(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

)
TAJUK 1 1.0 SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan teori-teori yang berkaitan bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia juga memberi penekanan kepada konsep-konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

PENGENALAN DAN KONSEP MATEMATIK

1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mengikuti topik ini, anda dapat: i. Mengenal pasti teori-teori pengajaran dan pembelajaran Matematik ii. Mengenal pasti konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran Matematik iii. Dapat menghuraikan teori-teori dan konsep-konsep pembelajaran Matematik iv.Dapat menghubungkait teori-teori dan konsep pembelajaran Matematik dalam amalan pendidikan

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Behavioris & Sosial Konstruktivisme Ekologikal Perkembangan Kognitif Klasifikasi Turutan/Seriasi One-to-one correspondence Konservasi

Teori Pembelajaran Matematik

Pengenalan dan Konsep Matematik

Konsep Pengajaran Matematik

1.3 PENGENALAN Bagaimana murid belajar Matematik? Adakah terdapat teori-teori pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik? Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan, maka psikologi dalam pendidikan menjadi berkembang secara pesat. Terdapat beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan. Sejak beberapa tahun yang lalu, teori behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan dalam dunia pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan pembelajaran Matematik:

1

iii. 2008). Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan. Ivan Pavlov dan B. Dalam enactive learning.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 1. Berbeza dengan penganut behavioris.4 Teori Pembelajaran Behavioris Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi behavioris seperti Thorndike. 1998): i. Bolehkah fikirkan satu kemahiran yang anda telah pelajari dalam Matematik melalui pengulangan? 2. Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan kedua-dua faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam proses pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal determinism oleh Bandura (Woolfolk. tikus. Apa berlaku apabila anda berhenti mengamalkannya? 1. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan atau hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. Teori Behavioris Teori Konstrukvisme Teori Pembelajaran Sosial Teori Ekologikal Teori Perkembangan Kognitif 1. MEMIKIR 1. kesan atau akibat dikatakan sebagai 2 . pilihan dan pernyataan lisan Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat dalam teori ini: i. 3.pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan. Persekitaran – sumber/bahan. sikap dan pengetahuan Tingkah laku – tindakan individu. ii. Enactive learning . Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks secara otomatik berdasarkan Rangsangan-Gerak balas (R-G) atau dipengaruhi persekitaran. Behaviorisme adalah teori memfokus ke atas pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al.5 Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial yang dipelopori Albert Bandura dalam tahun 1986 atau disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan dari teori pembelajaran behavioris yang tradisional. kesan tindakan dan setting fizikal Faktor peribadi – kepercayaan. kucing dan burung di dalam makmal. Guru-guru mengaplikasi teori ini menggunakan rangsangan dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang berulang-ulang dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing. dikawal dan diramal. 4. Mereka berpendapat bahwa tingkah laku murid dipengaruhi ganjaran (reward) atau pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya. harapan (expectation). 2. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri. Apa berlaku apabila anda meneruskan untuk mengamalkan kemahiran atau pengetahuan tersebut? 3. Contohnya seorang murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian sebab kemungkinan murid itu risau atau sakit atau tidak membaca dengan teliti sesuatu soalan itu.F Skinner. 5.

3 . Tumpuan – Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar melalui pemerhatian. ii. ii. Hasil – walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. 1996) Vicarious learning . seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang perlu dilakukan. iv. Pembelajaran situasi berasaskan kontekstual supaya pengalaman kognitif berlaku dalam aktiviti autentik seperti pembelajaran berasaskan projek. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada individu yang menarik. inidividu itu perlu lebih banyak latihan. Prinsip – Prinsip Dalam Pembelajaran Konstruktivisme i. Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini bahawa tingkah laku yang dipelajari individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling). iii. mencipta harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk. Social negotiation of knowledge. Anda memiliki semangat dan tekad.teori ini juga masih memandang pentingnya pelaziman. pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal (imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping mengingat urutan langkah sesuatu proses. Aperantis kognitif atau persekitaran pembelajaran berasaskan kes yang menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Teori Pembelajaran Konstruktivisme adalah falsafah pendididkan berpegang teguh kepada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau membina pengetahuan dan pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat unik serta tidak lazim diakses oleh individu lainnya. MEMBUAT NOTA Buat nota lima hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui pembelajaran pemerhatian dalam pengajaran dalam bentuk peta minda REHAT Jadilah seorang pemberani yang berhati teguh dan berjiwa kuat. Konsep i.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman. Di samping itu. maklum balas dan amalan supaya lebih cekap Motivasi dan Pengukuhan .pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain lakukan ii. iii. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu mahupun kumpulan. satu proses bagi murid murid membentuk dan menguji kemahiran mereka dalam dialog dengan individu lain atau masyarakat yang lebih besar. Murid membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif: i. cekap dan disanjungi. 1. Oleh itu. Pembelajaran konstruktivisme adalah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. murid mengapklikasi pengetahuan ini dalam situasi baharu dan mengintegrasi pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pengekalan – Murid-murid hendaklah berusaha mengingat untuk meniru tingkah laku seorang individu.

iii. memotivasikan serta memudahkan pemahaman murid. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan.7 Teori Ekologi Bronfenbrenner Teori ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner pada tahun 1979 menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan organisma yang terangkum dalam sistem persekitaran 4 .(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) ii. mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan pembelajaran (learning centered). Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat. Apabila murid-murid bekerjasama. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid. iv. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya. iv. Murid aktif membina secara terus menerus sehingga berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci. v. v. Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan kecekapan (competency based). Secara tidak langsung. ii. sehingga mereka bebas membangun pemahamannya sendiri (Asikin. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar proses pembinaan murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan murid. iii. lengkap. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian formatif (formative evaluation). namun lebih merupakan pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran mereka. vi. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses pembelajaran (process of learning). Piaget. iv. 2003). Jadi dunia pengalaman bukanlah kesimpulan berdasarkan data-data empirik sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang sesuai ( Akbar Suta -Wijaya. melainkan harus ditingkatkan menjadi learning to do. iii. konstruktivisme menyarankan murid-murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-murid tersebut. Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme: i. Di samping itu. Berorientasi pada pemecahan masalah Belajar matematik. tidak sekadar learning to know. REHAT Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil 1. Murid belajar bagaimana cara belajar. hingga learning to live together. Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid (student centered). Murid belajar konsep matematik. serta sesuai dengan konsep ilmiah. ii. Falsafah pengajaran matematik perlu diperbaharui secara asas menjadi paradigma dalam proses pembelajaran matematik: i. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya sehingga bersatu dengan skemata yang telah dimiliki murid. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di samping pembelajaran koperatif. learning to be. kecuali hanya dengan keaktifan murid itu sendiri untuk belajar. murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada pembelajaran secara kendiri. salah seorang tokoh konstruktivisme mengemukakan bahawa perkembangan kognitif bukanlah merupakan pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah. 2002). secara bermakna.

jiran dan sekolah Sistem Ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga seperti tempat kerja ibu bapa.8 Teori Piaget 5 . pasar dan sebagainya Sistem Makro melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh normanorma.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Berdasarkan teori ini. nilai dan amalan masyarakat di samping persekitaran yang abstrak merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi Sistem Krono merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya LATIHAN Huraikan lima sistem teori ekologikal dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bentuk pengurusan grafik REHAT “Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas” Teori Perkembangan Kognitif 1. terdapat lima sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak: (a) (b) (c) (d) (e) Sistem Mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu seperti rumah dan ahli keluarga terdekat contoh ibu bapa abang adik kakak Sistem Meso merujuk kepada hubungan individu dengan individu lain dalam persekitaran di mana individu itu berkembang seperti rumah.

ii. Misalnya setelah anak bermain basikal dan diberi penjelasan bahawa itu adalah basikal. Bruner menjelaskan terdapat empat aspek utama dalam teori pengajaran: i.ripon. murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium menuju Equilibrium. Menurut Piaget. ii. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat: i. Selain skema. kaedah bagaimana bentuk pengetahuan boleh dijana supaya ianya dapat digarap oleh murid dengan baik. Peringkat deria motor (0–2 tahun). berasal daripada Switzerland.9 Teori Bruner Jerome Bruner. Layari Internet http://www. Disequilibrium adalah suatu situasi di mana murid menjadi bertanya dan ingin tahu kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai benar dengan skema yang ia miliki. Operasi konkrit (7–11 tahun) dan Operasi formal (11 tahun ke dewasa). predisposition towards learning. Asimilasi merupakan proses menggabungkan maklumat baru dengan skema yang telah dimiliki. usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. guru harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit.pdf Buat rumusan hasil bacaan anda berkaitan teori Piaget tentang pengajaran dan pembelajaran Matematik 1. Adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Ketika usia sebegini murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang menyebutnya Schema dan Schemata).(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget. suatu keadaan di mana murid akan berasa puas untuk seketika dengan jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya. Di samping itu. menurut Jere Confrey (1999) “Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Setiap kali anak menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi. Pra-operasi (2–7 tahun). Adaptasi merupakan proses di mana anak menyesuaikan skema yang dimilikinya dengan situasi baru di persekitarannya. Skema merupakan memori atau gambaran anak tentang sesuatu. Oleh itu. 6 . iv. merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Walau bagaimanapun.edu/academics/macs/summation/ 2010/articles/K. Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam belajar. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti muridmurid itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-kawan sebaya penting untuk perkembangan mental.%20Reedal%20%20Piaget%20Theory. Jika pertanyaan tersebut terjawab maka murid kembali ke situasi equilibrium.” Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah. bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Berdasarkan hasil interaksinya murid mengembangkan Scheme(skema). Daripada kajian dan pemerhatiannya. Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah. murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. iii. ia kini memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya. seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran menegaskan bahawa pembelajaran secara penemuan atau penerokaan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baharu (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

bentuk dan tempoh pemberian ganjaran dan dendaan.e. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner yang dikenali sebagai Taksonomi Hirarki Pembelajaran Gagne.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) iii.term memory. seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Gagne. 2. Nilai (Theory of value): Pengetahuan dan kemahiran apa yang bermanfaat dalam pembelajaran? Apa matlamat pendidikan? Pengetahuan (Theory of Knowledge): Apa itu pengetahuan? Bagaimana ia berbeza dengan kepercayaan? Apa itu kesilapan? Apa itu bohong? Kejadian manusia (Theory of Human Nature): Apa itu manusia? Bagaimana ia berbeza dari spesis lain? Apakah keterbatasan potensi manusia? Pembelajaran (Theory of Learning): Apa itu pembelajaran? Bagaimana kemahiran dan pengetahuan diperoleh? Pemindahan (Theory of Transmission): Siapa yang akan mengajar? Dengan kaedah apa mereka akan mengajar? bagaimana bentuk kurikulum? Kemasyarakatan (Theory of Society): Apa itu masyarakat? Institusi apakah yang terlibat dalam proses pendidikan? Peluang (Theory of Opportunity): Siapa yang akan dididik? Siapa yang akan disekolahkan? is to be educated? Pemuafakatan (Theory of Consensus): Mengapa orang tidak bersetuju? Bagaimana kemuafakatan dicapai? Pendapat siapa boleh diguna pakai (precedence)? Teori ini mempunyai tiga prinsip pengajaran: 1.” (Campos. through commitment to short-term memory. 6. Maklumat Lisan: Mendeklamasi sesuatu dari ingatan Kemahiran Inteklektual: 2. Terdapat lapan bidang dalam teori Bruner: 1. iv.1 Diskriminasi: Mengenal pasti dua kumpulan benda adalah berbeza 2. Pengajaran mestilah mengambil kira pengalaman dan konteks yang membuat murid bersedia dan berupaya untuk belajar (kesediaan / (readiness). 3. 1999) Taksonomi Hirarki Pembelajaran Gagne menyenaraikan lima kategori utama hasil pembelajaran: 1. conversion to long. Pengajaran hendaklah direka bagi menggalakkkan extrapolation dan / atau mengisi ruang lompang (going beyond the information given). 2. 8. 2.2 Konsep konkrit: Mengklasifikasi benda melalui bentuk fizikal sahaja 7 . 7. Pengajaran mestilah distruktur supaya murid murid menggarap maklumat yang disampaikan (spiral organization).10 Teori Gagne Robert M.. 5. and the retention and retrieval of that information) by internal structures during the period in which the changes identified as learning takes place. kaedah dan langkah paling berkesan bagi penggunaan bahan. REHAT “Waktu memang tak terbatas – tapi waktu kita terbatas” 1. Gagne (1997): “These [cognitive] theories propose that stimulation encountered by the learner is transformed or processed in a number of ways (i. 3. 4.

permainan berstruktur. permainan bebas. iv. 4. permainan mencari ciri-ciri. pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. 8. Teori Dienes juga mengariskan beberapa prinsip bagaimana murid-murid mempelajari matematik iaitu: 1. Dienes. 5. v.3 Konsep Definisi: Mengklasifikasi benda secara bentuk abstrak (dan mungkin secara fizikal) 2.5 Peraturan aras Tinggi: Aplikasi prosedur yang kompleks (atau pelbagai prosedur mudah) bagi menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan Strategi kognitif: Mecipta atau memilih proses mental khusus bagi menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan Sikap: Memilih untuk tatacara berkelakuan yang menggambarkan satu pemerolehan nilai baru yang diterima masyarakat atau kepercayaan Kemahiran motor: Mempamerkan tugasan fizikal yang mencapai standard khusus yang dikehendaki 3. Pembelajaran melalui Isyarat Pembelajaran Rangsangan-Gerak balas Rantaian Assosiasi Lisan Diskriminasi Pelbagai Pembelajaran Konsep Pembelajaran Prinsip Penyelesaian Masalah Menurut Gagne. permainan dengan perwakilan.4 Peraturan: Aplikasi prosedur mudah untuk menyelesaikan masalah atau menyiapkan tugasan 2. iii. peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. 6. 7. Mengikut Dienes. 3. 5. konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat: i. seorang ahli matematik. pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. ii. MEMBUAT NOTA Buat catatan tentang teori hirarki pembelajaran Gagne dalam bentuk peta minda 1. Gagne mempunyai lapan jenis pembelajaran: 1. 2. 8 .11 Teori Dienes Professor Zolton P. 4. Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. Pada peringkat ini. permainan dengan simbol permainan dengan formalisasi. ahli psikologi dan pendidik.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 2. 2. vi. Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari.

Vygotsky menekankan kepentingan hubungan antara individu dan persekitaran sosial dalam pembentukan pengetahuan yang menurut beliau. orang dewasa. Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep 1. sistem tulisan. model pembelajaran kelompok. Intipati teori Vigotsky adalah menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekanannya pada persekitaran sosial pembelajaran. guru atau orang dewasa. dan model pembelajaran penyelesaian masalah (problem solving). berkomunikasi. Murid belajar dalam ZPD jika murid tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri. Murid diberi masalah yang kompleks. 1997). atau rakan yang lebih pandai. Suatu proses yang menjadikan murid sedikit demi sedikit memperoleh kecekapan intelektual melalui interaksi dengan orang yang lebih pakar. 2. Pembelajaran sosial (social leaning). termasuk pengalaman dalam persekitaran tersebut. banyak pemerhati pendidikan yang mengembangkan model pembelajaran kooperatif. Persekitaran murid meliputi orang. 3. 4. bahawa interaksi sosial iaitu interaksi individu tersebut dengan orang lain merupakan faktor terpenting yang dapat memacu perkembangan kognitif seseorang. serta kemudian diberi bantuan secukupnya dalam menyelesaikan masalah murid. Berkaitan dengan perkembangan intelektual murid. Vygostky menekankan pada scaffolding.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 3. Menurut teori Vigotsky. perkembangan intelektual murid dapat difahami hanya dalam konteks budaya dan sejarah pengalaman murid (Slavin. 9 . sukar dan realistik. Vygotsky berpendapat bahawa proses belajar akan terjadi secara efisien dan efektif apabila murid belajar secara kooperatif dengan murid-murid lain dalam suasana dan persekitaran yang menyokong (supportive). Aperantis Kognitif (cognitive apprenticeship). model pembelajaran interaksi rakan sebaya (peer interaction). dengan bimbingan seseorang yang lebih mampu. 2. 1997) iaitu: 1. Vygotsky mengemukakan dua idea: 1. Pembelajaran Termediasi (mediated learning). kebudayaan. misalnya budaya bahasa. Vygotsky mempercayai bahwa perkembangan intelektual bergantung pada sistem tanda (sign system) setiap individu selalu berkembang (Slavin. dan sistem perhitungan. Pone of proximal Development (ZPD) Murid akan dapat mempelajari konsep-konsep dengan baik jika berada dalam ZPD. tetapi dapat menyelesaikan masalah itu setelah mendapat bantuan orang dewasa atau rakannya (peer). dan memecahkan masalah. Vygotsky mengemukakan empat prinsip seperti yang dikutip oleh (Slavin. Berkaitan dengan pembelajaran.12 Teori Pembelajaran Vygotsky Vygotsky menekankan pentingnya memanfaatkan persekitaran dalam pembelajaran. Dengan hadirnya teori pembelajaran Vygotsky ini. Bantuan (support) dimaksud agar murid mampu untuk melaksanakan tugas-tugas atau soalan yang lebih kompleks daripada tahap perkembangan kognitif murid. Pendekatan pembelajaran yang dipandang sesuai adalah pembelajaran kooperatif. Sistem tanda adalah simbol-simbol yang secara budaya diciptakan untuk membantu seseorang berfikir. fungsi kognitif manusia berasal dari interaksi sosial setiap individu dalam konteks budaya. 1997). Vygotsky menyatakan bahwa murid belajar melalui interaksi bersama dengan orang dewasa atau teman yang lebih cekap.

Jika sekumpulan objek diselerakkan.) − Nombor Ordinal (pertama. konservasi dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. terakhir. 1.menamakan warna .16 Pengkelasan Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil. Murid juga memerlukan pengalaman berkaitan dengan other correspondence and relations seperti one-to-many. Ianya kelihatan mudah tetapi bagi kebanyakan murid mendapati ianya sukar untuk mengkoordinasi bilangan dan sebutan dengan pergerakan tangan mereka. 1. kiu (petunjuk) visual sangat penting bagi membantu kanak-kanak. konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain. tinggi/rendah). 3 dsb. bentuk dan jenis. many-to-one dan many-to-many (Kennedy et. walau berapa kali sekumpulan objek yang sama ditukar corak turutan/ susunan.al. jumlahnya tetap sama. Konsepkonsep ini meliputi: 1. Di sinilah kemahiran one-to-one correspondence dapat dipraktikkan.mengenal warna . mereka perlu diberi alat bagi membuktikan teori untuk diri sendiri. Menurut Kamus Dewan.). edisi ketiga (2002). murid-murid beranggapan bahawa jumlah objek tersebut lebih banyak berbanding objek yang dikumpul dalam satu bekas.15 One-to-One Correspondence Dalam usaha murid untuk menggarap konsep konservasi. 1. Dalam konservasi nombor. dsb.14 Konservasi Nombor Satu konsep penting yang kanak-kanak kerap menghadapi masalah untuk pemahaman ialah konservasi. Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor.mencantumkan kad warna 10 . yang menentukan kejayaan adalah tabiat. i) Warna . One-to-one correspondence adalah proses berkaitan menyentuh satu objek bagi setiap nombor yang dibilang dan disebut secara kuat. panjang/pendek.13 KONSEP PENGAJARAN MATEMATIK Berasaskan kepada corak perkembangan umum. murid-murid membentuk beberapa konsep matematik yang akan menjadi asas kepada kemahiran Matematik yang lebih kompleks. 2008). kedua. warna. Kemahiran ini termasuklah − One to one correspondence (membilang satu item sekali sahaja dalam satu set) − Nombor Kardinal (1. 2. Adalah sangat penting untuk memberi tahu murid-murid.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Vigotsky juga yakin bahawa pembelajaran terjadi semasa murid belajar menangani tugas-tugas yang belum dipelajari namun tugas-tugas tersebut masih dalam jangkauan kemampuannya atau tugas-tugas itu berada dalam zona of proximal development mereka. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal. LATIHAN Huraikan dengan terperinci pembelajaran menggunakan kaedah scaffolding yang diketengahkan oleh Vygotsky bagi membantu murid dalam Matematik REHAT Pengetahuan dan ketrampilan adalah alat. aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

petang.mewarna/melukis benda mengikut jenis iii) iv) Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.18 Pembentukan Konsep Nombor i.memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit . iv. panjang. ii. lebar. panjang/pendek . malam. tebal. besar. pendek. esok.17 Turutan/ Seriasi Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik.mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz .20 Penggunaan Bahasa untuk Masa i.menamakan benda mengikut jenis . nipis dan mengikut bilangan.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) .mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar) . tinggi/rendah. v. kedudukan (dekat-jauh) dan susunan perkataan (pertama atau kedua) Pemahaman dan penggunaan perkataan bentuk (bulat. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. ii. segiempat) dan memadan atribut bentuk dua-dimensi dan tiga-dimensi melalui permainan atau lukisan.19 Pembinaan Konsep Bentuk. menyebut dan menulis nombor menggunakan kemahiran hafalan dan pembilangan yang bermakna corak. padanan dan klasifikasi yang lebih kompleks memahami kefungsian matematik memahami turutan dan susunan 1. lusa 11 . Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil. Ukuran dan Geometrik i. 1.membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan . 1.menamakan bentuk .mengasingkan warna dengan benda-benda .mewarnakan bentuk-bentuk yang sama Jenis . Memahami perbezaan (besar-kecil).mengenal saiz kecil/besar.mewarnakan saiz yang sama Bentuk .mewarna mengikut arahan yang diberi ii) Saiz . iii.mengasingkan warna . pagi.memadankan saiz yang sama . Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain.mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud) .menamakan saiz .mengasingkan benda mengikut bentuk . 1.

Woolfolk. Tracy. Educational Psychology-Theory and Practice.htm 12 .M. Learning theories: An educational perspective. A. OH: Merrill Slavin. (2008). S. D. Educational Psychology. and Johnson. (1997). Boston: Allyn and Bacon.edu/immersion/knowledgebase/theorists/cognitivism/ (Diakses pada 02/11/2010) Kennedy. L. Belmont: Thomson Wadworth Schunk. 4th Edition. Boston: Allyn and Bacon TAMAT Sukses adalah sebuah perjalanan. (1999). (1996). (1998).gmu. A.H.(PKB3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) LATIHAN 1 Bincangkan implikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik LATIHAN 2 Huraikan lima sistem teori ekologikal dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bentuk pengurusan grafik BIBLIOGRAFI Campos. bukan destinasi akhir gagne. E. Tipps. Guiding Children’s Learning of Mathematics.gse. 7th edition. R. E. Gagné’s Contributions to the Study of Instruction http://chd. Columbus.. 2nd edition.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful