You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Penghargaan 2 Pendahuluan 3 Objektif Kajian 4 Kaedah Kajian 5 Peta Daerah Kota Kinabalu 6 Peta Lakaran Kuarters Institusi Pendidikan 7 Hasil Kajian 9 Rumusan 13 Lampiran 14 Rujukan 15

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Siti Salmiah Haji Samaie, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad kerana telah membenarkan saya dan rakan-rakan saya menjalankan kajian ini hingga selesai.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru geografi saya iaitu Puan Connie Binti Francis Junis akan tunjuk dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang tidak jemu memberikan dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang terlibat menjalankan kajian ini.

PENDAHULUAN
Saya Aida Husna binti Mohd Ridzwan, pelajar tingkatan 2 Amanah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad. Saya telah menjalankan Kajian Geografi Tempatan yang bertajuk Kaitan Antara Komposisi Penduduk dengan Jenis Pekerjaaan di Kuarters Institusi Pendidikan, Bukit Padang, Sabah. Saya memilih Kuarters Pendidikan sebagai kawasan kajian kerana terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan proses pengkajian serta menjimatkan kos dan tenaga. Saya serta rakan-rakan yang lain telah diberikan tempoh tiga bulan untuk menjalankan kajian ini iaitu

dari bulan Ogos sehingga Oktober. Sepanjang tempoh itu, kami perlu mengkaji kawasan-kawasan yang telah kami pilih. Folio yang telah siap perlu dihantar pada masa yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF KAJIAN

Mengkaji komposisi penduduk di Kuarters Insititusi Pendidikan, Bukit Padang, Kota Kinabalu mengikut jantina dan kaum.

Mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan penduduk di Kuarters Institusi Pendidikan mengikut jantina dan kaum. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Kuarters Institusi Pendidikan. Melalui kajian ini, saya bersyukur kerana dapat mengetahui kaitan komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Kuarters Institusi Pendidikan, Bukit Padang.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kuarters Institusi Pendidikan yang terletak di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Kawasan ini terletak kira-kira 8 km atau lebih kurang 8 minit perjalanan jika menaiki kereta. Jika menaiki bas tambangnya ialah RM 1.50 dan jika berjalan kaki dari sekolah kami mengambil masa 20 minit. Kawasan kajian ini terletak di barat laut dari sekolah saya. Kawasan kajian saya ini terletak di tanah pamah.

PETA DAERAH KOTA KINABALU

PETA LAKARAN KUARTERS INSITITUSI PENDIDIKAN

KAEDAH KAJIAN
Sewaktu menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan pelbagai kaedah bagi mencari dan mengumpul maklumat.Antaranya ialah :a)Pemerhatian -Saya telah memerhati Kuarters Institusi Pendidikan bagi mengenal pasti komposisi dan jenis pekerjaan penduduknya. b)Soal selidik -Saya telah mengedarkan 20 borang selidik kepada 20 orang responden dalam kalangan penduduk tempatan di sekitar Kuarters Institusi Pendidikan. c)Temu bual -Saya juga telah menemu bual 3 orang penduduk di sekitar Kuarters Institusi Pendidikan iaitu En.Maarof, Pn.Madinah dan Pn.Velusam. d)Rujukan media -Saya juga telah melakukan rujukan melalui internet dan buku teks untuk peta dan format kerja kursus.

Hasil Kajian
Penduduk Kuarters Institusi Pendidikan dimajoriti oleh kaum Melayu.Terdapat juga bangsa lain yang mendiami Kuarters Institusi Pendidikan seperti Cina,India,Kadazan,Dusun, dan sebagainya.Berikut merupakan hasil kajian yang telah dijalankan di Kuarters Institusi Pendidikan mengikut kaum,jantina dan pekerjaan.

BIL

NAMA

KAU M

JANTINA

PEKERJAAN

1. 2. 3. 4. 5.

En. Maarof Cik Suzane Pn.Marina En.Ramuthusa my En.Zul Afnan

M L M I M C I M

L P P L L L P P

Doktor (kerajaan) Kerani (swasta) Pegawai Bank(swasta) Berniaga(sendiri ) Guru Arkitek Tukang jahit Doktor Haiwan (swasta)

6.
7. 8.

En.Chong Ang
Pn.Velusam Cik Madinah

9. 10 . 11 . 12 . 13 . 14 . 15 . 16 . 17 . 18 . 19 . 20 .

Cik Kaisarah Ali En.Develgam Pn.Siew Leng En.Chau Eng Pn.Anita June En.Rajavali Pn.Ang Lim Cik Evalyana Cik Michelle En.Safwan En.Azizul Cik Sofia

M I C C M I C L L M M M

P L P L P L P P P L L P

Jururawat (kerajaan) Penyelia kilang(swasta) Pengusaha restoran Bekerja(sendiri) Pensyarah (kerajaan) Penjual di pasar Pengurus kedai ubat Akauntan Jururawat (kerajaan) Polis Pengurus syarikat Setiausaha (swasta)

Jadual 18.1 : Komposisi penduduk Kuarters Institusi Pendidikan mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan.

Jadual 18.2: Borang akuran menunjukkan komposisi penduduk Kuarters Institusi Pendidikan mengikut kaum, jantina, dan jenis pekerjaan. Swasta Kerajaan Lain-lain

Kaum
Melayu Cina India Lain-lain

Jumlah

lll L l

lll

ll

l ll ll ll l l

9 4 4 3

Jadual 18.3 menunjukkan Komposisi penduduk Kuarters Institusi Pendidikan mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan. Swasta Kerajaan Lain-lain

Kaum
Melayu Cina India Lain-lain

Jumlah Peratus

1 1 5

3 1 4

3 3 6

2 1 3

1 2 2 5 9

2 1 1 4

9 4 4 3 20

45% 20% 20% 15% 100%

Jumlah

Jadual 18.3 menunjukkan komposisi pendududuk di kawasan kajian dari segi kaum, jantina dan pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang responden, terdapat seramai 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan kaum Melayu, 2 orang lelaki dan 2

orang perempuan daripada kaum Cina, 3 orang lelaki dan 1 orang perempuan kaum India serta 3 orang perempuan kaum lain. Dapatan kajian daripada Graf 18.1 menunjukkan bahawa kawasan kajian saya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Daripada 20 orang responden, kaum Melayu

Graf 18.1 : Jenis pekerjaan penduduk Taman Desawira mengikut kaum

Graf 18.1 menunjukkan kaum Melayu yang bekerja dalam sektor swasta seramai 3 orang dan sektor kerajaan seramai 5 orang. Kaum Cina tidak ada yang bekerja dalam sector swasta dan kerajaan manakala bekerja dalam sektor lain. Kaum India pula seramai 1 orang bekerja dalam sektor swasta, tidak ada yang bekerja dalam sektor kerajaan dan seramai 3 orang bekerja dalam sektor lain. Manakala kaum lain-lain terdapat seramai 1 orang yang bekerja dalam sektor swasta 1 orang bekerja dalam sektor kerajaan dan 1 orang bekerja dalam sektor lain.

Graf 18.2 : Jenis pekerjaan penduduk Kuarters Institusi Pendidikan mengikut jantina

Graf 18.2 menunjukkan jenis pekerjaan mengikut jantina. Kaum lelaki yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah 3 orang, dalam sektor swasta 1 orang dan 5 orang dalam sektor lain, manakala kaum perempuan pula, terdapat 3 orang yang bekerja dalam sektor kerajaan, 4 orang dalam sektor swasta dan 4 orang dalam sektor lain.

RUMUSAN

Sebagai rumusan, saya dapati bahawa Kuarters Institusi Pendidikan adalah sebuah petempatan yang maju.Penduduknya mempunyai kerjaya masing-masing sama ada dalam sektor kerajaan,swasta dan perkhidmatan.Kuarters Institusi Pendidikan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa seperti Melayu,Cina,India dan lain-lain. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain. Ini mengambarkan rakyat nagara Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman dan damai. Bagi melengkapkan kajian ,saya telah mengedarkan 20 borang selidik kepada 20 orang responden dalam kalangan penduduk tempatan di Kuarters Institusi Pendidikan.Seramai 13 orang telah memberikan kerjasama dengan megembalikan borang selidik tersebut manakala selebihnya tidak dikembalikan.

LAMPIRAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN FUAD KOTA KINABALU, SABAH

Borang Soal Selidik KGT

Nama murid: Kawasan kajian: Tingkatan: Tarikh: Nama responden:

Jantina: Lelaki Kaum: Melayu India

Perempuan Cina Lain-lain

Jenis Pekerjaan : Tandakan Kerajaan Swasta Lain-lain Jenis Pekerjaan

RUJUKAN
Buku teks Geografi Tingkatan 2 Folio pelajar Tingkatan 2 (2010) Internet ~ Google maps~