You are on page 1of 2

KOMSAS TINGKATAN 4: DRAMA-CEMPAKA BERDARAH Tema Keberanian mempertahankan hak & maruah keluarga daripada dirampas orang.

Zaman bertindak berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter. Persoalan - Kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. - Pendidikan penting untuk membela nasib diri dan keluarga. - Mempertahankan hak dengan cara yang betul. - Peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. - Usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun. Plot Permulaan: di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampong. Mak Jah & Cempaka sedang mengemas rumah sementara menenti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Perkembangan: kedatangan Prof.Peter ke rumah Mak Jah untuk membuat penyiasatan sebagai seorang Profesor Antropologi & Sosiologi. Dia juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristia Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu & bunga kenanga. Konflik: Zaman bertemu dengan Prof. Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dank era di bukit. Selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang dan mendakwa Cempaka ialah adiknya lalu Mak Jah datang memarahi Prof. Peter. Klimaks: Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tertembak Cempaka. Berlaku pergelutan antara Zaman & Prof.Peter. Zaman cuba merampas senapang Prof.Peter. Peleraian: Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mengejar Prof.Peter. tiba-tiba terdengar satu das tembakan yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tak sedarkan diri. Teknik Plot Pemerian: memerihalkan Mak Jah & Cempaka; Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Imbas Kembali: semasa dialog antara Prof.Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa perang Jepun; Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku. Watak & perwatakan Zaman: anak Mak Jah dan Abang angkat Cempaka. Penuntut di universiti di Kuala Lumpur. Merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. Seorang yang penyayang [menyayangi Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar]. Seorang yang berani [bergaduh dengan Prof.Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil Prof.Peter]. Seorang yang bijak [bijak menghidu niat Prof.Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya]. Seorang yang keras hati [Prof.Peter

mengatakannya keras hati kerana suka menentang kata orang lain dan diakui Mak Jah.]Seorang yang tekun belajar [berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan di universitinya]. Mak Jah: ibu Zaman dan ibu angkat Cempaka. Seorang yang penyayang [menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat]. Seorang yang tegas [tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adalah anaknya walaupun diterangkan oleh Prof.Peter]. Seorang yang bertanggungjawab [memastikan keselamatan cempaka & menyuruh Cempaka masuk apabila Prof.Peter datang ke rumahnya]. Prof. Peter: seorang lelaki inggeris. Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan. Seorang yang bijak [menggunakan alasan membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang]. Seorang yang sombong [mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.] Seorang yang tegas [Prof.Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka adiknya]. Seorang yang sanggup berkorban [Prof. Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari aadiknya yang hilang semasa zaman Jepun]. Latar Latar masa: pada sekitar tahun 60-an. Pada waktu menjelang tengah hari [Mak Jah & Cempaka sedang mengemas rumah menunggu kepulangan Zaman dari Kuala Lumpur]. Pada waktu petang [Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan & terserempak dengan Malik serta Prof.Peter]. Latar tempat: di rumah Mak Jah [Prof.Peter ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya]. Di pinggir belukar dalam kampong [Zaman dan Prof.Peter bertengkar tentang Cempaka]. Latar masyarakat: masyarakat yang mempertahankan hak [Mak Jah & Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof.Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah]. Masyarakat yang penyayang [Mak Jah menyayangi anak-anaknya. Prof.Peter juga menyayangi adiknya]. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita [Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi]. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan [Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu & tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman]. Masyarakat yang prihatin [Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.] Gaya Bahasa Sinkope: Tuan nak buat apa di sini?, yang itu tak patut disebut! Peribahasa: Keras hati, keras kepala. Kata ganda: betul-betul, lihat-lihat. Nilai Kasih sayang: Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. Keberanian: Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof.Peter. Hormat-menghormati: Mak Jah menghormati tetamunya Prof.Peter dan melayannya dengan ramah. Bertanggungjawab: Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. Kerajinan: Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. Pengajaran -kita hendaklah berusahamempertahankan apa-apa yang menjadi milik kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku perkara yang tak diingini. -kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan mereka. -kita mestilah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.

You might also like