TATABAHASA DEWAN SIRI 1: VARIASI BAHASA DAN BAHASA BAKU

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. (Tajuk akan datang: Ragam Bahasa)

TATABAHASA DEWAN SIRI 2: RAGAM BAHASA

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai variasi dan ragam. Secara umumya ia dapat dibahagikan kepada empat, iaitu: (i) Ragam bahasa Melayu lisan; (ii) Ragam bahasa Melayu tulisan; (iii) Bahasa-bahasa daerah; dan (iv) Laras-laras bahasa Melayu Moden. Ragam Bahasa Melayu Lisan Bahasa Melayu lisan ialah ragam bahasa yang digunakan ketika bercakap sesama sendiri. Terdapat dua jenis ragam ini, iaitu jenis “cakap mulut”, yang digunakan antara orang-orang Melayu, dan “bahasa pasar”, ragam yang digunakan antara orang-orang Melayu dengan kaum atau bangsa lain atau antara kaum-kaum dan bangsa lain. Susunan gaya bahasa cakap mulut itu mudah, dengan ayat-ayat yang ringkas dan perkataan-perkataan yang terpotong-potong atau tertinggal, misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak, dah untuk sudah, kak untuk kakak dan sebagainya. Kadang-kadang terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat, misalnya kok dan dek, pulak dan jugak. Bahasa pasar disebut juga “bahasa kacukan” kerana sememangnya satu sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam hal ini banyak terdapat unsur bahasa-bahasa asing yang digunakan. Bahasa pasar ini ialah bahasa yang terdiri daripada perkataan-perkataan bahasa Melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasabahasa lain, seperti bahasa Cina, bahasa Tamil, dan sebagainya. Contoh bahasa pasar:
“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja.” (Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)

Setengah-setengah daripada bentuk dan susunan ragam yang bukan bahasa Melayu ini telah begitu sebati dalam penggunaannya sehingga orang Melayu sendiri tidak sedar lagi akan keasingannya dan menyangka bahawa betuk-bentuk itu ialah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen, misalnya apa mahu, boleh bikin, kasi tahu, banyak

tersusun. dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. misalnya bunyi r. itu macam. sedikit masa. tinggi. (Tajuk akan datang: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat) TATABAHASA DEWAN SIRI 3: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat) Ragam bahasa Melayu tulisan ialah variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam konteks tulisan. dan sebagainya. Demikian juga beberapa bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan. jagan bilang sama dia. dan halus sifatnya.mahal. Susunan variasi ini lebih lengkap. Variasi bertulis ini menggunakan juga . saya punya adik.

Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam konteks menulis dan dalam situasi-situasi formal. dan perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu. daripada bidang sastera. dan jarang-jarang perkataan dipotong-potong seperti yang berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. dan pertanian hingga kepada bidang kejuruteraan. Antara ciri-ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada yang lain termasuklah kepelatan bunyi sebutan. misalnya. gaya lagu sewaktu menuturkannya.sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna. Pada peringkat universiti hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu. semuanya dapat diperkatakan dalam bahasa Melayu. dan psikologi. Jika bentuk ini dibawa dalam perbualan biasa. fizik. Bahasa-Bahasa Daerah Yang dikatakan bahasa-bahasa daerah atau loghat atau dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini. Datang dari mana? Dan Anda tinggal di mana? tidak pernah mejadi Datang mana? Dan Tinggal mana?. Mengikut Za’ba. Dalam bidang perhubungan sehari-hari. (Tajuk akan datang: Laras Bahasa Melayu Moden) TATABAHASA DEWAN SIRI 4: Laras Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu dapat memperkatakan apa sahaja bidang ilmu dan kegiatan selaras dengan kemajuan dunia masa kini. perubatan. undang-undang. Demikian juga dalam konteks mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain. kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa. “jika ia orang Melayu dihitungkan dia mengada-ngada dan jika ia bukan orang Melayu maka dihitungkan dia orang yang tidak biasa bercampur dengan orang-orang Melayu”. ekonomi. bahasa Melayu digunakan dengan luasnya untuk memperkatakan apa sahaja hal dan keadaan .

iaitu pasaran saham. bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. penyakit tertentu. bahasa Melayu telah banyak mengalami perubahan. bentuk dan penggolongan kata. indeks perusahaan. Dalam menjalankan tugas-tugas ini. dan sedang diusahakan untuk digunakan dengan luasnya di mahkamah-mahkamah dan sektor swasta. khasnya bola sepak. dan tendangan yang kuat. selaras dengan perkara yang diperkatakan dan suasana tatkala memperkatakan benda atau hal-hal tertentu. pemajmukan dan penggandaan. (Tajuk akan datang: Morfologi) TATABAHASA DEWAN SIRI 5: MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur. Perkataanperkataan yang digunakan berbeza. sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Kesimpulannya. maka jelas perkara yang diperkatakan itu ialah sukan. falsafah. maka jelas bahasa ini merupakan bahasa Melayu yang sedang menghuraikan satu aspek bidang ekonomi. sama ada tentang proses fizik. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa. alat untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan.yang perlu diperkatakan. yang benar-benar menjadi alat perhubungan penutur-penuturnya. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur. Kalau kita membaca sesuatu petikan dan bertemu dengan perkataanperkataan seperti separuh masa pertama. membuat penyesuaian dari segi bentuk dan gaya. dalam perbincangan di Parlimen. dan pelabur. daripada yang sebiasa-biasanya kepada yang tinggi-tinggi dan rumit sifatnya. bahasa Melayu pada masa ini ialah satu bahasa yang berpotensi tinggi. Bahasa Melayu luas juga digunakan sebagai bahasa surat-menyurat rasmi. jaringan gol kedua. bergantung pada benda yang diperkatakan. Dan jika terdapat perkataan-perkataan seperti saham. seni bina atau perlawanan badminton. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Perkataan ialah bentuk bahasa . Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. dan apitan. sisipan. proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. iaitu meng. Perkataan ajar. tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem. misalnya. perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas.yang terkecil juga. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Sebaliknya. tetapi imbuhan ber. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut: awalan.dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. terdiri daripada satu morfem. morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Kesimpulannya. Bentuk Imbuha n Awalan Akhiran Pengertian Imbuhan yang ditambah berpada bahagian hadapan terkata dasar -an Contoh berjalan terambil lautan . (Tajuk akan datang: Imbuhan) TATABAHASA DEWAN SIRI 6: IMBUHAN Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Dalam kebanyakan bahasa proses pembetukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebagai contoh. akhiran.dan ajar. tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. kata majmuk. kata terbitan.Sisipan Imbuhan yang -kan ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar Imbuhan yang diselitkan di -emantara unsur-unsur kata dasar Imbuhan yang ke-.. Perkataan dapat dijeniskan sebagai berikut: kata tunggal. (Tajuk akan datang: PERKATAAN ) TATABAHASA DEWAN SIRI 7: PERKATAAN Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Contohnya: itu bakal . dan kata ganda. insya Allah..-an pada hadapan dan pada belakang kata dasar panjangkan g + em + uruh (kata dasar guruh) kedudukan pedalaman Apitan Catatan: Penjelasan lebih lanjut berhubung imbuhan ini akan dihuraikan dalam bab Kata Kerja... Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar.-an ditambahkan serentak pe-. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.

Misalnya: mendukung(men + dukung) dipukul (di + pukul) makanan (makan + an) biarkan (biar + kan) mengakui (meng + aku + i) pertunjukan (per + tunjuk + an) gemuruh (g + em + uruh) Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. baik awalan. Jenis pertama. Misalnya: air mata meja makan kerani kanan bedahari kehormat sudut tepat . Contohnya: (i) MARAMajlis Amanah Rakyat (ii) pawagam panggung wayang gambar Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. bentuk-bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas: (i) di mana? (ii) untuk siapa? (iii) ke Johor Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Sebagai contoh. Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Misalnya: (i) Itu? (ii) Bakal! (iii) Saya. Jenis kedua ialah kata tugas. sisipan. kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. akhiran atau apitan.

(ii) (iii) Tiga suku kata • agak kecil • pola-pola susunan . wang. uda. keruan. iri. gred. emas. am. lampu. aur. ubat. undi. brek. aku. bin. abdi. ulat. usia. usang. sen. apa. ikan. jarum.Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu. jauh. semua. embun. ais. esa. liar. skel. dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. bah. biawak. ada yang dibentuk hasil proses pengimbuhan. tiada. orang. stor. ubi. adik. krim. pemajmukan. lap. aib. trak. tin. deria. ru. cuaca. ela. siamang. cat. ibu. dram. air. draf. pruf. sunting. bangsal. dril. Kata Tunggal) Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. kapal. janji. tempua. ambil. jala. itu. Ada bentuk bersifat tunggal. alas. jua. Bentuk Kata Bentuk Kata (i) Tunggal Jenis/Keterangan Satu suku kata • amat terhad • antaranya pinjaman daripada bahasa-bahasa asing Dua suku kata • banyak dalam bahasa Melayu Contoh yu. jong. izin. Misalnya: kanak-kanak lelaki bertubi-tubi membohong-bohongi memperkecil-kecil (Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA) TATABAHASA DEWAN SIRI 8: PEMBENTUKAN KATA (a. dua. ekor. roh. beta. dan penggandaan. dan.

• ilmiah. jika Bernama – (Berita Nasional Malaysia) Gapena – (Gabungan Penulis Nasional) Mara – (Majlis Amanah Rakyat) ubahsuai – (ubah sesuai) kugiran – (kumpulan gitar rancak) TH – (Tabung Haji) ABIM – (Angkatan Belia Islam Malaysia) tabika – (taman bimbingan kanak-kanak) ubahsuai – (ubah sesuai) kugiran . bidadari. sederhana.(kumpulan gitar rancak) purata . menteri. singgahsana. • kebanyakannya sentimeter.(pukul rata) . kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. aroma. maharajalela. kata pinjaman mesyuarat. angkasa. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.(iv) sekian. lebih laksamana. (ii) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. konsonan-vokalnya agak banyak banyak daripadanya kata pinjaman Selain kata-kata seperti di atas. utara. sentiasa. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Empat suku kata dan biduanda. mengkuang. belalang. tempurung. sempurna. ijazah. dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. salasilah. akaun. universiti. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara: (i) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. kelongsong. bankuet. jika kata nama khas. kosmopolitan. belanja.

pembuat) pen. (iii) apitan.(pelari. pendua) peng. pengetin) . perakus) pem. yang hadir sebelum kata dasar. yang hadir di celahan kata dasar. (iv) sisipan.(penggali. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar. yang hadir sesudah kata dasar.(Petroleum Nasional) Proton . Kata Terbitan)) TATABAHASA DEWAN SIRI 9: Bentuk Kata Bentuk Kata Terbitan PEMBENTUKAN KATA (b. Bernama – (Berita Nasional Malaysia) Gapena – (Gabungan Penulis Nasional) Mara – (Majlis Amanah Rakyat) Pernas – (Perbadanan Nasional) Intan – (Institut Tadbiran Awam Negara) Petronas . penggubal) penge. (iii) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata itu menjadi kata nama khas. kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.(pembawa. Kata terbitan berawalan • awalan kata nama pe.(Perusahaan Automobil Nasional) (Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (b.(pengebom. 1. imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis: (i) awalan. iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar. yang hadir secara mengapit kata dasar. Kata Terbitan) Jenis/Keterangan Contoh Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan. (ii) akhiran.bukan kata nama khas.(pendatang.

juruwang) maha. mendakwa) meng.(subkelas. mahaguru) tata.(membawa.(ekabahasa. merasa) mem.(diperisteri.(berjalan.(perasap. berganti) be.(melawan. belunjur) ter. dwifungsi) me. tatabahasa) pra. prakata) sub.(belajar.(terjebak. seniman) -wati (seniwati) -isme (nasionalisme. dipercepat) ter. angkasawan) -man (budiman. subsistem) supra.(beraja. menggiling) menge. mengekod) memper. membilang) men. terendah) se.(memperisteri. 2. berasa) bel.(secantik.(teruncing.(menggali.(terbesar.(suprakelas. pesakit) ke.(dwibahasa. supranasional) eka.(ketua.(pelajar) per.• awalan kata kerja • awalan kata adjektif pel. kelipat) juru.(mahasiswa. memperhamba) ber. jahitan) -wan (sasterawan.(mendaki. ditimbang) diper.(pesara. perbara) pe. terbentuk) di.(tatabuku.(prasejarah. terputih) te.(diatur. secerah) -an (pakaian.(mengecat.(juruukur. ekawarna) dwi. Kata terbitan berakhiran • akhiran kata nama .

. gunakan) -i (turuti..... pembinaan) pen-.-an (kelainan...-an (persalinan..-an (pelaksanaan.-an (pelajaran) ke-..-kan (mengepinkan. mentakrifkan) mem-.. membaikkan) meng-. kelebihan) me-.-kan (mendermakan... melukakan) men-...-i (mencurigai... berlaukkan) di-. 3.• akhiran kata kerja sosialisme) -in (hadirin..-kan (beralaskan.-an (pembuatan. pengesahan) per-..-an (penggunaan.. duduki) pe-..... menggandakan) menge-....-i (membaharui.-i (melalui.. pendapatan) peng-. memasuki) men-. pengguguran) penge-.-kan (dibiarkan... ustazah) -kan (buatkan.-an (pengehadan..-an (pentakrifan. digunakan) me-. muslimin) -at (hadirat. Kata terbitan berapitan • apitan kata nama • apitan kata kerja ....-kan (memainkan. mengecamkan) ber-. mendendami) mem-... perasaan) pem-.-kan (menggunakan.. perkuburan) pel-.-kan (membaharukan. muslimat) -ah (sultanah.

menggauli) di-... serabut) -el.(keruping. dimulai) diper-.... seruling.-i (diperingati) memper-. telunjuk.-i (menganggotai.-kan (memperdengarkan.(gemilang.. diperlihatkan) diper-. gelembung) -er...-kan (diperdengarkan.(kelebak..-i (didekati....-i (memperingati) ke-... gemerlap) -in. Kata terbitan bersisipan • sisipan kata nama • membohongi) meng-. Kata Majmuk)) . kearaban) • sisipan kata adjektif -el..apitan kata adjektif 4.-an (keinggerisan. kelabut) -er. kepanasan) ke-. selerak. semerbak.(kelengkeng..(serabut. memperjuangkan) memper-. gerigi) -em.(sinambung) (Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (c.-an (kehausan.

TATABAHASA DEWAN SIRI 10: Bentuk Kata Bentuk Kata Majmuk PEMBENTUKAN KATA (c. ia dipisahkan kepada tiga kelompok: (iv) terdiri daripada rangkaian kata bebas Contoh (v) berbentuk istilah khusus (vi) mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa) 1. • dieja sebagai satu perkataan gambar rajah biru laut tengah hari kuning langsat Perdana Menteri Duta Besar Naib Canselor Ketua Setiausaha Negara model linear garis pusat pita suara kertas kerja batu kapur kaki ayam buah hati bulan madu tumbuk rusuk makan angin antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab . Bentuk yang telah mantap: • mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Kata Majmuk) Jenis/Keterangan Berdasarkan jenisnya.

Pengimbuhan kata majmuk (i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata jirim-jirim organik Naib-Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasajawatankuasa setiausaha-setiausaha campur aduk  bercampur aduk litar selari  berlitar selari ambil alih  mengambil alih .warganegara pesuruhjaya Terdapat sejumlah perkataan dalam golongan kata tertentu yang secara lazim dieja bercantum: • kata nama • • • kata adjektif kata sendi nama kata hubung • kata tanya 2. penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur 3. Penggandaan kata majmuk • melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja peribadi peribahasa hulubalang dinihari perikemanusiaan sukacita dukacita kepada daripada apabila manakala padahal darihal barangkali kadangkala apakala walhal bagaimana Satu kecualian: • yang melibatkan bentuk yang telah mantap.

sahaja. kecuali ketika penggandaan pada kata ganda. Kata Ganda)) TATABAHASA DEWAN SIRI 11: Bentuk Kata PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda) Jenis/Keterangan Contoh . (Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (d. ejaannya tetap terpisah (ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan. ejaannya menjadi bercantum temu bual  ditemu bual daya serap  daya serapan campur aduk  mencampuradukkan daya serap  kedayaserapan garis pusat  menggarispusatkan satu padu  menyatupadukan urus niaga  diurusniagakan Peringatan: Kata majmuk tidak menggunakan sempang (-).

Penggandaan separa • • • Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya di belakang kata dasar: berlari-lari mencari-cari .Bentuk Kata Ganda Terdapat tiga jenis penggandaan: 1. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet. dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. Penggandaan penuh menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya. iaitu termasuk imbuhan sekali menggandakan sebahagian kata dasar sahaja kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan penggandaan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar laki  lalaki  lelaki jari  jajari  jejari siku  sisiku  sesiku rambut  rarambut  rerambut langit  lalangit  lelangit • • • pulau-pulau buku-buku cantik-cantik minum-minum mata-mata pemimpin-pemimpin pelatih-pelatih persatuan-persatuan kehendak-kehendak 2.

(Tajuk akan datang: GOLONGAN KATA) . Penggandaan berentak • menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu • seluruh kata dasar digandakan • bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis: (i) penggandaan berentak sayur-mayur pengulangan vokal kuih-muih (penggandaan yang selok-belok mempunyai ciri-ciri lauk-pauk persamaan pada bunyi-bunyi gotong-royong vokal tertentu. iaitu terdapat cerai-berai ciri-ciri keharmonian vokal) (ii) penggandaan berentak gunung-ganang pengulangan konsonan bukit-bukau (penggandaan yang mandi-manda mempuyai ciri-ciri batu-batan persamaan pada bunyi-bunyi bolak-balik konsonan tertentu) (iii) penggandaan berentak bebas (penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan) anak-pinak saudara-mara lintang-pukang titik-bengik Peringatan: Kata ganda menggunakan sempang (-). • berlaku terhadap golongan kata kerja dan kata adjektif • boleh terletak di belakang atau di hadapan kata dasar untuk kata kerja tertentu berturut-turut terdiri-diri sepandai-pandai di hadapan kata dasar: kasih-mengasihi cinta-mencintai kejar-mengejar tolong-menolong bantu-membantu 3. berbeza dengan kata majmuk yang tidak menggunakannya.menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful