutan awam sedia ada di negara kita. Selain itu perlaksanaannya kelak akan di lihat lebih berjaya kerana mendapat sokongan dari semua pihak . Adalah wajar bagi jabatan kerajaan dan bukan kerajaan seperti, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Standard Malaysia,

Persatuan Pengguna Pengguna Standard Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pemandu Bas, Persatuan Pemandu Teksi, Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung, dan lain lain pihak bekerjasama dalam menaik taraf dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. 1. menjimatkan kos, masa dan tenaga 2. mengatasi masalah kesesakan jalan raya 3. meningkatkan kualiti alam sekitar (CFC, penipisan ozon, pemanasan global) 4. mewujudkan peluang pekerjaan (meningkatkan taraf hidup) 5. mengurangkan kes kemalangan 6. mengurangkan kebergantungan kepada bahan api (minyak petrol)

Tuesday, January 26, 2010

Karangan SPM (Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5)

Unit 3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks Tingkatan 5, m.s. 48)

Soalan Contoh Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya. Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat. Rangka Karangan

Pendahuluan - Inovasi dalam sistem pengangkutan Isi-isi Penting i. mengurangkan kesesakan lalu lintas ii. menjimatkan masa dan kos perjalanan iii. memudahkan perjalanan seseorang iv. mengurangkan pencemaran alam Penutup - lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam

Karangan Contoh Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi kini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke arah kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya. Kelebihan utama pengangkutan awam adalah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh hal yang demikian, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita. Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan berbanding dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberi impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan

kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. Perkara ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali. Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini, seperti kata pepatah, Sediakan payung sebelum hujan. Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen kongsi kereta untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat, sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota masyarakat.

pengunjung Tuesday, April 13, 2010

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM


Era globalisasi ini, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan wang dan mengurangkan kadar

kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini demikian kerana penggunaan kemudahan pengangkutan awam ini telah mendapat perhatian dan menarik minat pengguna jalan raya di negara ini. Pengguna jalan raya menggunakan alternetif ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-masing. Lantaran itu, mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorel dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh itu, pertumbuhan pengangkutan awam ini telah meningkat dengan mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah kepentingan yang dapat diperoleh melalui kemudahan pengangkutan awam ini? Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan awam ialah kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas berlaku kerana rata-rata rakyat Malaysia lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri berbanding menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab rakyat Malaysia yang bersikap hidung tinggi dan malu untuk menaiki kenderaan awam mengakibatkan jumlah kenderaan di seluruh negara didapati meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun 1980. Oleh sebab itu, kesesakan lalu lintas sering berlaku di negara kita,terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Kota Bharu,dan sebagainya. Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, masyarakat di negara matahari terbit iaitu Jepun, mereka lebih suka menggunakan pengangkutan awam untuk melakukan kegiatan harian mereka, oleh itu di negara Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas walaupun negara Jepun mempunyai penduduk yang ramai. Seandainya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam sebagai rutin harian, nescaya kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. Oleh itu, pihak pengusaha pengangkutan awam perlu menyediakan pengangkutan yang selesa supaya dapat menarik minat para penumpang agar rakyat Malaysia tidak berasa sangsi untuk menggunakan pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Jelaslah bahawa penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini. Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, amaun kenderaan yang menyusur di jalan raya berkurang dan sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota. Sebagai pengguna yang peka dan sensitif terhadap keadaan semasa, kita haruslah sedar bahawa, penggunaan kenderaan persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang tinggi untuk berlaku kemalangan. Sekiranya, semua rakyat Malaysia memprioritikan pengangkutan awam, sudah tentu statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan secara tidak langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi infrastruktur dan modal insan. Sebenarnya, kadar kemalangan jalan raya meningkat secara mendadak pada musim perayaan dan pada waktu puncak kerana pada ketika itu bilangan

kenderaan di jalan raya juga meningkat. Jadi semolek-moleknya, jika kita ingin pulang ke kampung pada musim perayaan kita wajarlah menggunakan perkhidmatan awam yang terdapat dalam negara kita sebagai contoh bas, kereta api dan kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam akan dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya yang keseterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah beringat sebelum terkena. Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk menuju ke destinasi, masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menaiki sesebuah pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi dengan individuindividu di sekeliling kita. Seandainya kita menggunakan inisiatif ini secara konsisten, sudah tentu satu ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa. Tegasnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan membawa kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan sentosa ibarat air dalam talam. Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana gas karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan asap daripada kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative terutama kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.Dalam konteks ini,asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan tahap pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini diibaratkanseperti duri dalam daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.Jika masyarakat menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam,maka tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat melestarikan persekitaran yang bersih dan indah.Sudah terang lagi bersuluh,penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam. Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia menyumbang banyak manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Dunia serba moden era ini memerlukan masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan juga hendaklah menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, masyarakat Malaysia diseru supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan

awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak tinggal impian sematamata seiring dengan wawasan 2020.

Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat, mereka terpaksa berjamjam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Sehubungan dengan itu, peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Walhasilnya, pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik. Selain itu, pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. Di rantau Asia Tenggara ini, industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju. Di Hong Kong, Singapura dan Taiwan, penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT, bas malah Feri. Sistem pengangkutan yang canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Malangnya, bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Tambahan pula, sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri

pelancongan di negara kita. Tegasnya, pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita. Lebih-lebih lagi, sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT, LRT, Komuter dan sebagainya, pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Gara-garanya, pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara . Tambahan pula, pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Beberapa dasawarsa ini, kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan, rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas, LRT dan sebagainya, kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi. Ternyata, pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam, khasnya MRT yang akan dibina. Natijahnya, orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pendahuluan. Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah. Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum berhasil.

Pengangkutan awam ada banyak kepentingan. 1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama. - penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan. - kesesakan dapat dielakkan. - menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar. 2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang. - tambang pengangkutan awam lebih murah. - kenaikan harga minyak sering berlaku. - kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting. 3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. - masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain. - mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain. - mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan. 4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. - penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki perkhidmatan. - wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam. - pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju, perkhidmatan penerbangan tambang murah. 5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. - Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapat dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan. - negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur dan modal insan. - meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang selamat. Kesimpulan - pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

KEBURUKAN ..........Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama. . ..........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut. . ...........Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai. . ..........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki

pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. .. ..........Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain. . ..........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi indah khabar dari rupa. . ..........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah terhantuk baru terngadah. . Thursday, 29 April 2010 09:15 Pernahkah anda terlintas untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pergi ke sesuatu destinasi? Ini mungkin merupakan persoalan yang kurang diberikan perhatian. Namun yang pastinya ketidakcekapan sistem pengangkutan awam yang sedia ada merupakan faktor utama orang ramai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Kelemahan sistem pengangkutan awam di Malaysia bukan sahaja terhad di bandar raya-bandar

raya utama sahaja, malah turut berlaku di kawasan bandar dan luar bandar. Masalah berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam bukanlah perkara yang baru. Setiap tahun kerajaan membuat kenyataan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi tahun demi tahun isu tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada kerajaan serius dalam menangani masalah tersebut ataupun ia merupakan sesuatu isu yang tiada jalan penyelesaiannya. Seolah-olah kerajaan menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yang merupakan salah satu keperluan asas rakyat di negara ini. Setiap kali kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak, salah satu isu yang akan menjadi fokus utama ialah menaiktaraf sistem pengangkutan awam yang sedia ada, agar rakyat akan lebih bersedia menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif. Warga kota pula perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membayar tempat letak kereta. Penyedia perkhidmatan pengakutan awam seperti syarikat-syarikat bas, teksi dan tren akan mengambil kesempatan sebaik sahaja harga minyak naik untuk menaikkan harga tiket di atas alasan kos bahan api dan pada masa yang sama janji untuk menyediakan perkidmatan yang lebih baik. Perkhidmatan pengangkutan awam adalah isu awam dan kelemahan sistem pengakutan awam haruslah diberikan tumpuan yang lebih serius. Pengguna hendaklah menggunakan kuasa mereka untuk memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan yang tidak memuaskan. Ia juga merupakan salah satu hak pengguna untuk menyuarkan rasa tidak puas hati. Pengguna juga perlu bahawa ialah isu perkhidmatan awam adalah melibatkan semua pihak. Oleh itu, mereka perlu tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat seperti membuat aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), yang akan mewakili pengguna menyuarakan isu yang menekan para pengguna ini. Masalah Pengangkutan Awam di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Written by Administrator Friday, 29 January 2010 04:58 Sejak kebelakangan ini, RAPID KL telah menlancarkan RapidBET iaitu singkatan Rapid Bus Expressway Transit, yang dapat mengurangkan tempoh perjalanan bas sehingga 50 peratus. Melalui sistem itu, bas akan menggunakan lebuh raya untuk sampai ke destinasi tertentu bagi menjimatkan tempoh perjalanan berbanding jalan raya biasa. Sebagai contoh, sistem yang bermula Selasa ini akan beroperasi di dua laluan yang mempunyai jumlah penumpang tinggi iaitu dari Kota Damansara ke Pasar Seni melalui Penchala Link manakala laluan kedua dari Bandar Sungai Long ke Pasar Seni melalui Lebuhraya Grand Saga. Namum, warga OKU tidak menikmati perkhidmatan ini. Ini adalah kerana kebanyakan stesen LRT dan stesen bus adalah tidak mesra OKU. Walaupun bus sedang dinaiktaraf bagi menampung kemudahcapaian OKU, tetapi jarang kita nampak warga OKU di atas bus. Jadi apakah punca bagi masalah ini?

Memandangkan situasi di negara kita, warga OKU memang tidak menikmati sistem pengakutan awam yang diperkatakan semakin umum. Di antaranya, reka bentuk yang tidak mesra OKU atau tidak sejagat merupakan punca yang utama. Kita mendapati bahawa stesen LRT atau hub bus yang disediakan untuk pertukaran, biasanya tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi. Ini menjadi punca masalah kerana bagi para pemandu OKU, tiada tempat letak keretak yang bersesuaian bererti tiada akses bagi mereka. Infrastruktur pada stesen tersebut tidak menepati piawaian bagi pengguna OKU. Ia biasanya tidak menyediakan cecondong yang diperlukan bagi pengguna kerusi roda, tiada tactile guiding block yang merupakan petunjuk jalan bagi pengguna buta. Tambahan pula, walaupun sesetengah tempat menyediakan kemudahan mesra OKU, tetapi is tidak dapat dicapai oleh warga OKU, ada yang telah disalahguna oleh pihak ketiga, dan kebanyakan itu reka bentuk yang tidak mesra OKU, di mana OKU tidat menggunakannya. Secara ringkasnya, kesedaran kepada keperluan OKU masih rendah di negara kita. Ini terbukti dengan adanya kekurangan dari segi pengangkutan awam mahupun infrastruktur pada bangunan awam. Selain itu, konsep reka bentuk sejagat yang merupakan reka bentuk yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, orang tua, OKU dan orang biasa masih tidak umum di Malaysia. Sebagai kesimpulan, orang ramai masih mempunyai fikiran bahawa apa yang diperlu oleh OKU adalah kebajikan ataupun pendermaan. Sebenarnya, inilah fikiran yang menghalang pembangunan konsep reka bentuk sejagat.

You might also like